Wednesday, May 20, 2020

Laporan polis, SPRM Mukhriz lulus projek kroni secara rundingan terus.

Mukhriz lepas jawatan MB Kedah berkuat kuasa serta-merta
KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), mendedahkan, pihaknya membuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah laku bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika menyandang jawatan itu.

Beliau yang memaklumkan perkara itu kepada SuaraTV bagaimanapun enggan mendedahkan identiti sebenar beliau bagi mengelakkan sebarang ancaman terhadap dia dan keluarganya berikutan pendedahan yang dibuat.


Laporan tersebut dibuat ke atas Mukhriz yang didakwanya meluluskan satu projek terhadap kroni kepada anak bekas perdana menteri itu tanpa saluran tender terbuka, sebaliknya memberikannya secara rundingan terus dan tanpa memaklumkan kepada mana-mana pihak terlibat berkenaan
projek berkenaan.

Ketika mendedahkan perkara tersebut, beliau turut menyertakan salinan surat daripada Mukhriz kepada Datuk Hj. Subhi Bin Hj. Dziyauddin, sebagai Pengerusi Petrobanq Group.

“Untuk makluman Yang Berbahagia Datuk, saya telah meneliti cadangan pembangunan bagi maksud di atas.

“Sehubungan itu, dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa saya tiada ketegahan dan memberi kebenaran kepada pihak Yang Bebahagia Datuk dalam penyediaan perkara-perkara berikut:

1. Kajian kemungkinan dan kesesuaian tapak
2. Pelan induk pembangunan MTIEL
3. Permohonan kebenaran merancang yang menepati garis panduan Rancangan Fizikal Negara (RFN) Rancangan Struktur Negeri (RSN) dan Rancangan Tempatan (RT).

“Adalah diharapkan agar cadangan pembangunan ini akan mencapai maksudnya serta dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.”

Tambah pemimpin tersebut, sikap Mukhriz dalam pembahagian projek seperti ini juga antara punca Mukhriz melahirkan musuh politik di kalangan ADUN dalam kerajaan negeri yang dipimpinnya. – SuaraTV


1 comment:

Anonymous said...

Demi kestabilan politik semasa ketika kita berdepan dengan ancaman Covid-19, tak perlulah diganggu Perikatan Nasional (PN). Tumpuan harus diberikan pada PRU-15 dan mereka juga harus menghormati nasihat Yang di-Pertuan Agong.

“Kalau tak diambil peduli nasihat Agong, ini gambarkan PH betul-betul obses dan gila kuasa,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Tambahnya, dalam tempoh sebelum menghadapi PRU, PH perlu memperbaiki beberapa isu dalaman parti.

“PH harus mantapkan kerjasama anggota dalam parti sekarang dan harus dinyatakan secara jelas siapa hendak jadi PM (perdana menteri) nanti, jangan serabut-serabut macam dulu,” Anwar Ibrahim dalam sidang media PH tanpa kalibat Tun Mahathir.

Makin mereput nampak gaya Tun Mahathir buat masa ini tiada lagi talian hayat untuk dirinya dan keluarganya lagi untuk kali ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails