Sunday, January 08, 2017

Dr M: Buat Haji Guna Duit Curi, Tajaan 1MDB, Haram, Makan Juga.



Jemaah haji di masa depan tidak lagi boleh berpura-pura jahil mengenai wang haram daripada dana yang digunakan untuk menghantar mereka ke Makkah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Kalau kamu pergi dan buat haji dengan duit curi, itu macam dah tahu pinggan penuh dengan makanan haram, you makan juga. Tapi kalau tak tahu, okeylah. Tapi sekarang kamu tahu duit ini dicuri," katanya.

Bekas perdana menteri itu akhir bulan lalu berkata jemaah haji tajaan 1MDB tidak akan mendapat haji mabrur kerana menggunakan dana daripada sumber yang dicuri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau dikritik kerana mengeluarkan kenyataan itu termasuk daripada kalangan mufti.

Bagaimanapun Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) itu enggan memohon maaf atas kenyataannya.

"Mengapa saya perlu minta maaf? Semua orang yang mengatakan saya salah juga mesti berbuat demikian.
"Mereka kena 'ampu', mereka perlu 'bodek'. Mereka tidak bebas bersuara.
"Bila jadi mufti kerajaan, kena puji la kerajaan," katanya.

Kerajaan telah menaja ibadah haji untuk imam dan ketua kampung melalui Yayasan 1MDB sejak 2011.
Firma pelaburan negara itu menjadi subjek siasatan antarabangsa, termasuk Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika yang memfailkan saman sivil pelucuthakan dan mendakwa lebih AS$ 3.5 bilion disalahgunakan daripada 1MDB.

DOJ juga berkata seorang yang dinamakan Malaysian Offical 1 didakwa menerima AS$ 731 juta daripada wang yang diseleweng daripada 1MDB.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan menyalahgunakan dana berkenaan dan mendakwa ia sebahagian daripada plot menjatuhkannya. (IH)

PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat

5 comments:

Anonymous said...

Tun M bukan mufti, tp aku rasa dia betul. Tok tok imam, tok tok bilal, tok tok ketua yg gi haji guna duit 1MDB tu nmpknya kena gi semula ler jawabnya. Tp kali ni, guna ler duit titik peluh sendiri. Kan haji tu wajib bg yg mampu jer, kalau yg ditaja tu, kategori belum mampu lg, mk belum wajib lg. Sekrg ni qouta dah ler limited, yg ditaja tu, belum mampu lg, atau jenis yg dah pegi 2-3 kali, ambik qouta org yg semmgnya dah mampu tp belum pegi, cammaner pulak hukumnya tu ?

Anonymous said...

anon 8.37

aku setuju dengan komen kau.

Anonymous said...

Istinbat hukum dlm Islam tidak boleh merujuk kpd logik akal semata2...Islam ada kaedah & disiplin dlm mnentukan sesuatu hukum.

Anonymous said...

Istinbat konon. Palo otak ko. 3 row jer ko punya alasan. Haprak. Otak udang?? Kikiki

Anonymous said...

Hang patut ulas mupti 3 ekor tu. Bodek kuat wal ampu. Harussani shukri kltan n rahman pahang. Inilah contoh olamak ussu' atau jahat akhir zaman. Yg benarkan bohong dan zalim pemimpin. Mereka jual agama Allah dgn harga terlalu murah utk habuan nafsu dan dunia mereka. Celako olamak mupti jahat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails