Friday, April 26, 2013

Helo Bro Umno! Bawa Mana Bendera PAS Yang Diturunkan Tu?

 
HELO BRO!!! NAK BAWA MANA PERGI BENDERA-BENDERA PAS TU!?

Seorang petugas pasang bendera BN yang memakai Baju T BN sedang membawa lari bendera-bendera PAS setelah diturunkan selepas memasang bendera BN di Johor Bahru telah berjaya dirakamkan.

Haprak punya petugas UMNO!!.Sudah pasti menerima arahan dari pihak tertentu untuk melakukan kerja yang langsung tidak bertamadun ini..Ini dinamakan politik primitif zaman purba.  politik guna otot bukan otak.

Klik untuk lihat laporan penuh.

Hukum Hudud Jadi Kenyataan Jika PR Menang -PAS

Nik Aziz

KOTA BHARU- Pas yakin pelaksanaan hukum hudud akan direalisasikan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)  walaupun ditentang parti komponennya, DAP.

Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bagaimanapun menegaskan pelaksanaan hukuman itu bukan ditentu ‘orang politik’ sebaliknya persetujuan hakim yang akan memutuskan perjalanan hukuman itu. Malah Nik Aziz turut mengulangi kenyataannya bahawa hudud hanya akan dilaksanakan untuk orang Islam dan masyarakat bukan Islam tidak perlu bimbang dengan perjalanan sistem itu.

“Hudud ini dalam agama Islam, sokong atau tidak ia adalah asam garam daripada al- Quran sendiri. Hudud kita laksanakan pada orang Islam sahaja dan ia akan dilulus oleh satu badan dipanggil kehakiman, bukan orang politik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan projek pembangunan bercampur Taman Iman Jaya, Wakaf Che Yeh di sini, semalam. Nik Abdul Aziz mengulas kenyataan Timbalannya, Datuk Haron Din yang menyifatkan persetujuan DAP untuk menggunakan logo Pas bermakna parti itu (DAP) bersetuju dengan dasar Pas.

Haron berkata, Pas berpendirian bahawa apabila DAP tampil memohon menggunakan logo Pas, bermakna parti itu (DAP) secara tidak langsung bersetuju dengan dasar yang bakal dilaksanakan parti itu. Menurutnya, dalam mesyuarat yang diadakan, Pas sedia membenarkan penggunaan lambang parti mereka sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak DAP untuk bertanding menggunakan logo sendiri.

Nik Aziz berkata, kelulusan daripada badan kehakiman pula bergantung kepada syarat- syarat tertentu sebelum ia benar- benar dapat dilkasanakan.

“Jika tak cukup syarat, maka turun hudud kepada takzim, cukup syarat dia baru guna hudud, itulah sudah direkod sudah ditulis bertahun-tahun dulu,” katanya. (SH)

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

Ramas Buah Zakar, Cara Atasi Rogol


pix_gal0




SIAPA sangka serangan pada buah zakar membuat seseorang terkorban. Ini terjadi pada seorang lelaki di China yang meninggal dunia kerana buah zakarnya dipicit atau diramas  dengan sangat kuat. 

Pelaku adalah seorang ibu yang sedang menjemput anaknya dari sekolah di distrik Meilan, kota Haikou, provinsi Hainan. Diberitakan Daily Mail minggu ini, pelaku tidak disebut namanya, telah berselisih dengan seorang lelaki yang melarangnya letak motosikal letrik depan kedai lelaki itu.

Wanita ini meradang, tak mahu ikut arahan, lalu mengancam akan mengadu pada suami dan kakaknya. Tetapi, tiba-tiba tangannya menangkap buah zakar mangsa yang berusia 42 tahun itu, dipicit dan diramasnya dengan kuat. Membuat lelaki itu  itu kaku, kejang-kejang, tidak boleh bercakap.

"Aku picit sampai kau mati, kau tidak boleh dapat anak lagi," kata wanita itu, berdasarkan pengakuan saksi.

Mangsa jatuh terkapar di tanah, meninggal dalam perjalanan menuju hospital. Pelaku kini diadili atas kes pembunuhan. Dr. Irwin Goldstein, urologi dan direktur San Diego Sexual Medicine mengatakan, serangan dahsyat pada buah zakar memang boleh membuat seseorang itu, meninggal dunia.

"Ya, testis sangat sensitif jika disentuh dan ada aliran deras adrenaline ke organ ini. Serangan di bahagian ini dapat membuat seorang lelaki tidak boleh  bergerak, terkapar atau terlangkup. Boleh juga menimbulkan serangan jantung," kata dia, diangkat dari situs Gizmodo. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inilah salah satu cara untuk mengelakkan diri dari dirogol, bagi wanita atau gadis. Wanita kena belajar teknik ilmu pertahan diri cara ini, antara salah satu kaedah mengatasi masalah rogol. Mudah-mudahan bermanfaat! (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-64: Rogol Di India
E-Buku IH-64: Rogol Di India

Thursday, April 25, 2013

Berita Baik Warga Putrajaya, Jaminan Guaman.


JANGAN bimbang, PAS hari ini memberikan jaminan akan membela kakitangan awam yang dikenakan tindakan disiplin kerana menghadiri program calon pembangkang. 

Kakitangan awam yang dianiaya akibat politik kotor dan peras ugut ini akan dibela oleh Pasukan Guaman PAS dan Pakatan Rakyat, terutamanya mereka yang berada di Putrajaya.

Lihat KENYATAAN MEDIA ini..

Pasukan Guaman PAS akan bela sesiapa yang diambil tindakan disiplin kerana menghadiri ceramah Datuk Husam Musa

PAS mendapat laporan bahawa ramai kakitangan awam dikenakan pelbagai ugutan dan tekanan oleh  Ketua Jabatan masing-masing dan ahli politik BN kerana menghadiri ceramah dan program calon Pakatan Rakyat.

PAS hari ini memberi jaminan kepada mereka yang teraniaya, terutamanya kakitangan awam yang diambil tindakan disiplin kerana mendengar ceramah dan menyertai program calon PAS P-125 Putrajaya Datuk Husam Musa dan mana-mana calon pembangkang yang lain, akan dibela oleh Pasukan Guaman PAS/Pakatan Rakyat.

Politik kotor dan peras ugut sedemikian harus dihentikan segera. Rakyat dan kakitangan awam berpeluang menamatkan semua ini dalam 10 hari akan datang.

Undilah dengan bijak dan Undilah untuk perubahan demi Malaysia yang lebih demokrasi dan makmur.

Dato’ Mustafa Ali
Setiausaha Agong PAS

Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

25 April 2013 



 UNDILAH PAS

Isu Putrajaya.. 
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.

Rusuhan Di Xinjiang Berulang Lagi, 21 Terkorban.


Polisi anti kerusuhan China berpatroli di Kota Kashgar Provinsi Xinjiang Polis anti rusuhan China mengawal di Kota Kashgar Provinsi Xinjiang (REUTERS/Carlos Barria/Files)

PERTEMPURAN berdarah terjadi di provinsi Xinjiang, China, mengorbankan 21 orang akibat luka disebabkan senjata tajam atau tertembak. Ini adalah insiden berdarah pertama di wilayah majoriti Muslim ini sejak tahun 2009 lalu.

Diberitakan Reuters yang mengutip jurucakap pemerintahan Xinjiang, Hou Hanmin, Rabu kelmarin, Insiden itu terjadi pada Selasa, 23 April 2013. Sembilan warga, enam polis dan enam orang etnik Uighur terkorban.

Menurut Hou, insiden itu adalah ulah sekelompok teroris yang dilatih di Pakistan. Lokasi Xinjiang yang berbatasan dengan Afganistan, Pakistan, India dan Asia Tengah, menyuburkan gerakan radikalisme yang ingin membentuk negara merdeka Turkestan Timur.

Saat itu, kata Hou, insiden bermula ketka tiga pekerja mengawal di wilayah Bachu, atau dikenal dengan nama Maralbexi di Kashgar. Menurut informasi, ada orang mencurigakan di sebuah rumah. Ketiganya memanggil bantuan semasa menemui banyak benda tajam, seperti pisau dan kapak. Mereka dikepong  oleh belasan orang Uighur, kata Hou, lalu dibunuh. 

"Ini jelas adalah serangan pengganas." ujarnya.

Beberapa orang petugas keamanan yang datang juga terlibat pergaduhan. Hou mengatakan, masa itu hanya seorang polis yang membawa pistol. Rumah itu dibakar, menjadikan korban bertambah ramai. Pemerintah China tidak menyebutkan kelompok yang terlibat Namun,lapan orang ditahan.

Bantahan Puak Uighur
 


Kelompok Hak Asasi Manusia dan masyarakat Uighur di pengasingan membantah kronologi yang diungkapkan pemerintah China. Menurut informasi yang mereka terima, kekerasan itu dipicu oleh penembakan dan pembunuhan pemuda Uighur oleh tentera China.

"Informasi yang kami terima, pemerintah menurunkan tentara bersenjata ke jalan-jalan. Akibat insiden itu, talian telepon seluler dan internet terputus. Hari ini sudah lebih baik, namun belum sempurna," kata Dilxat Raxit, jurucakap Kongres Uighur Dunia.

Kekerasan kali ini adalah yang paling berdarah sejak Julai 2009. Masa itu terjadi perlawanan hebat di ibukota Xinjiang, Urumqi, antara warga majoriti Han dan minoriti Muslim Uighur, 200 orang terkorban. 

Etnik Uighur adalah kelompok suku Muslim asli Xinjiang yang berbahasa Turki. Etnik ini kerap berlawan dengan pemerintah China yang menyekat agama, bahasa dan kebudayaan mereka. (IH)

Khianat Wang Rakyat, Guna Duit RISDA, Beli Undi?

BLOG CENANGAU Daun Kari melaporkan...

Najib Rosmah guna duit RISDA pulak untuk beli undi?

Nampak macam senang-senang ja RISDA keluarkan dana RM160juta tu untuk bantu Najib Rosmah beli undi. Lepas ni entah duit agensi mana pulak Najib Rosmah nak perabih untuk beli undi.

Bharian melaporkan:  
Kuala Lumpur: Bantuan khas RM500 kepada kira-kira 320,000 pekebun kecil getah di seluruh negara diagihkan mulai esok hingga 2 Mei ini.

Ketua Pengarah RISDA, Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad, berkata agensi itu memperuntukkan RM160 juta bagi penyaluran bantuan itu yang bertujuan meringankan beban pekebun kecil berikutan kejatuhan harga getah di pasaran. - Bharian. 
ePaper Harakah. Harakah cetak versi digital untuk langganan.
Homestay Tempayan Hijau Penginapan budget di Parit Buntar
Tobat lahom Najib Rosmah takkan mengaku yang duit RM500 ni untuk beli undi pekebun kecil getak di seluruh negara supaya undi calon Umno BN.

Tapi, realitinya boleh pi tengok sendiri di tempat-tempat pangagihan duit RM500 ni, tentu punya akan ada yang dibuat di markaz BN kalau pun mungkin depa tak buat di pos pondok panas depa.

Habih takdak pun tentu punya akan ada hadir sama calon Umno BN walaupun calon tu langsung takdak kenamengena dengan RISDA ataupun kerajaan. Dah tentu punya ada calon yang terlibat bagi sampul surat RM500 tu.

Taktau la pulak kalau Umno BN buang tabiat, benarkan RISDA bagi duit tu terus ke dalam akaun semua pekebun kecil getah.

Satu lagi, kalau bukan untuk beli undi pasai apa dah penamaan calon dah baru nak bagi. Pulak tu langsung takdak dengar ura-ura nak bagi duit tunai macam tu sebelum ni.

Yang ada pun berita pasai RISDA nak bagi insentif bulanan RM500 selama 4 tahun untuk pekebun yang usahakan tanah tak lebih 2.4hektar.

Utusan melaporkan:
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Seri Mohd Shafie Apdal ketika mengumumkan insentif itu berkata, buat permulaan, kira-kira 1,000 pekebun kecil getah yang layak di seluruh negara sudah dikenal pasti untuk menerima imbuhan tersebut.

Katanya, inisiatif melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) itu hanya melibatkan pekebun kecil yang terlibat dalam program penanaman semula. - Utusan.
Selain tu Sinarharian pulak melaporkan:
SEGAMAT – Sebagai usaha melonjakkan pengeluaran hasil getah, seramai 17,876 pekebun kecil getah di seluruh negara bakal memperoleh manfaat daripada program peningkatan produktiviti yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Perusahaan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) bermula tahun ini.

“Selain itu, bentuk bantuan di bawah program ini adalah dengan pemberian bantuan peralatan seperti pisau toreh, mangkuk, dawai penyangkut, sudu dan alat pelindung dengan kadar maksimum RM500 sehektar. - Sinarharian.
Lagi satu, kalau bagi sebelum parlimen dibubarkan sama masa dengan bagi BR1M dulu tu pun kira boleh tahan la jugak walaupun memang sah BR1M kali kedua tu memang gula-gula pilihanraya.

Lagi pun, kalau nak kira sebab kejatuhan harga getah di pasaran, rasa aku dah lama dah harga getah dipasaran jatuh merudum.

Harakahdaily pada 29 Ogos 2012 ada melaporkan:
BALING: Seorang penoreh getah dari Kampung Caruk Bemban, Kupang, Zakaria Abdul Wahab, 58, mencabar media massa di negara ini membuat tinjauan segera mengenai harga getah semasa yang makin jatuh merudum.

Harga semasa getah sekarang ialah RM2.30 sehingga RM2.70 sekilogram mengikut kawasan dan kemungkinan akan jatuh beberapa minggu lagi.

Situasi itu katanya, membuatkan penoreh terpaksa mengikat perut sekali lagi ekoran harga barangan kian melambung berbanding pada 2009 dan 2010 di mana harga getah melonjak tinggi sehingga melegakan para penoreh. Hrkh.
Kalau betul sebab kesiankan pekebun kecil getah patutnya duit RM500 ni tahun lepas dah RISDA kena bagi, patutnya tahun ni dah bagi untuk kali ke dua dah macam BR1M jugak.

Kalau aku tersilap aku mintak sapa-sapa yang tau tolong betulkan, mana la tau kut-kut tiba-tiba pemimpin Umno BN buang tebiat, RISDA memang ada bagi sebelum ni tapi pemimpin Umno BN langsung tak canang 'berita baik' macam ni.

Lagi satu yang aku tak puas hatinya, senang-senang ja pemimpin Umno BN perabih duit agensi separa kerajaan macam RISDA ni. Nampak macam senang-senang ja RISDA keluarkan dana RM160juta tu untuk bantu Najib Rosmah beli undi. Lepas ni entah duit agensi mana pulak Najib Rosmah nak perabih untuk beli undi.

Yang aku mushkilnya dalam laporan Utusan tu ada disebut:
''Perkara ini baru dibawa ke Kabinet dan sudah pun diluluskan. Kita amat memahami wujud keadaan yang mana pekebun berdepan kekangan kerana tidak mempunyai pendapatan mencukupi atas pelbagai faktor. - Ibid.
Untuk bagi bantuan tunai RM500 ni takdak pulak disebut kabinet dah luluskan. Kalau pun dah di, bila diluluskan, takkan kabinet kerajaan sementara luluskan kot.

Apa pun, kira ok la, nasib baik Pakatan Rakyat kuat, bukan saja dapat insentif duit tunai pun pekebun kecil dapat dari RISDA, kalau masa Umno BN kuat dulu boleh dapat dalam mimpi ja la kut...

Ni, Kempen Gaya Nizar, Masuk Bilik Gerakan UMNO..







Hot !! Nizar serang Bilik Gerakan BN di Changkat Jering
SATU pendekatan yang bersahaja dari mantan MB Perak Dato Sri Nizar semasa kempen PRU pada kali ini.

Dengan selamba beliau menberanikan diri berkempen di kubu kuat BN Dun Changkat Jering dengan memasuki bilik gerakan BN sambil berkempen serta beramah mesra dengan penyokong kuat lawan.

Yang menariknya beliau disantun serta dilayan dengan ramah oleh penyokong BN di situ. Senario ini boleh menyebabkan calon BN di situ boleh sesak nafas jika melihat gaya Nizar berkempen.

Inilah kelebihan serta karisma yang ada pada diri Nizar Jamaludin. Gaya berkempen Dato Seri Nizar memang menarik dan santai. Sebelum ini beliau penah menggemparkan penyokong BN dengan bersahaja serta memberanikan diri duduk di ceramah UMNO sebagai tetamu yang tak diundang.

Bravo Nizar...


SUMBER

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails