Tuesday, July 28, 2020

Najib Dipenjara 72 Tahun, Denda RM210 Juta

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kuasa melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kuasa melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 72 tahun dan denda RM210 juta ke atas Datuk Seri Najib Razak, selepas didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan membabitkan perbuatan pecah amanah, rasuah dan salah guna kuasa.
Najib kelihatan tenang, sejurus mendengar hukuman dijatuhkan terhadapnya oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.


Ketika membacakan hukuman itu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Najib dipenjarakan 10 tahun masing-masing bagi tiga tuduhan pecah amanah wang RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Hakim turut memerintahkan Najib dipenjara 12 tahun penjara dan denda RM210 juta (jika gagal bayar, lima tahun penjara) bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.
Bagi tuduhan pengubahan wang haram pula, hakim memerintahkan Najib dipenjara 10 tahun bagi setiap tuduhan.
Walaupun hukuman penjara itu berjumlah 72 tahun, namun hakim bagaimanapun memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak.
Terdahulu pagi tadi, Mohd Nazlan mendapati Najib bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Najib berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung dana SRC International.
Dia didakwa mendapatkan suapan RM42 juta apabila terbabit dalam keputusan bagi pihak kerajaan, dalam memberikan jaminan terhadap pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan kepada SRC International.
Dia didakwa menerima RM42 juta hasil aktiviti haram yang didepositkan ke dalam akaun peribadinya.
Najib didakwa melakukan semua kesalahan itu di antara 17 Ogos 2011 hingga 2 Mac 2015.
Sabit kesalahan, Najib boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama.
Mohd Nazlan mendapati Najib bersalah terhadap semua pertuduhan itu, selepas pembelaannya gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
"Selepas menimbangkan semua keterangan, saya mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kesemua tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM 42 juta milik SRC dihadapai tertuduh.
"Saya dengan ini mendapati tertuduh bersalah ke atas ketujuh-tujuh tuduhan," kata Mohd Nazlan yang mengambil masa kira-kira dua jam untuk membacakan penghakimannya.
Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram, manakala pasukan pembelaan Najib diketuai peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Hukuman yang sepatutnya dijatuhkan selepas penghakiman dibuat pagi tadi, tertangguh selepas Muhammad Shafee memohon penangguhan untuk prosiding untuk rayuan sebelum hukuman dijatuhkan kepada Isnin depan.
Namun, permohonan itu dibantah V Sithambaram dengan hujah penangguhan hanya diberikan selepas hukuman diberikan dan bukannya penangguhan bagi sabitan.
Susulan pertikaian isu berkenaan, prosiding ditangguhkan oleh hakim pada sebelah petang bagi membolehkan kedua-dua pihak mengemukakan hujahan masing-masing.
Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak sebelah petang, hakim menolak permohonan Najib supaya rayuan bagi meringankan hukuman dan hukuman terhadapnya ditangguhkan dan didengar pada tarikh lain.
Mohd Nazlan mengarahkan Muhammad Shafee meneruskan rayuannya.
Dalam rayuannya mendapatkan hukuman ringan kepada Najib, Muhammad Shafee antara lain menyifatkan bekas perdana menteri itu menjadi mangsa tindakan bermotifkan politik.
Katanya, sebahagian besar wang berkenaan atau 99.9 peratus, tidak digunakan tertuduh bagi kepentingan peribadinya, sebaliknya bagi tujuan tanggungjawab sosial, kebajikan dan pertubuhan bukan kerajaan.
Beliau berkata, hanya 0.1 peratus digunakan bagi tujuan peribadi iaitu membaiki sebahagian daripada kediaman di Jalan Langgak Duta.
Muhammad Shafee berkata, Najib tidak mengetahui pemilik akuan penderma menyalurkan AS$681 juta ke dalam akaunnya.
Katanya, Najib memberi kerjasama dengan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang tempoh siasatan kes itu.
"Apa yang penting adalah, dalam semua siasatan tidak pernah sesekali ada aduan mengenai saksi yang diganggu," katanya.
Sementara itu, Sithambaram dalam hujahnya, berkata hukuman sewajarnya ke atas Najib membuktikan semua orang adalah sama dan tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang di negara ini.
"Penyelewengan wang SRC International mencalar imej negara dan rakyat Malaysia tidak sepatutnya menerima kesan daripada itu. Ini adalah pertama kali Perdana Menteri dan Menteri Kewangan didakwa dan disabitkan di mahkamah.
"Oleh itu hukuman yang diberikan mesti menunjukkan graviti kesalahan yang dilakukan," katanya.
Sementara itu, Najib yang turut merayu dari dalam kandang tertuduh, mendakwa tidak mengetahui jumlah wang yang dimaksudkan dalam pertuduhan dikenakan terhadapnya itu.
"Sebagai orang Islam, Wallahi Wabillahi Watallahi saya tidak meminta, saya tidak merancang atau saya ditawarkan RM42 juta itu.
"Saya bersaksi kepada Allah, saya juga tiada pengetahuan mengenai jumlah wang itu. Begitu juga tiada bukti atau saksi berhubung perkara itu," katanya.
Beliau berkata, sepanjang perkhidmatan sebagai Perdana Menteri selama sembilan tahun, negara mengalami pertumbuhan ekonomi pesat.
Dalam tempoh itu juga, katanya, pasaran saham mencapai kedudukan paras tertinggi dan berlaku pembangunan pesat melalui pengangkutan serta dan perumahan awam dalam skala besar.
Najib yang menjadi perdana menteri keenam dari 2009 hingga 2018, menjadi ketua negara pertama di Malaysia diheret ke mahkamah.
Perbicaraan bermula pada 3 April 2019 dengan pendakwaan memanggil 57 saksi sebelum menutup kesnya pada 27 Ogos tahun sama.
Pada 11 November 2019, Najib diarahkan membela diri atas kesemua pertuduhan selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes 'prima facie' terhadapnya.
Pada 3 Disember 2019, Najib memberi keterangan sebagai saksi pertama pembelaan untuk menjawab pertuduhan terhadapnya dengan membaca penyataan saksi setebal 243 muka surat.
Pada 5 Jun lalu, mahkamah menetapkan hari ini untuk mengumumkan keputusan dalam kes itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak di akhir kes pembelaan yang bermula pada 1 Jun.
Pertama kali Najib dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4 Julai 2018 atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan.
Pada 8 Ogos 2018, Najib sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang sama. (BH)
Hibur Hibur Sikit

Lihat sebelum ini..
Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com   

5 comments:

Anonymous said...

Anjing ternakan gonna end kepala bapak kafir harbi menyalak histeria kerana mereka tahu Pakatan Hancing pimpinan gonna end kepala bapak kafir harbi akan kalah dalam PRU yang akan datang. Kesian anjing bodoh makan tulang, gonna end makan daging.

Anonymous said...

Ada yang percaya Jolo telah memainkan peranannya? Jolo pula tidak pernah dipanggil!

Adakah perkara ini juga dijadikan asas dalam menjatuhkan hukum 72 tahun penjara?

Pelik bin ajaib, percaya2 boleh dijadikan bahan bukti?

Anonymous said...

Kalau kes jenayah sodom, diperhatikan hakim2 tidak menjatuhkan hukum walaupun mereka percaya jenayah tersebut sememangnya berlaku! Tapi setelah adanya bukti kukuh fizikal i.e. kepala sperm barulah hakim dapat jatuhkan hukum!

Bergitu juga kes bunuh di Australia suatu masa dahulu yang hanya dapat dijatuhkan hukum setelah puluhan tahun bilamana ada bukti kukuh dari DNA yang ditinggalkan diatas kain!

Sebagai layman, tak nampak pula bukti2 kukuh @solid dalam kes yang telah menghukum penjara Najib selama 72 tahun?

Anonymous said...

Kita percaya jo low life mungkin adalah proksi parti kafir harbi Dogs And Pigs untuk menfitnah dan menggulingkan kerajaan pimpinan orang Melayu dengan cara yang sangat kotor dan keji. Kita merasa sangat hairan mengapa Jo low life tidak dipanggil ke mahkamah untuk disoal siasat oleh peguam bela sedangkan dia mungkin adalah mastermind skandal tersebut ????

Anonymous said...

IGP bedul tak boleh diharap... tak jalankan tanggungjawab

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails