Wednesday, May 20, 2020

Palestin Hapuskan Semua Perjanjian Dengan Israel&AS -PAS Alu-alukan.

Bendera Pas Berkibar Megah Di Ghozzah Bendera Pas Berkibar Megah Di Ghozzah
Seruan Penyatuan Islam, Tahniah PAS Pada Pelestin.
PAS mengalu-alukan ketegasan Palestin untuk menghapuskan semua perjanjian dengan Israel dan Amerika Syarikat.


Tindakan ini sangat tepat selepas regim Zionis Israel mengumumkan pengisytiharan rampasan wilayah Tebing Barat Palestin (annexation) yang merupakan suatu penghinaan terhadap hak rakyat Palestin dan lanjutan kepada rancangan peta baharu Asia Barat oleh Donald Trump awal tahun ini.
Dunia Islam dan masyarakat antarabangsa perlu bertindak keras mengutuk tindakan Israel dan Amerika Syarikat yang menjadi ‘perompak jalanan’ yang merampas bumi Palestin dengan menghalau penduduknya secara kekerasan dan segala bentuk kezaliman, penindasan, pembunuhan, dan pengusiran.
PAS turut menyeru seluruh dunia Islam bersatu tanpa mengira fahaman mazhab, negara dan bangsa bagi menghadapi tindakan terkutuk Israel dan Amerika Syarikat serta menggagalkan usaha ‘peta jalanan’ yang dirancang oleh musuh-musuh Islam dan sekutunya.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

3 comments:

Anonymous said...

Pas mengada2 jer lebih..ape yg pas buat bantu pelestin?...

Hantarlah pejuang2 islam pas dan unit amal bantu bebaskan pelestin..

Anonymous said...

Bila hendak tutup kilang arak,Judi? Hudud mana senyap je?
Cerita lebih dah dapat kerja sunyi sepi

Anonymous said...

Buat masa ni hudud dan negara islam tak de keperluan lagi. Sbb kami mempunyai dalil dan nas utk tangguh. Lagipun kami hanya ada bbrapa kerusi je kombain dn mca dn mic tak dpt lwn umno. Sabar.. Sesungguh sabar itu separuh dari iman..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails