Sunday, May 24, 2009

Lim Kit Siang Bela Khir Toyo.


By Asyok Kumar

KUALA LUMPUR
Sabtu Mei 23, 2009. Dewan Undangan Negeri Selangor tidak wajar menggantung elaun bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Khir Toyo sekalipun jika ia mengesahkan perakuan Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan untuk berbuat demikian. Kata Lim Kit Siang, seorang tokoh veteran DAP.

Beliau berkata, Dewan Negeri boleh menggantung ahli-ahlinya daripada menghadiri sidang dewan kerana melanggar keistimewaan, tetapi tidak harus menggantung elaun mereka oleh kerana anggota-angguta DUN dipilih oleh pengundi yang mewakili mereka di peringkat kerajaan negeri. "Pengundi tidak harus diletakkan dalam kedaaan tidak menentu kerana tidak mempunyai anggota dewan untuk mewakili sebagai pengantara dengan kerajaan negeri sekalipun jika ia digantung dari sidang Dewan Negeri," kata Lim, anggota Parlimen Ipoh Timor dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, menggantung anggota dewan negeri kerana melanggar hak keistimewaan adalah hukuman wajar. Pada 19 Mei, jawatankuasa berkenaan mendapati Khir (ADUN Sungai Panjang) dan empat anggota DUN lain Barisan Nasional bersalah menghina dewan itu. Jawatankuasa itu memperakukan Khir digantung selama setahun dari menghadiri sidang dewan tanpa elaun dan keistimewaan kerana gagal menghadiri siasatan oleh Jawatankuasa Pilihan mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) pada Mac.

Siasatan itu ialah mengenai perbelanjaan dana agensi negeri, Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor. Khir didapati bersalah atas tiga tuduhan lain membuat kenyataan menghina dan negatif mengenai Selcat dalam media dan di blognya. ADUN lain BN yang didapati bersalah menyelar Selcat di media dan diperakukan digantung selama enam bulan tanpa elaun dan keistimewaan ialah Datuk Warno Dogol (Sabak Bernam), Datuk Mohd Idris Abu Bakar (Hulu Bernam), Mohd Isa Abu Kassim (Batang Kali) dan Datuk Marsum Paing (Dengkil).

Sementara itu Presiden Grup Universiti Ulu Klang , Dr Hj Mohd Hasyim ketika dihubungi di Jakarta pagi ini bersetuju dengan teguran Sdr Lim Kit Siang itu demi kepentingan rakyat. "Jangan menzalimi rakyat. Teguran Sdr Lim adalah wajar, walaupun yang dibelanya itu dikatakan seorang bekas penzalim yang patut dihukum... " Kata Dr Mohd Hasyim yang juga mewakili Blog Ibnu Hasyim. (AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails