Sunday, June 12, 2011

Kritik Harakah: 'Cikgu Pa hanya 'heh' sahaja.,'

Harakah Perlu Diberikan Nafas Baru

SEMALAM berborak kosong dengan sahabat di kawasan Batu. Macam biasa cerita-cerita ringan pasal politik tanah air. Lebih banyak tertumpu kepada masalah dalaman PAS dan harapan untuk AJK PAS yang baru dilantik.

Sahabat saya bertanya, tahu tak, ada orang hantar SMS kepada semua AJK Tertinggi yang dilantik baru-baru ini pasal nak tukar pengurusan harakah.

Saya jawab ringkas, tahu. Saya kata kepada sahabat saya sepatutnya lobi-melobi ini tak perlu dibuat. Apatah lagi menggunakan nama orang-orang penting dalam harakah sedangkan dia tak tahupun. Kita tak boleh ambil percakapannya dikedai kopi sebagai sandaran dalam SMS bahawa dia juga setuju dengan perubahan itu.

Saya lihat banyak perkara buruk berlaku kerana penyebaran maklumat tanpa pengesahan yang tepat. Sahabat saya terdiam, macam dia bersetuju dengan saya.

Isu harakah ini kata saya, tak dipandang besar, walaupun kita beritahulah apa masalah sekali pun. Sebab harakah adalah projek PAS yang paling berjaya. Harakah menaikan peruntukan kepada Pejabat Agung daripada RM40 ribu kepada RM50 ribu sebulan.

Harakah banyak menampung perjalanan keluar masuk pimpinan PAS, termasuk keluar negara. Jadi tak ramai orang nak fikir pasal 'masalah' di harakah, kalau ada pun hanya mereka fikir bagaimana nak pergunakan duit harakah bagi tujuan dan aktiviti untuk kawasan mereka sahaja.

Sahabat saya masih terdiam.

Saya kata lagi, cuba sebut projek-projek yang berjaya di dalam PAS. Kohilal, nanti ramai yang menagis tak berlagu. TV PAS yang lebih RM4 juta? (Jangan salah faham dengan webtv.pas.org). Tak payah saya tulis yang lain-lain dan banyak lagi, cukuplah 2 itu sebagai asas hujah, nanti ada pula yang tuduh saya nak dedahkan aib PAS.

Sebab itu bila ada perwakilan dalam muktamar yang lalu menyebut pasal isu harakah tapi perwakilan ini tidak mendalami isu berkenaan dan banyak fakta yang tak jelas. Cikgu Pa hanya 'heh' sahaja perwakilan ini.

Saya juga baca beberapa blog yang menyerang begitu hebat pasal isu harakah, dia fokuskan iklan harakahdaily dengan maklumat yang tepat. Tak sampai ke mana juga, habis ke mana penulis itu sekarang?

Saya sebut kepada kawan saya, Cikgu Pa SU Agung boleh kita anggap sebagai doktor pakar, PAS sebagai hospital. Manakalah isu iklan harakahdaily adalah penyakit kencing manis, yang kakinya dan buruk, beberapa jari sudah hitam legam!

Sambil gelak saya katakan kepada sahabat saya kawasan Batu itu, engkau ingat Cikgu Pa hairan ke? Doktor dia biasalah melihat orang yang mati hari-hari. Cedera lebih parah daripada itu. Jadi setakat kaki buruk doktor hanya pandang sebelah mata sahaja. Jadi isu iklan harakahdaily entah nombor berapa dalam rangking masalah di kepala Cikgu Pa.

Cikgu Pa lebih berfikir masalah Pakatan Rakyat, nak naikkan imej Presiden dan banyak lagi isu yang lebih besar. Sepatutnya Dato' KJ yang menguruskan hal ini.

Saya kesian juga kepada beberapa penulis blog yang jujur berusaha dalam hal ini. Tapi realiti dalam PAS perlu juga di halusi barulah masalah berkenaan boleh diatasi.

"Habis engkau setujulah, harakah kekal seperti sekarang?" tanya sahabat saya.

"Tak, harakah perlu diberikan nafas baru" tegas sahaja.

"Hujahnya?" tanya sahabat saya.

Belum sempat saya jawab, saya terima call dan terpaksa meninggalkan sabahat saya.

Diangkat dari:
http://tin-buruk.blogspot.com/"


Sebelum ini..

1 comment:

White Wedding Dresses said...

Homecoming Dresses - Shop Homecoming Dresses 2011 Desirable Junior Bridesmaid Dresses and Gowns Online by saleomg! Quinceanera Dresses, Decorations, Favors, and Invitations out door! Girls Party Dresses

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails