

NIBONG TEBAL: Pulau Pinang yang membangun maju dan pesat serta memperolehi pendapatan tinggi tidak sepatutnya mempunyai masalah bekalan air berbanding negeri miskin seperti Kedah.
Pengarah Pilihan Raya PERIKATAN NASIONAL (PN), Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, masalah tersebut sepatutnya menjadi perkara sangat memalukan bagi negeri yang ditadbir oleh DAP itu.
“Ada masalah ayaq (air) rupanya di Nibong Tebal ni. Aku ingat Kedah je (saja) hari-hari TV3 meratip masalah ayaq di Kedah. Hari-hari (TV3 lapor) ayaq sana tak dak, Rupanya Pulau Pinang pun tak dak ayaq,” sinisnya.
Menurut Menteri Besar Kedah itu, Pulau Pinang bukan negeri yang besar di mana jajaran paip airnya juga hanya sepanjang kira-kira 2,400 kilometer (km) panjang berbanding seluruh Kedah sekitar 13,000 km.
Oleh itu tegas beliau, perkhidmatan perbekalan air di Pulau Pinang sepatutnya lebih mudah diuruskan, juga kerana kepadatan penduduknya, selain penyelenggaraan tidak semahal yang ditanggung Kedah.
Malah bongkarnya, Pulau Pinang menjual air kepada kapal semahal RM15 bagi satu meter padu, sekali gus wajar menyediakan infrastruktur bekalan air lebih baik, berbanding Kedah menjual air kepada domestik cuma RM0.55.
“Kami (Kedah) nak maintenance 7-8 km baru jumpa sebiji kampung. Dalam kampung itu pula pakai telaga. Hat habis tak dak, malas cedok baru dia buka air paip. Besar maintenance air di Kedah.
“Rupanya Pulau Pinang pun tak dak air. Awat (kenapa) jadi lagu itu? Bukan DAP pandai ke memerintah? Tak dak dah manusia yang pandai perintah negeri di di dunia ni selain pada DAP,” sindirnya sambil menggeleng-gelengkan kepala.
Pulau Pinang juga katanya, mempunyai banyak sektor industri dan mereka dapat menjual air dengan kadar lebih mahal, apatah lagi negeri itu mengambil air mentah tanpa bayaran dari Sungai Muda yang berpunca dari Kedah.
Menurut beliau, Pulau Pinang mengekstrak 1,440 juta liter sehari (MLd) berbanding Kedah hanya 770 MLd iaitu separuh perbezaannya dan kerana itu juga negeri itu mencatat untung ratusan juta ringgit berbanding Kedah hanya puluhan juta ringgit.
Sindir Sanusi juga, seandainya beliau menjadi Ketua Menteri di negeri ini pasti masalah bekalan air tersebut dapat diselesaikan, pun begitu bersedia menawarkan lebihan air terawat yang dimiliki Kedah.
Jelasnya, Loji Rawatan Air (LRA) Lubuk Buntar di Kulim yang bersempadan negeri ini mempunyai kebihan air terawat dan bersedia menjualnya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
“Kalau nak mai beli, saya saya jual. Saya bukan tak dak air bersih, ada. Kalau hang nak beli, kita jual. Di Lubuk Buntar ada lebihan air bersih di situ. Dengan suci hati. Syaratnya kena beli, tak boleh ambil free (percuma) macam Sungai Muda,” pelawanya. – HARAKAHDAILY 9/6/2024
2. Benarkah DAP hina Islam?
Lihat ini,'AL-BAYAN SIRI 9: HORMATI ISLAM, HORMATI INSTITUSI.. 8 Jun 2020'
Peruntukan Undang-Undang Berkaitan Penghinaan Agama
Dari sudut perundangan syariah, Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, di bawah Bahagian III – Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam dan Institusinya memperuntukan beberapa seksyen berkaitan.
Pertama, Seksyen 7. Menghina, atau menyebabkan dipandang hina agama Islam. Denda tidak melebihi RM3000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Kedua, Seksyen 8. Mempersendakan ayat Al-Quran atau Hadith. Mana-mana orang yang, dengan kata-katanya atau perbuatannya, mempersendakan, menghina, mencemuh atau menyebabkan dipandang hina ayat-ayat Al-Quran atau Hadith adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Ketiga, Seksyen 9. Menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama. Mana-mana orang yang bertindak dengan cara yang menghina pihak berkuasa agama atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam, Majlis atau Mufti, yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Jika diteliti secara keseluruhan, kita dapati bahawa peruntukan undang-undang sedia ada amat komprehensif dalam menangani penghinaan terhadap agama Islam kerana ia meliputi semua aspek, medium dan sasaran. Namun demikian, tidak dinafikan keperluan untuk mengkaji dari semasa ke semasa aspek hukuman yang dikenakan agar ia kekal relevan dan efektif dalam mendepani cabaran masa kini. Selain itu, aspek penguatkuasaan juga perlu diperkasakan. Ini kerana, tanpa penguatkuasaan yang efisien dan konsisten, undang-undang tidak akan mampu dimartabatkan sebagaimana yang menjadi aspirasi seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia.
ama yang sentiasa mengajar manusia berakhlak mulia. Bukan sahaja kepada sesama muslim tetapi jua dengan bukan muslim. Bukan setakat itu, Islam turut menitikberatkan etika dalam berinteraksi dengan semua makhluk-Nya termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Semua ini menunjukkan bagaimana Islam merupakan agama yang amat mementingkan ketertiban dalam menjalani kehidupan.
Kesimpulan1. ‘PH-BN jangan racuni demokrasi’
KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) digesa untuk tidak meracuni demokrasi dengan tindakan yang represif atau bersifat menekan kepada lawan.
Yang Dipertua PAS Kawasan Subang, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, pilihan raya adalah gelanggang demokrasi, kemuncak pentas kebebasan bersuara.
“Wujudnya Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) yang bebas adalah bukti betapa Malaysia adalah sebuah negara maju yang demokratik dan memberikan kebebasan memilih pada rakyatnya.
“Rakyat bebas memilih wakilnya tanpa ugutan, paksaan atau rasuah dari mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau memberikan respons tersebut berikutan cadangan kerajaan untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau semua platform bagi menangkis berita palsu semasa PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap baru-baru ini.
Sehubungan itu, lebih 60 tahun Malaysia Merdeka dan telah melalui 15 PRU tanpa apa-apa insiden negatif tidak seperti negara lain.
“Bermakna undang-undang dan peraturan yang ada sudah cukup kemas dan efektif. Janganlah cemari rekod baik kita dengan tindakan yang autokratik.
“Sedangkan yang berkuasa hari inilah suatu ketika dahulu taksub melaung dan memperjuangkan pilihan raya yang bebas dan adil tapi kini dah berkuasa bagaikan gelabah menghadapi suara rakyat,” katanya. – HARAKAHDAILY 7/6/2024
2. Sundal di media sosial.
“Bantahan tersebut menggambarkan betapa jauhnya masyarakat dalam kemajmukan bangsa dan etnik ini merintis jalan membina sebuah negara bangsa yang bersatu padu selepas lebih 60 tahun merdeka.
“Sewajarnya tidak timbul bantahan sedemikian kerana syarat pelaksanaan kelas Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar adalah langkah untuk memastikan penguasaan terhadap Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
“Tambahan lagi bahasa pula adalah medium yang mengikat perpaduan dalam masyarakat majmuk di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Ahmad Yahaya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, oleh yang demikian mengapa dasar ini perlu dibantah seolah-olah mahu membina suatu ketakutan kepada para pelajar untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan
“Selain itu, DUPP juga berpandangan sudah sampai masanya wacana mengenai kedudukan Bahasa Melayu dalam arus pendidikan vernakular ini dibincangkan secara serius dan terbuka.
“Pindaan terhadap Seksyen 17 Akta Pendidikan 1996 mungkin wajar untuk meletakkan kembali kedudukan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.– HARAKAHDAILY 6/6/2024
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan M'sia /PH/DAP kini sudah tidak mempedulikan Melayu lagi, walaupun PMnya konon masih Melayu..
..
MOSCOW: Rusia bersedia untuk menghadapi perang nuklear dengan Amerika Syarikat (AS) jika negara itu bertindak menghantar tenteranya ke Ukraine, sekaligus meningkatkan lagi konflik sedia ada antara kedua-dua buah negara itu.
Kenyataan itu dibuat Presiden Rusia, Vladimir Putih sejurus pilihan raya presiden negara itu yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Mac ini, yang mana Putin dilihat bakal melanjutkan tempoh pemerintahannya untuk enam tahun lagi.
“Dari segi teknikalnya, sudah tentu kita bersedia”, tegas Putin kepada agensi berita televisyen, Russia-1 ketika ditanya sama ada Rusia bersedia untuk berhadapan dengan perang nuklear.
Menurut beliau, pihak Barat khususnya AS faham bahawa jika mereka mengerahkan anggota tenteranya ke Rusia atau Ukraine, tindakan keras dan campur tangan akan dilakukan oleh Rusia.
Amaran Putin itu dikeluarkan di sebalik tawaran Barat untuk mengadakan rundingan bersama mengenai isu Ukraine sebagai sebahagian daripada pasca perang dingin dan keselamatan rantau Eropah, lapor Reuters.
Dalam pada itu, pihak AS dalam pada itu mendakwa Putin tidak bersedia untuk sesi rundingan tersebut.
“Rusia bersedia untuk melakukan rundingan mengenai isu Ukraine, tetapi mereka perlu bersandarkan pada realiti, dan bukannya keinginan selepas mengambil dadah psikotropik,” katanya.
KonflikRusia-Ukraine nkali ini telahmembuatkan produksi persenjataan Rusia meningkat berganda apabila berjaya menghasilkan 250,000 peluru artileri sebulan, bersamaan dengan tiga juta setiap tahun.
Jumlah ini sangat jauh lebih tunggi jika dibandingkan dengan pihak AS yang hanya mampu menghasilkan sekitar 100,000 peluru artileri dalam sebulan. – HARAKAHDAILY 13/3/2024
2. Apa yang patut umat Islam buat?
Menurut kenyataan Presiden PAS, dalam 'Selamatkan diri dan negara, bersama kumpulan Islam', beliau menghuraikan beberapa perkara, antaranya,
-Wajib adanya kumpulan Islam
-Ciri-ciri jemaah Islam
-Setiap orang yang beriman diuji oleh Allah Swt.
-Hubungan dengan orang bukan-Islam
-Wajib bersama kumpulan Islam dll.
(Sila rujuk: ABDUL HADI AWANG
Lapangan Terbang Doha, Qatar.
13 Rabi‘ al-Awwal 1444 | 10 Oktober 2022 – HARAKAHDAILY 14/10/2022)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Wajib adanya kumpulan Islam. Firman Allah Swt:
﴿وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ١٠٤﴾
Foto hiasan.
1. SPRM tahan bekas Datuk Bandar bantu siasatan kes rasuah lebih RM1 juta
JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kluang, menahan seorang bekas Datuk Bandar di Johor, hari ini kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.
Menurut sumber SPRM, suspek lelaki berusia 63 tahun itu adalah bekas Datuk Bandar di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.
"Suspek ditahan di pejabat SPRM di sini, kira-kira jam 4 petang tadi.
"Difahamkan, tangkapan dibuat berkaitan suspek semasa menjawat jawatan Datuk Bandar sekitar tahun 2020 hingga 2021.
"Beliau didakwa telah menerima wang rasuah lebih RM1 juta daripada kontraktor-kontraktor sebagai balasan kerana telah meluluskan projek," katanya.
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan berkata kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009.
"Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah 1 (Khas Rasuah) Johor Bahru di sini pada jam 8.30 pagi esok dengan 12 pertuduhan," katanya. (BH)
2. Negara haram Israel -PAS.
Firman Allah SWT:
Apa yang berlaku membenarkan sabda Rasulullah SAW: