Thursday, May 21, 2020

34 Warga Asing &Pesta Liar Ditahan. K'jaan PN Baru, Sila Ambil Perhatian.

Seramai 34 individu ditahan ketika leka berparti liar di dua rumah inap desa di Senai, Kulai, dekat sini, awal pagi semalam, sekali gus melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). - Foto ihsan Polis Johor
Seramai 34 individu ditahan ketika leka berparti liar di dua rumah inap desa di Senai, Kulai, dekat sini, awal pagi semalam, sekali gus melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). - Foto ihsan Polis Johor
34 termasuk warga asing ditahan leka berparti liar


JOHOR BAHRU: Seramai 34 individu termasuk remaja ditahan ketika leka berparti liar di dua rumah inap desa di Senai, Kulai, dekat sini, awal pagi semalam, sekali gus melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Dalam dua serbuan berasingan antara jam 12.40 tengah malam hingga 1 pagi itu, 34 suspek termasuk 21 lelaki tempatan, enam wanita tempatan dan tujuh warga Vietnam berusia 16 hingga 38 tahun ditahan selepas gagal memberi alasan munasabah untuk berkumpul.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor,Asisten Komisioner Mohd Afzanizam Yahaya,berkata siasatan awal mendapati semua suspek bukan penghuni premis berkenaan.
"Dalam serbuan itu, polis merampas dadah jenis ecstacy (247.29 gram), ketamin (8.07 gram) dan pil ecstacy (dua biji).
"Hasil saringan mendapati 28 suspek positif dadah dengan tiga daripadanya mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah.
"Semua suspek disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 15 Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 selain Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Afzanizam berkata, semua suspek direman tujuh hari mulai semalam sehingga 25 Mei bagi siasatan lanjut.
Katanya, hasil serbuan dan tangkapan menunjukkan ada sebilangan masyarakat masih berdegil, mementingkan diri sendiri dan sengaja melanggar PKPB.
"Polis Johor mengingatkan orang ramai perlu mematuhi PKPB dan dilarang menganjur sebarang pesta dan keramaian sepanjang tempoh ini, " katanya. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim"Semua suspek disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 15 Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 selain Akta Imigresen 1959/63," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor dalam kenyataan, hari ini.
Kerana itu, kita masih berpendapat, hanya 'hudud' dan perundangan Islam saja yang boleh mengajar penjenayah-penjenayah model tersebut termasuk seperti kes-kes di atas?
Lihat ini..
Hudud paling praktikal cegah jenayah – Zakir Naik 
April 20, 2016 12:17 PM
NILAI: Hudud adalah undang-undang pencegahan jenayah yang paling praktikal di muka bumi ini, kata pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik.
Dr Zakir berkata, Arab Saudi yang melaksanakan hukum hudud terbukti lebih berjaya menangani jenayah berbanding Amerika Syarikat (AS) yang tidak melaksanakan undang-undang sedemikian.
Katanya, perkara itu dibuktikan menerusi statistik yang dikeluarkan pihak berkuasa AS sendiri, yang mana menunjukkan kadar rogol dan jenayah di negara kuasa besar itu adalah tertinggi di dunia.
“3,000 jenayah direkodkan berlaku setiap saat di AS ketika ini. Bayangkan jika sistem zakat dibuat dan disusuli undang-undang Islam (hudud) di AS. Adakah ia akan menambah atau mengurangkan jenayah?
“Sudah tentu ia mengurangkan jenayah. Undang-undang syariah adalah undang-undang paling praktikal untuk dilaksanakan di mana-mana tempat di muka bumi ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini.
Ceramah itu dihadiri Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad dan kira-kira 1,000 pelajar dan kakitangan universiti itu.
Agenda pelaksanaan hukum hudud sering dibangkit di negara ini dan menjadi wadah utama perjuangan PAS bagi memperoleh mandat daripada pengundi.
Terbaru, PAS cuba untuk meminda Akta Mahkamah Syariah 1965, bagi membolehkan hudud boleh dilaksanakan di Kelantan.
Agenda hudud menjadi punca kepada perbezaan pendapat antara PAS dan DAP sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat (belum Pakatan Harapan) berkubur tahun lalu.
Video

15 comments:

Anonymous said...

Masa PH tahan adun Bersatu dan puak Bersatu sedang leka berpesta liar...

Anonymous said...

BERITA
Muhyiddin akan berdepan 'masalah yang sangat besar', kata Dr M
Diterbitkan 6 jam lepas
Dikemaskini 5 jam lepas

Pengerusi Bersatu Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan berdepan "masalah yang sangat besar".

Jelas Mahathir, ini kerana, beliau akan berusaha untuk membuktikan "ketidaksahihan" kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin sebagai perdana menteri

Berdasarkan susunan 222 kerusi di Dewan Rakyat pada sidang berkenaan, 114 menyokong Muhyiddin, iaitu hanya dua kerusi majoriti.

Sementara itu, laporan Reuters turut memetik Mahathir sebagai berkata bahawa pembangkang akan menolak sebarang rang undang-undang yang dibawa pentadbiran Muhyiddin di parlimen sekiranya undi tidak percaya tidak dibentangkan.

"Jika semua yang dibawanya ke parlimen ditolak, bagaimana dia mahu teruskan (sebagai perdana menteri)," kata Mahathir.

Anonymous said...

Saya takkan berhenti cuba jatuhkan Muhyiddin, kata Dr M
Reuters -May 20, 2020 11:41 PM
4.5k
Shares
facebook sharing buttontwitter sharing buttonwhatsapp sharing buttonsharethis sharing button

Dr Mahathir Mohamad berkata, kelebihan 2 kerusi yang diraih kerajaan PN ialah majoriti paling kecil yang pernah diperolehi mana-mana kerajaan di Malaysia.
KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad berikrar tidak akan berhenti daripada usaha menjatuhkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin kerana berang dengan penggantinya memberi peluang kepada parti dicemari rasuah yang ditolak pengundi dalam pilihan raya umum 2 tahun lalu, kembali berkuasa.

Rabu lalu, bekas perdana menteri itu mempersoalkan kesahihan pakatan Muhyiddin yang berusia 2 bulan setengah dengan Umno.

“Salah untuk membuat penyusunan pintu belakang ini. Kami mahu memberi rakyat kerajaan sah yang mereka pilih. Itu matlamat kami,” katanya kepada Reuters dalam wawancara melalui sidang video.

Muhyiddin yang merupakan sebahagian daripada kerajaan Mahathir, tanpa disangka dilantik sebagai perdana menteri pada 1 Mac lalu selepas mendapat sokongan Umno untuk meraih majoriti di Dewan Rakyat.

Anonymous said...

Muyidin ada majoriti.tipis..mp2 PN tak boleh ponteng sidang Dewan...kalo ponteng ada usul yg tak boleh lulus...pening muyidin..

Yg kuat ponteng lobai Hadi..

Anonymous said...

Persidangan parlimen zaman ph, ramai mp ph yg hilang. Rekod kehadiran terburuk dalam sejarah parlimen.

Anonymous said...

RBA, DA-Pigs dan fitnah adalah kembar Siam syaitan dan iblis. Mereka adalah musuh Islam yang mahu memusnahkan manusia dengan apa cara sekali pun.

Anonymous said...

Iblis tidak pernah berputus asa untuk menjatuhkan Nabi Adam A.S. dan keturunannya dengan menggunakan pelbagai strategi kotor dan jahat.

Maka manusia perlu kembali kepada Islam untuk menentang syaitan kafir harbi-liberal pimpinan Iblis.

Anonymous said...

Bukankah syaitan dan iblis mencipta pelbagai dakwaan karut-marut, fitnah dan pembohongan untuk menghasut manusia untuk menentang pemimpin yang baik seperti TGH Hj Hadi dan Muhyiddin dan menghalang pemimpin baik dari melakukan kebaikan ???

Anonymous said...

Pesta liar ? Wah ini mengingatkan kita kepada sokongan kuat parti kafir Harbi DA-Pigs dan khadam liberal mereka terhadap pesta arak terbuka ! Sudah pasti sebilangan pemabuk kafir akan melanggar umat Islam yang tidak bersalah sehingga menyebabkan kecederaan kritikal atau kematian.

Menyokong pesta arak adalah seperti menyokong pembunuhan di jalanraya.

Anonymous said...

Rekod ketidak-hadiran PH yang sangat memalukan.

Anonymous said...

Lobai hadi kerapn ponteng.

Anonymous said...

RBA suka menyembah kepala bapak kafir Harbi roket dan menfitnah ulama Islam. Inilah ciri-ciru syaitan dalam otak RBA yang tidak bermoral.

Anonymous said...

Ambik perhatian je. Xde tindakan pun..
Baru kena sergah dgn MCA, dah hilang telo

Anonymous said...

Kami pas ada dalil dan nas bhw mca dibolehkan bekerjasama. Mereka bukan najis.. Tak mcm dapig kapir harbi. Mca orgnya mirip kpd islam dan sembelihan mrk halal utk dimakan. Lagipun presiden mca fasih bhs melayu.

Anonymous said...

Anon12.29pm terbaekkk👍

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails