Saturday, April 25, 2009

Demokrasi Di China, Menurut Jackie Chan.


By Asyok Kumar
Sabtu April 25, 2009

JACKIE Chan dikecam teruk oleh kumpulan-kumpulan pro-demokrasi di China dan negara-negara lain, selepas mengeluarkan kenyataan kontroversi di sebuah forum bisnes di Hainan, China baru-baru ini.

"Saya tidak pasti sama ada baik atau tidak mempunyai kebebasan. Saya mula merasakan bahawa rakyat China juga perlu dikawal." Kata Jackie pelakon filem berusia 55 tahun itu. “Jika kita tidak dikawal, kita akan melakukan apa yang kita rasa mahu lakukan.”

Selepas mengeluarkan kenyataan itu, Jackie dikecam teruk oleh kumpulan-kumpulan pro-demokrasi. Namun, jurucakap Jackie menegaskan komen tersebut sebenarnya merujuk kepada kebebasan di dalam industri hiburan dan bukannya masyarakat China secara keseluruhannya.

“Ada pihak dengan motif tersembunyi cuba memesongkan komen yang dikeluarkan oleh Jackie itu.” kata Ketua Eksekutif JC Group, Solon So.(AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails