Thursday, October 23, 2008

MB Kelantan: Projek Ku Li Ganti Nik Aziz?



Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI

“ADA golongan-golongan tertentu cuba mempengaruhi Ku Li (Tengku Razaleith Hamzah) supaya menyertai Pakatan Rakyat di Kelantan. Sultan Kelantan akan merestui beliau sebagai MB Kelantan, selepas Nik Aziz..” Kata seorang rakan ahli Grup Universiti Ulu Klang dalam suatu suatu perjumpaan Hari Raya di sebuah restoran di Jalan Ampang baru-baru ini.

“Ya juga! Kalau di Perak Sultan boleh lantik seseorang yang bukan mewakili parti yang majority jadi MB takkan di Kelantan tak boleh?” Jawab seorang lagi. “Untuk jadi ahli DUN Kelantan tiada masalah. Kerana kubunya masih teguh di Gua Musang. Apa lagi kalau beliau menyertai PKR, sekarang ni pun dengarnya beliau sedang main-main mata dengan pemimpin PKR.. Cuma nak tunggu beliau tak dapat tempat dalam UMNO saja!”

Seorang yang lain pula menambah, “Ada 3 sebab mengapa beliau boleh dianggap layak jadi MB Kelantan…

Pertama, kerana beliau masih dihargai dan dihormati oleh Kesultanan Kelantan, sedangkan hubungan Sultan dengan pimpinan PAS Kelantan dikatakan kini sudah mulai ‘retak menunggu belah’.

Kedua, kerana ada hubungan kekeluargaan dengan Kesultanan Kelantan, yang tidak mungkin akan putus.

Ketiga, ada harapan untuk membawa masuk pelabur ke Kelantan seperti dari negara Brunei yang ada hubungan rapat dengan beliau (Ku Li).”

Apakah ianya suatu projek untuk menumbangkan kekuasaan PAS Kelantan dengan menggunakan Sultan? Wallahu ‘aklam.

Demikian catatan santai untuk kali ini.

Catatan santai:
ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Oktober23, 08. KL.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails