Saturday, January 25, 2020

150 Lagi, Bukan Islam Pilih Sertai DHPP. Jom Ramai-ramai..



SHAH ALAM: Bekas Naib Ketua Cabang PKR Kawasan Hulu Langat, Dato’ Dr Pannir Selvam menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), semalam.

Tindakannya itu susulan rasa kekecewaan terhadap kepimpinan parti lamanya dan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Selain Pannir turut bersamanya seramai 150 orang kaum India juga mengambil keputusan sama menyertai DHPP.
Borang keahlian diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi dalam satu program penyerahan keahlian, di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Selangor, di sini.

Pannir berazam membantu dan bekerja untuk PAS sekali gus menyatakan komitmennya untuk menarik seramai mungkin kenalannya untuk menyertai DHPP.

Turut hadir pada program terbabit, Pengerusi DHPP Selangor, Dato’ K Deepakaran, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Ustaz Mohd Shafie Ngah dan Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Dato’ Mohd Shahir. – HARAKAHDAILY 23/1/20202



IKLAN LANDAK

Biakkan Landak Komersial..
(Membeli dan Menjual)
Sila hubungi..
Pak Zuu
Tel 011 33111321 (KL)

Gong Xi Fa Cai 2020 

dari Ibnu Hasyim 

kepada seluruh kaum Cina di Malaysia.


“Islam Memimpin Perpaduan”

2 comments:

Anonymous said...

Semoga mereka seterusnya diberi hidayah untuk memeluk agama Allah.

Anonymous said...

Aduh, PAS nak join PH pulak.......!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails