Saturday, May 23, 2020

Lagi Mabuk Punya Hal.. 5 Cedera. PN, Sila Ambil Perhatian, Jangan 'Tunggul' Lama..

Lelaki dipercayai mabuk rempuh orang awam di pasar ditahan polis
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamarudin, suspek dipercayai memandu dalam keadaan mabuk hingga mengakibatkan sekurang-kurangnya lima orang awam cedera. - IPD Hulu Selangor


KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki berusia 30-an yang dipercayai memandu secara melulu di kawasan tapak peniaga di Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamarudin, suspek dipercayai memandu dalam keadaan mabuk hingga mengakibatkan sekurang-kurangnya lima orang awam cedera.

“Berdasarkan siasatan, lelaki dipercayai mabuk dan seramai lima orang awam telah dikenal pasti mengalami kecederaan yang melibatkan empat orang lelaki dan seorang perempuan berumur dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.

Sementara itu, satu kenyataan media memberitahu bahawa kejadian pada jam 6.35 petang itu, seorang lelaki telah menyerang dengan memaki anggota polis yang bertugas di kaunter pertanyaan Balai Polis Bukit Sentosa.

“Suspek turut mengatakan akan melanggar semua orang di Bukit Sentosa sebelum meninggalkan balai polis berkenaan.

“Selang lima minit kemudian lelaki tersebut meluru masuk semula ke Balai Polis Bukit Sentosa bersama beberapa orang awam yang mengejarnya.

“Kesemua lima mangsa yang mengalami kecederaan dilaporkan dalam keadaan stabil,” tambah kenyataan berkenaan.

Setakat ini polis menerima lima laporan orang awam iaitu peniaga gerai yang mengalami kecederaan serta kerosakan gerai.

Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan Baru PN sekarang, sila ambil perhatian, jangan tunggu lama-lama mengenai pengharaman arak. Tunggu boleh jadi 'tunggul'.


13 comments:

Anonymous said...

Haramkan arak di bumi tercinta ini. Jika dap nak minum arak, mereka boleh melancong ke luar negara.

Anonymous said...

Kalau bang non jadi pm, arak akan diizinkan untuk memenuhi selera dap. Malaysia baru versi lingkup.

Anonymous said...

Ini lagi penting. Pesanan YB Ustaz Nik Amar nih. Layari link di bawah

https://www.youtube.com/watch?v=bvYsprDy5_0

Anonymous said...

Amik perhatian je. Tindakan kelaut. Dari dulu sembang nak tutup kilang arak, kedai judi bagai..habuk pun tarak..walaun walak macam lembu..ni dah ada kuasa, laksanakan undang2. Xkan salah Dap lagi.

Anonymous said...

UCAPAN SELAMAT HARI RAYO PADO ATOK
UCAP SLMAT DRI CUCU IMPORT KESAYANGAN
ATOK DAN BOBOI BERAYO PALING SIBOK
SELEPAS TERTEBUK MUKA & HILANG JAWATAN

HAAHH TEPOKKK SAMBIL TAMBAH POP CORN RAYO...!!

Terdesak rebut kuasa kerana bimbang rahsia terbongkar..!!?

Menteri Kewangan; Tengku Zafrul Aziz membuat kenyataan bagi menzahirkan rasa pelik beliau berhubung keputusan kerajaan PH pimpinan Tun Dr. Mahathir membuat pinjaman luar kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh dan keputusan kerajaan PH meminjam menimbulkan banyak persoalan pelik.

Beliau berkata: “Adalah menjadi persoalan besar bagi saya kenapa kerajaan PH begitu rakus membuat pinjaman wang melalui Bon Samurai sedangkan kedudukan (kewangan) negara masih kukuh?”

Lim Guan Eng tidak putus-putus membuat kenyataan menipu rakyat dan Parlimen kononnya beliau mengharungi keadaan getir apabila mendakwa 5 bulan pertama beliau sebagai Menteri hanya berbekalkan RM450 juta sahaja

Kenapa mereka menipu rakyat tentang status kewangan negara? Ramai berpendapat ada perkara yang disembunyikan oleh Tun Mahathir dan Lim Guan Eng daripada pengetahuan rakyat berhubung tujuan pinjaman melalui Bon Samurai. Sehubungan itu rakyat berpandangan adalah perlu bagi kerajaan menjalankan siasatan sama ada oleh SPRM atau pun satu RCI ditubuhkan bagi mencari jawapan mengapa Tun Mahathir dan Lim Guan Eng membuat pinjaman wang melalui Bon Samurai sedangkan kewangan negara masih kukuh.

Sepanjang PH mentadbir negara selama 21 bulan, rakyat disajikan dengan rintihan berterusan oleh Tun Mahathir dan Lim Guan Eng yang mengatakan kerajaan tiada duit. Duit negara telah dicuri oleh Dato’ Seri Najib.

Justeru, MUAFAKAT menyarankan supaya diadakan RCI atau Royal Commission of Inquiry (Suruhanjaya Siasatan Diraja) bagi menyiasat perkara ini supaya pencerahan hal sebenar dapat dijelaskan kepada rakyat.

Apa sebenarnya motif Tun Mahathir dan Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan menipu status kewangan negara itu menimbulkan banyak tanda tanya.

Kenapa mereka menipu rakyat tentang status kewangan negara mungkinkan ada penyelewengan?

Anonymous said...

Nik amar suruh minum arak

Anonymous said...

Nuar jadi mb selangor????. Ada yg sukarela letak (bacanya dilucut) wakil rakyat, bagi diganti dengan nuar. Kurang ajar punya kaedah.

Anonymous said...

Apakah benar RM 19 billion wang kutipan GST telah dicuri?

Antara perkara yang menyebabkan saya tidak gembira dan bagi saya ia tidak baik untuk negara.

Sebenarnya wang tersebut (kutipan GST RM 19 billion) tidak pernah dirompak oleh UMNO atau Najib. Wang tersebut telah digunakan oleh kerajaan dengan bukti rekod yang elok.

Saya telah memberitahu kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), ketika saya menganggotai jawatankuasa tersebut, supaya bercakap benar.

Anonymous said...

Sejak PN kerajaan melayu islam memerintah nie kilanng arak halal dah ditututp..driver tu dapat arak haram tu sebab tu mabuk. Kalau arak halal tak mabuk...TAKBUR3X

Anonymous said...

Takburnya pas. Tapi lagi takbur pkr dan pan, bukan saja tak dapat halang, tapi setuju arak fest budaya jerman jadi pesta kat tanah melayu.

Anonymous said...

RBA DA-Pigs dan fitnah berpisah tiada kerana mereka adalah kembar Siam.

Anonymous said...

Wah RBA kematian otak kerana cuba menyembunyikan fakta DA-Pigs sokong pesta arak terbuka dengan menyalahkan PN.

Anonymous said...

Wah takburnya RBA ternakan DA-Pigs sibuk menfitnah parti Islam PAS.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails