Sunday, March 24, 2019

80% Kanak-kanak 10-17 Telah Lihat Pornografi - MAP

Kira-kira 80 peratus kanak-kanak 10 hingga 17 tahun telah lihat pornografi - MAP
Bukan Ibu bapa saja yang perlu mendidik anak-anak untuk mengaktifkan 'privacy function' ini dan tidak menerima sebarang 'permintaan mesra' dari orang tidak dikenali yang boleh menyamar sebagai mana-mana orang yang mereka mahu, kata Dr Shamsuriani -foto Astro AWANI


Kira-kira 80 peratus kanak-kanak 10 hingga 17 tahun telah lihat pornografi - MAP
KUALA LUMPUR: Kajian Malaysians Against Pornografi (MAP) pada 2018 mendedahkan data amat mengeutkan, kira-kira 80 peratus kanak-kanak berusia antara 10 hingga 17 tahun telah menonton pornografi secara sengaja.

Sementara hampir 89 peratus daripada kanak-kanak berusia 13 hingga 17 tahun menjadi mangsa antun dalam talian.

Pengerusi MAP Dr Shamsuriani Md Jamal berkata bagi membanteras kedua-dua isu itu, ibu bapa dinasihat meningkatkan kecelekan internet mereka bagi membantu anak-anak dari gangguan pornografi dalam talian, sedangkan menyekat mereka dari menggunakan internet bukan cara terbaik.

"Ibu bapa diingatkan agar meningkatkan pengetahuan mereka sendiri tentang bagaimana menggunakan internet dengan sempurna dan mewujdukan persekitaran famili yang selamat dari pengaruh pornografi.


"Dalam pada itu ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka agar tidak melayari sebarang 'iklan' yang muncul ketika menggunakan internet jika 'iklan' itu membabitkan pasaran tidak sopan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Karnival Kesedaran Rakyat di sini Sabtu.

Beliau berkata, MAP sedang menawarkan kursus percuma dalam talian di laman web mereka untuk ibu bapa yang ingin mengingkatkan kecelekan internet, dan mempelajari cara bijak menggunakan internet dan bahaya melayari laman pornografi.

Dr Shamsuriani juga menasihatkan ibu bapa agar sentiasa memantau aktiviti anak-anak di laman media sosial serta mewujudkan 'privacy functions' dalam akaun mereka bagi menghalang daripada dicerobohi orang-orang yang tidak dikenali.

" Ibu apa perlu mendidik anak-anak untuk mengaktifkan 'privacy function' ini dan tidak menerima sebarang 'permintaan mesra' dari orang tidak dikenali yang boleh menyamar sebagai mana-mana orang yang mereka mahu.

Menurut beliau, antun dalam talian adalah satu bentuk jenayah siber, dalam mana 'modus operandi' mereka ialah mewujudkan akaun media sosial palsu dan mereka akan berkawan dengan kanak-kanak dan orang dewasa, selain memaksa mereka mengirim gambar bogel dan dalam senario paling teruk mereka melakukan jenayah sosial dengan cara mengajak kanak-kanak bersiar-siar keluar bersama mereka.

Karnival Kesedaran Rakyat bertujuan mengukuhkan lagi jurang antara agensi kerajaan dengan penduduk tempatan dan menerangkan kemajuan program-program yang dibiayai kerajaan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh yang melancarkan program itu hari ini berkata ia memberi manfaat kepada orang ramai dari segi mendapat pemeriksaan kesihatan percuma dan maklumat mengenai bantuan kebajikan yang ditawarkan oleh Jabatan Kebajikan Masayrat.
-- BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails