Sunday, June 02, 2024

Lagi, M'sia negara rasuah.. & Penyelesaian PAS.

  

Foto hiasan.

1. SPRM tahan bekas Datuk Bandar bantu siasatan kes rasuah lebih RM1 juta

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kluang, menahan seorang bekas Datuk Bandar di Johor, hari ini kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.

Menurut sumber SPRM, suspek lelaki berusia 63 tahun itu adalah bekas Datuk Bandar di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

"Suspek ditahan di pejabat SPRM di sini, kira-kira jam 4 petang tadi.

"Difahamkan, tangkapan dibuat berkaitan suspek semasa menjawat jawatan Datuk Bandar sekitar tahun 2020 hingga 2021.

"Beliau didakwa telah menerima wang rasuah lebih RM1 juta daripada kontraktor-kontraktor sebagai balasan kerana telah meluluskan projek," katanya.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan berkata kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009.

"Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah 1 (Khas Rasuah) Johor Bahru di sini pada jam 8.30 pagi esok dengan 12 pertuduhan," katanya. (BH)

2. Negara haram Israel -PAS. 

UBAT penahan sakit atau dikenali sebagai analgesik ialah ubat yang digunakan untuk melegakan kesakitan, bukan bagi menyembuhkan sesuatu penyakit. Bagi menyegerakan tindak balasnya, maka ditambah lagi dadah yang melalaikan sehingga membawa khayal atau menidurkan seseorang itu.

Begitulah perumpamaan cadangan penyelesaian dua negara bagi isu Palestin yang ditaja oleh negara-negara yang menubuhkan negara haram Israel bagi memberi sedikit keselesaan kepada rakyat Palestin, pada masa yang sama memberi peluang kepada kaum Yahudi yang datang menubuhkan negara haram itu.

(Selanjutnya ikutilah 'Penyelesaian dua negara laksana ubat penahan sakit' -Presiden PAS – HARAKAHDAILY 31/5/2024)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Renunglah
Firman Allah SWT ini:

وَقَالَتِ ٱلۡيَهُودُ يَدُ ٱللَّهِ مَغۡلُولَةٌۚ غُلَّتۡ أَيۡدِيهِمۡ وَلُعِنُواْ بِمَا قَالُواْۘ بَلۡ يَدَاهُ مَبۡسُوطَتَانِ يُنفِقُ كَيۡفَ يَشَآءُۚ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرٗا مِّنۡهُم مَّآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَ طُغۡيَٰنٗا وَكُفۡرٗاۚ وَأَلۡقَيۡنَا بَيۡنَهُمُ ٱلۡعَدَٰوَةَ وَٱلۡبَغۡضَآءَ إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَٰمَةِۚ كُلَّمَآ أَوۡقَدُواْ نَارٗا لِّلۡحَرۡبِ أَطۡفَأَهَا ٱللَّهُۚ وَيَسۡعَوۡنَ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَسَادٗاۚ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ ٦٤
“Orang-orang Yahudi berkata, ‘Tangan Allah terbelenggu’, sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu. (Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka; Dia menafkahkan sebagaimana Dia kehendaki. Dan al-Quran yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu sungguh-sungguh akan menambah kederhakaan dan kekafiran bagi kebanyakan antara mereka. Dan Kami telah timbulkan permusuhan dan kebencian antara mereka sehingga Hari Kiamat. Setiap mereka menyalakan api peperangan Allah memadamkannya dan mereka berbuat kerosakan di muka bumi dan Allah tidak menyukai orang-orang yang melakukan kerosakan.” [Surah al-Ma’idah: 64]

Firman Allah SWT:

قَدۡ يَعۡلَمُ ٱللَّهُ ٱلۡمُعَوِّقِينَ مِنكُمۡ وَٱلۡقَآئِلِينَ لِإِخۡوَٰنِهِمۡ هَلُمَّ إِلَيۡنَاۖ وَلَا يَأۡتُونَ ٱلۡبَأۡسَ إِلَّا قَلِيلًا ١٨ أَشِحَّةً عَلَيۡكُمۡۖ فَإِذَا جَآءَ ٱلۡخَوۡفُ رَأَيۡتَهُمۡ يَنظُرُونَ إِلَيۡكَ تَدُورُ أَعۡيُنُهُمۡ كَٱلَّذِي يُغۡشَىٰ عَلَيۡهِ مِنَ ٱلۡمَوۡتِۖ فَإِذَا ذَهَبَ ٱلۡخَوۡفُ سَلَقُوكُم بِأَلۡسِنَةٍ حِدَادٍ أَشِحَّةً عَلَى ٱلۡخَيۡرِۚ أُوْلَـٰٓئِكَ لَمۡ يُؤۡمِنُواْ فَأَحۡبَطَ ٱللَّهُ أَعۡمَٰلَهُمۡۚ وَكَانَ ذَٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرٗا ١٩
“Sesungguhnya, Allah mengetahui orang-orang yang menjadi penghalang antara kamu dengan orang-orang yang berkata kepada saudara-saudaranya, ‘Marilah kepada kami’. Dan mereka tidak mendatangi peperangan melainkan sebentar sahaja. (18) Mereka bakhil terhadapmu, apabila datang ketakutan (bahaya), kamu lihat mereka itu memandang kepadamu dengan mata yang terbalik-balik seperti orang yang pengsan kerana akan mati, dan apabila ketakutan telah hilang, mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan. Mereka itu tidak beriman, maka Allah menghapuskan (pahala) amalnya. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (19)” [Surah al-Ahzab: 18-19]

Apa yang berlaku membenarkan sabda Rasulullah SAW:

لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى الدِّينِ ظَاهِرِينَ، لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ، حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللهِ، وَهُمْ كَذَلِكَ
“Akan sentiasa ada daripada kalangan umatku suatu kumpulan yang nyata menegakkan agamanya (Islam) dengan gagah perkasa menghadapi musuh mereka. Mereka tidak boleh dimudaratkan oleh orang yang menentang mereka (atau mengecewakan), melainkan mereka hanya menghadapi sedikit kesusahan. Sehinggalah datang ketentuan (kemenangan dan pertolongan) Allah, sedang mereka masih tetap dalam keadaan begitu.”

قَالُوا: يَا رَسُوْلَ اللهِ، وَأَيْنَ هُمْ؟
Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, di manakah mereka?”

قَالَ: بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ
Baginda menjawab, “Di Bait al-Maqdis dan sekitar Bait al-Maqdis.”
[Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, Musnad al-Ansar, No. 22320, daripada Abu Umamah al-Bahili]

Ya Allah, mampuslah Israel menangkan HAMAS!!

..

5 comments:

Anonymous said...

Zaman madani.

Jerung dah mula kene tuduh.

Anonymous said...

Sekadar sempati maka Kg berdekatan di situ Kg Kerdas, Kg Sg Merali, Kg Chubadak Kg Puah dan Kg Sentul Bahagia tepi sungai tu lu olang jaga jaga lah sekadar mengingati... Jangan kata abam tak payung

Banyak krjadian minggu lepas Fahmi cakap lain, MB Selangor cakap lain, Exco Selangor cakap lain, SPRM paling laju cakap lain, Menteri Antony Loke yang lulus cakap lain dan Papangang cakap lain dalam masa 3 hari sahaja pasal Kontrak jota jota Laki Hanna Yeoh.

Yang depa betui betui sepakat cuma satu saja depa dah lupakan nak cakap pasal arwah Teo Beng Hock... Kah kah kah....!!

Sama ada SPRM “buta” kerana orang ramai pun dapat melihat berlakunya “salah tata kelola, mungkin ada salah guna kuasa, salah guna jawatan, salah guna perhubungan dan jaringan”.

Selangorku Kg Makmur Sri Gombak Baru saja MB Selangor makmurkan ... Makmur sampai berkhemah bumbung langit berlantakkan tanah liat. Syabas Selangorku memilih... Kan dah mendapat..!! Layan link ni yg bodo memilih..!!

https://vt.tiktok.com/ZSYj3k2vd/

Asia Mobiliti semalam menegaskan pelantikan mereka dilakukan melalui proses awam hampir setahun yang lalu dan mendakwa mereka menjadi mangsa serangan kempen atas talian oleh pihak yang tidak dikenali.

Kasi ajar Sket mamat Wan Mahasiswa PKR Ni wooiii... Bab Hanna Yeoh telo masuk lam bontot sunyi sepi kelu lidah nak berkata Kata...!!

https://vt.tiktok.com/ZSY6JTSnu/

Membandingkannya dengan kes National Feedlot Corporation (NFCorp) yang dikaitkan dengan menteri parti itu sebelum ini.

Dalam kes itu, Mohamad Salleh Ismail, suami kepada bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil Mohamad Salleh Ismail, disiasat dan diheret ke mahkamah.

Ucapan takziah pada Kampung Sri Murni Gombak kena roboh , pada yang mengundi Papangang dan DAP tahi'niah diucapkan... Gombak penah Jadi Kubu kuat pH dolu kan..!!

Link bawah Selamat Malam Kg Sri Murni Gombak teringat Lagu Selamat Malam Rohingya..!! Lebih kurang sama kan..!!

https://vt.tiktok.com/ZSYjaGVMN/

Sekadar sempati maka Kg berdekatan di situ Kg Kerdas, Kg Sg Merali, Kg Chubadak Kg Puah dan Kg Sentul Bahagia tepi sungai tu lu olang jaga jaga lah sekadar mengingati... Jangan kata abam tak payung

https://vt.tiktok.com/ZSYjcnnqH/

Jangan kata abam tak payung..!!

Anonymous said...

Suami menteri dapat projek. Hebat madanon.

Anonymous said...

Somi isteei dapet projek kroni. Somi Kate compani dia adalah pioneer dlm mesia sebab kerja kerja mcm tu...

Kompany tu guna teknologi canggih ker ... Atau sekadar biased biased ajer teknologi nya..!?

Klu setakat Nak seeiaka. Pengangkutan drebar bas pun bole supply kah kah kah...!!

#papangangbilanakaction

soundos said...

very informative

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails