Friday, May 22, 2020

Politik M'sia Dimensi Pembangkang Membingungkan.


Fenomena kebingungan di kalangan umat Islam.
POLITIK Malaysia yang membingungkan
(1) Politik Malaysia pada dimensi pembangkang membingungkan. Baru-baru ini didedahkan rakaman mesyuarat tertutup mereka yang menggambarkan wujudnya individu yang tidak menjaga amanah, dan tiada semangat kebersamaan.

Walaupun mereka menggunakan nama ‘Pakatan Harapan (PH)’ namun mereka tidak berpakat. Mereka saling berpolitik sesama mereka untuk mengejar kepentingan masing-masing. Hakikat ini sebenarnya sudah dilihat sejak mereka masih dalam Kerajaan lagi.

(2) Banyak lagi isu-isu yang menggambarkan betapa mereka itu sedang melalui sudut krisis (crysis corner) yang tajam. Mereka yang tidak cermat pastinya terbabas. Termasuk isu perletakan jawatan Tun daripada Perdana Menteri atas desakan rakan pakatannya.

Situasi ini pastinya membingungkan orang bawah. Apatah lagi rakyat Malaysia dihidangkan dengan saraf-saraf mereka. Laman internet sepatutnya dipenuhi dengan maklumat dan pengetahuan, tetapi hari ini sarat dengan saraf.

Rakyat Malaysia dipaksa untuk menghadap hal-hal dalam kain mereka, yang pastinya akan mencetuskan konflik yang lebih parah. Masyarakat keliru mana satu betul, mana satu salah. Tak tahu siapa negarawan dan siapa politikus.
(3) Suasana politik yang membingungkan seperti ini pernah terjadi pada zaman Sahabat R.A apabila Umat Islam dilagakan oleh para munafik sehingga berlakunya Peristiwa Tahkim, dan munculnya aliran-aliran politik dalam Islam.
Mereka yang berada dalam Blok Saidina Ali R.A berijtihad bahawa mereka berada di posisi yang benar. Begitu juga mereka yang berada dalam Blok Saidina Mu’awiyah. Hasil daripada pertembungan ini muncullah Syiah dan Khawarij.
Asalnya pertembungan ini hanya dari sudut politik, tetapi pada hari ini sudah berkembang menjadi mazhab dalam feqah dan aqidah. Tak lama selepas krisis ini, berlaku perpecahan lagi disebabkan resapan ideologi falsafah.
Kebingungan akhir zaman
(1) Realiti kekeliruan atau kebingungan ini pernah disabdakan oleh Baginda S.A.W;
بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا أَوْ يُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا يَبِيعُ دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنْ الدُّنْيَا.

“Bersegeralah beramal sebelum munculnya fitnah yang datang bagaikan potongan-potongan malam yang gelap, seseorang pada pagi harinya beriman dan pada petangnya telah menjadi kafir, atau petangnya masih beriman dan pagi harinya telah menjadi kafir, menjual agamanya dengan kepentingan dunia.


(Riwayat Muslim)
(2) Hadis ini jelas menggambarkan bahawa di akhir zaman munculnya kekeliruan. Kekeliruan demi kekeliruan ini akhirnya melahirkan suasana bingung, iaitu tidak tahu mana satu kebenaran, mana satu kebatilan. Bahkan telah disebut oleh Allah S.W.T;
وَلَا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.”
Imam Qurtubi R.A menukilkan kata-kata Saidina Ali di dalam tafsiran ayat ini;
إن الحق لا يعرف بالرجال ، اعرف الحق تعرف أهله

“Kebenaran itu tidak dikenali melalui orangnya. Kenallah kebenaran, kamu akan kenal siapa orang orangnya.”
(3) Antara lain, Nabi S.A.W menyatakan bentuk bagaimana berlakunya suasana kebingungan di akhir zaman. Kita tidak tahu kita menyerang siapa, untuk siapa, dan kenapa. Kita tidak tahu kita menyerang pakai peluru siapa, dan kita tidak tahu kita di kelompok mana;
وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَا تَذْهَبُ الدُّنْيَا حَتَّى يَأْتِيَ عَلَى النَّاسِ يَوْمٌ لَا يَدْرِي الْقَاتِلُ فِيمَ قَتَلَ وَلَا الْمَقْتُولُ فِيمَ قُتِلَ فَقِيلَ كَيْفَ يَكُونُ ذَلِكَ قَالَ الْهَرْجُ الْقَاتِلُ وَالْمَقْتُولُ فِي النَّارِ

“Demi Zat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya, dunia ini tidak akan musnah sehingga orang-orang saling bunuh satu sama lain tanpa mengetahui apa sebabnya. Demikian juga orang yang dibunuh, dia tidak tahu apa sebab dia dibunuh.” Maka, ditanyakanlah kepada Baginda S.A.W, “Bagaimana mungkin ia boleh terjadi?” Baginda S.A.W menjawab, “Itulah al-harj, yang membunuh dan yang dibunuh sama-sama di neraka.


(Riwayat Muslim)
Umawiyyah dan Abbasiah
(1) Di dalam sejarah, kita boleh lihat bagaimana Umat Islam diuji dengan krisis yang membingungkan. Sama ada disebabkan musuh, ataupun bingung disebabkan perselisihan dan perpecahan yang berpanjangan.
Contohnya di zaman Umawiyah lagi Umat Islam berhadapan dengan perselisihan antara Andalus yang masih mempunyai pengaruh Umawiyyah dan pemerintahan pusat yang sudah beralih ke arah Abbasiah.
(2) Di awal zaman Abbasiah Umat Islam berhadapan dengan resapan ideologi falsafah sehingga munculnya firqah-firqah yang berselirat. Ada yang terpengaruh dengan ajaran-ajaran itu.
Mereka yang terpengaruh, membina mazhab dan aliran pemikiran yang baru. Ada yang terkeliru dan kebingungan untuk menentukan mana satu di pihak yang benar sehinggalah muncul Ahlus Sunnah wal Jamaah.
(3) Di zaman ini juga munculnya orang-orang Zindiq yang mengalami krisis aqidah. Menterjemahkan Islam seperti syariat ahli kitab terdahulu. Ajaran-ajaran seperti Jahmiyyah, Qadariah Dan Jabariah menjadi perhatian.
Umat Islam bingung dengan kewujudan golongan-golongan seperti ini. Ada yang terpengaruh. Ramai juga ulamak dan pemikir Islam yang sedar hal ini dan mula menulis disiplin ilmu dan pemikiran.
(4) Ketika kejatuhan Abbasiah Umat Islam sekali lagi bingung terhadap kejatuhan pemerintahan itu. Ribuan Umat Islam dibunuh Tatar. Khalifah diheret sekeliling Baghdad dan akhirnya dibunuh di dalam karpet dipijak beramai-ramai.
Karya-karya Umat Islam dikumpulkan dan dijadikan jambatan untuk membolehkan Tatar menyeberang Sungai Tigris dan Sungai Euphrates. Umat Islam hilang punca kekuatan sehinggalah munculnya Uthman Ghazi membina Empayar Uthmaniah.
Kebingungan di era Uthmaniah
Di awal pemerintahan Khilafah Uthmaniah turut tidak lari daripada perselisihan. Namun berjaya diselesaikan dengan baik. Tetapi Uthmaniah berhadapan dengan situasi ‘gangguan’ intelligent Barat dan golongan Orientalis.
Golongan ini mencipta kebingungan terhadap Umat Islam, dengan karya-karya yang mengelirukan orang Islam. Antaranya mereka mencetuskan perselisihan antara Salaf dan Khalaf.
(2) Hasil cetusan tersebut, timbullah Arab Revolt 1917 yang menjadi punca utama kejatuhan Uthmaniah. Orang-orang Arab dibingungkan dengan sentimen untuk menjulang bangsa itu mengatasi Bangsa Turki.
Sentimen bangsa ini akhirnya meranapkan Uthmaniah, dan Bangsa Arab tidak perolehi apa-apa untung pun, melainkan Umat Islam hidup dalam keadaan berpecah dan kuasa pusat Islam menjadi hangus.
(3) Umat Islam dibingungkan dengan slogan Sekularism, Nasionalism, Modernism, dan sebagainya. Umat Islam melihat laungan-laungan itu adalah kebenaran, walhal meruntuhkan mereka.
Ada yang terikut dengan gaya Barat sehingga mewujudkan fenomena Young Turks, dan Ittihad wat Taraqqi. Umat Islam dibingungkan dengan kumpulan-kumpulan yang menyeru ke arah perubahan, walhal menjatuhkan Khilafah.
(4) Pasca kejatuhan Uthmaniah menampakkan perpecahan yang besar bagi Umat Islam. Negara-negara Arab berjaya dikerat sebelum itu lagi melalui Deklarasi Balfour dan Perjanjian Sykes Picot.
Negara-negara Islam mula berubah beransur-ansur ke arah Sekular. Apatah lagi di era penjajahan British dan Belanda yang meninggalkan kesan yang cukup dalam terhadap perundangan.
Hari ini yang membingungkan
Hari ini kita saksikan umat Islam dalam kebingungan. Bingung terhadap perancangan Barat. Umat Islam terpecah menjadi dua blok. Arab Saudi, Mesir dan seangkatan dengannya berada di Blok Barat.
Manakala Iran, Syria dan sealiran dengannya berada di Blok Timur. Negara Islam di Blok Barat pula bersaing untuk menjadi kuasa dominan atau suara bagi umat Islam.
(2) Pertembungan Islam antara Blok Timur dan Barat dihiasai dengan krisis mazhab Sunni-Syiah yang dibakar tanpa kesudahan. Menyebabkan Umat Islam bercakaran sesama sendiri.
Pertembungan sesama negara Islam di Blok Barat pula dihiasi dengan krisis mazhab Salaf Khalaf, dan dibakar dengan sentimen Aswaja dan Wahhabi. Menjadikan perpecahan itu semakin menyala dibakar.
(3) Umat Islam hari ini dibingungkan dengan perselisihan mazhab. Masing-masing merasakan mazhab mereka di atas kebenaran, manakala mazhab lain terus ke neraka. Terjerat dengan mainan musuh tanpa sedar.
Umat Islam seluruh dunia ditindas dan dibunuh oleh Barat, tetapi Umat Islam lebih cenderung mengkaji perselisihan mazhab berbanding mengkaji perancangan musuh. Menganggap perancangan musuh itu hanya sekadar teori.
(4) Al-Quran dan Hadis sepatutnya menyatukan, tetapi hari ini telah diolah oleh Barat menjadi instrumen penting untuk menyemarakkan perselisihan. Berselisih bukan disebabkan hujah, tetapi disebabkan sentimen.
Jalan yang bersimpang siur ini menyebabkan umat Islam ada yang kebingungan. Bingung kerana diperbodohkan atau dijadikan alat oleh musuh. Seolah-olah perselisihan itu lebih utama berbanding kesatuan.
MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 22/5/2020

11 comments:

Anonymous said...

6 jahanam umno kena jail habis muyidin. pN tebuk atap tumbang tiada majoriti….

Berape lama muyidin boleh bertahan?…nak tunggu pru15 gerenti muyidin diketepikan oleh umno….

Muyidin memang bodoh…ingat dah cedik boleh tebuk atap..

Anonymous said...

Muyiddin memang bodoh. Tapi kalau kekal dalam ph lagi bertambah bodoh. Kalaulah mahathir dapat majoriti, tentulah agong dah kekalkan mahathir. Kalaulah anwar dapat majoriti, tentulah agong dah pilih anwar. Dalam mengira pun ph tak gheti, macam mana nak memimpin. Fahaman ph 109 lebih besar dari 113. Songsang fahaman ini. Melanggar hukum matematik. Walaupun tak separah seks songsang, tapi tetap juga menyalahi adat dan syariat.

Anonymous said...

Perdana menteri pn pn yg geng walaun sokong pun kena bodo jugak..pas ni mmng telunjuk lurus kelingking berkait, tak ikhlas..

Anonymous said...

Ahli jawatankuasa eksekutif pusat DAP hari ini menyalahkan Dr Mahathir Mohamad berhubung krisis politik yang menyebabkan Pakatan Harapan (PH) hilang kuasa pada Februari dan tumbangnya kerajaan negeri yang dipimpin gabungan itu.

Ronnie Liu, yang secara terbuka mengkritik bekas perdana menteri pada masa lalu, berkata tiada masalah jika Mahathir menyerahkan kuasanya kepada Anwar Ibrahim.


Lepas ni mahathir lone ranger.

Anonymous said...

RBA ternakan parti kafir Harbi DA-Pigs adalah syaitan laknatullah yang sibuk menyebarkan fitnah untuk melaga-lagakan,memecah-belahkan dan melemahkan umat Islam supaya DA-Pigs dan khadam liberalnya boleh berkuasa semula untuk menindas Islam dan umat Islam.

Anonymous said...

RBA ternakan parti kafir harbi DA-Pigs adalah serangga perosak yang tidak bermoral kerana suka menghina dan memaki pihak lawan.

Anonymous said...

Parti paling ikhlas dalam dunia ialah pkr dan pan. Mereka sangat islamik. Kerana itu atas dasar sama rata mereka putus hubungan dengan muslim lain untuk berhijrah bersama parti dap. Mereka ada kitab sendiri, manifesto ph. Seragam dengan dap, pkr dan pan. Ulamak pkr anwar sangat tinggi firasatnya dan selalu tepat menurut ukuran hati sendiri. Ulamak pan mike tyson sangat setia dengan dap. Mereka berdua konsensus menolak ulamak yg tak sealiran dengan mereka berdua. Dua ulamak ni sangat konsisten dan tinggi tahap ijtihadnya.

Anonymous said...

Betul tu..jgn jadi macam PN, ape pn x de. Si umno x ikhtiraf pn kjaan tebuk atap ni. Si Pas sibut berbahagi harta rampasan perang yg haram..entahlah apa nk jadi dgn akhlak parti isle ni skrg..

Anonymous said...

19 May 2020
Gila Tu Ada Bermacam Jenis Gila
Bhai/DeeDee semua...

Dua hari sudah.... ader satu Ostad Sampul yang dok giler viralkan kerja ibadah Tahajjud dier... siap buat live dalam FB.... tak cukup ngan buat live.... ditambah pulak dengan dier meletakkan nombor akaun bank dalam video live feed tue...

Giler aaa... Memang gila.... Betul lah orang tua-tua ader kata... Gila tu ada bermacam jenis gila....

Apa yang dibuat oleh Ostad Sampul nih memang satu kegilaan.... kita paham la zaman PKP nih duit sampul dah takder... dah kurang... jadi kena pikir la satu inisiatif untuk generate income.... Tapi sampai warwarkan bagitau kat rakan media sosial dier yang dier akan bersiaran secara live dalam Facebook jam sekian-sekian untuk solat Tahajjud tue dah kira melampau...

Tambah lagi... Live video feed tue kelihatan dikawal oleh seseorang... dimana dua Angle video feed digunakan.... yang di switch feed antara dua kamera tue semasa bersiaran..... Memang ader video controller yang jaga..... Hahaha...

Ramai pulak tue yang tengok dan siap berdoa sama masa Ostad Sampul tue berdoa..... Hahaha... Giler aaa....

Adoilah.... Ostad Dasuki Abdul Rani oooi.... jauh betul sesatnya nih....

Anonymous said...

Bukan RM1.4 juta tapi RM14.7 juta
kos Hadi tarik balik saman..

Penyunting Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown malam tadi dalam sebuah rancangan perbincangan yang dihoskan oleh aktivis Iswardy Morni, mendedahkan bahawa presiden PAS Abdul Hadi Awang dikenakan bayaran sebanyak 2.5 juta pound (RM13.3 juta) oleh firma perundangan British dalam usaha mengejar tuntutan saman fitnah yang gagal terhadapnya pada tahun 2019.

Jumlah bayaran itu adalah tambahan kepada RM1.4 juta yang dibayar untuk penyelesaian di luar mahkamah sebagai kos biaya undang-undang Rewcastle-Brown, ketika anggota parlimen Marang itu menarik balik saman fitnahnya ke atas laporan portal tersebut yang telah mendedahkan bahawa UMNO memberi sejumlah wang besar kepada PAS sebelum pilihan raya umum 2018. Ringkasnya kos guaman lawyer Hadi £2.5 juta (RM13.3 juta) + RM1.4 juta bayar Kos kepada Clare Rewcastle Brown = RM14.7 juta

Seperti petikan video di atas, Rewcastle-Brown menjelaskan bahawa bertentangan dengan dakwaan Hadi bahawa PAS telah memenangi kes tersebut, padahalnya kes itu tidak pernah sampai di mahkamah pun. Persoalannya kalau Hadi menang, kenapa dia kena bayar Clare?

“Bahkan mereka melarikan diri sebelum sampai di mahkamah. Oleh itu, jika mereka mengatakan bahawa mereka menang kes ini, biarlah orang ramai mengadilinya secara yang waras, "katanya.
tumpang sekole...?: February 2019

Sarawak Report pada 2018 telah mendedahkan bahawa bayaran berjuta-juta ringgit telah disalurkan kepada PAS sebagai bayaran deposit untuk 160 calon parlimen PAS. PAS bertanding di 196 kawasan parlimen pada pilihan raya 2018.

Rewcastle-Brown mengulangi bahawa dia menyimpan bukti2 dokumen mengenai transaksi tersebut yang menunjukkan berlakunya aliran dana dari UMNO ke akaun politik PAS.

PAS sehingga selepas pilihan raya umum 2018 menjadi parti pembangkang, sementara UMNO mengetuai gabungan Barisan Nasional yang memerintah. Parti Islam telah menyatakan dalam kenyataan umumnya bahawa ia tetap menjadi parti pembangkang yang menentang UMNO.




Bukti2 dokumentari, menurut Rewcastle-Brown, menunjukkan bahawa kedua-dua pihak bekerjasama, dengan Hadi yang dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya gabungan Barisan Nasional itu menang.

Hadi dan PAS telah mempertikaikan dakwaan Rewcastle-Brown, walaupun menurut maklumat2 risikan tempatan menyatakan sejumlah RM90 juta telah disogokkan untuk melunaskan penentangan PAS terhadap UMNO. PAS menipu kata dia tak terima duit dari UMNO?

Akhirnya, pakatan PAS dan UMNO menjadi realiti sebagai satu gabungan longgar yang dinamakan Muafakat Nasional, dibentuk tahun lalu. (Terjemahan daripada article "RM14.7M the total cost of Hadi's defeat to Rewcastle Brown" terbitan talkedabout.org) - TS

Anonymous said...

Sunday, 8 March 2020
TAN SRI MUHYIDDIN TIDAK BOLEH LUPA JIWA BESAR NAJIB DAN ZAHID...

Sejak kebelakangan ini terlalu ramai yang cuba menghukum seseorang itu bersalah walaupun hakikatnya orang itu masih belum dibuktikan bersalah... Hanya kerana ada pertuduhan di mahkamah, itu tidak bererti seorang itu adalah bersalah... Netizen sehaursnya berjiwa besar dalam menilai seseorang itu... Kuasa juga tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya dan kita perlu ingat kuasa itu bukan untuk selamanya...

Nilai manusia pada akal dan budinya dan kita sebagai netizen perlu menjaga akan hak menilai kita agar kita tidak menghukum sesiapa sahaja hanya bersandarkan media (mungkin berat sebelah), hanya berdasarkan bacaan kita dalam media sosial dan mungkin dari kata-kata orang lain... Kita tidak mahu apa yang pernah berlaku kepada Dato Seri Najib dahulu, beliau ditohmah dengan tuduhan-tuduhan yang belum berasas, rata-rata netizen menghukum beliau sebagai bersalah... Hari ini, ramai yang merindui beliau dan ada yang menyesal dengan apa yang pernah mereka lakukan terhadap DS Najib sebelum ini...

Sedar atau tidak, Najib dan Zahid adalah watak besar dalam perjuangan UMNO akhir-akhir ini... Kedua mereka ini yang saling percaya dan mempunyai semangat setiakawan dalam perjuangan... Tatkala, Najib (semasa menjadi presiden UMNO) dilihat sebagai liabiliti (pada ketika itu) disebabkan tuduhan-tuduhan tidak berasas dan pengaruh media sosial, Zahid adalah watak sahabat yang hadir untuk membantu Najib menguruskan negara, menguruskan persepsi dan menjernihkan suasana parti UMNO ketika itu...

Tatkala, UMNO memerlukan seorang pemimpin yang memastikan UMNO terus kuat, Zahid juga adalah watak yang hadir untuk mengemudi parti keramat UMNO ini... Dalam memimpin parti yang bukan menjadi kerajaan, tanggungjawab dan bebanan cukup besar beliau terpaksa pikul... Ditambah lagi dengan tuduhan-tuduhan mahkamah yang begitu banyak dan dikira tidak masuk akal dan dilihat bersifat 'politik' bagi menjatuhkan karier politiknya dan meruntuhkan institusi presiden UMNO itu sendiri, namun, beliau terus kuat melangkah... Mungkin ini disebabkan beliau ini adalah jenis manusia dan pemimpin yang dekat dengan urusan agama dan mendampingi alim ulama, maka, tidak mustahil Allah membantu beliau dalam urusannya...

Diserang kiri dan kanan, namun, Zahid terus menyusun gerak kerja dan strategi UMNO dengan kemas dan tersusun... Siapa sangka, UMNO boleh bersama dengan PAS? Ini tidak pernah dibayangkan, namun, sebagai presiden UMNO beliau berjiwa besar untuk bersama-sama dengan PAS dalam memastikan perjuangan agama, bangsa dan negara itu terus releven dan kuat... Akhirnya PAS dan UMNO membentuk Muafakat Nasional dan menjadi ANCAMAN besar kepada kerajaan yang dikuasai dan dipengaruhi agenda DAP... Natijahnya? Hari ini MN telah diterima oleh segenap lapisan masyarakat dan ditambah dengan prestasi buruk PH sebelum ini...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails