Saturday, October 25, 2008

Tutup Premis Judi Di Negeri Pakatan Rakyat Segera –Dr Haji Mohamad Hasyim.


BY ASYOK KUMAR

AMPANG Oktober 08 – Premis-premis judi perlu ditutup sama sekali dengan segera di negara ini, negara yang mengaku agama rasminya adalah agama Islam. Kalau PAS dan ANGKATAN yang mengambil-alih Kelantan dari BN 1990 dulu sanggup berhempas pulas bersungguh-sungguh melaksanakan kawalan tersebut, mengapa kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sekarang masih mendiamkan diri membisu seribu bahasa sehingga sekarang?

Demikian kenyataan yang dibuat oleh Dr Haji Muhammad Hasyim selaku Presiden Grup Universiti Ulu Klang di suatu majlis perjumpaan Hari Raya yang diadakan di sebuah restoran di sini baru-baru ini.

Menurut beliau lagi, sehingga Dewan Ulama PAS terpaksa menegur negeri-negeri PR yang meluluskan lesen-lesen berkaitan dengan sumber kewangan haram seperti judi dan arak (Lihat Harakahdaily 28 Ogos 08). Bahkan difahamkan, Dewan Ulamak akan terus memberi nasihat dan pandangan kepada semua kerajaan di bawah PR dalam isu tersebut. Mereka akan tetap mempertahankan sumber-sumber yang halal sebagai peneraju utama dalam menjalankan urus tadbir negeri-negeri ini seperti yang pernah dinyatakan Ketuanya, Dato' Haji Muhammed Daud Iraqi, kira-kira 2 bulan lalu, ternyata sehingga sekarang masih belum apa-apa lagi.

Menyentuh tentang situasi berbeza di antara negeri-negeri PR terutamanya terhadap kaum-kaum lain, Dr Haji Mohamad juga menyedari suasana ini, namun beliau tetap berharap kerajaan mengkaji semula lesen-lesen yang diberikan itu. Contohnya di Kelantan, lesen judi tidak dibenarkan terus kerana ia juga memberi mudarat kepada kaum-kaum lain, dan tidak mendapat sebarang tentangan pun hingga kini…terus berjalan dengan baik. Hanya lesen jualan arak sahaja dikeluarkan, itu pun untuk kaum bukan Islam sahaja. Kata beiau lagi.

“Pihak kerajaan PR perlu membuat satu garis panduan tentang kawasan dan jenis-jenis perniagaan berkaitan premis arak, iaitu hanya menghadkan di kawasan-kawasan yang penduduknya terdiri dari kaum-kaum lain.. dan pihak penguatkuasa juga perlu menjalankan tugas dengan sebaik mungkin dalam memantau umat Islam supaya tidak terlibat dengan minuman keras dan pelbagai jenis perjudian. Begitulah tolerensinya agama Islam!” Jelas beliau lagi.

“Tetapi sehingga kini kita belum dengar apa-apa tindakan berkesan yang diambil!” Sindirnya lagi.

5 comments:

Anonymous said...

mana berani nak haram judi..bisingla la cina dan india termasuk org umno yang tahi judi..sama seperti umno dan PAS, semua nak sokongan cina dan india..sebenarnya cina la yang jadi king maker dalam politik malaysia...

Anonymous said...

Sebelum Anwar ditabalkan sebagai sang Penguasa Putrajaya, Pas kene buktikan mampu mempengaruhi dan menguasai pakatan rakyat. Kerana Islam mesti dominan dalam kerajaan baru.

Sebelum ini janji janji Pas, Pas for All, sungguh sedap dan menyakinkan bunyi di canang ke hulu hilir, mengatakan semua agama di dunia membantah judi. Dengan makna kata, judi boleh ditutup bila bila masa hanya dengan kuasa. Sekarang kuasa telah diberi. PBT telah diambil alih. Apalagi nak ditunggu. Nak tambah bertimbun timbun dosa lagi hingga gelap hati.

Sehingga saat ini, belum pun satu berita diperdengarkan perasmian penutupan pusat judi di mana mana daerah PR lagi.

Beringat sebelum terlambat.

Anonymous said...

boleh bentangkan cara dan kaedahnya ?

Di sini sy bagi cadangan kedah untuk mengurangkannya sehinggalah ianya di tutup .

Kita lihat keadah bgaiamana kempen kurangkan rokok di lakukan .

Menaikkan cukainya setiap tahun.

jadi selain dari rokok , kena juga pastikan bahawa cukai arak dan bisnes judi di naikkan ,minima dalam 3-5% setiap tahun .. sehingga mencecah 40-50% .

pasti ianya akan di kurangkan .

Hasil dari cukai ?

Untuk rokok - statusnya ?

Unutk arak/judi - asingkan kepada akaun yg berbeza . akaun tidak halal.
Di mana duit hendak di belanjankan ? Terpulang .. buat jalan mungkin ? .Atau bina lanskap ?

Saya rasa kedah ini akan mndpt tentangan.

Walaupun mendapat tentangan,kita a perjelaskan dengan baik , iaitu ianya di bawah 'demerit goods' iaitu barangan / budaya yang memudaratkan.

Semua orang tahu bhw rokok/arak/judi adalah tidak baik. Masih ada yang hendak membuat penafian ttgnya?


kenapa tidak di lakukan secara mendadak ? Unutk kurangkan kekcohan .Supaya msyrkt tak panik. ( Faktor pengurusan )

Anonymous said...

berapa lama lagi harus ditunggu untuk dihapuskan pusat judi arak pusat-pusat karaoke.dulu dalam ceramah bukan main mengata, dah dapat ambil alih negeri senyap pula.kelantan boleh buat kenapa negeri lain tak boleh.nak buat seribu daya tak nak buat seribu dalih.

Anonymous said...

Pemberi lesen maksiat sama seperti pelakunya.

Oleh Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang

(sambungan tafsir surah al-maidah ayat 79)

Sabda nabi : “Apabila dilakukan kejahatan (dosa) diatas muka bumi dan terdapat terdapat pula orang yang menyaksikannya, lalu dia membencinya, dia adalah orang yang tidak bersama dengan (kejahatan itu). Dan sesiapa tidak berada di dalam majlis maksiat, tiba2 dia redha kepadanya, dia seperti orang yang hadir di dalam majlis berkenaan”

ia melihat maksiat tetapi benci kepada maksiat berkenaan, namun dia tidak dapat lari dari melihat maksiat berkenaan itu kerana ia dikurung, maka dia diselamatkan Allah seperti mereka yang tidak melakukan maksiat walaupun hadir di dalam majlis tersebut.

Sementara orang yang tidak berada di dalam majlis maksiat, tetapi dia redha dengan majlis maksiat itu, seperti emmberi lessen kepada majlis maksiat atau seumpamanya, maka hukumnya sama dengan orang yang melakukan maksiat.

Oleh sebab itu, menurut kaedah ilmu fekah bahawa sesiapa yang redha dengan kekufuran, maka dia jadi kafir. Begitu juga jika kita redha dengan maksiat, kita turut terlibat dengan maksiat.

Seorang sahabat nabi bernama Abu Sa’id Al-Khudri r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w berkhutbah yang bermaksud “ ingatlah jangan seseorang itu takut kepada orang ramai sehingga dia berkata benar apabila dia mengetahui perkara yang benar.”

Ertinya, jangan ada dikalangan kamu apabila melihat perkara yang sebenar melainkan mesti menyatakan kebenaran dan mencegah mungkar apabila melihat kemungkaran, jangan berdiam diri untuk cegah mungkar kerana takut kepada orang ramai.

Abu Sa’id yang meriwayatkan hadis ini menangis sambil berkata: Demi Allah !! kami melihat beberapa perkara mungkar lalu kami merasa takut, inilah kelemahan kami.

Tidak sebagaimana beberapa orang sahabat, bila melihat perkara tidak betul, mereka menegurnya tidak kira siapa.

Hatta Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Umar Al-Khattab pernah menasihatkan, pada suatu ketika setelah barang-barang daripada Parsi antaranya kain yang dirampas daripada peperangan menentang kerajaan Parsi , Saidina Umar membahagikan kain-kain berkenaan kepada penduduk Madinah.

Esok masing-masing memakai baju yang dibuat daripada kain berkenaan, Saidina Umar pun memakai baju dari kain yang dibahagi-bahagikan itu, lalu bangun seorang sahabat dan berkata : Kami tidak mahu dengar dan kami tidak mahu taat tuan. Saidina Umar berkata kepadanya : Kenapa kamu berkata demikian? Sahabat itu bertanya pula: dari mana kamu ambil baju yang dipakai ini? Kerana mengikut pembahagian semalam tidak padan kain itu dengan tubuh kamu, kerana kain yang kamu dapat semalam sedikit sahaja.

Lalu Saidina Umar menyuruh anaknya bangun, bangun wahai Abdullah!! Lalu Abdullah bin Umar menyatakan bahawa saya memberikan bahagian saya kepada ayah saya. (untuk melengkapkan jadi sehelai baju).

Sahabat itu berkata : sekarang saya mendengar dan saya taat. Ini menggambarkan bagaimana amalan yang dilaksanakan menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran.

Berlaku di zaman para sahabat r.a dan bagaimana saidina Umar menguruskan soal pembahagian harta rampasan perang dengan adil, sehingga dia sendiri menerima bahagian sebagaimana sahabat yang lain walaupun tidak mencukupinya.

Begitu juga di zaman khalifah Muawiyyah bin Abi Sufian ketika bangun berucap dengan dan taatlah aku, lalu bangun seorang tabi’in, Abu Qasim Al-Khula’I yang juga seorang ulama’ yang masih muda,sedangkan Muawiyyah seorang yang sudah tuamenjadi khalifah.

Kata Abu Qasim : Wahai Muawiyyah!! Sesungguhnya harta yang kamu kumpul diambil dari negeri ini., bukan dari titik peluh kamu, juga bukan dari ibu bapa dan pusaka kamu, ini adalah harta negara, mengapa kamu bertindak demikian?

Muawiyah tidak tahan lalu lari dari majlis berkenaan, lalu dia dating semula lalu berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “sesungguhnya syaitan itu daripada api dan sesungguhnya marah itu daripada syaitan, untuk memadamkan api, air digunakan justeru sesiapa yang marah hendakalah dia berwudu’, aku telah berwudu’ kerana mendengar Rasulullah s.a.w, sebenarnya apa yang kamu katakana itu adalah benar. Peristiwa itu berlaku dizaman kegemilangan Islam.

Oleh YUSSAINE YAHYA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails