Thursday, May 21, 2020

Pohon Semak Kes Riza Aziz Adalah Tindakan Semberono – Peguam

Pohon Semak Kes Riza Aziz Adalah Tindakan Semberono – Peguam

TINDAKAN seorang peguam Shaharuddin Ali menghantar surat kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menyemak semula keputusan kes Riza Aziz yang dilepaskan tetapi tidak dibebaskan (Discharge Not Amounting To Acquittal- DNAA) adalah perbuatan tidak masuk akal dan bersifat semberono.
Menurut seorang peguam, Shaharuddin Ali tidak mempunyai apa jua locus standi untuk berbuat demikian kerana kes terbabit adalah prosiding jenayah.
“Kuasa pertuduhan atau pengguguran kes dalam prosiding jenayah hanya boleh dilakukan oleh Pejabat Peguam Negara (AG Chambers). Hanya pihak berkepentingan seperti Pendakwa Raya (di bawah Pejabat Peguam Negara) atau Peguambela tertuduh sahaja yang boleh menguruskan apa jua perkara berkaitan dengan kes.”
Bagi peguam ini, tindakan Shaharuddin ini seolah-olah cuba untuk campur tangan dalam hal-hal pendakwaan yang dikendalikan oleh Pejabat Peguam Negara. Ini jelas bertentangan dengan Kanun Tatacara Jenayah yang diguna pakai untuk semua prosiding jenayah di Malaysia.
Perbuatan Shaharuddin ini bukan sahaja tidak menghormati mahkamah, tetapi juga menganggu prosiding jenayah kes-kes lain yang berkaitan. Ini kerana sebaik diberi DNAA oleh mahkamah, Riza Aziz telah diletakkan sebagai saksi pendakwaan di dalam kes jenayah lain bagi membantu Pendakwaraya.
Peguam terbabit juga menyifatkan Shaharuddin Ali tidak begitu peka dalam hal-hal berkaitan prosiding jenayah kolar putih, terutamanya yang melibatkan pertuduhan penggubahan wang haram yang tertakluk di dalam Akta AMLATFA (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001)
“Kes yang dibicarakan di bawah akta ini adalah berbeza daripada jenayah-jenayah yang lain. Bukan mudah untuk membuktikan kesalahan dan mensabitkan seseorang untuk kesalahan di dalam akta tersebut. Beban pembuktian untuk kes seperti ini adalah amat berat dan Pendakwaraya perlu mempertimbangkan kos dan pelbagai lagi isu yang ditanggung oleh pihak kerajaan.”
Perbincangan antara kedua-dua pihak pendakwaan dan peguam bela, di dalam kes seperti ini sering berlaku. Tujuan utama adalah untuk mengembalikan apa jua hasil daripada penggubahan wang tersebut kepada kerajaan Malaysia. Suara TV

Hibur Hibur Sikit

Si Jantung Hati (Hẹn hò đêm trăng)-Penyanyi Thai

1659. Bunyi Gitar (P. Ramlee cover)

52 comments:

Anonymous said...

Drama Atok, Apa Sebenarnya Berlaku, Rakaman Audio: Pengkhianatan Sebenar, Tembelang Mahathir Terbongkar!. Siapa yang bacol.!? - Bossku

Apa yang menarik, mesyuarat tersebut Mahathir bersetuju untuk keluar daripada PH, malah Mahathir jelas Tun tidak suka pada DAP dan juga Anwar. Mahathir telah mengamalkan politik hipokrasi tahap dewa terpaksa bekerja sama dng DAP dan Anwar.

Lidah bercabang, hipokrit, gila kuasa dan BACOL masa Negara ada masalah Covid ini, Bossku jelaskan apa yang sebenarnya berlaku:

1. Dia tak suka DAP. Dia tak suka Anwar jadi PM. Tak tahan dengan tekanan DAP dan geng Anwar terhadap dia tapi dia perlu bertahan kerana jumlah kerusi parlimen DAP dan PKR jauh lebih banyak banding dia.

2. Parti PPBM dia mahu keluar dari PH secepat mungkin kerana bimbang kalah pada PRU15 akan datang setelah 5 kali kalah PRK kepada BN. Dia juga sokong

3. Dia juga yang menyokong parti BN dan PAS bergabung dengan PPBM. Lalu, dia umum bahawa dia mahu buat kerajaan perpaduan semasa dia PM interim. PM ke 7(i)

Nanti dia boleh pilih ahli-ahli parlimen yang totok pada dia untuk sokong dia sebagai PM tanpa mengambil kira tekanan parti atau pemimpin parti.

Entah kenapa nak ambil dari PAN, dan dari parti-parti Sabah/Sarawak. Hanya dia yang tahu.

Asalkan totok pada sudah cukup. Dia pun boleh pecah-belahkan kuasa parti masing-masing.

Oleh kerana semua pihak tak setuju, parti-parti PH dan BN pun tak sokong dia jadi PM semasa menghadap YDP Agong.

Lalu, dia pun kalah kerana tak dapat sokongan padu dari kedua-dua pihak.

Setelah kalah, dia pun bekerja lagi keras untuk menumbangkan kerajaan PN untuk merebut kuasa kembali. Sah Gila Kuasa

Anwar tidak ada banyak pilihan samada mahu berkecil hati dan berpatah arang dengan Mahathir atau menelan sahaja segala apa yang berlaku.

Dia tak pernah hormat PH dan tak pernah hormat mandat Rakyat. Siapa yang bacol sebenarnya..!?

Sebab itu, dia tak berbincang dan memberitahu pemimpin-pemimpin PH semasa dia letak jawatan.

Hakikatnya DAP dan khususnya Anwar telah terpedaya serta terbelit dengan seni kelicikan politik Mahathir lidah bercabang dan kaki fitnah.

Sebab itu dia tak hadir apabila PH suruh bermesyuarat untuk menyelesaikan kemelut. Lalu Anwar pun dipilih sebagai calon PM oleh PH.

Cukuplah – cukuplah Mahathir jangan BACOL dan menyalahkan orang lain atas agenda politik sendiri.

Mahathir memang bacol dalam mengamalkan POLITIK HIPOKRASI tahap tertinggi dalam sejarah poltik tanah air.

Dia buka aib orang Allah buka aib nya lebih teruk lagi. Yang dibuka oleh Nya untuk kawan dan lawan mengingati kembali sosok tubuh yang bernama Mahathir sang fitnah yang bacol.

Anonymous said...

Tak usah tunjuk baghal lah..odio telah di sunting dan kata saddiq ianye palsu kerana saddiq hadir dlm mesyuarat...

Macai ngok memang suka yg fitnah..

Anonymous said...

https://www.facebook.com/100048105015287/posts/141156480831185/?sfnsn=mo&d=n&vh=i

Macai ngok dan khadam baghal sila buat rujukan..

Anonymous said...

Dr Mahathir Mohamad berikrar tidak akan berhenti daripada usaha menjatuhkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin kerana berang dengan penggantinya memberi peluang kepada parti dicemari rasuah yang ditolak pengundi dalam pilihan raya umum 2 tahun lalu, kembali berkuasa.

Rabu lalu, bekas perdana menteri itu mempersoalkan kesahihan pakatan Muhyiddin yang berusia 2 bulan setengah dengan Umno.

“Salah untuk membuat penyusunan pintu belakang ini. Kami mahu memberi rakyat kerajaan sah yang mereka pilih. Itu matlamat kami,” katanya kepada Reuters dalam wawancara melalui sidang video.

Anonymous said...

bukti audio palsu ade ... tunjukkan baghal

Anonymous said...

Syed saddiq pun kuat klentong. Kejap 250k dia punya, kejap lagi mak punya. Jawapan sepatutnya satu, bukan banyak.

Anonymous said...

pergi buat report pulis la klu audio palsu... ada brani...!?

baghal bacol macam tuan bacol

Anonymous said...

Kes riza sama kes curi 10 ekor ayam tapi setuju pulang balik 4 ekor saja...mana pegi 6 ekor lagi?..

Riza anak tiri najib guna wang curi 1 mdb 1.25 billion tapi mintak nak pulangkan wang curi 1 mdb 465 juta saja....riza secara langsungnye mengaku guna wang curi..

Puak umno heboh ini adalah dibenarkan oleh peguam negara dan tipah koya...

Tipah koya benarkan kompaun dgn jumlah yg dituntut sama dgn jumlah yg diterima dari wang curi...

Tommy thomas telah napikan dgn tegas dia tak pernah setuju luluskan representasi dari loyar riza...

Dia hanye setuju terima representasi hanye untuk kajian...kelulusan oleh AG baru..

Anonymous said...

Rakaman Audio: Bukti Pengkhianatan Sebenar, Tembelang Mahathir Kian Terbongkar!

Cukuplah – cukuplah mahathir menyalahkan dan mempergunakan orang lain atas agenda politiknya sendiri.

Mahathir memang hebat dalam mengamalkan POLITIK HIPOKRASI tahap tertinggi dalam sejarah poltik tanah air.

Apa yang terbongkar ini adalah aib yang dibuka olehNya untuk kawan dan lawan mengingati kembali sosok tubuh yang bernama MAHATHIR BACOL

Kalau rakaman audio palsu sila buat report polis biar polis siasat..

Jangan BACOL atok biar polis siasat.!!

Anonymous said...

Dalambjes AMLA beban bukti terletak kpd terduduh untuk bukti wang yg diperolehi halal..

Anonymous said...

Riza dilaporkan telah setuju menjadi saksi pendakwa dlm kes najib curi wang 1 mdb...

Persetujuan riza pulangkan wang curi menandakan najib terlibat dlm kes curi wang 1 mdb..

Ape kata najib dan rosmah?....riza saksi paling hampir dgn najib....loyar najib kena bukak silat kuntau untuk napikan kenyataan riza dlm mahkamah nanti....

Najib ada sikit beeraaat...

Anonymous said...

Madey suruh orang yg edar vedeo sunting keluarkan odio penuh mesyuarat..

Anonymous said...

Bila diavkata dia ounyer...ikut laporan berita sadduq kata wang tu milik dia dan keluarga...

Macai pandai2 reka plak..

Anonymous said...

Baru boleh repot polis..setakat ni pengeluar odio sunting masih bacol..

Anonymous said...

Bagi odio penuh dulu baru boleh repot polis..kenape bacol?..

Anonymous said...

dah kata di sunting buat lah polis report... jangan jadi Bacol

jangan banyak alasan wahai si bacol

Anonymous said...

bring it onn...!!

Anonymous said...

walaun unta meroyan bila kes tak kena dengan selera atok yang bacol ...

alahai...

Anonymous said...

bring it on...

Anonymous said...

Wah jika audio melibatkan Atuk Kerala , RBA kata palsu. Jika audio RM90 juta, RBA kata benar.

Jelas ini membuktikan RBA adalah pandusta yang sangat menjijikkan.

Anonymous said...

dah kata disunting pi report la bacol..!

Anonymous said...

“AUDIO DISUNTING, SAYA CABAR KELUARKAN RAKAMAN PENUH”

Shahbudin Husin20 May 2020Politik Semasa78 Comments
A A A


Ada yang berniat jahat menyebarkan klip audio saya yang jelas disunting.

Saya cabar mereka keluarkan rakaman penuh mesyuarat MPT.

Saya kekal setia bersama rakan rakan yang berjuang dengan saya sebelum PRU-14.

Kalau betul saya mahu mengkhianati mandat rakyat, saya boleh lakukan dahulu apabila dicalonkan sebagai Perdana Menteri Perikatan Nasional.

Saya tolak. Susah & senang, kita bersama.

Tun Mahathir Mohamad

Pengerusi Bersatu

20 Mei 2020.

Anonymous said...

Perbicaraan sedang berjalan....sudah didakwa bosskur.

Anonymous said...

Kalau mahu khianat mandat rakyat, saya sudah jadi PM untuk PN' - Tun Mahathir

Kenapa tak bincang dengan PH? - Najib

Sementara itu, Ahli Parlimen Pekan Najib Razak mempersoalkan kenyataan terbaru Mahathir.

Kata Najib, sekiranya benar Mahathir tidak berniat mengkhianati PH, beliau akan berbincang dengan PH sebelum meletakkan jawatan.

"Adakah Mahathir memaklumkan mereka sebelum bertemu Yang di-Pertuan Agong untuk menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai perdana menteri ?

"Tidak. Kenapa? Beritahu secara jujur apa sebenarnya yang berlaku ketika itu," katanya.

Mungkin Sebab dia BACOL nak bagi tahu

Untuk rekod, Presiden PKR Anwar Ibrahim sebelum ini direkodkan sebagai berkata sudah mengetahui hasrat Mahathir untuk meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Namun, tidak dinyatakan sama ada keputusan itu dibincangkan oleh PH atau tidak.

Tidak lama selepas meletakkan jawatan sebagai perdana menteri, Mahathir kemudian meletakkan jawatan sebagai pengerusi Bersatu.

Bersatu bagaimanapun menolak peletakan jawatan Mahathir sebagai pengerusi.

Jawatan pengerusi Bersatu kini menjadi pertikaian apabila Muhyiddin melantik dirinya sebagai pemangku pengerusi dan mengabaikan penolakan peletakan jawatan Mahathir sebelum ini.

Anonymous said...

Riza x salah. Dia x curi pun duit..dia bagi perabih je.
Skandal 1mdb tu fitnah yahudi dap. Tak caya, blh tanya lebai. Xkan la lebai nak menipu.
Jo low dgn najib pun x salah. Diorg sesuci embun pagi..

Anonymous said...

Hahaha..nak repot polis pon kena ada bukti...

Madey nak perangkap oengeluar dulu seblm repot polis....madey bijak....ko baghal..

Anonymous said...

Tak de hujjah ker?...kikikik.)

Anonymous said...

Tangkap Jho Lo.. heret atok jadi saksi kes 1 MDB... jangan jadi BACOL tak hadir jadi saksi nanti

Anonymous said...

Nak bincang ape?....puak2 PH sudah tekan madey.

Anonymous said...

Peguam pembela Safiee Abdullah mahu si bacol Mahathir dihadapkan ke mahkamah

Anonymous said...

Ada bukti najib tak salah?...riza pakai duit 1 25 billion dari bapak ko?..

Kalo dia tak salah guna wang curi kenape dia sanggup bayar 465 juta?..ingat 465 ringgit ker?...bongok

Anonymous said...

Games on. Bolehkah rakyat percaya lagi kat madey. Agong pun beri statement tentang kerajaan skrg. Anak atok tak nak join ka?? Kedah pun pintu belakang.

Ura2 dulu madey pujuk supaya bubar umno. Semua umno masuk bersatu. Sekarang atok berisiko dipecat bersatu. Atok masuk blok pembangkang sedangkan bersatu adalah kerajaan. Parti yg aneh. Ada pengerusi ada presiden. Belit madey tak mahu jadi penasihat, nak jadi pengerusi.

Anonymous said...

Najib bawak jo lo sebagai saksi dia tak salah...

Riza setuju jadi saksi pendakwa sudah cukup..

Anonymous said...

baca fakta mahkamah bongok.. dari hari pertama sampai sekarang kes Riza tak dibicara lansung..maksud nya apa...!?

baca fakta mahkamah bukan persepsi macam atok bacol

Anonymous said...

Bila nak pecat?...perlantikan SU pon dicabar...

Anonymous said...

sbb atok bacol sbb tu tak bincangsetakat kena tekan dah goyang telo baik letak jawatan trus tak payah beri alasan orang lain salah... sah atok kau bacol

Anonymous said...

Ada berani ka Mudin pecat atok? Try tgk

Anonymous said...

Nak bicara ape bongok?..AG baru sudah setuju bayar balik wang curi ...

Anonymous said...

Nak heret atok bjadi saksi ?..najib jena mohon dari mahkamah...

Kenape ko bodoh sangat..

Tapi najib takut atok..tengok atoq dia cabut lari....dlm mahkamah najib tak boleh lari...nanti terberak dlm mahkamah..

Kah kaaah kaaaaah..

Anonymous said...

Hahahaha...yiden tengah pening...ada bahagian Bersatu sudah sound yiden..

Anonymous said...

Mahyudfin tak payah pecat ROS dah pecat tak sah jadi pengerusi.. dah pecat dah

Anonymous said...

Muyidin takut nak panggil sidang oarlimen...nak pecat atoq lagi takut..

Anonymous said...

Ko baghal...RoS mana ada kuasa pecat...muyiden nak pecat atoq dari Bersatu..

Lepas pemilihan jun nanti atoq sudah menang tanpa tanding..

Kenape macai bongok sangat?..

Anonymous said...

Hahaha..tuduhan karut....najib kena tanye anak tirinye kenape sanggup jadi saksi pendakwa....tak kenang budi...

Riza mungkin marah najib...

Anonymous said...

Buatblah permohonan kpd mahkamah...cakap kosong..

Anonymous said...

UK kau terpaksa bayar kos guaman sebanyak £2.5juta (hampir 14 juta ringgit) - orang kata pay for nothing, tambahan bayar lagi denda tarik saman 1.4 juta kepada Claire.

Kena kencing kaw2 dgn penyesat islam si syiahn hj hadi wang. Haha

Anonymous said...

Letak jwtn feb. 16 Mac bertanding pengerusi tadak sapa nk lawan.

Anonymous said...

ROS mengesahkan bahawa Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, "berhak" menjadi pemangku pengerusi parti berkenaan setelah Mahathir menyerahkan surat peletakan jawatan kepada beliau pada 24 Feb lalu.

Surat itu memetik Fasal 16.9 perlembagaan parti untuk membuat keputusan berkenaan, yang menetapkan bahawa jika pengerusi mengundurkan diri atau dipecat, presiden akan mengambil alih jawatan sebagai pemangku sehingga orang baru dipilih.

Anonymous said...

Kita pas harus pertahankan riza. Beliau kebanggaan negara. Filemnya memberi impak keagungan islam dan hukum hudud.
Insyaallah kita akan angkat dia sbg naib presiden pas insyaallah dn ibunya rosmaha ketua muslimah

Anonymous said...

Unta mengaku PAS... Hi hihi

Anonymous said...

Parodi anak cucu import

Cucu import : Ehh kenapa atok termenung..!?

Atok : Atok rasa atok nak buat come back

Cucu import : Atok nak come back apa..!?

Atok : Atok ada buat mistake ari tu.. kalu tak mistake suma dah ok.. Tu pasal atok nak come back..

Cucu import : Atok buat mistake apa, atok..!?

Atok : Mistake sket sebab salah strategi itu pasai tak berapa nak mengena ari tu...

Cucu Import : Salah strategi apa tu atok.!? cerita lah sket atok.!!

Atok : Kaluu.. Bulan lepas strategi atok tak berapa menjadi, itu pasal atok tertebuk muka sendiri

Cucu import : Oohh..!! Pasal atok letak jawatan PM ari tu yeekk..!!

Atok : Yer cu.!! atok akan cuba buat come back nak jadi PM semola...!!

Cucu import : Atok nak kencing apa pulak kali ni..!?

Atok : Haahh..!??@$*+@#?!@@$!!£%π..!!

Cucu Import : kikikikiki..

Anonymous said...

Dulu geng atok muhyiddin, wan azizah, anwar, siang kit, sabu, shafie, eng guan untuk topple najib. La ni sapa geng atok. Mungkin kah syed saddiq, maslee, boboi. Atau masih team asal yg sama kecuali muhyiddin untuk topple kerajaan sekarang.

Atok tak boleh tengok orang lain ada lebih sikit kedudukan dari atok. Kalau boleh kuasa sultan pun nak dihapuskan seperti sejarah dulu semasa jadi pm 4.

Peringatan buat rakyat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails