Tuesday, February 17, 2009

Isu Eli Wong: Kata ‘Bermoral’ Perlu Takrif Lengkap.

Ibnu Hasyim Catatan Santai

BLOG http://jedyoong.com/ 17Feb PAS HALALKAN KHALWAT?, meletakkan gambar Dato’ Khalid MB Selangaor dan ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong, yang nampaknya begitu akrab.. Ada logo ‘halal’ seolah-olah PAS, rakan Pakatan Rakyat menghalalkan ‘khalwat’ seperti digambar di atas. Untuk makluman, Jed Yoong seorang penulis Malaysia yang bukan Islam.

Mujurlah, antara ramai pengkomen-pengkomen tulisannya, seorang yang memakai nama ‘Sujudterakhir’ menulis…

Khalwat itu ialah duduk berdua-duan pada satu tempat yang boleh mendatangkan fitnah. Dalam gambar kita boleh kategorikan berdiri agak rapat. samada sengaja atau tidak sengaja, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Jika berlaku tidak sengaja, ia dimaafkan tetapi kalau sengaja, dalam Islam ia dikira kesalahan.... Sekiranya dapat dielakkan dari berdiri rapat-rapat antara lelaki dan perempuan yang bukan ahli keluarga (mahram), ia adalah yang terbaik. Oh jangan lupa, gambar Paklah pun ada yang macam begitu..”

Hasbullah Pit menambah…Itu bukan khalwat. khalwat berlaku bila bukan muhrim duduk dalam tempat tertutup, orang tak nampak.

Dalam http://hasbullah.pit., di bawah tajuk ‘Elizabeth Wong: Kawasan Kelabu dalam undang-undang (rimba) Pasangan Kekasih’ tulisnya…

Adakah Elizabeth Wong boleh dikira berskandal? Mahkamah apa yang menentukan dia berskandal atau tidak? Di mana Elizabeth Wong ingin mendapatkan pembelaan? Ada yang kata dia patut letak jawatan, ada yang tidak. Ada pula yang kata jangan letak jawatan. Kalau di tanya pada orang islam, memanglah bersekedudukan itu salah. Tapi apabila melibatkan orang bukan islam, adakah ianya sentiasa dibolehkan? Mengikut perundangan sivil, sepasang kekasih boleh tinggal bersama. Tetapi tiada apa-apa ikatan, dan seterusnya menyebabkan tiada perlindungan kepada mereka.

Adakalanya dunia yang berasaskan undang-undang sivil ini bertindak seolah-olah mengikut undang-undang rimba. Pernah terjadi di UK, seorang ahli politik terpaksa letak jawatan kerana melanggan pelacur, tetapi pelacuran tidak salah dalam undang-undang sivil. Melainkan di Malaysia ada akta perdagangan tubuh agak baru. Atas sebab apakah dia perlu letak jawatan? kerana tidak bermoral? Tetapi "tidak bermoral" itu tidak salah dalam undang-undang. Maka undang-undang rimba digunakan untuk menjatuhkan seseorang dengan mengaibkan dan menuduh eli tidak bermoral.

Adakalanya pelik, apabila lelaki bersuami mengadakan hubungan dengan perempuan lain, ia dipanggil skandal. Manakala yang bujang bebas dengan sesiapa sahaja? Tamadun Barat sudah nak runtuh akibat daripada ketidak perihatinan dengan instusi keluarga. "Keluarga" digantikan dengan pasangan kekasih yang tidak dilindungi undang-undang. Hanya undang-undang rimba digunapakai.

Tamadun China dulu zaman Ming/Ching dulu bolehkah duduk serumah dalam keadaan belum berkahwin? Di dalam dunia blog banyak hakim dan juri undang-undang rimba sedang mengemukakan hujah menentukan samada Eli berskandal atau tidak.Antaranya Elizabeth Wong NUDE PHOTOS Scandal. RESIGN. Perlukah satu undang-undang atau mahmakah khas untuk menentukan sesuatu tindakan itu "bermoral" atau tidak?”

Antara komen kepada artikel Hasbullah Pit ini, antaranya WY Kam 甘永元 on 2009 Februari 17, berbunyi…

Sesuatu tindakan itu mungkin kelihatan tidak bermoral untuk anda, tetapi tak semestinya tidak bermoral untuk saya. sama juga, apa yang baik atau buruk untuk tamadun barat, China, timur tengah ...tidak semestinya baik untuk kita. Dengan mata lensa pemikiran saudara, saya juga boleh membuat kenyataan bahawa puak Arab rata-rata nya tidak bertamadun memandangkan mereka masih tidak berdemokrasi, masih menafikan hak kaum hawa and rakyat jelata, dan masih tiada sebarang pencapaian sains ataupun teknologi.

Apakah puak Arab hidup dalam tamadun kejahilan? Tambahan lagi, pak Arab semua kahwin tiga-empat orang isteri (poligami adalah satu kesalahan berat dalam undang2 sivil dan barat). Perlukan kita menentukan kemoralan mereka? Jawapan untuk soalan rektorik saya, dan untuk soalan saudara ialah TIDAK. You have no right to question the basis of my morality, nor subjected me to your nonsensical moral laws.

Gambar Elizabeth Wong berpelukan dengan Puan Nuridah Salleh, Ketua Muslimat PAS .

KOMEN SAYA: Di situlah perlunya penyelesaian, melalui sebuah negara Islam. Dalam Islam ada takrif ‘moral’, menurut kayu ukur agama. Untuk menjadi Wakil Rakyat yang menaungi rakyat Islam, tentulah kehendak rakyat itu diutamakan. ‘Moral’ tentulah dinilai dengan mengambil kira mereka yang dinaungi. Bila tiada takrif ‘moral’ yang lengkap, maka jadilah kelam-kabut seperti yang ada sekarang! Dalam negara Islam orang bukan Islam diberi kebebasan beragama dalam ertikata memilih cara hidup mereka sendiri.

Mereka tidak dipaksakan menurut cara hidup Islam. Kerana dalam negara Islam, ada hak orang Islam, dan ada HAK ISTIMEWA orang bukan Islam. Undang-undang sekarang pun bukan undang-undang dari agama asal dan tradisi mereka. Apa salah kita tolak ‘undang rimba’ dan pilih yang bertamaddun.

Sekian, harap maklum. Wassalam..

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Feb 17, 2009. KL

2 comments:

Shahabudeen Jalil said...

Bagi saya pula, kita tengok pada agama Elizabeth Wong, kalau berdasarkan nama beliau, beliau adalah beragama Kristian.

Kristian juga tidak membenarkan berzina. Jadi apa yang dia lakukan masih tidak bermoral jika kita guna kayu ukur agamanya sendiri.

Isu gambar dan pendedahan perkara peribadi adalah isu berlainan. Maka orang yang menjadi dalang ini tetap perlu dicari dan dihukum.

Macam dalam isu Chua Soi Lek, dia letak jawatan tetapi orang yang meletakan kamera dalam bilik hotel itu tak kedengaran pula, samada telah dihukum atau tidak, tidak siapa yang tahu.

Anonymous said...

Saya setuju. Rakyat Malaysia selain yang beragama Islam juga berhak kepada satu takrif moral yang universal terpakai kepada semua kaum. Umat Islam telahpun ada ukuran tersebut mengikut takrif agama Islam yang sebahagiannya telah dijelaskan melalui undang2 syariah.

Manakala untuk kaum2 lain, saya fikir tidak adil membiarkan kekaburan. Sepatutnya mereka juga boleh membincangkan sesama mereka untuk mewujudkan ukuran tersebut mengambil kira ajaran agama masing2 serta adat2 bangsa masing2.

Selagi dibiarkan ketiadaan takrif moral, maka masing2 (selain orang Islam) akan hanya terus bersandar kepada undang2 sivil yang ada.

Penerimaan nilai moral tak patut dibiarkan berevolusi tanpa kawalan mengikut trend2 yang disebarkan melalui pelbagai medium. Perlu ada parameter atau sempadan tertentu. Misalnya agama atau adat.

Sebagai contoh; hubungan kelamin tanpa nikah, semua agama menganggap dosa besar, adat2 bangsa pun menganggap kesalahan serius, tapi trend yang tersebar atas nama gaya hidup moden, hak kebebasan memilih untuk hidup secara tunggal menyebabkan sebahagian menganggap itu bukan kesalahan moral. Kata mereka melainkan kalau mereka sudah punya isteri atau suami.

Undang2 sivil yang ada pula seolah mengiyakan pandangan tersebut.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails