Thursday, July 30, 2020

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.. dari Ibnu Hasyim..


Awas!!
Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Maaf Zahir Batin semua semua..
Aqidah dijaga seperti nyawa..
Kufur Murtad habis semua!


Suspek keluar kata-kata kufur ditembak mati

KARACHI, Pakistan: Seorang lelaki yang dituduh mengeluarkan kata-kata kufur terhadap tuhan (Allah SWT) ditembak mati pada Rabu semasa perbicaraan kes itu di sebuah mahkamah di barat laut Pakistan, menurut polis dan media tempatan lapor agensi berita Anadolu.


Insiden itu berlaku di sebuah kompleks kehakiman di Peshawar dekat sempadan Afghanistan, apabila plaintif melepaskan tembakan kepada tertuduh semasa perbicaraan. 
Ketua Polis Mohammad Ali Gandapur memberitahu wartawan, penembak itu yang merupakan rakan Facebook mangsa, sudahpun ditahan. 
Mengeluarkan kata-kata kufur terhadap tuhan (Allah SWT) merupakan satu kesalahan jenayah di Pakistan yang boleh membawa hukuman mati. 
Walaupun negara itu tidak pernah mensabitkan mana-mana individu di bawah undang-undang itu, kes berkenaan telah menimbulkan protes besar-besaran dan keganasan.
Terdapat hampir 600 kes berkaitan ditangguhkan di mahkamah, dua pertiga daripadanya melibatkan orang Islam, menurut media tempatan. – BERNAMA

4 comments:

Anonymous said...

sabah ohhh sabah

on ke tak on nih...!! kikikiki

dooniaa ohhh dooniaaa

jangan lupa... who is behind the scene


"Atok The Legend"



kikikikiki...

Anonymous said...

Undang-undang Islam menyatakan orang murtad boleh dihukum mati kecuali dia bertaubat dan kembali kepada Islam. Maka hukum orang murtad dan menghina Islam adalah hukuman mati juga.

Anonymous said...

Selamat Hari Raya kepada tuan ibnuhasyim sekeluarga. Teruskan usaha membela Islam dan umat Islam dan membongkar kejahatan puak kafir harbi Dan khadam liberal mereka.

Anonymous said...

Sokong, teruskan perjuangan, Ibnu Hasyim.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails