Sunday, May 17, 2020

Mukhriz, Nasi Jadi Bubur. Gemilang Bapanya Pudar.


Mukhriz, ‘sudah jatuh ditimpa tangga’


DRAMA politik di Kedah sejak Selasa lalu nampaknya mengesot ke penghujung. Apa pun Mukhriz Mahathir tidak boleh salahkan orang lain.
Tindakannya sejak awal lagi menyimpang dengan Bersatu Pusat. Bersatu sudah mengumumkan keluar Pakatan Harapan (PH). Itu mukadimah yang berlaku.
Sebagai Timbalan Presiden Bersatu, Mukhriz sedia maklum. Keputusan keluar PH muktamad. Soal sah atau sebaliknya itu isu kedua.
Peliknya tiba-tiba Mukhriz mahu bergantung hayat kepada PH di Kedah. Semua orang jadi pening. Sarjana politik pun tidak dapat merumus teori mana yang Mukhriz gunakan. Tidak berlaku dalam sejarah politik sebelum ini.
Sekiranya sejak awal Mukhriz mengikut kehendak majoriti, mungkin tidak berlaku 4 Adun Bersatu belot. Malah kedudukan Mukhriz sebagai MB mungkin tidak tergugat.
Sifir itu sudah berlaku di Perak. Ahmad Faizal Azamu pada 10 Mac lepas meletak jawatan. Ia berlaku selepas kerajaan PH di Perak tumbang.
Pada PRU lepas PH menguasai 30 kerusi Dun di Perak. PH terdiri daripada DAP (18), PAN (6), PKR (4) dan Bersatu (2). Manakala pembangkang pula – Umno 25 kerusi, PAS (3) dan Bebas (1).
Namun selepas Adun PAN dan DAP keluar parti, akhirnya kerajaan PH tumbang. PN Perak sekarang menguasai 35 kerusi. Dominasinya Umno 25 kerusi, PAS (3), Bersatu (4) dan tiga kerusi Bebas termasuk bekas DAP dan PAN.
Biarpun Bersatu ada 4 Adun, namun Ahmad Faizal selamat di kerusi menteri besar. Istana melantiknya semula.
Sedangkan ada dua lagi calon MB Perak iaitu Saarani Mohamad (Umno) dan Razman Zakaria (PAS) dalam senarai awal.
Ternyata percaturan Faizal mengena. Sepatutnya Mukhriz boleh mencontohi model itu. Namun kerana terlalu mengikut percaturan bapanya, akhirnya dia kecundang.
Jejaki Selangor
TIBA-tiba selepas hilang sokong Mukhriz meluahkan dia dikhianati ‘kawan-kawan’.
“Biasalah perasaan bila dikhianati kawan-kawan, sebelum ini berlaku di pusat dan sekarang di negeri. Nampaknya pengkhianatan berlaku macam-macam cara,” katanya seperti dilapor portal berita.
Mungkin Mukhriz lupa percaturannya sejak awal lagi silap. Teori dirintis Ahmad Faizal tidak mahu dimanfaatkan. Sebaliknya dia membuat percaturan sendiri.
Seandainya Mukhriz membawa Bersatu bersama Muafakat Nasional di Kedah, mungkin kedudukannya selamat. Bersatu di Kedah ada 6 Adun.
Apabila digabung dengan PAS dan Umno bermakna jumlahnya 23 Adun.
Itu belum lagi dikira 2 lagi Adun PKR yang tidak sebulu dengan Anwar Ibrahim.
Apabila dicampur dua bekas Adun PKR bermakna kekuatan PN bertambah kepada 25. Malangnya Mukhriz tidak memanfaatkan peluang itu.
Hari ini menteri besar dua kali itu umpama jatuh ditimpa tangga. Menjejaki apa yang dialami bapanya. Juga dua kali bergelar perdana menteri.
Namun akhirnya meletak jawatan di tengah jalan.
PN yang didominasi PAS sekarang memiliki 23 Adun. Mereka iaitu 15 daripada PAS, Bersatu (4), Umno (2) dan dua bekas PKR.
Sudah ‘geger’ di serata tempat esok kerusi Mukhriz di Wisma Darul Aman akan diduduki orang lain. Biarpun berkali-kali mengaku masih lagi MB, namun ia tidak lebih sebagai syok sendiri.
Nasi sudah jadi bubur. Kegemilangannya bapanya semakin pudar. Kata bekas pegawai tadbir diplomatik, Ashaari Mamat, zaman Dr Mahathir sudah berlalu.
Kisah yang menimpa Mukhriz sekadar mengulangi apa yang berlaku di Johor, Melaka dan Perak.
Namun harus ingat episod politik tidak terhenti di Kedah sahaja. Lambat laun akan menular ke Selangor. Khabarnya 10 daripada 19 Adun PKR di negeri itu merupakan pentaksub Azmin Ali.
PH sekarang memiliki 43 Adun, manakala PN pula 13. Kemungkinan kedudukan boleh bertukar PH 33 – PN 23.
Tidak dapat ditolak Adun DAP dan PAN pun intai peluang. Tunggulah episod seterusnya. – HARAKAHDAILY 17/5/2020

18 comments:

Anonymous said...

Seorang anak Atuk Kerala sibuk bertanya mengapa pihak lawan sibuk berpolitik untuk menjatuhkannya di waktu negara dilanda wabak covid-19 tetapi dia lupa pada waktu yang sama Atuk Kerala juga sibuk berpolitik untuk menjatuhkan PM.

Bukankah ini satu bentuk hipokrasi yang menjadi amalan puak Kerala ???

Anonymous said...

Mukeriz tak mau sokong penyamun...mukeriz tak adaa rekod menyamun...malu ape boosskurr...mb baru pm baru geng penyamun..

Berikan dulu kpd puak penyamun untuk sementara waktu...

Muyidin dan assemin sudah jadi geng penyamun..

Anonymous said...

Atuk tak sibok pon..cuma serah usul undi tak percaya kpd parlimen...selesai...tunggu muyidin hilang bacolnye saja..

Nak jatuhkan mb kena ada kempen dan runding dgn adun dulu...kena maklum kpd pm dan ngadap sultan ....kena raptai...tak sibok tu?

Anonymous said...

Kerana nak bersama dgn penyamun muyiden sanggup jatuhkan partinye sendiri di Johor...

Diperak mb parti muyidin tersepit oleh 6 exco umno....mb dah tak ada banyak kuasa lagi..

Anonymous said...

DAP memasuki Fasa Dasar Bumi Hangus.

Mereka menjarah harta-harta dan aset negara yang berkesempatan mereka temui sepanjang tempoh memerintah dengan menumpukan terhadap aset dan harta Melayu Islam termasuk Tabung Haji.

Dasar ini menguntungkan DAP dalam apa jua cara meskipun mereka berkemungkinan akan kalah pada PRU-15 kerana semakin ditolak rakyat, terutamanya Melayu dan Bumiputera.

Maka mereka melipatganda usaha 'membumi-hanguskan' negara dengan pelbagai cara.

Sama seperti teori asas kepada dasar itu sendiri, bezanya kini ia berlaku dalam senario peperangan politik dan kuasa.

Oleh kerana itu setelah mengambil-alih kerajaan dan mengetahui hakikat kekayaan negara, DAP berteruskan mengamalkan Dasar Bumi Hangus ini sehingga bumi Malaysia ini akan benar-benar hangus dan kekeringan sumbernya sehingga PRU 15.

Ketika itu yang akan mendapat keuntungan besar ialah DAP apabila pelbagai kekayaan negara sebelum ini telah berjaya dialih keluar.

Antaranya melalui REIT, PSV, bantuan dana ke pendidikan swasta dan juga menjual pelbagai aset kepada rakan-rakan mereka di Singapura.

Ketika itu kalah menang sudah tiada ertinya lagi.

Negara sudah kering kontang hasil dan bertimbunnya hutang, di mana manfaat maksimum hanya dinikmati oleh mereka yang berkuasa.

Anonymous said...

Cukuplah Tun Mahathir. Berpolitik tak habis2. Melayu dipanggil pemalas, penakut semata-mata nak jaga hati DAP. Padahal berpuluh tahun dia jaja DAP anti-Melayu. Nyanyuk gamaknya. Sudahlah. Usia tak lama dah. Bertaubatlah.

Kami Melayu dah muak dengan Tun. Pergilah dengan tenang.

Sekarang pandemik covid19 ni, kami dikerah bekerja. Frontliners katanya. Pakai PPE berpeluh sampai basah lencun. Penat saring pesakit. Melayan kluster kayangan lagi. Polis/tentera yg buat sekatan jalan, ahli farmasi yg bagi ubat, frontliners semua ni majoriti Melayu. Alhamdulillah kita antara negara yg berjaya mengekang virus covid19. Masih pemalaskah dan gagalkah kami ni?

Anonymous said...

Wah puak RBA ternakan parti kafir D4P juga hidup dalam hipokrasi kerana cuba menegakkan benang basah dan sanggup berbohong dan menolak fakta semata-mata untuk menegakkan ketuanan kafir harbi @ taghut @ syaitan D4P.

Anonymous said...

Justeru itu, formula dan strategi “Bumi Hangus” sedang mereka jalankan dan laksanakan.Mereka akan meninggalkan Malaysia dengan pelbagai masalah.Hutang negara bertambah.Ekonomi jatuh merudum.Jumlah kemiskinan meningkat dan rakyat yang hilang kerja makin ramai.Kuasa beli rakyat lemah dan institusi kewangan Islam Melayu telah disabotaj.Ini semua dilakukan dengan teliti hari ini oleh Kerajaan DAP-PH agar sesiapa sahaja yang memerintah selepas mereka akan gagal dan berdepan zaman sukar untuk mengembalikan kestabilan negara dalam pelbagai aspek.Ekonomi sukar dipulihkan kerana segala aset telah dijual kepada bangsa asing dan kaum mereka.Rakyat akan marah dan tidak yakin dengan kerajaan baru ketika itu.Rakyat akan merasa lebih susah selepas mereka(DAP) kalah PRU15 nanti.Ketika itu kerajaan baru akan menerima tekanan dari kemarahan rakyat dan seterusnya akan menghuru-harakan negara dengan bantahan dan kebangkitan rakyat yang berang dari kegagalan kerajaan baru.

Itu semua dirancang hari ini untuk memusnahkan Malaysia.Ini semua sedang dilaksanakan oleh Bangsa DAP untuk menjadikan Malaysia seperti Palestin dan Iraq.Jangan kita kata tak mungkin berlaku kerana lihat sahaja sejarah negara-negara tersebut.Bagaimana Amerika dan sekutunya merencanakan pemusnahan Iraq pada tahun 2003 bermula Perang Teluk sehingga setiap hasil dalam negara itu menjadi milik orang asing dan rakyat sehingga kini masih merempat dari kesilapan terpedaya dengan propaganda US dan musuh-musuh Presiden Saddam Hussin.Iraq masih gagal bangun dan dibangunkan kerana segala aset penting dalam Iraq telah berpindah tangan kepada bangsa asing dan pelobi-pelobi Amerika Syarikat.

Anonymous said...

Mukeriz gugur kerana tak mau bersama penyamun....gugur bermaruah..

Lobai Hadi dan pas tak kisah bersama penyamun hingga sanggup buang dasar perjuangan islam...arak judi zina lgbt riba masih bebas walopon pas sudah ada kuasa....pas sudah tak ada maruah agikerana kuasa dan jawatan....

Anonymous said...

Retorik untuk sedapkan cerita kunun...

Bajet untuk islam di penang tiap tahun lebih tinggi dari kelantan..

Pas dapat duit pinjaman beli mercedes...rakyat kutip roti dlm tong sampah dan duduk tepi timbunan sampah..

Ebit liew yg kena datang tolong....di penang tak ada dengar melayu merempat...di penang pas dan umno bebas kutuk kerajaan penang....tapi nak tebuk atap sori laah..

Anonymous said...

RBA gugur kerana menegakkan ketuanan kafir Harbi @ taghut @ syaitan D4P kerana tidak mahu bersama orang beriman adalah kematian RBA sebagai ahli neraka yang tidak bermaruah kerana menentang Allah dan RasulNya.

Anonymous said...

Ooo masih ramai melayu dlm sektor kerajaan...dulu kata DAP nak buang melayu dlm kerajaan...jadi cerita tu bohong oleh macai jee laa..

Anonymous said...

Di mesia fronliner ramai melayu...katanye di nageri cina langsong tak de melayu walopon backliner..l

Kikikikikik...bengap khadam ni

Anonymous said...

Hahaha...ko nak tegakkan kerajaan kapir harbi mca....ini bukan kelajaan malayu iselam....gwa warning sama lu...

Anonymous said...

Wah RBA ternakan D4P meroyan histeria setiap hari kerana tidak dapat menerima fakta KERAjaan Pakatan Hancing telah tumbang baham tanah dan D4P hilang kuasa setelah Atuk Kerala
meletakkan jawatan PM maka tidak timbul isu kerana kerajaan pintu belakang.

Kerajaan pintu belakang hanya wujud dalam minda RBA yang penuh dengan asap ganja.

Anonymous said...

Orang beriman tak menyamun...khadam ikut ajaran sesat mana plak...orang beriman tak bersama penyamun dan pengkhianat..

Rampas dah halal....iman tai koo cing..


Jah kaaah kaaaah..

Anonymous said...

Wah RBA sanggup menghina otaknya sendiri dengan membuat dakwaan karut marut. Adalah tidak logik DUA orang pemimpin MCA boleh mengawal majoriti pemimpin bukan cina.

Jika D4P logiklah sebab ramai MP D4P boleh kawal segelintir MP Melayu dalam PeeH.

RBA nak kencing rakyat pun agak-agaklah.

Anonymous said...

Sejak bila lge dan lks beragama Islam ? RBA nak kencing rakyat pun agak-agaklah.

Orang yang tidak beriman adalah puak kafir seperti puak kafir Harbi D4P dan khadam munafik liberal mereka yang bersekongkol menghina Islam dan umat Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails