Sunday, September 17, 2017

P.Pinang Tak Tebang Balak Pun Banjir Juga..

Jangan biar banjir 'tenggelamkan' Pulau Pinang
GEORGETOWN: Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang menegaskan bahawa banjir kilat yang berlaku di banyak tempat dalam negeri itu dapat dielak atau dikurangkan kesannya jika pembangunan dilaksanakan secara terancang dan lestari.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Pulau Pinang, Ahmad Safuan Ujar berkata, malangnya pelbagai binaan dilakukan secara rakus dan bermotif menghambat keuntungan penjualan.
"Keadaan pembangunan dilakukan sekarang, tetap sukar untuk diimbangi sekalipun dengan projek tebatan banjir yang diadakan. Olahan semula perlu dilakukan terhadap seluruh rancangan pembangunan agar Pulau Pinang tidak terus menerima banjir seperti ini.
"Kesan dari banjir ini jelas memberi akibat buruk kepada bukan sahaja kediaman penduduk, malah banyak laluan kenderaan dan premis dalam bandar. Rakyat akan menanggung kerugian dan beban dari kerosakan yang berlaku impak dari banjir ini, serta menyebabkan kesan akan datang.
"Jika banjir kerap atau mudah berlaku seperti sekarang ini, ia tentunya akan menjejaskan ekonomi dan rutin masyarakat setempat, termasuk pendidikan dan lain-lain sektor juga akan tergendala," ujar beliau.
Oleh demikian menurutnya, impian membangun dan memajukan negeri ini akan pincang, selain menyebabkan kemasukan ke negeri ini hanya akan menjadi seperti 'perangkap' dan tentunya banyak pihak enggan menanggung risiko dan kemungkinan.
Katanya, pelbagai pihak tentunya tidak mahu agenda dan nasib negeri itu akhirnya menjadi seperti kata pepatah "Yang dicari tidak dapat, yang dikendong keciciran".
Safuan turut melontarkan ingatan supaya tidak mencari pendapatan besar dengan meluluskan pembangunan secara gelojoh, kemudiannya terpaksa berbelanja besar juga untuk menanganinya.
"Ia harus jadi pengajaran berguna buat DAP yang menerajui kerajaan ketika ini. Kita masih menghadapi cuaca normal, bukan luar biasa.
"(Tetapi) Hingga kini Ketua Menteri, Lim Guan Eng belum menyatakan sesuatu untuk penyelesaian jitu masalah ini.
"Kita khuatir tiada kewaspadaan apatah lagi kesediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan atau tragedi yang berpotensi berlaku dalam keadaan atau petunjuk seperti sekarang," getusnya khuatir.
Tegasnya, Guan Eng tidak perlu terus angkuh dan sombong dengan pentadbiran sedang diterajui kerana banyak negatif yang telah terlihat.
Negeri dan rakyat jelas beliau, adalah soal masa depan serta kehidupan di mana ia tidak boleh dipertaruhkan oleh apapun serta kepentingan.
Pihaknya menuntut supaya diberikan pampasan kepada mangsa banjir dan juga menggesa agar penelitian semula dilihat pada semua rancangan pembangunan serta diumumkan langkah bersepadu menangani banjir.
Peringatnya juga, jangan dimunculkan trauma ke atas ehwal awam atau bersikap lepas tangan membiarkan rakyat menanggung semua akibat tersebut. - HARAKAHDAILY 16/9/2017
Hasil carian imej untuk guan eng
Kokok berderai-derai, tapi ekor bergelumang tahi..
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Semoga tak ada lagi si dungu yang berfaham 'Kelantan berlaku banjir kerana PAS tebang balak'. Mengampu pun takat patut saja, Pulau Pinag tak tebang balak pun banjir jagak. Konon masalah banjir di Pahang boleh diatasi oleh pemimpin DAP beberapa hari saja. Sampai sekarang banjir di P.Pinang tak selesai lagi. Porrah!

5 comments:

Nobody said...

Banjir di Pulau Pinang memang di atasi beberapa hari sahaja. Yang di Kelantan, hujung tahun dah dekat, apa cerita???

Porrah lah kau. Berapa banyak rumah di bantuan di Kelantan hasil sumbangan DAP apa cerita???

Mana sumbangan PAS??? Yang aku tahu Audi Q7 bagi bini pakai ada la!!!

mahligaiseni said...

Saudara Nobody, betul tu. Di Pulau Pinang BANJIR KILAT. Di Kelantan BANJIR MENYELURUH. Inilah perkara yang puak PAS tak faham-faham. Walau bagaimanapun tak usahlah kita marahi mereka kerana sememangnya setakat itu sahaja cara mereka berfikir. Mari kita nyatakan perasaan kahsan kepada mereka -KASIHAN...

mahligaiseni said...

Saudara Nobody, betul tu. Di Pulau Pinang BANJIR KILAT. Di Kelantan BANJIR MENYELURUH. Inilah perkara yang puak PAS tak faham-faham. Walau bagaimanapun tak usahlah kita marahi mereka kerana sememangnya setakat itu sahaja cara mereka berfikir. Mari kita nyatakan perasaan kasihan kepada mereka -KASIHAN...

Anonymous said...

Kepada Nobody dan mahligai seni ..

Bagilah fakta-fakta menyokong kebodohan dan kebaruan kamu. kalau cinta sangat apek kapir tu pon. hingga gelap mata hati melihat kebenaran oleh Islam.

Anonymous said...

UNDI PAN = UNDI DAP = UNDI MAHATITS = UNDI SITI KASSSIM = UNDI LGBT

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails