Monday, July 27, 2020

Sektor perbankan rugi RM1.06 bilion setiap bulan moratorium

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. - Gambar FB Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR: Sistem perbankan dianggar mengalami jumlah kerugian pengubahsuaian hari pertama laporan perakaunan Malaysia (IFRS 9) sebanyak RM6.4 bilion sepanjang tempoh moratorium selama enam bulan.



Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata ia bersamaan dengan pengurangan kapasiti bank untuk pemberian pinjaman baharu sebanyak RM79 bilion.




"Mengenai anggaran kerugian bank akibat kesan moratorium berterusan iaitu sistem perbankan dianggar mengalami kerugian IFRS 9 sebanyak RM1.06 bilion bagi setiap bulan tempoh moratorium.
"Dalam tempoh enam bulan secara keseluruhannya, jumlah kerugian dianggar mencecah RM6.4 bilion bersamaan dengan pengurangan kapasiti bank itu sendiri untuk memberi pinjaman baharu sebanyak RM79 bilion kepada peminjam," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP- Bagan) yang bertanya berhubung implikasi ditanggung sektor perbankan ekoran daripada pelaksanaan moratorium selama enam bulan.
Pada masa sama, Tengku Zafrul berkata, bank kini terbabit secara aktif dengan peminjam dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang mungkin perlukan sokongan berterusan sebagai sebahagian daripada pendekatan bersasar.
Beliau berkata, kerajaan juga bersedia mengkaji bagi menambah peruntukkan dalam geran khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bagi membantu lebih ramai peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negara ini.
Kerajaan memperuntukkan RM2.1 bilion yang membantu sebanyak 545,000 peniaga mikro dan PKS berbanding sasaran awal kepada 700,000 golongan itu.
"Begitu juga dengan subsidi upah dengan peruntukkan RM15 bilion yang mana buat masa ini sudah dibelanjakan sebanyak RM7.8 bilion kepada kira-kira 2.75 juta rakyat dan kita akan kaji sama ada ia perlu ditangguhkan hingga akhir Disember.
"Selain itu, dalam perbincangan yang sedang diadakan bersama Bank Negara Malaysia (BNM) dan sektor perbankan, mereka beri komitmen untuk terus membantu terus rakyat yang memerlukan bantuan dan keputusan akan dimaklumkan dalam masa terdekat ini," katanya.

Sektor perbankan rugi RM1.06 bilion setiap bulan moratorium

Lihat sebelum ini..
Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com   

2 comments:

Anonymous said...

Ok ler tu kerajaan melayu islam memerintah

Anonymous said...

So moratorium sambung ke x? Kalo x sambung, nk dipanggil kerajaan laknat ke!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails