Friday, June 07, 2024

Rampas DUN Sungai Bakap dari PAS? & Khianati Melayu..


- Foto fail NSTP

1. 'Saya tidak tahu... saya PKR'

KUALA LUMPUR: PKR akan membincangkan mengenai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Pulau Pinang, petang ini.

Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata perkara itu akan dibincangkan bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pimpinan parti.

"Petang ini ada pertemuan dengan Presiden; Pengarah Pilihan Raya, Rafizi Ramli; Pengerusi PKR Pulau Pinang, Nurul Izzah Anwar dan beberapa pimpinan lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Kongres Juruukur Antarabangsa Ke-26 di sini, hari ini.

Ditanya mengenai ura-ura Barisan Nasional (BN) akan menghantar calon bagi kerusi itu, beliau memaklumkan tidak tahu mengenai perkara itu.

"Saya tidak tahu... saya PKR," jawabnya ringkas.

Kerusi DUN Sungai Bakap kosong susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff, 56, pada 24 Mei lalu ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Seberang Jaya kerana mengalami keradangan dalam perut.

"Saya tidak tahu... saya PKR," jawabnya ringkas.

Kerusi DUN Sungai Bakap kosong susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff, 56, pada 24 Mei lalu ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Seberang Jaya kerana mengalami keradangan dalam perut.

Sebentar tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai, manakala tarikh penamaan calon pada 22 Jun dan pengundian awal pada 2 Julai ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang pada Ogos tahun lalu, Nor Zamri yang juga Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi. (BH).


2. Bantah khianati Bahasa Melayu di sekolah Pulau Pinang 
Ahmad Yahaya

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) kesal dengan isu bantahan pelaksanaan satu kelas bahasa pengantar menggunakan Bahasa Melayu oleh Lembaga Sekolah dan PIBG daripada 11 buah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina SM (C) di Pulau Pinang baru-baru ini.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Ahmad Yahaya berkata, perkara ini seolah-olah Bahasa Melayu tidak ada nilai untuk dijadikan bahasa pengantar dalam institusi pendidikan sekarang ini. 

“Bantahan tersebut menggambarkan betapa jauhnya masyarakat dalam kemajmukan bangsa dan etnik ini merintis jalan membina sebuah negara bangsa yang bersatu padu selepas lebih 60 tahun merdeka. 

“Sewajarnya tidak timbul bantahan sedemikian kerana syarat pelaksanaan kelas Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar adalah langkah untuk memastikan penguasaan terhadap Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. 

“Tambahan lagi bahasa pula adalah medium yang mengikat perpaduan dalam masyarakat majmuk di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Yahaya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, oleh yang demikian mengapa dasar ini perlu dibantah seolah-olah mahu membina suatu ketakutan kepada para pelajar untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan

“Selain itu, DUPP juga berpandangan sudah sampai masanya wacana mengenai kedudukan Bahasa Melayu dalam arus pendidikan vernakular ini dibincangkan secara serius dan terbuka. 

“Pindaan terhadap Seksyen 17 Akta Pendidikan 1996 mungkin wajar untuk meletakkan kembali kedudukan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.– HARAKAHDAILY 6/6/2024

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Kerajaan M'sia /PH/DAP kini sudah tidak mempedulikan Melayu lagi, walaupun PMnya konon masih Melayu..

..

2 comments:

Anonymous said...

Bahana sampah laknat bossku.. Kenapa tetiba terpekik terlolong sekor barua DAP@ LeeKwanYew masa ini... Kau dah kenapa barua..!?

Apa yang terbaik untuk Mahathir lakukan ada lah melafaz sumpah seperti Datuk Seri Najib dengan menyebut jika beliau tipu mohon Allah melaknati dan keluarga nya, tetapi jika benar maka sesiapa yang memfitnah akan menerima laknat Allah.

Sudah pasti rakyat membuka mata berkenaan Zeti Aziz yang suami miliki wang 1MDB sebanyak RM700 juta tetapi tidak didakwa dakwa lagi.

Tambah lagi mahkamah Amerika sudah sahkan bahawa Gabenor Bank Negara kesayangan Mahathir telah disahkan menerima rasuah tetapi Kerajaan Malaysia tidak bertindak lagi.

Ketika DSNR melafaz sumpah laknat ramai yang jahil mencemuh seolah olah menyatakan Najib boleh menipu dengan mengguna nama Allah.

Namun satu persatu ditunjuk oleh Allah dengan tumbangnnya Kerajaan 22 bulan.

Kemudian satu persatu watak terkena bahana sumpah.

Dari Syed Sadiq, Lateefa Koya, Muhyiddin Yassin dan menantu dan lain lain lagi dengan sasaran berakhir terkena Mahathir , Tun Daim.

Maka, usah buang masa dan wang rakyat mencari wang Mahathir diluar negara, ean Mahathir tidak perlu tunjuk keberanian sesama kalangan manusia.

Lafaz sahaja sumpah “Wallahi Wabillahi Watallahi saya Mahathif tidak mencuri wang negara

Ketika perbicaraan Roger Ng, Timothy Leissner telah memberitahu Zeti Aziz telah disogok untuk melukuskan Bon dalam apa yang digelar “overnight approval”,

Namun Kerajaan Malaysia masih tidak mendakwa suami dan Zeti Aziz lagi. Jho Low lesap kaya raya sambil ketawa terbahak bahak melihat betapa bodoh bangang nya pemimpin Melayu digunakan semahu mahunya.. Di kalanhag kaum Type C , DAP@LeeKwanYew akan menganggap Jho Low adalah panglima mereka.

Cuma barua barua Melayu DAP@LeeKwanYew dibawah DAP@LeeKwanaYew terkinja ninja tak sedar diri dibodoh bangangkan semahu mahunya oleh kaum Type C ini...!! Yang lagi parah tiada sekor cipan dari penguasa seperti PDRM, SPRM berani tangkap Jho Low...

Paling malang ada sekor dari keturunan buntal yang mengaku sangat pandai memburu. Mengakui sangat pandai memburu di daratan dilaut dalam katanya.

Bila disiasat ingatkan ikan buntal ini bebas memburu dilautan dalam Rupa rupanya ikan buntal ini hidup dalam sebab akarium dalam rumah taikun judi Type C... kikikiki..!!


Kah kah kah


KHALAS

Anonymous said...

Sekadar sempati penduduk Kg Makmur Sri Gombak tu... maka wahai Kampung Kampung berdekatan di situ spt Kg Kerdas, Kg Sg Merali, Kg Chubadak Kg Puah dan Kg Sentul Bahagia tepi sungai tu lu olang jaga jaga lah sekadar mengingati... Jangan kata abam tak payung

Banyak krjadian minggu lepas Fahmi cakap lain, MB Selangor cakap lain, Exco Selangor cakap lain, SPRM paling laju cakap lain, Menteri Antony Loke yang lulus cakap lain dan Papangang cakap lain dalam masa 3 hari sahaja pasal Kontrak jota jota Laki Hanna Yeoh.

https://vt.tiktok.com/ZSYrQ4NRG/

Yang depa betui betui sepakat cuma satu saja depa dah lupakan nak cakap pasal arwah Teo Beng Hock... Kah kah kah....!!

Keluarga Teo Beng Hock dan walaun DAP yg guling guling atas jalan raya dolu dolu tu dah kena scam dengan tokong DAP....

Nasib badan bila seronok jadi barua DAP@LeeKwanYew... Nangis tak beelagu keluarga Teo Beng Hock skg nih...

Kah kah kah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails