Monday, March 25, 2019

Kenyataan Pengerusi SPR Satu Penghinaan



SAYA menganggap kenyataan Pengerusi SPR, Azhar Harun yang melabelkan rakyat Kelantan yang berada di luar Kelantan sebagai kaki kelab adalah satu penghinaan. Berdasarkan kenyataan beliau yang telah tular di media sosial dan akhbar tempatan, beliau jelas menggolongkan seolah-olah majoriti rakyat Kelantan yang berada di luar tidak tahu tentang dosa dan pahala.
Rakyat Kelantan di luar sana ada di kalangan penjawat awam, pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan tokoh-tokoh korporat yang banyak menyumbang untuk masyarakat dan negara. Ucapan berkenaan dianggap keterlaluan dan boleh mencetuskan perasaan benci serta prasangka negatif rakyat negeri lain terhadap rakyat Kelantan sehingga boleh mencetuskan sentimen kenegerian.
Beliau sebagai seorang Pengerusi SPR sewajarnya lebih berhati-hati di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan umum dan seharusnya lebih mengetahui tentang fakta sejarah Kelantan yang sinonim dengan panggilan Negeri Serambi Mekah yang menggambarkan dekatnya mereka dengan kehidupan beragama.
Selain itu, beliau perlu faham bahawa sesiapa sahaja berhak memilih pentadbiran Islam sebagai asas pemerintahan negeri. Hal itu adalah suatu perkara yang baik dan tidak sepatutnya dijadikan isu. Sekiranya ada beberapa orang yang berbuat maksiat, adalah salah mengaitkan dengan seluruh rakyat Kelantan.
YAB USTAZ DATO' HAJI AHMAD BIN YAKOB
(DATO' BENTARA KANAN)
MENTERI BESAR KELANTAN
24hb Mac 2019 – HARAKAHDAILY 24/3/2019

4 comments:

Anonymous said...

Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?

Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.


Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu ayat-ayat yang jelas; dan tak ada yang ingkar kepadanya, melainkan orang-orang yang fasik.

ramai tak yakin hukum Allah

Allah maha bijkasana dari manusia yang dicipta oleh Allah

ramai tak sedar duk perasan bagus macam setan

Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis: "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah".



Anonymous said...

Manusia sekular liberal sesat lagi menyesatkan sentiasa merasa benci terhadap ajaran Islam dan umat Islam yang cintakan Allah dan RasulNya. Maka kita tidak terkejut jika manusia sesat lagi menyesatkan berani menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan ajaran Islam dan umat Islam secara terbuka tanpa merasa segan atau malu !!!!

Bahkan mereka berani berkata peraturan, ajaran, undang-undang dan budaya lain adalah lebih baik dari peraturan, ajaran, undang-undang dan budaya Islam. Maka sesungguhnya mereka telah murtad kerana mereka menolak Al-Qur'an dan Sunnah.

Anonymous said...

Nobody adalah penjilat puak kafir harbi roket yang suka menghina dan menfitnah ajaran Islam, perjuangan Islam, ulama Islam dan umat Islam kerana abang besar kafir mengupah nobody seguni dedak babi cap roket. Tepuk ......

Anonymous said...

Seperti biasa barua-barua ternakan parti kafir harbi seperti nobody berlagak 'suci' tetapi komen nobody sendiri penuh dengan dakwaan karut marut, penghinaan dan fitnah ke atas perjuangan Islam dan umat Islam yang cintakan Islam.

Maka timbul persoalan baru mengapa nobody tidak pernah mengutuk Islamophobia, pembunuhan je atas umat Islam China dan New Zealand, LGBT, festival arak, parti kafir harbi roket dan khadam liberal roket yang telah menghina Islam dan umat Islam.

Maka yang jelas ialah nobody adalah tentera kacang merah @ barua ternakan abang besar roket yang cuba menyamar sebagai orang Melayu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails