Thursday, July 30, 2020

Eksport produk koko sumbang pendapatan negara. Al-hamdulillah!



PUTRAJAYA: Sektor koko telah mencatat pendapatan eksport sebanyak RM6.6 bilion pada tahun 2019 dengan sumbangan sektor hiliran kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sebanyak RM1.6 bilion.

Turut dicatatkan pendapatan daripada eksport pembuatan coklat sebanyak RM1.14 bilion iaitu 17.3 peratus.

Manakala bagi produk-produk koko merekodkan peningkatan sebanyak 10.6 peratus pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, sehubungan itu kerajaan berhasrat merealisasikan Muzium Coklat Langkawi sebagai tarikan pelancongan berasaskan coklat yang tersohor di Asia Tenggara.

Katanya hasrat ini selari dengan kementeriannya untuk membangunkan hab coklat di pulau pelancongan itu seterusnya menjadikan Malaysia sebagai ‘King of Chocolate’ di rantau Asia.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata demikian semasa mengadakan lawatan kerja ke Chocolate Museum, Kota Damansara milik DR Group Holdings, hari ini.

Ujarnya, lawatan itu juga berjaya meningkatkan kerjasama antara pihak kedua-dua pihak bagi merancakkan lagi pembangunan sektor koko.

Selain itu katanya, nilai eksport biji koko dan produk berasaskan koko bagi tempoh lima bulan pertama pada tahun 2020 adalah sebanyak RM2.6 bilion iaitu meningkat sebanyak 0.5 peratus bagi tempoh yang sama pada tahun 2019.

Namun dijangkakan sumbangan pendapatan eksport produk-produk coklat akan menurun sebanyak 18 peratus pada tahun ini berikutan penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).

Sementara itu katanya, terkini terdapat sebanyak 53 syarikat pengilang coklat dan konfeksi koko terdiri daripada empat syarikat multinasional dan 49 syarikat tempatan di seluruh negara.

“Bagi memperkasa industri pembuatan coklat, KPPK telah memperkenalkan Program Pembangunan Usahawan Coklat Lembaga Koko pada tahun 2013.

“Sehingga 29 Julai (hari ini), sebanyak 224 usahawan telah dibimbing di bawah program tersebut,” katanya.

Justeru itu, kementeriannya juga bercadang untuk melahirkan lebih ramai usahawan coklat buatan tangan melalui Pelaksanaan Program Pembangunan Usahawan Coklat.

Malah, seramai 23 bakal usahawan coklat yang telah mengikuti Kursus Asas Pembangunan Usahawan Coklat Buatan Tangan pada 10 dan 11 Julai lalu.

Tambahnya, kursus berkenaan juga akan diteruskan pada 14 sehingga 16 Ogos depan, di Pulau Langkawi dengan penyertaan seramai 30 bakal usahawan coklat buatan tangan

“Di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12), KPPK akan meneruskan usaha mengembangkan industri hiliran koko menerusi program-program game changer seperti mewujudkan hab perdagangan koko dan memperkenalkan kluster industri hiliran koko.

“Usaha mempergiatkan pelaksanaan program pembangunan usahawan dan meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan akan terus diberi keutamaan,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 29/7/2020


Hibur Hibur Sikit

Lihat sebelum ini..

Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com   

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails