Friday, July 25, 2014

Mengejutkan! Boikot Astro Yang Bantu Bunuh Rakyat Gaza..

Pada ketika umat Islam seluruh dunia sedang sakit hati dengan Zionis Israel, sebuah kelompok manusia yang merampas dan melakukan kekejaman serta penindasan ke atas masyarakat yang serba-serbi kekurangan...

ASTRO yang dimiliki oleh Ananda Krishnan dan merupakan pemonopoli siaran televisyen kabel yang mengenakan bayaran sesuka hati, mengambil sikap MENENTANG KERAJAAN MALAYSIA, umat Islam di negara ini dan perjuangan rakyat Palestin.
ASTRO yang bersikap seperti maharaja di negara ini telah memutuskan untuk menyalurkan kewangan, bantuan serta dana kepada Zionis untuk terus membunuh rakyat Palestin menerusi perlantikan AMDOCS sebagai 'Subscriber Management System' syarikat media tersebut.
Selama ini, tiada sesiapa pun hatta Menteri Penerangan pun yang dapat menegur ASTRO.
ASTRO tidak pernah terikat atau patuh kepada sesiapa pun, termasuklah kepada SKMM yang semakin nyenyak tidur dan hidup bergelumang dengan timbunan wang yang merupakan UFTI syarikat-syarikat telekomunikasi kepada SKMM.
Selama ni, ASTRO telah menerima pelbagai bentuk kecaman terutama perkhidmatannya yang sangat uzur pada waktu hujan.
ASTRO kemudiannya menaikkan yuran dan pelanggan perlu membayar harga lebih kononnya sebagai penanggung kos perkhidmatan yang telah dipertingkatkan.
Bagaimanapun, perkhidmatan ASTRO tetap di takuk lama. Program-program yang disiarkan adalah program-program lapuk yang diulang-ulang siar berpuluh-puluh kali. Yang dipertingkatkan hanyalah bayaran bil oleh pelanggan.
Sekarang, pendedahan telah dibuat oleh Dr. Asyraf Wajdi Dusuki membabitkan kerjasama ASTRO dengan Zionis Israel.
Apa tindakan kita?

Wajarkah   

Pengesahan Amdocs adalah Syarikat milik Israel sila lihat di SINI.
Sumber info dari SINI.

Laman Web Zionis Yahudi Dakwa Putera Raja S'gor Murtad




Laman web palsu World News Daily Report mencetuskan kegemparan di kalangan pengguna Internet mendakwa Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (gambar) menukar agama ke Katolik minggu lalu.

Agama ialah topik yang sensitif di Malaysia di mana Islam ialah agama rasminya dan majoriti penduduk dan semua Sultannya beragama Islam. Tetapi, laman web itu dikenali sebagai palsu dan mengandungi tajuk berita yang mengarut seperti 'Lelaki Bengali mengandung anak kembar' dan 'Lelaki curi 32 tan daging babi' - sesetengahnya juga dipetik laman web lain.

Dalam laporannya bertarikh 24 Julai, World News Daily melaporkan:"Satu-satunya anak lelaki dan waris Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tengku Amir Shah, mengejutkan masyarakat Islam dunia dengan berita yang majalah People's sifatkan 'kisah benar Romeo dan Juliet zaman ini'."

"Raja Muda Selangor itu meletakkan semua jawatannya dan peluang menaiki takhta untuk mengikut kata hatinya dan mengahwini model dan bintang terkenal Sepanyol, Cristina Gomez, 16, yang namanya melonjak naik tahun ini bila televisyen merakamkan gambarnya menonton perlawanan bola sepak yang dinanti-nantikan peminat."

Setelah diperiksa, didapati tiada model terkenal bernama Cristina Gomez. Berita itu juga salah dalam melaporkan umur Tengku Amir sebagai 21 sedangkan Raja Muda itu berusia 23 tahun.

Laporan palsu itu mendakwa "upacara pembaptisan bekas umat Islam itu yang diadakan minggu ini di Santa Maria Cathedral, di Braga, Portugal mendapat kritikan hebat umat Islam sedunia ke atas bekas waris takhta Selangor itu."

Ia juga berkata: "Pasangan kekasih itu akan dikahwinkan bulan ini di San Marco Cathedral di Venice dan masih belum diketahui di mana mereka akan berbulan madu."

Pada ruangan Tentang Kami laman web itu, World News Daily berkata ia sebuah ‘akhbar Zionis Yahudi Amerika berpengkalan di Tel Aviv dan membawa berita berkaitan arkeologi alkitab dan penemuan misteri lain seluruh dunia'.

"Pasukan berita kami terdiri daripada wartawan pemenang anugerah beragama Kristian, Islam dan Yahudi, ejen Mossad yang sudah bersara dan veteran askar Israel.
"Kami berpengkalan di Tel Aviv sejak 1988 di mana lebih 200,000 naskhah akhbar kami Daily Report dicetak setiap hari.
"Terima kasih kerana menunjukkan minat dengan akhbar kami dan semoga Israel terus hidup!”

Malaysia tiada hubungan diplomasi dengan Israel yang pada ketika ini dicemuh hebat kerana terus menyerang Semenanjung Gaza, mengakibatkan lebih 700 kematian sepanjang minggu lepas. Laman web itu bertarikh 25 April 2014 dan mengandungi penafian berikut:

"World News Daily Report ialah penerbitan berita dan politik satira, yang mungkin menggunakan nama sebenar atau tidak, selalunya dalam cara yang separuh benar atau kebanyakannya rekaan."

"Semua artikel berita dalam worldnewsdailyreport.com adalah fiksyen, dan mungkin berita palsu. Sekiranya ada kaitan dengan perkara sebenar, ia semata-mata kebetulan, kecuali semua rujukan yang dibuat kepada ahli politik atau selebriti, yang merupakan nama sebenar, tetapi semuanya masih berasaskan fiksyen," katanya. – 25 Julai, 2014. (TMI)

Akhirnya A/Hadi Jelaskan Sokong Khalid Kekal MB S'gor




Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pertahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pertahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai menteri besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

"Insya-Allah itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza.
"Saya sudah dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila di Terengganu, hari ini.

Hadi berkata, hasil penelitian dan kaji selidik dilakukan beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS mahupun pihak luar, didapati majoriti Selangor masih bersetuju Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.

Katanya, kecemerlangan perkhidmatan Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Rabu lalu menerima cadangan PKR untuk menggantikan Khalid  dan mencalonkan presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.

Hadi berkata, alasan pihak yang mahu menukar menteri besar Selangor tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Khalid tidak terlibat masalah besar.

"Kalau beliau (Khalid) terlibat dengan skandal, pecah amanah, salah guna duit Selangor, itu ya (sememangnya) kita boleh tukar. Tapi kalau alasan lain, itu kita boleh urus tetapi bukandengan cara tukar menteri besar dan biarlah dia habiskan tempoh penggal.
"Isunya adalah tunaikan amanah pemimpin. Kita dapati Khalid tidak sampai kepada peringkat khianat terhadap amanah ini, adalah salah sekiranya kita turunkan beliau," katanya.

Ditanya sama ada keputusannya itu bakal melebarkan perpecahan dalam pakatan pembangkang, beliau berkata:

"Itu perkara mendatang dan kita boleh berbincang dan berunding. PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat dan pendapat berbeza itu sudah biasa sejak dulu lagi."

Apabila diajukan soalan pendirian beliau itu dilihat seolah-olah PAS cuba menghalang apa yang didakwa sebagai jalan terakhir Anwar ke Putrajaya, Hadi menyangkalnya sambil berkata perjuangan pakatan pembangkang bukannya perjuangan peribadi tetapi untuk rakyat.

Berhubung adakah PAS berhasrat mengajak Khalid menyertai PAS, beliau berkata pihaknya tidak berhasrat berbuat sedemikian.

"Itu bukan cara kita dan sejak awal lagi walaupun kita (PAS) punyai 15 kerusi DUN, yang lebih daripada PKR, kita (PAS) beri kepada PKR (kerusi MB di Selangor) kerana kita sudah ada Kelantan (diperintah oleh PAS),” katanya sambil menyatakan kesihatannya kini semakin baik dan tetap mengikuti perkembangan politik semasa.
 
Hadi sebelum ini menjalani pemeriksaan perubatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) selepas tahap kesihatannya dilaporkan terjejas semasa menghadiri satu persidangan di Turki bulan lepas.
Ketika ini PAS mempunyai 15 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor manakala PKR (14) dan DAP (15). – Bernama, 25 Julai, 2014
 
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

PM Tipu Rakyat K'tan, J/Khas Petroleum Gimik PRU13 -NGO




Presiden R Nazri Deraman bersama aktivis menolak Jawatankuasa Khas royalti petroleum dan mendakwa ia penipuan perdana menteri. - Gambar The Malaysian Insider, 25 Julai, 2014. Presiden R Nazri Deraman bersama aktivis menolak Jawatankuasa Khas royalti petroleum dan mendakwa ia penipuan perdana menteri. - Gambar The Malaysian Insider, 25 Julai, 2014.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa sebagai 'penipu' dan hanya cuba mengaburi mata rakyat Kelantan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 lalu apabila mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Khas Tuntutan Bayaran Tunai Petroliam bagi negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia pada 4 Ogos, 2012.

Ini kerana, walaupun berjanji keputusan pertama dalam tempoh enam bulan setelah persidangan pertama, sehingga kini tidak ada sebarang hasil jawatankuasa ini, kata Pertubuhan R Kelantan yang memperjuangkan bayaran royalti petroleum untuk negeri itu.

Presiden R Nazri Deraman dalam satu kenyataannya kepada The Malaysian Insider berkata, setelah dua tahun pembentukan jawatankuasa ini, tidak ada sebarang hasil yang diumumkan. Katanya, empat hari selepas pengumumaan Najib iaitu pada 8 Ogos, 2012, Pertubuhan R Kelantan menyerahkan memorandum bantahan dan menolak Jawatankuasa Khas ini, kepada Menteri Besar Kelantan pada ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nazri berkata, Jawatankuasa Khas tersebut tidak mempunyai asas perundangan dan ditubuhkan semata-mata bertujuan mengaburi mata rakyat Kelantan yang ketika itu begitu teruja dengan perjuangan menuntut royalti.

"Jawatankuasa tersebut juga hanyalah janji politik licik perdana menteri untuk berdepan PRU13.
"Setelah PRU13 berlalu begitu lama, nasib rakyat Kelantan masih lagi tidak berubah dalam soal royalti ini walaupun Jawatankuasa Khas tersebut dibentuk," kata Nazri.

Sehubungan itu, katanya, R mendesak kerajaan negeri Kelantan menarik diri daripada Jawatankuasa Khas itu. Selain berjuang di mahkamah, kempen besar-besaran dibuat oleh rakyat Kelantan untuk menuntut royalti petroleum diberikan kepada negeri itu kerana terbukti telaga minyak yang digali berada di luar pantai Kelantan.

Pada 6 Julai, 2014 R menghantar surat kepada perdana menteri untuk mendapatkan maklumat dan hasil pembentukan jawatankuasa tersebut. Di dalam surat tersebut mereka menyatakan, sekiranya masih lagi tidak mendapat apa-apa maklum balas dalam tempoh yang munasabah, mereka akan berkunjung beramai-ramai sekali lagi ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

"Kami juga akan mengutuskan surat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sultan Muhammad ke-V bagi menyuarakan hasrat dan pandangan ini," katanya. – 25 Julai, 2014. (TMI)

Sultan Kelantan Sempurnakan 'Qiam With Me'



KOTA BHARU:  Sultan Muhammad V berkenan berangkat menyempurnakan Program Qiam With Me di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian dekat sini pada Khamis semalam dan Jumaat pagi ini.

Program bermula 9.00 malam dan berakhir  6.30 pagi itu turut disertai Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku  Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

Sultan Muhammad V dan Tengku Mahkota Kelantan turut menunaikan solat Tarawih dan menyempurnakan ‘gimik upacara’ pengurniaan zakat kepada sermai 1435 orang asnaf.

Sejuta Istighfar dilangsungkan mulai 4.00 pagi sebelum Qiamullail dimulakan.

Sebelum bersolat Subuh berjemaah bersama Baginda berdua, ahli jamaah dan rakyat bersahur bersama Baginda mulai 5.00 pagi.

Tahun ini merupakan tahun ketiga Program Qiam With Me itu dianjurkan disertai Baginda berdua sejak penganjuran pertama pada 2012.

Penganjuran pertama dan kedua diadakan di Dewan Jubli Perak Istana Negeri Kelantan, Kubang Kerian dekat sini.

Program Qiam With Me anjuran bersama Kerajaan Negeri Kelantan, Majlis Perbandanran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi.

Program dengan kerjasama JAKSA Pendamai Kelantan (JP), Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), merupakan program di mana rakyat bangun pada waktu malam (Qiam) dengan beribadat kepada Allah SWT menerusi solat Tahajjud, berzikir dan beristighfar bersama Sultan Muhammad V dan Tengku Mahkota Kelantan pada malam 27 Ramadan dalam usaha mencari Malam al-Qadar yang menjanjikan ganjaran pahala amat besar bagi mereka yang mendapatnya.

Program itu turut diserikan dengan ‘moreh minda’ oleh penceramah jemputan. – HARAKAHDAILY 25/7/2014

Gaza: 15 maut, Tentera Zionis Bom Sekolah PBB
















GAZA: Sekurang-kurangnya 15 terbunuh manakala 70 yang lain cedera apabila mengebom sebuah sekolah dikendali Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) di Beit Hanoun, Utara Gaza dibedil dengan peluru meriam oleh tentera Zionis Israel semalam.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Ashraf al-Qudra, berkata peluru meriam Israel disasarkan ke dalam sekolah walaupun bendera PBB jelas berkibar di atas bangunan.

Sekolah UNRWA adalah merupakan salah satu tempat yang memberi perlindungan kepada pelarian Palestin. Qudra berkata kereta-kereta ambulan masih memindahkan mangsa dari sekolah di mana beratus-ratus rakyat Palestin telah mencari perlindungan selepas meriam Israel mensasarkan rumah-rumah mereka.

Menurut beliau, mangsa sedang dipindahkan ke tiga hospital di utara Gaza sebagai tambahan kepada hospital Shifa di bandar Gaza yang kini tidak mampu lagi menampung kebanjiran jumlah mangsa yang cedera.

Serangan tentera Zionis Israel ke atas Gaza masuk hari ke-19 hari ini. Sehingga semalam seramai 788 rakyat Palestin gugur syahid manakala 5518 lagi dilaporkan cedera. - HARAKAHDAILY 25/7/2014

Tanding Bola Sepak Pun Guna Rasuah Pelacur

Terbukti suap wasit pakai pelacur, warga Singapura dibui 3 tahun
Ding Si Yang. themalaymailonline.com

SUKAN
Seorang warga Singapura, di mana pendakwa mendakwa berkaitan dengan sindiket pertandingan sepak bola antarabangsa, dijatuhi hukuman tiga tahun penjara sebab membekalkan pelacur kepada tiga pengadil asal Lubnan pada tahun lalu.

"Kejahatan dilakukan Ding Si Yang didorong oleh keuntungan kewangan," kata Hakim Daerah Singapura Toh Yung Cheong saat memberikan hukuman kepada Ding pada hari ini, seperti yang dilaporkan oleh laman bloomberg.com, Khamis (24/7).

"Ada bukti yang cukup untuk menunjukkan Ding adalah anggota sindiket tetapan pertandingan sepak bola," kata Toh.


Ini kes lain. Bintang bola sepak Bayern Munich, Frank Ribery pernah dibicarakan atas tuduhan melakukan seks dengan seorang pelacur bawah umur yang dilanggannya.  

Pendakwa telah meminta agar pengusaha 32 tahun itu mendapat hukuman selama enam tahun penjara sebab sindiket jenayah berasaskan di Singapura di mana dia menjadi bahagiannya telah menodai citra negara.

"Ding, yang menghadapi tuntutan 15 tahun penjara, merayu hukumannya pada 1 Julai lalu dan tidak boleh dihukum atas tindakan tetapan setiap perlawanan bola sepak di Singapura," kata peguam.

Ding, yang mendakwa dirinya telah mengatur lawatan tiga pengadil Lubnan sebagai sumber untuk kewartawanan lepas bola sepaknya, berkaitan dengan sindiket dijalankan oleh warga Singapura lain, Dan Tan Seet Eng, kata pendakwa.

Tan, yang ditahan di Singapura pada Oktober lalu atas tuduhan tetapan pertandingan, dikenalpasti oleh pihak berkuasa Eropah pada tahun lalu bertanggung jawab menetapkan atau cuba memanipulasi 680 perlawanan sejak 2008-2011Pihak berkuasa di seluruh dunia sedang cuba untuk menekan kes tetapan skor pertandingan dan operasi pertaruhan bola haram, di mana Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) mengatakan hal itu sering dikaitkan dengan rasuah, perdagangan manusia dan pengubahan wang.

Operasi Interpol diselaraskan selama Piala Dunia baru-baru ini di Brazil melihat sekurang-kurangnya 1,400 orang ditangkap di Asia, dan serbuan di sarang perjudian dianggarkan telah menangani pertaruhan bola sepak sebanyak 2.2 bilion dolar Amerika.

Polis Singapura menangkap 56 orang dan merampas sejumlah wang dari operasi pertaruhan bola sepak haram sejak 18 Mei. Ding, yang didakwa pada tahun lalu, bertaruh pada perlawanan yang dia telah atur dan mendapat keuntungan daripada kegiatan jenayah, kata pendakwa.

Ding akan meletakkan taruhan pada pertandingan yang dipimpin wasit asal Lubnan itu yang akan mencurangi pertandingan, kata pendakwa. Para pengadil bola sepak itu ditangkap sebelum mereka dijadualkan memimpin pertandingan Asian Football Cup Persekutuan pada tarikh 3 April 2013.

Satu pengadil dipenjara selama enam bulan dan dua yang lain dijatuhi hukuman tiga bulan masing-masing, selepas mengaku bersalah pada tahun lalu untuk mencurangi pertandingan dengan menerima nikmat seksual. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails