Saturday, April 25, 2009

Larang Anak Pindah Agama: M’sia Pengadilan Sekular..


Ibnu Hasyim Catatan Santai


BERITA mengenai Malaysia dari Indonesia, Hidayatullah.com (Indonesia) Saturday, 25 April 2009 bertajuk ‘Malaysia Larang Anak Pindah Agama menyebutkan:


‘Langkah yang diumumkan pemerintah Perdana Menteri baru Najib Razak ini dimaksudkan untuk mengurangi ketegangan etnis di negara yang sebagian warganya muslim. Menteri Urusan Hukum Nazri Aziz seperti dilansir Reuters, Kamis (23/4), mengemukakan anak-anak memang mengikuti agama yang dianut orangtuanya selama mereka masih berstatus suami istri tapi jika ayah atau ibunya berubah menjadi Muslim si anak tidak dapat dipaksa ikut. Larangan ini dikeluarkan setelah terjadi serentetan sengketa hukum yang melibatkan orang-orang yang masuk agama Islam dan mengubah status agama anak-anak mereka meskipun ada keberatan dari bekas suami atau isteri mereka yang bukan Muslim.


Malaysia memiliki pengadilan sekuler dan pengadilan agama untuk menangani berbagai masalah keluarga. Masyarakat minoritas yang bukan Muslim di Malaysia mengeluh bahwa pengadilan agama tidak selalu memperlakukan mereka dengan adil dalam sengketa. Sekitar 40% warga Malaysia adalah non muslim. Sementara itu, pengadilan sekuler yang menangani sengketa keluarga untuk warga non-muslim, yang mencapai sekitar 40% warga Malaysia adalah non muslim menyatakan, mereka tidak memiliki yurisdiksi dalam kasus seperti itu.


Menteri Hukum Nazri Abdul Aziz mengatakan, pemerintah telah memutuskan bahwa ketika pasangan suami istri bercerai, anak mereka harus dibesarkan menurut agama bersama mereka saat perkawinan. “Kabinet berpandangan ada kontrak tersirat dan konstruktif antara suami dan istri bahwa anak-anak mereka akan dibesarkan menurut agama bersama mereka pada saat perkawinan apa pun agama yang mereka sepakati akan dijalankan oleh keturunan mereka,” katanya. Dia mengatakan, agama semestinya tidak digunakan sebagai alat untuk memungkinkan seseorang untuk lari dari tanggungjawab sebagai suami atau istri. Dia juga mengatakan, pengadilan sipil adalah tempat yang tepat untuk membatalkan perkawinan jika suami atau istri berpindah ke Islam. Perkembangan ini terjadi beberapa setelah liputan gencar media lokal atas kasus seorang wanita Hindu yang melawan langkah suaminya untuk mengajak anak-anak mereka ikut beralih ke Islam.’


Sementara itu di Malaysia hari ini, lebih 100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini membantah keputusan Kabinet yang menetapkan kanak-kanak bawah umur kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama. Menurut mereka, keputusan yang bersifat reaktif terhadap tekanan daripada masyarakat bukan Islam tidak wajar dilaksanakan kerana ia dibuat tanpa melibatkan perbincangan menyeluruh dengan para mufti, pakar perundangan dan NGO Islam.


Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd. Ralip berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan keputusan Kabinet itu kerana ia telah menafikan hak ibu atau bapa yang telah memeluk Islam untuk mendidik anak-anak mengikut agama baru yang dianutinya. Beliau berkata, ibu atau bapa harus dibenarkan untuk mengIslamkan anak-anak mereka selaras dengan kaedah fikah yang menetapkan apabila seseorang itu telah memeluk Islam maka dia hendaklah mempertahankan agama dan keturunannya.


"Keputusan Jemaah Menteri bertentangan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2007 yang memberikan hak kepada Muhammad Shafi Saravanan Abdullah untuk mengIslamkan kedua-dua anaknya tanpa pengetahuan atau mendapat persetujuan isterinya, R. Subashini yang masih beragama Hindu… Walaupun tiada peruntukan khusus dalam enakmen keluarga Islam berhubung perkara itu, kita tetap perlu mengikut keputusan mahkamah tertinggi iaitu Mahkamah Persekutuan," katanya.


Beliau bercakap pada sidang akhbar bersama-sama wakil daripada lebih 100 NGO Islam di Sekretariat PGSM di sini hari ini. Mohamad Isa mengulas keputusan Kabinet itu yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semalam. Keputusan itu adalah berdasarkan syor yang dibuat oleh jawatankuasa khas Kabinet bagi menyelesaikan kes K. Pathmanaban, 40, atau nama Islamnya, Mohd. Ridzuan Abdullah yang bertindak menukar agama anaknya, Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, setahun, serta memohon hak penjagaan terhadap tiga anaknya itu di Mahkamah Syariah Ipoh.


Langkah itu telah dibantah oleh ibu kanak-kanak terbabit, M. Indra Ghandhi, 35, yang masih beragama Hindu kerana mendakwa Mohd. Ridzuan berbuat demikian tanpa pengetahuannya. Setiausaha Agung Peguam Pembela Islam (PPI), Zainul Rijal Abu Bakar pula berkata, Kabinet seharusnya mengambil kira pandangan kebanyakan ulama yang secara jelas menyatakan bahawa apabila salah seorang daripada ibu atau bapa memeluk Islam, maka anak-anaknya mesti menganut agama itu.


Menurut beliau, sebarang keputusan untuk mengekalkan anak-anak dengan agama asal ibu bapa juga harus mengambil kira Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut salah seorang ibu atau bapa boleh menentukan agama anak-anak. "Peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah disahkan menerusi keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes R. Subashini yang memutuskan adalah memadai salah seorang ibu atau bapa membuat keputusan untuk anaknya yang di bawah umur memeluk Islam," ujarnya.


Pada saya, memang susah untuk mendapatkan hukuman yang adil dan bersih apalagi menurut kacamata Islam, sedangkan perundangan asas negara masih tidak Islam atau tidak berada dalam perlembagaan Islam sebenarnya. Contohnya, walaupun PAS menang menawan Kelantan, tetapi tidak akan dapat melaksanakan Islam sepenuhnya, kerana masih terikat dengan perlembagaan Kerajaan Pusat yang tidak Islamik. Lihatlah dalam kes hudud..


Samalah seperti hendak mendapat sesuatu yang baik tiada najis, tetapi memprosesnya melalui dari dalam tong najis!


Ibnu Hasyim Catatan Santai
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
April 25, 2009

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails