Wednesday, July 29, 2020

Bentuk K'jaan Baharu Sabah -Musa Aman

Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, selepas mengadakan sidang media khas di Kota Kinabalu, petang tadi. - NSTP/MALAI ROSMAH TUAH.
Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, selepas mengadakan sidang media khas di Kota Kinabalu, petang tadi. - NSTP/MALAI ROSMAH TUAH.
Musa dakwa peroleh majoriti mudah bentuk kerajaan baharu Sabah


KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, mendakwa sudah memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.
Ketika memaklumkan perkara itu pada sidang media khas, petang tadi, Musa mendakwa, gabungan baharu berkenaan membabitkan beberapa parti, iaitu UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).


Susulan itu, beliau berkata, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Nardin Awang, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, pagi tadi.
"Mereka membuat kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama, pagi tadi, bagi memaklumkan bahawa gabungan baharu yang menyokong Perikatan Nasional (PN) bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah memperoleh sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.
"Tuan Yang Terutama telah meminta saya mengemukakan surat akuan bersumpah yang mengesahkan sokongan mereka.
"Saya telah menerima surat akuan bersumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengesahkan pendirian mereka menyokong gabungan baharu yang saya ketuai," katanya. (BH)


Hibur Hibur Sikit

Lihat sebelum ini..

Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com   

7 comments:

Anonymous said...

Gila Betul kesan sumpah laknatnya, Semalam Lafaz Sumpah Hari Ini Sabah Melingkup

Antara yang hebat dalam perjuangan Datuk Seri Najib bin Abdul Razak adalah perjuangannya tanpa suara nyaring.

Menulis dengan gigih. Ucapannya yang tenang. Turun kepada rakyat dengan senyum, lambai dan salam-salaman dengan tagline
"Malu ape bossku" mengerunkan musuh dengan ratiban ini salah najib.. najib.. najib bla..bla..!!

Ia membantu meredakan ketegangan pada era peralihan kuasa daripada BN kepada PH.

Tiba-tiba PH jatuh sendiri sebelum baligh. Beruk di hutan tidak kalah dek angin ribut. Tetapi angin sepoi-sepoi bahasa cukup beruk kelepap kebabom jatuh ke sungai.

Begitu juga bila ada pemimpin berkata, sekarang masa bagi UMNO untuk bergerak ke hadapan, melakukan proses perubahan parti dan berharap UMNO tidak akan diseret dalam kes Najib. Dah kenapa dengan si mamat ni..!

Pemimpin yang membuat kenyataan ini perlu faham sejak awal lagi kes ini, Najib tidak pernah mahu menyeret UMNO bersamanya, sebab itulah Pergerakan Pemuda UMNO memuji sikap Najib itu.

Seperkara lagi, PH jangan seronok sangat dengan beranggapan kes Najib ini akan memberi keuntungan politik kepada mereka. Kalau tidak percaya, tunggulah apabila Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan.

Cukuplah bertahun-tahun Najib dijadikan modal fitnah jijik untuk mereka meraih sokongan rakyat, sampai ada pemimpin mereka siang malam asyik ingat, ‘Najib, Najib, Najib’ sahaja.

Cepat nya kesan sumpah laknat dilihat

"Semalam Sumpah Laknat, Hari Ini Sabah Lingkup...!!


Saya ulang..!!

Anonymous said...

Najib bersalah. Semoga proses pembersihan berlaku. Tiada lindung jika salah. Jangan jadi era atok, bersalah pun boleh lepas. Terowong, adib, ltte dan banyak lagi yg seleweng kuasa mahkamah bila ph jadi kerajaan. Tahniah pn kerana tidak campur tangan urusan mahkamah.

Unknown said...

Sumpah laknat tu kena belajar dulu.. Jangan pakai taram je. Semua benda nk bersumpah..

Unknown said...

Tunggu pru ke 15..rakyat senyap je.. Mcm pru 14..

Anonymous said...

Hebat orang Sabah...

Biasa Raya Haji orang Korban Lembu paling pelik pun Korban Unta..

tapi orang Sabab menjelang Raya Haji orang Sabah "sembelih korban Shafie Apdal tinggal warisan ajer ler Shafie skg ni.

Anonymous said...

Bang non yg beri kuliah tafsir hadis pun tak berani sumpah laknat. W/pun bang non tahu beliau tak layak beri kuliah tafsir hadis, tp sebab politik beliau sanggup buat apa saja.

Anonymous said...

PH sibuk menyerang PN tetapi Malang bagi PH negeri PH sendiri terlepas ke tangan PN. Kesian.

Tepuk ...... Ha ha ha ha ha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails