Tuesday, May 06, 2008

11 Bukti UMNO Makhluk Perosak Bangsa Melayu..

Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:


MASAALAH umat Melayu berpunca dari sikap UMNO yang telah meneruskan pembelengguan terhadap Islam amalan oleh penjajah British. UMNO menerima kuasa dengan menambah lagi ikatan-ikatan yang sebenarnya telah menyekat taraf, kedudukan Islam dan mengelirukan bangsa Melayu. Kata Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

“Tindakan ini telah merosakkan pemikiran orang Melayu sehingga menjadikan mereka seolah bertuhankan UMNO. Malah orang Melayu sehingga beranggapan UMNOlah segala-galanya, yang memberikan rezeki dan memajukan mereka.” Tegas beliau. (Sila lihat HARAKAH 4 Mei). UMNOlah, sesungguhnya telah menghakis beberapa ciri-ciri tamaddun Islam yang sedia terbentuk dalam masyarakat Melayu sebelum ini.

“…UMNOlah yang bertanggungjawab menghapuskan penggunaan dan penagajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah, mengawal pengajian agama di masjid-masijd termasuklah khutbah-khutbah Jumaat, semata-mata untuk kepentingan politik mereka yang telah mengakibatkan kefahaman agama orang Meayu semakin longgar dan lemah,” kata beliau lagi.

Ustaz Idris Ahmad, seorang lagi tokoh PAS menggariskan 11 sebab sebagai bukti menunjukkan pengkhianatan UMNO dalam merosakkan orang Melayu, contohnya, lihat DEB atau Dasar Ekonomi Baru.

Pertama: Kenapa setelah 50 tahun UMNO berkuasa gagal membasmi kemiskinan di kalangan orang Melayu, sedangkan Perdana Menteri (PM) dan menteri kabinet majoriti adalah orang UMNO. Begitu juga dengan Menteri Besar (MB)nya adalah orang UMNO.

Kedua: Sejak Rancangan Malaysia pertama sampai kesembilan kerajaan telah membelanja wang rakyat sebanyak RM 1.2 trilion tetapi orang Melayu masih miskin. Kemanakah projek DEB untuk membasmi kemiskinan.

Ketiga: Kenapa kadar kemiskinan di kalangan bumiputera Melayu masih tinggi berbanding dengan bangsa lain. Menurut Dato’ Zainal Osman bekas Timbalan Menteri Luar Bandar Dan Wilayah pada 7/12/07 ialah kadar kemiskinan Bumiputera 8.3%, India 2.9% dan China 0.6%. Kenapa masih tinggi lagi orang Melayu miskin. Siapa yang memerintah selama ini PAS atau UMNO, DAP atau UMNO, PKR atau UMNO.

Keempat: Bukankah wang PPRT sebanyak RM32 juta yang sepatutnya diberi kepada mereka yang miskin telah disonglap dan diberi kepada seorang Dato’ yang bukan Melayu untuk tanam bunga orkid dan pelihara ikan? Orang miskin gigit jari dan gigit lidi. Pemimpin UMNO yang diamanahkan wang PPRT bebas kesana kemari. Macam mana orang Melayu hendak boleh berdikari kalau pemimpin sendiri pun jadi pencuri, maka orang Melayu miskin kurus macam ular lidi?

Kelima: Apakah ini dasar DEB yang beri komisyen RM530 juta kepada seorang Melayu Razak Baginda untuk beli kapal selam Scorpene. Cuba bayangkan kalau wang sebanyak ini dibuat rumah kepada rakayat yang tidak bertanah yang berharga RM30,000. Maka seramai 17,666 buah rumah dapat diberi secara percuma. Sekurang-kurangnya orang di Pekan Pahang tidak ada lagi yang duduk dalam pondok buruk yang tidak layak berada di kawasan Timbalan Perdana Menteri.

Keenam: Apakah dasar DEB yang membolehkan satu ketika dahulu Khairi Jamaludin yang mampu beli saham ECM Libera yang bernila RM9.2 juta. Daripada mana beliau dapat wang sebanyak itu? Apakah bapa dia salah seorang hartawan? Kita tidak pernah dengar bapanya seorang yang tersenarai sebagai orang yang kaya sebaris dengan Ananda Krishnan, Syed Mokhtar Bukhari. Kalau beliau bekerja selama 10 tahun dengan gaji sebulan RM10 ribu sebulan, Khairi baru dapat simpan wang sebanyak RM1.2 juta. Itupun beliau simpan tak makan dan tidak minum, hanya makan rumput dan batu sahaja. Kesemua ini adalah lambang penyelewengan dalam DEB

Ketujuh: Kemana pergi tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah seluas 3 juta hektar. Sekarang separuh tanah telah bertukar hak milik hasil pengkhinatan amanah oleh pemimpin UMNO. Tahun 1985 sahaja tanah rezab Melayu hanya tinggal 1.7 juta hektar. Sekarang berapa lagi tinggal?

Kelapan: Siapakah yang menghalau orang Melayu di Kampung Berembang, adakah ini kerja DAP .Sedangkan mereka yang berada di Kampung Berembang adalah penyokong tegar UMNO. Mungkin doa orang yang kena zalim tidak ada hijab maka Khir Toyo merudum daripada takhta.

Kesembilan: Adakah Patrik Lim yang menjadi penggerak DEB di Terengganu? Sehingga Terengganu sekarang berjaya meningkat taraf hidup orang Melayu, tidak ada lagi yang miskin? Adakah ini manusia yang UMNO bercakap hendak memperjuangkan orang Melayu dan marah kepada mereka yang hendak mengkritik DEB?

Kesepuluh: Siapakah yang merampas tanah yang diberi oleh kerajaan PAS di Terengganu sebanyak 65,156 lot kepada rakyat tanpa mengira kaum. Kebanyakan adalah orang Melayu. Bukankah dengan cara pemberian tanah salah satu daripada usaha kerajaan Pas Terengganu untuk membasmi kemiskinan yang bertepatan dengan DEB, tetapi dikhianati oleh pemimpin UMNO yang kononya memperjuangkan DEB. Sekarang musibah sedang menimpa kepada Dato’ Seri Idris Jusuh. Makbul doa orang yang dizalimi.

Kesebelas: Kalau benar UMNO mendakwa mereka tunggk DEB kenapa UMNO tidak bela orang Melayu di negeri Pulau Pinang satu ketika dahulu? Kenapa asyik berulang alik ke Kelantan untuk merampas negeri yang dikuasai oleh PAS. Apa dosa pemimpin PAS sebangsa dengan pemimpin UMNO yang telah berjaya meletakkan Kelantan sebagai negeri contoh kejayaan orang Melayu di negara ini?

Di Kota Bharu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pembentukan Majlis Muafakat Melayu Malaysia (MMMM) di Johor adalah satu tanda bahawa UMNO gagal dalam mempertahankan kedaulatan Melayu dan agama Islam. “UMNO sudah gagal jaga Melayu, tidak boleh diharap…agama gagal, Melayu pun tak jadi, sehingga terpaksa mengadakan kongres,”

Jadi tidak timbul soal PAS sudah lari dari perjuangan Islamnya. Yang lari dari perjuangan adalah parti-parti yang perjuangkan bangsa Melayu. Mereka sudah jadi pengkhianat dan makhluk perosak bangsa. Apa lagi bila orang bukan Melayu sudah mula menunjukkan ‘kuasa’ dalam pilihan raya baru-baru ini!


Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@gmail.com) 06-05-08. KL.

3 comments:

PEMUDA BERSIH said...

salam bro sorry saya copy cita bro untuk dipaparkan pada blog pemudabersih

~krew~

Ibnu Hasyim said...

Boleh, al-hamdulillah. Terimakasih.

beritamalaysiakini said...

25 September, 2007 18:29 PM

J-QAF Terbukti Lahirkan Ramai Pelajar Celik Al-Quran


IQRA’… Sebahagian daripada para peserta khatam Al-Quran khusyuk membaca kitab suci itu pada Majlis Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 Tahun 2007 dan perasmikan Makmal j-QAF di Sekolah Kebangsaan Padang Garong 2, Kompleks Sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab di Kota Baharu. Foto: Zahari Razak

KOTA BAHARU, 25 Sept (Bernama) -- Program Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) yang dimulakan Kementerian Pelajaran tiga tahun lalu berjaya mencapai matlamatnya dengan lebih lebih ramai pelajar kini "celik al-Quran" dan mampu khatam al-Quran sebelum tamat sekolah rendah.

Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata selain mampu membaca al-Quran dengan baik, pelajar juga sudah boleh menguasai asas-asas Bahasa Arab, tulisan dan bacaan Jawi dengan baik.

"Secara keseluruhannya program j-QAF ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan baik di kalangan ibu bapa Islam dan sedikit sebanyak mampu menjadi daya tarikan kepada mereka untuk menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di majlis perasmian Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan Ke-2 dan perasmian Makmal j-QAF di Sekolah Kebangsaan Padang Garong 2, Kompleks Sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab di sini, hari ini.

Perasmiannya disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Hishammuddin berkata kini 3,703 buah sekolah menawarkan program j-QAF manakala guru yang terbabit ialah 10,985 orang dan murid yang mendapat manfaat daripadanya kini mencecah 644,419 orang.

Katanya kementerian akan menggunakan sebaik mungkin peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan berjumlah RM222.4 juta bagi menambah, mengganti, mengubah dan menaik taraf kelas berkaitan j-QAF.

Selain itu, katanya kementerian merancang untuk mengadakan makmal j-QAF di semua sekolah kebangsaan supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan lebih sempurna dan selesa.

"Makmal j-QAF akan dilengkapi dengan alat pandang dengar serta bahan bantu mengajar yang akan menjadikan pembelajaran lebih kondusif, interaktif dan yang paling penting berkesan dan menyeronokkan," katanya.

Katanya pendedahan awal terhadap pengetahuan al-Quran dan Fardu Ain yang selari dengan pendekatan Islam Hadhari akan membolehkan kerajaan melahirkan generasi yang seimbang peribadi dan akhlaknya dan mengamalkan asas-asas ajaran Islam dalam kehidupan seharian.

Pada majlis itu seramai 2,560 pelajar khatam al-Quran berbanding seramai 1,800 pelajar pada tahun lalu.

-- BERNAMA

http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=286824


Siapa ada akal fikiran jernih dapat lihat apa kerajaan@Umno buat...

Harap 'berhati hati' menulis...

Salam Ramadhan.

Penulis Cyber
http://beritamalaysiakini.wordpress.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails