Sunday, February 08, 2009

Pakar Nuklier Pakistan Dibebaskan, Mengapa AS Curiga?

Abdul Qadeer Khan, kini bebas.

Ibnu Hasyim Catatan Santai.

MALAM tadi saya lihat berita di tv Malaysia menyiarkan berita mahkamah Pakistan telah membebaskan pakar nuklier negara itu Abdul Qadeer Khan dari tahanan rumah. Beliau, yang dianggap bapa bom nuklier Pakistan, telah menjalani tahanan rumah sejak tahun 2004, sekarang boleh meninggalkan rumah dan menerima tamu. Dr Khan menyambut baik keputusan tersebut, dan mengatakan dia tidak perduli dengan apa yang akan dikatakan oleh dunia internasional mengenai pembebasan tersebut.

Dr Khan mengakui mengirimkan rahasia nuklier negara itu ke negara lain di tahun 2004, namun kemudian mendapatkan pengampunan dari mantan Presiden Pakistan Pervez Musharraf. Amerika Syrikat berulang kali mengatakan ingin menemui Dr Khan, namun Pakistan menolak beri izin. "Tidak ada yang menang, tidak ada yang kalah. Saya kira ini keputusan yang bagus, kerana paling tidak saya mendapatkan sedikit kebebasan," kata Dr Khan kepada wartawan tidak lama setelah keputusan pengadilan diumumkan.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan reaksi internasional, Khan mengatakan dia tidak perduli. "Biarkan sahaja mereka memberi komen. Apakah mereka senang dengan Tuhan kami? Apakah mereka senang dengan Nabi kami? Apakah mereka senang dengan pemimpin kami?. Tidak pernah jadi. Mengapa kita perlu ambil perduli dengan kata-kata mereka?” Beliau lebih bimbang dengan apa yang akan ditulis oleh wartawan Pakistan mengenai beliau, bukan apa yang dikatakan oleh Bush atau Dick Cheney. “Saya tidak perduli mereka!."

Dr Khan perlu meminta izin 48 jam bila ingin meninggalkan Islamabad, namun hari Jumaat lepas beliau mengatakan dia tidak ada niat untuk keluar negera ataupun masuk ke dalam politik. Dr Khan, mantan ketua program nuklier Pakistan mengatakan dia akan menggunakan kebebasannya untuk mengkonsentrasikan diri di bidang pendidikan. Pakistan membela keputusannya untuk membebaskan pakar nuklier Pakistan Abdul Qadeer Khan yang telah mengaku menjual rahsia nuklier, ditengah-tengah adanya kecaman dari Amerika Syarikat dan India.

Kementerian Luar Negeri Pakistan mengatakan, hari Sabtu semalam, Abdul Qadeer Khan sudah tidak membahayakan kerana jaringan penyeludupannya telah dibubarkan, dan dilakukan pengawasan untuk meyakinkan bahawa tidak akan terjadi kebocoran rahsia lagi. Namun pihak Amerika menyebut keputusan itu amat dikesalkan dan menuntut jaminan bahawa Abdul Qadeer Khan tidak lagi membahayakan. India pula mengatakan, masyarakat internasional perlu pertimbangkan untuk mengeluarkan kenyataan bahawa Pakistan adalah negara terroris.

Seorang jurucakap Partai Kongres yang berkuasa, Manish Tewari, mengatakan, dengan membela Khan membuktikan Pakistan mengeksport terrorisme, dan juga meningkatkan keprihatinan negara-negara seperti Amerika Syarikat bahawa senjata nuklier dapat sampai ke terroris.

Keganasan Israel tetap dibela AS dan kuncu-kuncunya.

Pada saya, begitulah perangai kuasa-kuasa besar barat, mengapa pada Israel atau yang jelas memiliki kuasa nuklier tidak disenaraikan sebagai pengganas, sedangkan pada Pakistan dan Iran mereka sangat curiga? Apakah kerana negara, bangsa atau kerana Islam?

Sekian, terima kasih. Wassalam.

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Feb08, 2009. Malaysia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails