Tuesday, January 10, 2017

Halang Maulid Nabi, Tiada Kebebasan Agama Di Myanmar.


ORANG Islam Myanmar meninggalkan dewan YMCA selepas kumpulan nasionalis Buddha menghalang sambutan Maulidur Rasul di Yangon kelmarin. - AFP

YANGON – Kumpulan nasionalis Buddha bertindak menghalang sambutan Maulidur Rasul kelmarin, kata beberapa saksi dan pe­nganjur ketika ketegangan agama memuncak berhubung kempen ketenteraan berdarah terhadap etnik Islam Rohingya di Negeri Rakhine.


Berpuluh-puluh orang yang diketuai beberapa sami Buddha berarak ke bangunan YMCA di Yangon untuk menutup majlis yang diadakan bagi meraikan kelahiran Nabi Muhammad.
“Kami mengadakan sambutan ini sepanjang hidup saya. Perbuatan mereka adalah serangan ke atas kebebasan beragama,” kata Setiausaha Pertubuhan Ulama Islam, Kyaw Nyein.
“Sami-sami ini cuba menghalang majlis berkenaan tanpa menyatakan apa kesalahan kami. Kenapa pihak berkuasa tidak bertindak?,” tambahnya.
Menurut beberapa saksi, sami-sami itu menceroboh sambutan tersebut dan menuntut supaya majlis itu dihentikan.
Pihak polis yang tiba tidak lama kemudian tidak bertindak untuk menghalang kumpulan tersebut.
Penganjur majlis itu, Tin Maung Win berkata, golongan nasionalis Buddha cuba menghasut kebencian terhadap kerajaan yang diterajui parti NLD pimpinan Aung San Suu Kyi. -AFP
Katanya, pelampau-pelampau agama menyokong parti USDP yang disokong tentera dan melihat kerajaan baharu sebagai terlalu berlembut dengan orang Islam. – AFP


PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat

2 comments:

Ir Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Ir Anonymous said...

Kenapa pan tak berani komen? Adakah kerana masih belum dapat lampu hijau dari dap? Mungkinkah kerana ia melibatkan agama buddha maka pan tak mahu perasaan dap terluka?

Bagaimana pula dgn agama islam? Begitu mudah pula pan membela dap jika dap masuk campur hal ehwal islam! Sampaikan pan tak berani langsung menyentuh isu yg melibatkan hal ehwal buddha!!

Dasar barua dap!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails