Thursday, February 19, 2009

Kerajaan BN Perak, Sikit Lagi Nak Jatuh..

MB Perak Palsu dari BN, bolehkah bertahan?

By ASYOK KUMAR

JAWATANKUASA Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan. Keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar selepas selesai bersidang hari ini.

Perkembangan terbaru ini akan melontarkan Perak ke dalam satu lagi krisis, selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri awal bulan ini. Semalam, Dr Zambry memberi keterangan kepada jawatankuasa tersebut berhubung kenyataannya terhadap Speaker Sivakumar. Beliau dan enam exconya dirujuk ke jawatankuasa itu berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu.

Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak. Turut dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan adalah dua wartawan, masing-masing daripada akhbar The Star dan Sin Chew Daily. Jawatankuasa itu dipengerusikan Sivakumar dan dianggotai enam Adun iaitu Datuk Hasbullah Osman (Temenggor) dari BN manakala lima lagi daripada pakatan pembangkang iaitu Husin Din (Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham).

Sivakumar masih menjadi Speaker DUN Perak kerana kerajaan baru BN belum lagi mengadakan sidang dewan untuk menggantikan beliau dengan calon dari BN. Dengan menggantung tujuh daripada 28 ahli dewan undangan negeri (Adun) BN, maka jumlah wakil rakyat kini kembali memihak kepada Pakatan Rakyat.

Jika dewan bersidang sekarang, BN akan hanya mempunyai 24 Adun di pihaknya, termasuk tiga calon bebas, manakala Pakatan mempunyai 28 Adun. Di segi teknikalnya, kerajaan negeri BN masih boleh terus memintah Perak, tetapi ia tidak boleh mengadakan sidang dewan kerana bimbang Pakatan akan mengemukakan usul tidak percaya terhadapnya.

Kerajaan BN Perak kini, diambang kejatuhan, sudah senget tunggu jatuh! Jom pakat-pakat tolak! (AK Feb18)

4 comments:

Anonymous said...

Saya harap jangan ada campur tangan Istana lagi dah...

Semak perut tengok rusuh-merusuh lagi. Udah-udah ler tu. Harap semua pihak akur dengan perlembagaan.

Anonymous said...

apalah korang ni asyik politik... aku dh nak kene buang keje camne nak makan?
tapi ganas betul PR.Tu belum dapat kuasa speaker parlimen. dasat...org mengandung pun 9 bulan ni 18 bulan. kalau pilihanraye lagi aku vote BN. nyesal vote PR. buat susah je.

Anonymous said...

hahaha...korang ni lenkali berfikir dgn bijak..yg bnyk mengkorupkan masyrakat malaysia orang atas UmNo la...itu pasal korg nk keje pon susah dah asek dorg bg rasuah je kt sorg yg xde pendirian....Umno la perosak segalanya...hahaha

Anonymous said...

yang ganas dan tamak haloba tu ameno. Cuba bukak sikit hati perut tu. dah la rampas kuasa, tipu lagi....akal ada ! confirm vote PR pilihanraya akan datang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails