Friday, December 28, 2012

Main Ski Meluncur Gurun Pasir Di Saudi

Aksi orang arab beraksi bermain ski meluncur di gurun pasir di kawasan Tabuk, 1.500 km dari Kota Riyadh, Arab Saudi.
REUTERS/Mohamed Alhwaity : Dua orang penghobi ski padang pasir meloncat dan meluncur ke bawah bukit pasir di kawasan Tabuk, Arab Saudi (27/12).

SUKAN
AKSI  orang Arab beraksi bermain ski meluncur di gurun pasir di kawasan Tabuk, 1.500 km dari Kota Riyadh, Arab Saudi.
 Aksi orang arab beraksi bermain ski meluncur di gurun pasir di kawasan Tabuk, 1.500 km dari Kota Riyadh, Arab Saudi.
Seorag lelaki Arab meluncur cepat menaiki papan seluncur yang ditarik sebuah kendaraan di depannya, Arab Saudi (27/12).

Aksi orang arab beraksi bermain ski meluncur di gurun pasir di kawasan Tabuk, 1.500 km dari Kota Riyadh, Arab Saudi.
REUTERS/Mohamed AlhwaityAksi orang arab beraksi bermain ski meluncur di gurun pasir di kawasan Tabuk, 1.500 km dari Kota Riyadh, Arab Saudi.

Aksi orang arab beraksi bermain ski meluncur di gurun pasir di kawasan Tabuk, 1.500 km dari Kota Riyadh, Arab Saudi.
REUTERS/Mohamed Alhwaity: Dua papan seluncur yang dipakai para penghobi sukan ski pasir. Papan ini dibuat dari kayu dan dilengkapi alas kaki beserta penjyepitnya, Arab Saudi (27/12). 

Aksi orang arab beraksi bermain ski meluncur di gurun pasir di kawasan Tabuk, 1.500 km dari Kota Riyadh, Arab Saudi.
REUTERS/Mohamed Alhwaity: Seorang lelaki Arab menaiki papan seluncur dengan ditarik sebuah kendaraan di depannya, Arab Saudi (27/12). 
(IH)

Gaji Minimum Bebankan Peniaga Kecil L/Bandar?


KL: “Sekiranya sebelum ini, kami dapat mengambil beberapa orang pekerja dengan gaji yang sederhana, kami terpaksa mengurangkan bilangan pekerja seminima mungkin untuk memenuh keperluan perintah gaji minimum ini.

“Jika keadaan terpaksa, perniagaan akan dikecilkan saiznya dan beberapa orang pekerja terpaksa diberhentikan,” ujar Che Aziz Hashim dalam emel yang dihantar kepada Harakahdaily.

Beliau yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan di luar bandar meluahkan demikian berhubung arahan gaji munimum yang berkuatkuasa 1 Januari nanti.

Berikut ialah pandangan beliau.

Berkuatkuasa  1 Januari 2013, perintah gaji minimum 2012 P.U(A) (214) akan berjalan seluruh negara dengan gaji minimum semua pekerja ialah RM900. Pekerja di seluruh negara menunggu-nunggu saat ini dengan penuh kegembiraan.

Sebagai majikan yang tinggal di luar bandar menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan akan merasai kesan yang besar. Pendapatan bulanan hanyalah sekadar cukup untuk menampung perbelanjaan harian dan membayar gaji pekerja secara mimimum sekitar RM600 seorang. Dengan pendapatan ini dapatlah beberapa pekerja diambil. Gaji pekerja ini sesuai dengan kehidupan di sebuah pekan kecil yang sederhana kehidupannya.

Gaji minimum yang ditetapkan RM900 ini amat berpatutan sekiranya perniagaan ini  dijalankan di sebuah bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan bandar besar yang lain. Pendapatan dari perniagaan amat lumayan dan mampu untuk membayar pekerjanya lebih daripada itu.

Sebagai majikan, kami peniaga kecil di luar bandar terpaksa memikirkan semula untuk menggaji pekerja. Sekiranya sebelum ini, kami dapat mengambil beberapa orang pekerja dengan gaji yang sederhana, kami terpaksa mengurangkan bilangan pekerja seminima mungkin untuk memenuh keperluan perintah gaji minimum ini. Jika keadaan terpaksa, perniagaan akan dikecilkan saiznya dan beberapa orang pekerja terpaksa diberhentikan.

Bayangkan sebelum ini kami dapat membantu masyarakat luar bandar menambah pendapatan mereka dan membantu meringankan bebanan keluarga. Apabila pengurangan pekerja berlaku, amatlah malang sekali  kerana banyak keluarga di luar bandar akan kehilangan punca pendapatan.

Sepatutnya, sesuatu yang akan dilaksanakan dikaji lebih mendalam dan dibahaskan supaya mendapat maklum balas dari semua pihak. Perintah ini boleh dilaksanakan mengikut wilayah dan kawasan sesuai dengan pendapatan dan kuasa beli pengguna di kawasan tersebut.Tambahan pula dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ini akan mengakibatkan kesan negatif kepada negara. (IH/Hrkh)

Calon Penyerang Arsenal & Pendakwah. Assalam..



Calon Penyerang Arsenal:
Striker Newcastle United Demba Ba melakukan selebrasi gol dengan sujud saat melawan Reading
SUKAN
PENYERANG Newcastle United bakal ke Arsenal pada awal Januari ini, Demba Ba, dikenal sebagai pesmain bola sepak Muslim taat. Selain dikenal sangat ketat dalam menjalankan praktik ritual keagamaan, Ba tidak segan mendukung perjuangan kemerdekaan Palestin dari penjajahan Israel.

Namun satu yang tidak boleh dilupakan, Ba diidentikkan pula sebagai pendakwah. Hal itu dilihat dari akun twitter mantan pemain West Ham United itu, @dembabafoot. Di kala waktu dia mengingatkan bahawa selebrasi sujud merupakan sarana bersyukur kepada Allah. Hal itu sebagai jawaban atas tudingan legenda Timnas Inggris Gary Lineker yang menyebut selebrasi itu sebagai orang sedang makan rumput.

Ba memang dikenal sebagai ikon pemain yang identik melakukan selebrasi sujud syukur sesuai mencetak gol. Ba kadang menjawab mention akun penggemarnya dengan jawaban "terima kasih ya Allah" dan "inshaallah".

Terakhir, tanpa diduga, ujung tombak Timnas Senegal itu mengucapkan salam, "Salam alaikoum" yang langsung di retweet 413 dan difavoritkan 70 penggemarnya. Dengan jumlah hampir 160 pengikut di twitter, Ba dapat berperanan dalam mengenalkan ajaran Islam. Tidak hanya dengan cara bertutur, melainkan melalui dakwah kultural. (IH)

Artis Diana Amir Jumpa N/Aziz, Teringat Pesan Nabi



HALAMAN HIBURAN
KOTA BHARU: Artis Diana Amir atau nama sebenarnya Nur Diyana Amir Hashim, tidak dapat menahan sebak apabila bersua dan mula berbicara dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pertemuan 25 minit itu berlangsung di Pejabat Menteri Besar kira-kira jam 11.35 pagi tadi.

Diana terpaksa berdiam diri seketika mengumpul ketenangan agar sebak berlalu pergi sebaik sahaja dijemput duduk di hadapan Tuan Guru dan mendengar bicara. Diana yang akhirnya tenang semula akhirnya sebak kembali apabila Tuan Guru bertanya  apa kisah di sebalik sehingga Diana berhasrat untuk berhijrah.

“Saya teringat pesanan Rasulullah s.a.w. sebelum baginda wafat, pesanan terakhir baginda ummati… ummati.. di saat kematian baginda, masih lagi mengingati umatnya, betapa sayangnya baginda pada umatnya, tetapi kita…” ujarnya dengan nada yang tersekat-sekat.

Tuan Guru tidak menafikan perkara itu, malah baginda sebenarnya adalah rujukan yang sebenar untuk manusia di dunia ini.

“Baginda tidak berpesan pada saudara mara terdekatnya, tetapi pada umat baginda termasuk kita semua,” ujarnya.

Beliau juga berkata tidak kira artis atau sesiapa sahaja rujukan atau model sebenarnya yang patut dijadikan contoh adalah baginda Rasulullah.  Diana ketika ditemui selepas itu, mengakui tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melihat wajah Tuan Guru Nik Aziz

“Hati saya lagi tersentuh sebaik sahaja mendengar suaranya seorang ulama yang lemah lembut,” ujarnya.

Menurutnya, beliau sudah lama berhasrat untuk bertemu dengan Tuan Guru sekiranya berpeluang untuk berbuat demikian. Jelasnya, pertemuannya dengan Tuan Guru kerana menghormatinya sebagai seorang ulama yang dihormati semua kaum dan bukan atas kepentingan politik.

“Bab politik saya tak nak campur, itu hak masing-masing, tetapi bagi saya Tuan Guru seorang ulama, banyak ilmu yang boleh kita pelajari,” ujarnya ketika ditemui.

Diana Amir pernah melakonkan drama bersiri Sunsilk Impian, filem 3,2,1 Cinta, Senario The Movie Ops Pocot. Diana nampak ayu dengan jubah hitam, mengenakan mekap yang agak pudar, jauh jika dibandingkan dengan watak-watak yang dilakonkan sewaktu belum berhijrah terutama dengan watak-watak ‘kasar’.

Beliau kini masih aktif berlakon, bagaimanapun terpaksa memilih watak-watak yang sesuai dengan ‘penghijrahan’ kini.(IH/Hrkh)

Thursday, December 27, 2012

Menyusuri Jalanan Gangnam Di Korea Selatan

Menyusuri Jalanan Gangnam di Korea Selatan

GANGNAM adalah salah satu dari 25 distrik yang terletak di kota Seoul, Korea Selatan. Kawasan yang sering disebut sebagai Beverly Hills kota Seoul ini diakui sebagai daerah paling makmur di Korea Selatan. 
 

Sifat konsumtif dan materialistik warga Gangnam sudah bukan rahasia lagi. Keberadaan kafe, butik dan berbagai pusat perbelanjaan di kawasan tersebut adalah salah satu buktinya. Nama Gangnam mulai dikenal masyarakat dunia setelah penyanyi asal Korea selatan.

 Psy, mempopulerkan lagu berjudul Gangnam Style yang sudah dilihat kira-kira 800 juta viewer di YouTub pada 24 November lalu. Menurut berita lapran Mnet, videonya akan mengalahkan video Baby Justin Bieber,. (IH)

Tiap 6 Hari 1 Wanita Kanada Dibunuh Pasangan..


Dilema Perempuan di Tengah Kapitalisme
Dilema perempuan (ilustrasi)

NGERI! Rata-rata setiap 6 hari seorang perempuan Kanada dibunuh oleh pasangannya. Hanya dalam waktu satu tahun, di Kanada 427,000 perempuan yang berusia di atas 15 tahun melaporkan bahawa mereka telah mengalami pelecehan seksual. Pada tanggal 1 Oktober 2000, Belanda telah melegalisasi prostitusi sebagai bentuk penjagaan pemerintah terhadap perempuan dari kekerasan dan kriminalitas.

Sementara di Indonesia, 7.5 juta perempuan Indonesia menjadi tulang belakng keluarga kerana kemiskinan. Lebih dari 2.5 juta menjadi tenaga kerja wanita meninggalkan keluarga mereka, padahal ancaman kekerasan bahkan pembunuhan berada di depan mata. Sebahagian besar orang beranggapan, bahawa perempuan yang tinggal di Barat hidup dalam kemewahan. Tayangan dari sebuah stasiun TV Inggeris mengungkapkan hal yang sebaliknya.

Seorang ibu yang meskipun terus bekerja, penghasilannya tetap saja tidak cukup untuk membayar berbagai tagihan, termasuk untuk menutup tagihan makanan tiap minggu. Sehingga, anak-anaknya pun terpaksa memakan makanan dalam tin. Kondisi yang sama dirasakan perempuan di seluruh belahan dunia. Betapa kemiskinan, pelecehan, penindasan, dan eksploitasi menghimpit kaum perempuan dimanapun ia berada.

Hal ini terjadi tidak lepas dari sistem yang diemban dan diterapkan di berbagai negara. Sistem Kapitalis sebagai sistem yang diterapkan oleh kebanyakan negara di dunia, termasuk Indonesia atau Mlaysia, memiliki cara pandang khas dan akan mempengaruhi kebijaksanaan yang dikeluarkan oleh pemerintahnya. Kini, perempuan diperlakukan dan dipandang sebagai komoditas dan "mesin pencetak" wang. Oleh kerana itu, tidak hairan kini kes trafficking serta pelecehan perempuan kian marak. (IH)

Tiap 20 Minit, Berlaku 1 Kes Rogol Di India.


Tiap 20 menit terjadi perkosaan di India
Warga India tunjuk perasaan besar-besaran menuntut hukuman lebih berat kepada pel perogol di negeri itu.

SITUS news.sky.com melaporkan, Ahad (23/12), menurut catatan pemerintah India, saat ini dalam 20 minit terjadi pemerkosaan terhadap seorang perempuan. Serangan perkosaan di negeri itu makin meningkat namun hukuman kepada pelaku justru menurun.

Dalam setahun terakhir terjadi banyak kes rogol yang menimbulkan kemarahan warga seantero India. Salah satu yang paling mengejutkan adalah serangan terjadi di Negara Bagian Haryana. Shabnam, 16 tahun, diperkosa delapan lelaki di desanya. 


Para pelaku merakam video kerja jahat mereka menggunakan telefon seluler. Ketika ayah korban mengetahui video itu sudah tersebar luas di desanya dia bunuh diri kerana malu. Bagi keluarga Shabnam di desanya, masalah martabat adalah harga mati. 

Menurut remaja pemberani itu, banyak korban perkosaan takut mengaku atau malu.  "Saya tidak ingin pengorbanan ayah sia-sia. Saya ingin semua pelaku diganjar hukuman setimpal supaya perempuan lain tidak mengalami kejadian serupa."

Luka fizik Shabnam telah pulih namun ibunya, Rani, bimbang anak gadisnya tidak sembuh sepenuhnya secara psikologi dari kejadian itu. "Puteri saya takut dan stres. Dia hampir tak boleh bercakap kerana terlalu banyak ketakutan dalam pikirannya," kata Rani.

Kejadian di Haryana menggambarkan keadaan sosial di seantero India. Warga India masih banyak mempraktikkan pembunuhan bayi perempuan atau aborsi janin. Itu menyebabkan perbandingan jumlah lelaki dan perempuan tidak seimbang. Di Haryana jumlah anak perempuan ada 830 dan lelaki 1000.

Pembela hak-hak perempuan Rishi Kant menyatakan masalah ini tertanam di kehidupan masyarakat India. "Kita menghadapi masalah pembunuhan bayi perempuan dan aborsi janin menjadikan jumlah perempuan sedikit.. Ini mendorong lelaki memperkosa. Mereka patut dihukum segera."
 

Minggu lalu enam leleki memperkosa seorang mahasiswi di atas bas di Ibu Kota New Delhi, India. Hal itu memicu kemarahan warga. Ribuan orang berdemonstrasi menuntut pelakunya dihukum setimpal. New Delhi mempunyai jumlah kejahatan seks tertinggi dibanding kota lain di India. Tiap 14 jam terjadi penyerangan seksual dan meninggalkan kesan trauma pada korbannya.

Pemerintah India berjanji bakal menghukum seumur hidup pelakunya. Lima dari tertuduh langsung ditangkap beberapa jam setelah kejadian, sementara seorang lagi baru ditahan Jumaat.lepas. (IH)


Lihat sebem ini... 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails