Wednesday, July 29, 2020

Seks Dalam Talian, Sebat!! Bukan Islam Pun Suka..


Dihukum sebat kerana tawar perkhidmatan seks dalam talian.

BANDA ACEH: Dua wanita Indonesia disebat hampir 100 kali setiap seorang selepas menjual perkhidmatan pekerja seks secara dalam talian.
Aceh, adalah satu-satunya wilayah di Indonesia yang majoriti penduduknya beragama Islam menerapkan undang-undang syariah Islam, memungkinkan hukuman sebat dilaksanakan untuk pelbagai kesalahan termasuk pelacuran, perjudian, perzinaan, minum alkohol, dan seks gay.
Hukuman berkenaan dilakukan semalam di kota Langsa di mana puluhan orang berkumpul untuk menyaksikan pasangan itu disebat, walaupun terdapat larangan untuk berkumpul akibat kebimbangan terhadap Covid-19.
Kedua-dua wanita itu dilihat tidak memakai pelitup muka, sebagaimana petugas yang menjalankan hukuman.
Kedua-dua suspek yang memakai tudung ditangkap pada bulan Mac bersama lima pekerja seks, yang juga boleh berhadapan hukuman sebat jika didapati bersalah melanggar undang-undang Islam, kata Aji Asmanuddin, Ketua Agensi Syariah Islam Langsa.
“Mereka dihukum kerana melanggar syariah dengan mengiklankan (seks) melalui Internet,” kata Asmanuddin.
Pihak berkuasa sedang berusaha untuk mengekang perdagangan seks dalam talian yang sedang berkembang, katanya.
“Ini adalah kes pertama di Langsa walaupun kami yakin ada banyak dari mereka di luar sana.
“Kami tidak mempunyai alat yang diperlukan untuk memantau mereka dalam talian,” katanya.
Kumpulan hak asasi mengecam hukuman sebat di depan umum dan menganggapnya sebagai kejam, dan Presiden Indonesia Joko Widodo meminta hukuman itu dihentikan.
Namun, hukuman itu mendapat sokongan kuat di kalangan penduduk Aceh yang kebanyakannya beragama Islam. (AFP)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana kalau undang-undang begini di laksanakan di Malaysia? Orang bukan Islam pun suka perundangan syariat di Aceh. Lihat berita dari Agensi ini..

Pilih Kena Rotan
Aceh: Dua penduduk beragama Buddha secara suka rela memilih dihukum mengikut undang-undang syariah selepas didapati bersalah kerana berjudi.
Ratusan penduduk di Aceh Besar berkumpul di Masjid Al Munawaroh baru-baru ini bagi melihat enam pesalah termasuk dua lelaki beragama Buddha berkenaan dihukum sebat kerana melanggar undang-undang syariah.
Kedua-dua lelaki berusia 57 dan 60 tahun itu dihukum sebat sembilan kali kerana didapati bersalah berjudi sabung ayam.
Seorang lelaki Islam berusia 35 tahun pula dihukum sebat 10 kali juga didapati bersalah kerana berjudi.
Aceh menguatkuasakan undang-undang syariah selepas mendapat kuasa autonomi dan setiap penduduknya termasuk yang berlainan agama mematuhinya.
Bagaimanapun, orang yang bukan Islam yang didapati bersalah melakukan jenayah boleh memilih untuk dihukum mengikut undang-undang syariah atau kanun jenayah negara itu.
Kesalahan berjudi mengikut undang-undang kanun jenayah boleh dihukum penjara 10 tahun dan denda Rp25 juta (RM8,337).
“Dengan menerima hukuman mengikut undang-undang syariah, kedua-dua mereka ini secara suka rela mahu disebat,” kata pendakwa raya Aceh Besar, Aziz yang dipetik Jakartapost.
Pesalah bukan Islam pertama yang dihukum mengikut undang-undang syariah di Aceh adalah seorang lelaki yang disebat pada pertengahan 2016 kerana menjual arak.
Sementara itu, Aziz memberitahu, seorang guru agama dihukum sebat 112 kali kerana mencabul tiga pelajar lelaki berusia 15 dan 16 tahun.
Darmawan AB Abdullah, 41, pada mulanya dijatuhi hukuman sebat 120 kali tetapi dikurangkan kerana hakim menimbang tempoh dia ditahan.
“Pesalah melakukan perbuatan keji ini di lokasi dan masa yang berbeza,” katanya. (14 Mac 2017)


Hibur Hibur Sikit

Lihat sebelum ini..
Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com   

3 comments:

Anonymous said...

Dalam Islam, menulis dan menyokong artikel macam ini pun sudah mendapat pahala berlipat ganda, apatah lagi melaksanakannya!

Percayalah, lambat laun atau dalam masa waktu terdekat kita pasti akan dapat melaksanakannya, apabila munculnya Imam Mahadi!

Yang anti Islam mereka kekal bersama2 KAFIR DAP, godfather mereka?

Nobody said...

Orang bodoh macam kau kaki tonggeng agama pun percaya hahaha!!!

Aku tak percaya boleh dilaksanakan oleh PAS, paramugari MAS tak tutup aurat lagi, kedai judi pun tak tutup lagi, RUU 355 pun tak bentang lagi.

Orang bodoh macam kau je yang percaya hahaha!!!!

Kau tunjuk pada aku betulkah DAP kafir???

Kafir tu orang bukan partilah bangang!!!!

Ahli bersekutu PAS tu bukan kafir ke????

Anonymous said...

Kerjanya nak sebat n hukum org je.

Tu tgk di kelate tu. Air, keperluan asas rakyat, pun tak setel2. Ekonomi kelate? Gaji staf gov pun tak bokeh bayar.


Entahlah pas, si penunggang agama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails