Wednesday, April 12, 2023

Serangan di Masjid N/Jersey & Toronto.. Suspek (bulatan merah) sedang menyerang..


Detik sejurus suspek (bulatan merah) bangun dar barisan jemaah di Masjid Omar sebelum menyerang Imam Elnakib. (FOTO: Aaj English TV)

1. Imam masjid di New Jersey parah ditikam

CHICAGO: Imam sebuah masjid di  bandar Paterson, New Jersey cedera parah akibat serangan pisau oleh  seorang suspek yang menyertai kira-kira 200 jemaah untuk solat Subuh.

Pendakwa raya Paterson, New Jersey berkata, mangsa, Imam Sayed Elnakib, 65, dari Masjid Omar, di 501 Getty Avenue, diserang oleh suspek yang berlutut bersama jemaah lain semasa solat di masjid itu pada subuh Ahad (9 Apr), waktu tempatan.

Imam Elnakib segera dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Saint Joseph di Paterson untuk rawatan kecederaan  yang diklasifikasikan sebagai ‘tidak membawa maut’, lapor Arab News.

Sementara, pejabat pendakwa  tempatan berkata bahawa suspek segera ditahan di masjid berkenaan yang dikenali sebagai Serif Zorba. 

Jemaah lain yang berada di lokasi kejadian berkata bahawa Zorba telah pergi ke masjid  itu banyak kali tetapi bukan ahli masjid tersebut.

Semasa kejadian, Zorba meluru ke arah Imam Elnakib semasa dia mengimamkan solat kira-kira jam 5.37 pagi. 

Selepas menikam Imam Elnakib beberapa kali, Zorba berpaling untuk melarikan diri dengan berlari di celah-celah jemaah lain yang dikatakan polis telah segera menahannya sehinggalah polis tiba di lokasi kejadian.

Masjid Omar di bandar Paterson, New Jersey lokasi kejadian Imam Elnakib diserang dengan pisau ketika mengimankan jemaah solat Subuh pada 9 Apr 2023. (FOTO: United States.K.News. MEDIA)

Pendakwa Raya Passaic County,  Camelia M. Valde berkata, sebaik tiba, anggota polis menemui suspek berusia 32 tahun itu di dalam masjid yang ditangkap oleh jemaah lain.

“Serif Zorba akan didakwa dengan sabit kesalahan cubaan membunuh tahap pertama; memiliki senjata untuk tujuan yang menyalahi undang-undang, tahap ketiga; dan memiliki senjata yang menyalahi undang-undang, tahap keempat,” tambahnya.

Menurut Valdes lagi, jika sabit kesalahan, Zorba berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun, yang mana atas kesalahan cubaan membunuh tahap pertama ialah 10 hingga 20 tahun di penjara negeri New Jersey dengan 85 peratus daripada tempoh itu akan meringkuk di dalam penjara sebelum kelayakan parol, menurut ‘akta tiada pembebasan awal’ dan lima tahun parol pengawasan selepas dibebaskan.

“Tuduhan untuk memiliki senjata yang menyalahi undang-undang boleh menambahkan lagi enam tahun tambahan kepada hukuman itu,” katanya. 

Zorba hadir di Mahkamah Pemprosesan Kehakiman Pusat di Paterson Perbicaraan itu diadakan di hadapan hakim mahkamah atasan New Jersey pada petang Isnin (10 Apr), yang mana pertuduhan difailkan secara rasmi dan ‘penahanan praperbicaraan’ telah diberikan, menafikan pembebasan ikat jamin suspek.

Dalam pada itu, pihak polis berkata, Imam Elnakib yang  telah berkahwin dan bapa kepada tiga anak lelaki itu  dijangka pulih sepenuhnya dalam masa terdekat. 

Rakaman litar tertutup menunjukkan suspek (dalam bulatan putih) turut menyertai jemaah solat Subuh yang diimamkan oleh Imam Elnakib. (FOTO: CBS News)

Polis tambahan kawal masjid

Datuk Bandar Paterson, Andre Sayegh, yang beragama Roman Katolik dari keturunan Arab-Amerika, dilaporkan telah melawat Imam Elnakib di hospital pada pagi Isnin (10 Apr).

Sayegh memberitahu pemberita pada sidang media bahawa beliau akan menugaskan polis tambahan bagi berkawal di semua masjid di wilayah itu untuk memastikan keselamatan orang ramai pada baki hari Ramadan ini.

“Anda tidak perlu takut untuk berdoa, anda harus berasa selamat untuk berdoa,” kata Sayegh.

Ahli Majlis Paterson, Al Abdel-aziz, yang menyertai jemaah di masjid pada malam Ahad (9 Apr) untuk berdoa untuk kesihatan dan kesembuhan sepenuhnya buat Imam Elnakib.

“Saya sangat sedih mendengar kejadian tikaman yang berlaku semasa solat di masjid Omar awal pagi ini, dan hati saya terharu kepada semua orang yang terjejas oleh peristiwa tragis ini,” tulis ahli majlis Abdel-aziz di laman Facebooknya.

“Walaupun tidak jelas apa yang mendorong penyerang, tidak ada justifikasi untuk sebarang jenis keganasan, terutamanya dalam ruang suci (masjid) ini.

“Saya berasa lega apabila mendengar bahawa Imam Sayed Elnakib berada dalam keadaan stabil, dan mendoakan agar beliau sembuh sepenuhnya dan cepat. Harap maklum bahawa fikiran dan doa saya bersama dia dan keluarganya semasa masa yang sukar ini.” tambahnya.

Menurutnya lagi, sebagai sebuah komuniti, adalah penting untuk semua bersatu untuk menyokong satu sama lain dan mengecam semua bentuk kebencian dan keganasan. 

“Saya menggalakkan semua orang untuk menghubungi satu sama lain untuk keselesaan dan sokongan, dan berusaha ke arah mewujudkan persekitaran yang selamat dan mesra untuk semua yang memasuki masjid anda,” ungkapnya.

Dari segi populasi, hampir satu pertiga daripada 158,000 keseluruhan penduduk Paterson, di New Jersey itu adalah beragama Islam dari keturunan Arab. – HARAKAHDAILY 11/4/2023 

Wajah suspek yang berjaya ditahan selepas terbabit dalam serangan pisau ke atas Imam masjid di Paterson, New Jersey ketika solat Subuh pada 9 April 2023. (FOTO: Pejabat Pendakwa Raya New Jersey/Arab News)


 2. 
Suspek ditahan lakukan jenayah kebencian di masjid Toronto 
Persatuan Islam Markham (ISM) mendakwa suspek telah menerjah masuk ke dalam masjid di Markham, Toronto, Kanada sebelum mengoyak al-Quran dan memaki hamun jemaah Toronto Kanada dalam kejadian pada 6 April 2023. (FOTO: Arab News)

ONTARIO: Seorang suspek lelaki telah ditahan pihak berkuasa Kanada selepas apa yang mereka labelkan sebagai ‘insiden bermotifkan kebencian’ di sebuah masjid di wilayah Ontario.

Dalam kenyataan pada Ahad (9 Apr), pihak polis berkata dalam kejadian pada Khamis (6 Apr) lalu, suspek didakwa telah memandu ke arah seorang jemaah dan menjerit yang berbunyi ugutan serta cemuhan terhadap agama Islam, lapor Arab News.

“Insiden itu berlaku di bandar Markham manakala suspek, Sharan Karunakaran, 28, kemudian ditahan di Toronto,” ujar Polis Wilayah York, di sini dalam satu kenyataan.

Sementara, Menteri Perdagangan Kanada, Mary Ng mengecam kejadian itu dan menyifatkan ia sebagai jenayah kebencian, dengan mengatakan perkara itu  tidak mempunyai tempat dalam masyarakat Kanada.

“Keganasan dan Islamofobia ini tidak mempunyai tempat dalam komuniti kami,” kata Ng Kanada, yang juga merupakan ahli parlimen tempatan, dalam reaksinya terhadap insiden itu.

Sehubungan itu, Persatuan Islam Markham (ISM) berkata seorang individu telah memasuki masjid di Markham, 30 kilometer di  utara Toronto, pada hari kejadian dan telah mengoyakkan kitab suci al-Quran dan memaki hamun jemaah. 

Kenyataan polis yang dikeluarkan pada Ahad bagaimanapun tidak menyebut kejadian  al-Quran dikoyak suspek di masjid tersebut.

Insiden itu berlaku semasa bulan suci Ramadan, ketika beribu-ribu jemaah berpusu-pusu ke masjid  di Markham.

Polis menambah bahawa mereka mendakwa suspek atas sabit kesalahan mengeluarkan ugutan, menyerang dengan senjata dan memandu secara berbahaya. 

Suspek dijadualkan dihadapkan di  Mahkamah Keadilan Tinggi Ontario di Newmarket pada  Selasa (11 Apr). – HARAKAHDAILY 10/4/2023


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Serangan di Masjid N/Jersey & Toronto.. Suspek (gambar bulatan merah di atas) sedang menyerang..

Ini juga adalah sikap biadap antarabangsa seperti disebutkan. Sebenarnya ia adalah usaha Islamfobia puak-puak tertentu di barat untuk menghapuskan agama Islam. Contoh terdekat, sila lihat di Afghanistan sejak beberapa tahun lalu Islamfobia barat tetap diteruskan untuk hancurkan Afghanistan.  

Difitnahkan, konon 'Perhimpunan wanita Afghanistan dalam protes yang diluluskan Taliban'Tapi sebenarnya tuntutan wanita Afghanistan bila diteneliti adalah:

(i) 'tunjuk perasaan memprotes sekatan ke atas Taliban.'

(ii) 'menyeru Barat untuk membebaskan pembekuan aset negara ketika krisis kemanusiaannya semakin mendalam.'

(iii) Beberapa orang memegang sepanduk bertulis: "Kami wanita Afghanistan menyokong Emiriah Islam," (mahu kerajaan Islam)

(iv) Sepanduk juga menyeru Washington untuk membuka akses kepada AS$9.5 bilion (RM39.81 bilion) dalam aset bank pusat Afghanistan. 

(v) "Mereka yang bertindak bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kebangsaan negara bukanlah wakil wanita Afghanistan..."

Lagi Islamfobia 'syaitan barat' untuk hancurkan  Afghan  ..

Kesimpulan

Di Malaysia ada puak-puak anti Islam yang menyalin balik kegiatan Islamfobia di barat, melaksanakan di sini, untuk menutup kegagalan dan kejahilan mereka, yang bersembunyi dibawah tempurung sempit perkauman kecinaan komunis yang sia-sia..

Sekian, harap maklum.

Ini, kerajaan Islam contoh di Malaysia.. Sila teliti!

 


1. Kelantan, Terengganu model diketengah PN di peringkat pusat

AMPANG: Kelantan dan Terengganu merupakan model keadilan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang akan diketengahkan di peringkat persekutuan apabila mendapat sokongan rakyat pada pilihan raya akan datang. 

Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, pemerintahan kedua-dua negeri tersebut bebas rasuah yang merupakan prinsip utama perjuangan PN.

“Lihat Kelantan yang diperintah PAS sejak lebih 30 tahun masih dinobatkan sebagai negeri pengurusan kewangan yang terbaik di peringkat negara,” katanya pada persidangan media di Hotel Grand Barakah semalam. (Foto atas)

Menurut beliau, kejayaan tersebut boleh dijadikan sebagai jaminan bahawa rakyat akan mendapat manfaat yang sama sekiranya PN menang dalam PRN tidak lama lagi.

“Dalam pemerintahan kami amat menekankan pemerintahan yang bersih iaitu tiada rasuah sebagai asasnya,” katanya yang juga Adun Sijangkang dan ahli parlimen Kuala Langat.

Beliau turut menambah PN akan berusaha untuk membina masyarakat pelbagai kaum yang mempunyai sifat toleransi serta hormat-menghormati antara satu sama lain walaupun perbezaan agama.

Beliau turut menolak dakwaan yang menyatakan kononnya PAS sebuah parti yang bersifat perkauman.

“Sekiranya sesiapa mengenali PAS mereka akan melihat apa yang dilabelkan oleh pihak lawan itu berbeza dengan realiti sebenar dan di Kelantan sendiri sebagai bukti kebajikan masyarakat berbeza agama dan bangsa dijaga PAS dengan baik,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/4/2023


2. Kelantan pupuk tunjang keimanan, ketakwaan dalam pentadbiran 


PASIR PUTEH: Ramadan merupakan wadah terbaik untuk memperkemaskan jentera parti bagi menghadapi persediaan termasuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Jun depan.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, pemerintahan PAS di Kelantan yang sudah menjangkau usia lebih 30 tahun perlu dipertahankan dengan penuh rasa keimanan dan ketakwaan.

“Pada Jun nanti insya-Allah kita akan bubarkan Dun untuk PRN15 bagi negeri-negeri, untuk itu persiapan terakhir Ramadan kali ini diharap kita mendapat faedah daripada keberkatan Ramadan untuk membina kekuatan iman dan rasa sayang kepada pentadbiran kerajaan sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada program penghayatan Nuzul al Qural dan Badar al Kubra di Padang Majlis Daerah Pasir Puteh di sini malam tadi.

Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, tunjang keimanan serta ketakwaan sentiasa dipupuk dan dilaksanakan dalam pentadbiran kerajaan negeri sejak sekian lama.

Menurutnya selain program sedemikian banyak lagi program yang berbentuk keagamaan dibuat bagi mengekalkan kesedaran rakyat terhadap kepentingan menjaga agama dalam kehidupan harian.

“Setelah kita berjalan selama ini kita nak tunjang inilah apa yang kita adakan program-program seperti Badar al Kubra dan Nuzul al Quran, kalam allah yang bermukjizat.

“Maka apa yang kita anjurkan ini untuk memberi cetusan kesedaran berpanjangan dalam kalangan rakyat untuk kita bersama-sama mempertahankan bumi Kelantan,” katanya.

Menurutnya umat Islam terus gagah ketika berperang walaupun sedang berpuasa seperti yang berlaku dalam beberapa siri peperangan selain Badar al Kubra, Ain Jalut dan perang Mesir dan Israel 1973.

Beliau berkata, ia menjadi sebab kenapa penat dan lelah ketika berpuasa bukan menjadi halangan utama untuk terus istiqamah selain kerjasama dan muafakat utuh antara pihak dalam Islam. – HARAKAHDAILY 9/4/2023


3. Semakin kecil Umno di mata PH Selangor 

SETIAUSAHA (SU) PH Selangor sebagaimana dipetik HMetro menafikan ada kerusi PH akan dikorbankan di Selangor buat rakan baru mereka yakni Umno.

Sebelum itu FMT melaporkan konon PH termasuk DAP akan korbankan kerusi selamat mereka seperti Sg Pelek dan Kota Kemuning untuk ditandingi Umno.

Jika benar pula penafian ADUN Paya Jaras yang juga SU PKR Selangor ini, makin tersepitlah Umno dan gelaplah masa depan mereka di Selangor.

Saya secara peribadi memang tidak yakin PKR mahu pun DAP akan korbankan mana-mana kerusi-kerusi disandang mereka untuk mudah-mudah ditandingi Umno. 

PH Selangor tidak perlu pada Umno pun untuk memerintah. Mereka memerintah selesa apa perlu pada Umno yang terpalit pelbagai skandal itu.

Pasti laporan FMT dan khabar angin yang bertiup adalah hasil mainan saraf Umno.

Sejak merobohkan Muafakat Nasional dan memilih ‘bersyarikat’ dengan PH yang di dalamnya ada DAP, hidup Umno makin kacau khasnya di Selangor.

PRU Parlimen 15 baru-baru ini buktikan pengundi Melayu termasuklah di Selangor dambakan penyatuan dan kesatuan kuasa politik umat Melayu Islam. 

Mereka tak sanggup lihat umat Melayu berpecah. Mereka mahukan politik Penyatuan Ummah kerana itu hampir 56 peratus pengundi Melayu memberi undi pada calon-calon PAS dan BERSATU yang bernaung bawah PN.

Calon PN Kuala Langat umpamanya menang dengan sokongan padu lebih 72 peratus undi Melayu.

Umno tersilap langkah angkara dibawa mengejar agenda peribadi Presidennya yang diselaputi masalah peribadi. Kesilapan ini bakal dibayar dengan harga yang mahal dalam PRN ke-15 nanti.

PH pun tak perlu Umno di Selangor, rupanya hidung tak mancung maka tersorong-soronglah pipi ke sana ke mari.

ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR
Setiausaha Perhubungan
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 10/4/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini, kerajaan Islam contoh di Malaysia..

Al-hamdulillah, kini terbentang di hadapan kita 2 bentuk kerajaan melalui pilihan raya di negara ini.

Satu: kerajaan Islam

(i) Kelantan dan Terengganu merupakan model keadilan kerajaan PN yang akan diketengahkan di peringkat persekutuan. Mempersembahkan pemerintahan bebas rasuah yang merupakan prinsip utama perjuangan PN.

(ii) PN akan berusaha untuk membina masyarakat pelbagai kaum yang mempunyai sifat toleransi serta hormat-menghormati antara satu sama lain walaupun perbezaan agama.

(iii) Umat Islam terus gagah ketika berperang walaupun sedang berpuasa, seperti peperangan Badar al Kubra, Ain Jalut dan perang Mesir dan Israel 1973. Maka dari pengkalan berpuasa inilah PAS Malaysia bertolak untuk mnegakkan sebuah negara Islam.

Dua: Kerajaan bukan Islam.

Iaitu kerajaan yang tidak berasaskan agama Islam. Bahkan wujudnya pun untuk anti Islam. Kadang-kadang menjadi penentu dan induk kepada parti-parti Melayu yang mengaku Islam, tetapi bertindak tidak selaras dengan Islam.

Sekian. Undi di tangan anda. 

Polis rogol ibu tunggal sama b/ADUN DAP rogol amah?

 

Gambar hiasan..

1. Dakwaan rogol dalam lokap, reman Inspektor polis disambung 
Suspek merupakan pegawai penyiasat dalam kes berkenaan dan didakwa memaksa mangsa melakukan hubungan seks sebagai dorongan untuk melepaskan mangsa. - Gambar fail

KOTA BHARU: Perintah tahanan reman ke atas seorang anggota polis yang juga pegawai penyiasat narkotik berpangkat Inspektor disambung selama tiga hari lagi bermula hari ini.
Perintah reman berkenaan dikeluarkan oleh Penolong Mendaftar Mahkamah Kota Bharu, Amni Johari di Mahkamah Majistret Kota Bharu di sini pagi tadi.
Sebelum ini anggota polis terbabit direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rogol ke atas seorang tahanan wanita berstatus ibu tunggal.
Dia yang berusia 29 tahun didakwa melakukan perbuatan tersebut semasa mangsa yang berusia 27 tahun itu ditahan di lokap bagi membantu siasatan berhubung satu kes rampasan dadah.
Mangsa yang mempunyai dua anak itu sebelum itu ditahan bersama bekas suaminya dalam serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kota Bharu pada Jumaat lepas.
Mangsa bersama bekas suaminya itu direman di lokap balai polis Pengkalan Chepa selama tujuh hari untuk siasatan berkaitan rampasan dadah.
Suspek merupakan pegawai penyiasat dalam kes berkenaan dan didakwa memaksa mangsa melakukan hubungan seks sebagai dorongan untuk melepaskan mangsa.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabie.

2. Rogol pembantu rumah, ADUN Tronoh kena jel 13 tahun, 2 sebatan  
IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong dihukum penjara 13 tahun dan dua sebatan selepas didapati bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia, tiga tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Choo Kiong, 51, yang juga Bendahari Parti Bangsa Malaysia (PBM) berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan seperti diperuntukkan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.
Mahkamah Tinggi sebelum ini, mengarahkan bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak itu memasukkan penyataan pembelaan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie, pada 6 Disember lalu.
Komen Weblog Ibnu HasyimPolis rogol ibu tunggal sama b/ADUN DAP rogol amah?
Inspektor polis yang dituduh merogol itu tidak dapat mengelak dari bekas jawatannya sebagai polis, tapi bekas pemimpin DAP bila ternyata merogol amah itu tiba-tiba pula berjawatan Bendahari Parti Bangsa Malaysia (PBM). Tiada nama DAP.
Itukah realiti domokrasi di Malaysia? 

Lagi, mabuk punya hal, biadap pada wanita berbuka. & Biadap antarabangsa..

 

Tangkap layar video viral kejadian seorang lelaki menghalang seorang wanita daripada mengalih kenderaannya selepas membeli juadah berbuka puasa di Bandar Springhill petang semalam.

1. Lelaki biadap terhadap wanita beli juadah berbuka puasa, ditahan polis

PORT DICKSON: Tindakan biadap seorang lelaki yang dipercayai mabuk dan enggan berganjak, walaupun diminta mengalihkan kenderaan yang menghalang kenderaan di hadapan sebuah kedai serbaneka dekat Bandar Springhill di sini petang semalam, ditahan polis petang tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, susulan satu laporan polis dibuat seorang wanita selepas video berdurasi 34 saat dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @nanmanjoi8715.

"Dalam video itu yang memaparkan seorang individu menghalang sebuah kereta keluar daripada tempat meletak kenderaan sambil mengeluarkan kata-kata lucah terhadap seorang wanita.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana dipercayai mengaibkan kehormatan serta mengeluarkan perkataan tidak sopan di khalayak awam.

"Saringan awal urin terhadap lelaki itu adalah negatif dan tiada rekod kesalahan lampau," katanya dalam satu kenyataan media di sini tadi.

Aidi Sham meminta orang ramai tidak mencetuskan kegusaran awam dengan viral video itu serta memberikan komen yang boleh menggugat ketenteraman awam kerana boleh menyalahi Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam tular satu video kejadian sekitar jam 6.30 petang apabila seorang wanita yang bernama Tir Thira dalam media sosial Facebook.

"Wanita itu yang mahu keluar selepas membeli juadah berbuka puasa sudah, cuba menegur lelaki itu yang duduk dalam sebuah kereta jenis Perodua Kelisa yang menghalang kenderaannya.

"Dengan penyebaran video itu, ia mendapat perhatian netizen dan masing-masing berasa marah dengan lelaki itu yang cuba bersikap biadap selain mengeluarkan kata-kata yang berunsur lucah," katanya.(BH)


2. Larangan wanita bekerja, PBB dipaksa buat 'pilihan mengecewakan' 

Golongan wanita kini tidak dibenarkan untuk bekerja dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - Foto AGENSI

KABUL: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terpaksa membuat 'pilihan yang mengecewakan' sama ada meneruskan operasi di Afghanistan, susulan kerajaan Taliban melarang wanita bekerja untuk pertubuhan itu.

Di bawah syarat ketat pihak berkuasa Taliban sejak rampasan kuasanya, kerajaan Afghanistan mengenakan sekatan ke atas kaum wanitanya dengan melarang mereka mendapat pendidikan tinggi serta menghalang bekerja dalam sektor kerajaan.

Pada Disember lalu, mereka melarang wanita Afghanistan bekerja untuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sama ada di dalam atau luar negara dan kini larangan itu diperluaskan ke pejabat PBB seluruh negara.

PBB dalam satu kenyataan hari ini berkata, larangan itu melanggar undang-undang antarabangsa termasuk piagam PBB dan disebabkan itu, pertubuhan berkenaan tidak dapat mematuhinya.

Melalui larangan itu, pihak berkuasa Taliban memaksa PBB untuk membuat pilihan yang mengecewakan sama ada kekal dan memberikan sokongan kepada rakyat Afghanistan atau berpegang pada prinsip yang ditetapkan.

Ketua misi wanita PBB, Roza Otunbayeva, berkata pihaknya sudah memulakan 'semakan operasi' bagi memutuskan langkah seterusnya.

"Adalah jelas bahawa sebarang kesan negatif daripada krisis ini kepada rakyat Afghanistan akan menjadi tanggungjawab pihak berkuasa," katanya.

Badan dunia itu menggajikan kira-kira 400 wanita Afghanistan di negara itu.

Penyelaras kemanusiaan PBB di Afghanistan, Ramiz Alakbarov, berkata tiada pihak berkuasa yang boleh memberikan arahan kepada pertubuhan itu berkaitan pengambilan pekerjanya.

Selain melarang wanita bekerja dalam sektor kerajaan, NGO serta PBB, pihak berkuasa itu turut menghalang wanita mendapat pendidikan di sekolah menengah, menghalang mereka melancong tanpa saudara lelaki dan diarah menutup muka dengan burqa ketika di luar rumah.

Mereka juga diharamkan untuk mendapat pendidikan di universiti, tidak dibenarkan memasuki taman, gimnasium atau tempat mandi awam. - AFP 


Komen Weblog Ibnu HasyimLagi, mabuk punya hal, biadap pada wanita berbuka. & Biadap antarabangsa..

Biadap antarabangsa sebenarnya adalah usaha Islamfobia puak-puak tertentu di barat untuk menghapuskan agama Islam. Contoh terdekat, sila lihat di Afghanistan sejak beberapa tahun lalu Islamfobia barat tetap diteruskan untuk hancurkan Afghanistan.  

Difitnahkan, konon 'Perhimpunan wanita Afghanistan dalam protes yang diluluskan Taliban'Tapi sebenarnya tuntutan wanita Afghanistan bila diteneliti adalah:

(i) 'tunjuk perasaan memprotes sekatan ke atas Taliban.'

(ii) 'menyeru Barat untuk membebaskan pembekuan aset negara ketika krisis kemanusiaannya semakin mendalam.'

(iii) Beberapa orang memegang sepanduk bertulis: "Kami wanita Afghanistan menyokong Emiriah Islam," (mahu kerajaan Islam)

(iv) Sepanduk juga menyeru Washington untuk membuka akses kepada AS$9.5 bilion (RM39.81 bilion) dalam aset bank pusat Afghanistan. 

(v) "Mereka yang bertindak bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kebangsaan negara bukanlah wakil wanita Afghanistan..."

Lagi Islamfobia 'syaitan barat' untuk hancurkan  Afghan  ..

Kesimpulan

Di Malaysia ada puak-puak anti Islam yang menyalin balik kegiatan Islamfobia di barat, melaksanakan di sini, untuk menutup kegagalan dan kejahilan mereka, yang bersembunyi dibawah tempurung sempit perkauman kecinaan komunis yang sia-sia..

Sekian, harap maklum.

Lelaki muat naik ciapan berbaur perkauman ditahan

 


Lelaki muat naik ciapan berbaur perkauman ditahan

KUALA LUMPUR: Selepas hampir enam hari diburu, seorang lelaki ditahan dipercayai memuat naik ciapan berunsur perkauman yang boleh menimbulkan isu ketenteraman awam.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Komisioner A Skandaguru berkata, suspek ditahan oleh sepasukan pegawai Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman jam 6.30 petang di sekitar ibu negara.

"Tangkapan membabitkan individu bernama Roslizal Razali yang dipercayai memuat naik ciapan di Twitter @RezaRazali.

"Pihak polis turut merampas komputer riba dan telefon bimbit bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, antara kesalahannya mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 iaitu mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut serta Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum.

"Suspek turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

"Pihak polis akan mendapatkan permohonan reman hari ini," katanya. (BH)

BERITA BERKAITAN

Sekian.

Tuesday, April 11, 2023

Anwar akui tuntutan China atas wilayah M'sia?


Komen Rakyat dalam blog ini..

13 comments:

1 Anonymous said...

Awas perkataan yang keluar dari mulut barua DAP@ LeeKwanYew kena perlu berhati hati.. ada udang di sebalik batu...

Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee berkata bekas perdana menteri itu sepatutnya lebih faham keadaan yang sebenar.

Muhyiddin memberi amaran bahawa kenyataan Anwar itu secara tidak langsung boleh dianggap memperakui tuntutan China terhadap kawasan yang sudah sah merupakan wilayah Malaysia.

Perihal hubungan antarabangsa, ia melibatkan urus tadbir, pertemuan, dan timbang tara untuk menyelesaikan, atau setidak-tidaknya mengendurkan ketegangan dalam sesuatu isu, termasuk tuntutan bertindih di Laut China Selatan,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Lee berkata Muhyiddin ‘menjejaskan’ kedaulatan negara apabila mengkritik Anwar mengenai hubungan Malaysia dan China.

2 Anonymous said...

Bila nak tangkap Zety Taufik Ayman dan Jho Low...!?

3 Kilau Mat said...

Warga yang sayangkan negara akan sentiasa mempertahankan kedaulatan negara mereka. Bagi yang menumpang senang dan cari kekayaan di negara tersebut akan cabut lari ke negara lain apabila berlaku sesuatu musibah ke atas negara tersebut.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails