Monday, May 18, 2020

6 Parti Bentuk K'jaan Sokong Tubuh Perikatan Nasional (PN)

Mengimbau sejarah bendera Malaysia, Jalur Gemilang – MelakaKini

KL: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Barisan Nasional (BN), Parti Islam Se-Malaysia (Pas), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menyokong penubuhan Perikatan Nasional melalui kerjasama gabungan parti politik.

Dalam satu kenyataan yang ditandatangani pemimpin utama enam parti itu turut menegaskan, satu Memorandum Persefahaman Perikatan Nasional telah dirangka.


Memorandum Persefahaman PN itu dirangka bertujuan memperkasa dan memartabatkan keluhuran Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan Raja-Raja Melayu, prinsip-prinsip Rukunegara dan menjamin kebajikan dan kepentingan seluruh warganegara Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa.

"Memastikan suatu bentuk pentadbiran dan pengurusan kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri yang baik, inklusif serta bertaraf dunia yang menjurus ke arah menjaga dan memastikan kebajikan, kepentingan, kemakmuran dan keharmonian rakyat dipelihara dan dipertingkatkan serta menjamin kemajuan serta pemulihan ekonomi dan pembangunan negara.


"Memperkukuhkan semangat perkongsian dan kekitaan Malaysia di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung demi untuk merealisasikan aspirasi dan matlamat MA63," kata kenyataan itu.

Kesemua enam parti itu juga menegaskan bahawa Memorandum Persefahaman PN juga akan memperkukuh dan memperkasa agenda perpaduan kaum, keharmonian agama dan budaya dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan sebagai paksi kepada kestabilan politik dan kesejahteraan negara.

Selain itu, dokumen itu turut menyatakan hasrat memperkukuh Perikatan Nasional melalui amalan musyawarah dan konsultansi berlandaskan kepada sikap dan sifat saling hormat menghormati atas kepelbagaian agama, kaum dan budaya demi kepentingan negara dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. (IH)

14 comments:

Anonymous said...

Setakat memorandum persefahaman saja...bila nak daftar PN secara rasmi?...tebuk atap blm tamat..

Pakatan sementara pru15 saja..

Anonymous said...

Muyidin sign persefahaman tapi masih tak yakin sepenuhnye dgn sokongan pas dan umno kerana cakap pas dan umno selalu berubah2...

Anonymous said...

Nak tubuh PN secara rasmi tak perlu memorandum persefahaman.

Buat logo , perlembagaan dan struktur organisai terus hantar kpd ROS...

Nak main silap mata...

Anonymous said...

Semoga yg liberal kembali ke pangkal jalan. Tinggalkan nuar dengan keliberalannya untuk bersama dap dan parti kuali. Mereka yg merencana kerajaan tebuk atap sehingga atok letak jawatan. Parti kuali mempunyai ideologi selari dengan dap. Jika dap benci ulamak, parti kuali tidak kurang juga. Mike tyson and the gang of 18 jadi duri dalam daging kepada orang melayu. Mereka sanggup gadai tanah melayu agar terus disukai oleh dap. Mungkin kerana isu nafkah bulanan sejak dulu lagi.

Anonymous said...

Susun semula struktur persekolahan. Jangan lagi ujud sekolah jenis kebangsaan di peringkat menengah supaya bila anak2 ini dewasa, mereka kenal sultan2, mereka faham Islam agama persekutuan, mereka kenal orang melayu sebagai bumiputera di tanah airnya sendiri. Filosofi siang kit dan eng guan tidak berkiblatkan negara cina, negara kelahiran siang kit.

Anonymous said...

Proses pentarbiyahan oleh pas. Tapi yg pergi sokong dap, itu ditarbiyahkan oleh dap. Nuar yg hebat pun ditarbiyah oleh dap. Mike tyson and the gang 18 langsung ditanggung oleh dap.

Anonymous said...

Nampaknya RBA takut pada PN yang seolah-olah bererti RBA yakin PN berpotensi untuk mengalahkan PH dalam PRK dan PRU yang akan datang. Rakyat sudah pasti menyokong PN setelah rakyat dikencing dengan pelbagai janji palsu oleh PH.

Anonymous said...

Wah RBA meroyan histeria cuba menyebarkan fitnah untuk melaga-lagakan parti Islam dengan parti Melayu supaya umat Islam berpecah-belah dan parti kafir Harbi D4P boleh berkuasa semula.

Malang bagi RBA kerana kaum Melayu telah tahu D4P adalah kepala bapak kafir Harbi yang memusuhi Islam dan umat Islam.

Tanpa undi kaum Melayu Islam, D4P dan khadam liberalnya akan kalah dalam setiap PRK dan PRU.

Tepuk......

Anonymous said...

Wah nampaknya RBA sangat takut pada PN sebab PN sudah popular di kalangan rakyat.

Mantera sihir Pakatan Hancing untuk kencing rakyat telah gagal 100% !

Gelaplah masa hadapan puak kafir Harbi dan puak munafik liberal dalam Pakatan Hancing setelah kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu.

Anonymous said...

Hapuskan sekolah vernakular kerana ia digunakan oleh puak rasis untuk memecah-belahkan perpaduan kaum.

Anonymous said...

Benar. Kembalilah kepada parti keramat bangsa melayu umno. Apapun yg berlaku,kekalahan atau perpecahan.. tampuk kekuasaan akan kembali kpd umno.
Nah lihat skrg..perncgan yg bijak maka umno lahirkan PN. Insyaallah kita akan semula pemimpin islam dato seri najib sbg pemimpin utama semula dlm BN yg telah difitnah ph dapig kapir harbi. Puihh!

SuJeng said...

So lepas ni suma kilang arak kt Malaysia ni dh blh tutup la yea.

Anonymous said...

Pala hotak ko. Abis kita dlm pn ada parti mca dan mic nk letak mana? Mrk jua pemyumbang kerusi kpd PN. Malah antara parti politik yg membarisi bn.kalau sorg tak join pn ko nak ke presiden pas kita rak dot jadik menteri spt yg dia cita2 kan? Bodo piang punye pendpt!

Anonymous said...

Belum lagi. Sabarrr. Kami ahli pas akan kaji nas dan hadis dulu sama ada nk tutup kilang arak atau tak. Buat masa ni tak diperlukan lagi sebab terdirinya PN ada kerusi dari mca. Kami kena jaga mrk jugak.kalau tak dia belah ke ph susah. Habis jwtn menteri kang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails