Monday, May 24, 2021

PKPD: Terengganu salur RM400,000 bantu penduduk. P.Pinang?

 

KUALA TERENGGANU: Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 15 mukim di daerah Besut, kerajaan negeri bersetuju menyalurkan bantuan sebanyak RM400,000 kepada penduduk terjejas.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, peruntukan itu diluluskan sebaik sahaja Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meninjau perkembangan PKPD di daerah terbabit semalam.

“Kerajaan negeri sangat mengambil cakna tentang perkembangan Covid-19 dalam negeri ini, terutamanya Besut yang telah dikenakan PKPD yang berkuatkuasa bermula semalam sehingga 4 Jun.

“Oleh yang demikian, kerajaan negeri telah bersetuju memperuntukkan sumbangan RM400,000 kepada penduduk terjejas di kawasan yang dikenakan PKPD.

“Diharapkan bantuan tersebut dapat membantu rakyat yang terjejas terutama dari sudut ekonomi sepanjang tempoh PKPD dikenakan,” katanya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau menyeru agar seluruh rakyat Terengganu untuk terus berdisiplin dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.

“Seluruh rakyat Terengganu sama-samalah kita menjaga diri dan keluarga. Ikuti SOP yang ditetapkan, dan menyokong saranan lockdown kendiri sebagai langkah mengekang Covid-19 di saat ini,” tambah beliau. – TRDI.my

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan DAP Pulau Pinang ada buat begitu kepada rakyatnya? Kalau 'upah jilat' kepada barua-baruanya, mungkin ada. Tetapi kalau kepada rakyatnya yang susah belum ada maklumat lagi. 

Takkanlah tak ada orang bukan Melayu atau orang Melayu yang susah di Pulau Pinang, seperti pek lanca, Mutusamy, buruh pelabuhan, atau petani-petani yang sudah lali dengan busuk tahi babi, dan lain-lain. Harap maklum.

'Seluruh Dunia Perlu Tahu Apa itu Israel'. -Presiden Erdogen

 

1. Erdoğan: 'Seluruh Dunia Perlu Tahu Apa itu Israel'. 

Presiden Recep Tayyip Erdoğan menyatakan bahawa mereka akan memberitahu seluruh dunia apa itu Israel,

''Seluruh dunia perlu tahu apa itu negara pengganas Israel." Katanya.

Presiden Erdoğan berucap di Majlis Perasmian Persimpangan Habipler Junction-Hasdal Lebuh raya Marmara Utara.

Merujuk kepada penganiayaan Israel terhadap rakyat Palestin dalam ucapannya, Presiden Erdoğan mengatakan;

"Kami akan memberitahu seluruh dunia apa itu Israel. Seluruh dunia harus tahu apa itu negara pengganas Israel."

"Semua orang yang ditindas di dunia sedang menunggu hari ketika Turki yang kuat akan berdiri dan bangkit.'' Kata Presiden Erdoğan bercakap terutama kepada golongan muda.

"Kami bertekad untuk menyampaikan Turki ke tujuannya dengan melintasi jambatan yang kami bina dari masa lalu dengan kasih sayang dan penuh semangat." Katanya.


2. Hamas Puji Sikap Turki Menyokong Rakyat Palestin

Izzat al-Rashak anggota Biro Politik Hamas, menyatakan bahawa semasa serangan Israel ke atas Gaza, Turki membalikkan panah beracun bagi mereka yang mengabaikan kejahatan yang dilakukan oleh penjajah Zionis.

Membuat kenyataan menerusi akaun Twitternya selepas gencatan senjata antara Israel dan Hamas, Rishk membuat penilaian terhadap negara-negara yang menyokong mereka semasa serangan.

Rishk menyatakan bahawa Turki membawa bendera Jerusalem di semua platform antarabangsa dan membalikkan anak panah beracun mereka yang cuba mengabaikan kejahatan yang dilakukan oleh penjajah Zionis.

Rishk juga menyatakan bahawa Qatar dan Mesir sedang berunding untuk menghentikan darah rakyat Palestin, sementara Iran berpihak kepada penentangan baik dari segi senjata maupun kewangan.

3. Poland akan Beli Bayraktar TB2 dari Turki 

Poland akan membeli 24 unit kenderaan udara tanpa pemandu bersenjata (SIHA) Bayraktar TB2 dari Turki. Telah diumumkan bahawa penghantaran pertama akan dilakukan pada tahun 2022.


Perjanjian itu dijangka ditandatangani semasa lawatan Presiden Poland, Andrzej Duda ke Turki pada 24-25 Mei. Menteri Pertahanan Poland, Mariusz Blaszczak secara rasmi telah memaklumkan bahawa negaranya akan membeli 24 unit Bayraktar TB2 dengan peluru anti-kereta kebal.


"Kami merundingkan perjanjian untuk membeli 24 unit Bayraktar TB2 yang dilengkapi dengan 4 set, iaitu peluru anti-kereta kebal," kata Blaszczak yang menyertai program sebuah radio.

"Kami memperkuat tentera Poland dengan Bayraktar. Senjata yang terbukti, senjata yang berkesan untuk mencegah penyerang," puji Blaszczak, yang menekankan bahawa perjanjian itu juga termasuk pakej logistik dan latihan.


Selepas Bayraktar TB2 sampai di Poland, buat kali pertama ahli NATO membeli SIHA dari Turki.

(IH)


Sunday, May 23, 2021

Kerana pertahan tudung wartawan Palestin, beberapa pemuda ditangkap ttentera.

 


Wartawan Palestin menangis, meraung tudung ditanggal askar Israel

LATIFAH Abdul Latif merupakan seorang wartawan Palestin yang membuat liputan di Al-Quds sejak 2015.
Wanita kental ini sudah lali dipukul tentera Zionis, ditembak, dibaling bom tangan, dimaki, ditendang sepanjang kariernya itu dalam mendapat berita.

Bayangkan Latifah sudah berkali-kali berdepan ancaman itu.“Tapi mengapa pada Selasa baru-baru ini dia menangis teresak-esak? 

Kerana waktu Latifah sedang membuat liputan, seorang tentera zionis wanita menarik tudungnya tanpa sebab. Latifah sudah lali dipukul tentera Zionis, ditembak, dibaling bom tangan, dimaki, ditendang sepanjang kariernya itu dalam mendapat berita.

“Dia kemudian meraung minta tudungnya dikembalikan. Terdengar jeritan itu, beberapa pemuda Palestin menolak semua tentera Zionis dan membuat bulatan supaya Latifah berjaya memakai tudungnya semula. 
“Tapi akibatnya, tentera Zionnis menangkap pemuda Palestin yang telah membelanya,” tulis pendakwah bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani yang memetik kisah itu di laman Facebook Pas Jordan.

Mengulas lanjut, Ahmad Dusuki turut membandingkan dengan wanita Islam yang ada berasa bangga mempamer aurat dengan senyuman.

“Kita wanita di Malaysia pula bagaimana? Ada yang bangga mempamerkan aurat dengan penuh senyum tawan. 

“Semoga Allah Maha Rahman memberikan hidayah dan mengekalkan kita istiqamah menutup aurat dengan sempurna. Amin,” tulisnya lagi. MG

Eksport minyak sawit negara meningkat.

 

KUALA LUMPUR: Nilai eksport minyak sawit negara meningkat sebanyak 26.9 peratus iaitu RM17.12 bilion untuk tempoh Januari hingga April 2021 berbanding RM13.49 bilion dalam tempoh yang sama pada 2020.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata faktor yang menyumbang kepada peningkatan itu adalah kenaikan harganya dan lelemak saingan yang lain di pasaran dunia.

Beliau berkata, dengan prestasi itu, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) yakin sasaran eksport sawit sebanyak RM75 bilion tahun ini mampu dicapai dengan sokongan program baharu kementerian.

Program terbabit ialah inisiatif tambahan dalam bentuk geran padanan sebanyak RM20 juta melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang memanfaatkan 65 Koperasi Penanaman Sawit Mampan (KPSM) dan geran padanan RM30 juta untuk menggalakkan pelaburan dalam mekanisasi serta automasi.

"Program ini akan meningkatkan pembelian jentera dan amalan mekanisasi dalam industri komoditi itu.

"Ia disokong dengan pembabitan KPSM secara aktif dan dijangka menjana pendapatan yang lebih tinggi kepada semua pengusaha sawit termasuk pekebun kecil di seluruh negara," katanya dalam satu kenyataan.

Industri minyak sawit Malaysia adalah sektor ekonomi utama yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Pada 2020, industri ini menyumbang sejumlah RM73.25 bilion daripada hasil eksport dengan sumbangan KDNK sebanyak 3.6 peratus.

Malaysia juga menyumbang sebanyak 26 peratus kepada pengeluaran minyak sawit dunia serta 34 peratus kepada jumlah eksport minyak sawit dunia pada 2020.

"Cabaran pandemik COVID-19 dijangka berterusan sepanjang tahun ini. Bagaimanapun, KPPK akan terus gigih mendepaninya dalam usaha membangunkan industri agrikomoditi yang juga penyumbang signifikan kepada ekonomi negara dan pemangkin kepada peningkatan pendapatan rakyat di luar bandar.

"Kementerian yakin dan percaya bahawa peranan itu mampu digalas demi mencapai hasrat kerajaan serta rakyat," katanya.

-BERNAMA

Pertandingan Miss Universe 2021 tiada dari M'sia, Al-hamdulillah! Tapi..

 

DILAPORKAN agak lama juga Pertandingan Miss Universe 2020 ditunda dan akhirnya ia diadakan pada 16 Mei 2021 di Florida, Amerika Syarikat. 

Dalam acara tersebut, terdapat satu pusingan yang dipanggil ‘preliminary competition‘ yang akan menjadi salah satu penentu untuk ke pusingan yang seterusnya. Kebiasaannya pada pusingan ini, peserta yang mewakili negara masing-masing akan memakai tiga kostum iaitu baju renang (bikini), pakaian kebangsaan dan gaun malam (night dress)....

Namun, yang paling dinanti-nantikan adalah pusingan untuk kostum baju renang atau bikini yang akan digayakan oleh kesemua peserta. Tahun ini, setiap peserta akan bertanding untuk mempersembahkan penampilan terbaik mereka dengan memakai bikini. 

Tidak hairanlah, jika ramai netizen kagum gila babi, atau gila macam perangai babi, dengan gaya yang diberikan oleh para peserta. Dari cara mereka berjalan hinggalah ke bentuk badan mereka. Antara negara terlibat.. , , , , , , , ,  u,  ...

Al-hamdulillah, tak nampak pun nama ratu cantik dari negara Malaysia, negara umat Islam. Tetapi dari negara umat Islam terbesar di dunia, Indonesia, memang ada. Na'auzubllahi min zalik!

Presiden PAS: Amaran &Saranan Kepada Rusia China..

 


1. Israel tidak akan berhenti termasuk tawan Makkah, Madinah

KUALA LUMPUR: Kerugian RM8 bilion di pihak Israel dalam perang terbaru dengan Palestin adalah jumlah yang kecil kepada negara itu kerana mendapat dukungan Zionis antarabangsa.

Bahkan Israel juga disokong bank-bank di Amerika dan Eropah yang membiayainya, namun tetap kalah dari segi ketenteraan, demikian ulas Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Menurut beliau, gencatan senjata diminta supaya Israel mempunyai peluang untuk membina kekuatan semula, tetapi negara haram itu tidak membenarkan HAMAS berbuat demikian.

“Kalau dia (Israel) gencatan senjata boleh bina kekuatan, kita (HAMAS) juga mesti bina kekuatan kita mengikut kemampuan kita,” ujar beliau yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah.

Menjelaskan dari sudut sejarah, tegas beliau, Israel sebenarnya yang bertindak menubuhkan kumpulan-kumpulan pengganas dengan membuat banyak keganasan dan tindakan agresif.

Beliau bersiaran di rancangan Ruang Bicara Khas BERNAMA membicarakan tajuk Malaysia Bersama Palestin: “Perjuangan Tidak Bernoktah, Sokongan Tidak Bermusim” dihoskan Sherkawi Jirim, malam tadi.

Ditanya mengenai peranannya sebagai Duta Khas, jelas Tuan Guru, beliau hanya menyambung tugas telah dilaksanakan sejak sebelum ini lagi menyelesai dan mendamaikan konflik di Timur Tengah.

Usaha sebelum berlaku kebangkitan Arab Spring itu jelasnya, telah dimbil bersama penglibatan Kerajaan Malaysia yang bertemu Negara Islam dan beliau pula bertemu sebahagian lain.

Peranan tersebut telah menyebabkan beliau dilantik sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia yang diketuai Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi dan berlangsungan menangani isu-isu berkaitan.

Beliau menyatakan keperluan Malaysia menyokong semua pihak di Palestin dan mengusahakan kesatuan Negara-negara Islam dan Arab dalam banyak aspek secara bersama.

Tuan Guru turut menegaskan kepentingan ekonomi dan teknologi untuk kekuatan umat dan Negara-negara Islam menghadapi ancaman musuh sebagaimana telah dihadapi dari Barat.

Tegas beliau, normalisasi Negara-negara Arab ke atas Israel adalah tindakan salah di mana hakikat sebenar ia ditaja Amerika semata-mata untuk kepentingan Israel yang tidak ikhlas kepada Arab.

Beliau juga tidak menolak pengaruh media hari ini di mana peringatnya banyak negatif yang melalaikan anak muda, oleh itu perlu dibawa mereka kepada kefahaman Islam dengan sebenarnya.

“Israel menguasai media sosial, ini mendukacitakan. Masuk di negara kita. Memainkan peranan yang negatif, yang menimbulkan masalah-masalah provokasi. Saya sebut satu nama, MalaysiaKini, yang lain saya tak mahu sebut nama. Ini peranan dia sangat aktif,” bidasnya.

Sehubungan itu beliau menggalakkan agar kefahaman dan mendapatkan maklumat yang betul dalam memanfaatkan teknologi maklumat dan media sosial mesti diadakan sebaiknya.

Beliau juga tidak menolak serangan siber dilakukan Israel, namun menaruh harapan kepakaran-kepakaran yang ada mampu menangani semua itu dengan jayanya.

Tuan Guru mengingatkan berdasar hadis akhir zaman betapa Israel tidak akan berhenti daripada cita-citanya hingga dapat menawan antara dua lautan iaitulah termasuk Makkah dan Madinah. – HARAKAHDAILY 23/5/2021

2. Presiden PAS saran Rusia, China jadi pihak tengah.

KUALA LUMPUR: Rusia dan China perlu mengambil alih peranan sebagai pihak tengah dalam konflik perang Israel-Palestin menggantikan Amerika Syarikat yang jelas berpihak kepada Israel.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Malaysia, Indonesia, Pakistan, Qatar, Arab Saudi, Mesir, Iran dan Turki perlu membuat tekanan menolak Amerika menjadi pihak tengah.

“Amerika tak layak jadi orang tengah dalam penyelesaian Palestin, bukan Amerika. Kerana Amerika berpihak, bukan dia duduk di tengah, dia duduk di hujung. Dia bekal senjata, dia anggap Palestin sebagai pengganas, nak jadi orang tengah?

“Biden (Presiden Amerika) ini walaupun pendekatan dia lain, saya anggap itu ‘dua wajah dalam satu Dollar’, sama saja pendekatan. Oleh sebab itu adalah lebih baik negara-negara Islam membuat tekanan,” gesanya.

Beliau yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bersiaran di rancangan Ruang Bicara Khas BERNAMA membicarakan tajuk Malaysia Bersama Palestin: “Perjuangan Tidak Bernoktah, Sokongan Tidak Bermusim” dihoskan Sherkawi Jirim, malam tadi.

Menurut beliau, sejak sekian lama Negara-negara Islam ditekan, dibuli dan gagal berfungsi dalam membela Palestin walaupun terdapat pelbagai inisiatif diusahakan di peringkat antarabangsa secara gabungan.

Pun demikian Palestin diiktiraf sebagai negara dan boleh hadir ke Perhimpunan Forum Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) serta menubuhkan kedutaan di banyak negara di mana bantuan dapat disalurkan.

Malah katanya, pilihan raya dapat diadakan di Palestin disertai PLO dan HAMAS, namun PLO yang berkuasa di Tebing Barat tetap dihalang dan disekat, manakala HAMAS dianggap pengganas oleh Amerika.

Bahkan Amerika bidasnya, tetap melakukan tindakan bertentangan Resolusi PBB dengan terus membawa masuk orang-orang Yahudi berhijrah datang ke Palestin dan membekalkan senjata kepada Israel.

“Terakhirnya Donald Trump (bekas Presiden Amerika) mengisytiharkan Baitul Maqdis ibu negara Israel. Ini sudah melanggar ‘two state solution’ kerana dalam dua negara itu Baitul Maqdis Timur adalah ibu negara Palestin, Israel dah langgar.

“Netanyahu yang jadi PM Israel telah bertindak apa yang dibuat oleh Biden dengan menyerang Baitul Maqdis dan menceroboh Masjidil Aqsa, menyentuh agama orang Islam bulan Ramadan. Dia tak kira bulan Ramadan. Dia ceroboh, pelampau Yahudi masuk berlaku pertempuran.

“Ini mencetuskan kebangkitan Palestin. Bila dia sentuh ini menyebabkan kebangkitan orang Kristian bersama, termasuk Yahudi-yahudi juga menentang, Yahudi kalangan kiri, termasuk Yahudi Ortodok. Apabila berlaku kebangkitan ini, Netanyahu bertindak.

“Ahli Kongres Amerika kata tindakan Netanyahu tidak bijak. Bahkan dua Ahli Parlimen Israel pun tak setuju tindakan ini. Netanyahu bertindak agresif menyerang Gaza. Serang Gaza tujuannya ialah untuk ‘highlight’ HAMAS ialah pengganas, dengan Jihad Islami.

“Israel serang dulu. Bila dia serang, apa yang berlaku bukan lagi lawan dengan senjata kecil, HAMAS dan Jihad Islami mempunyai senjata-senjata canggih dibekal oleh Iran dan negara-negara Islam. Apa yang berlaku ialah kumpulan Palestin semua bersatu, dan kebangkitan dalam Israel sendiri membantah termasuk Tebing Barat,” kupasnya.

Menurut beliau, Israel gagal mendapat kemenangan dari serangan darat dilancarkan dan mereka tidak berani meneruskannya dengan tindak balas dihadapi lalu meminta gencatan senjata diadakan.

Jelas beliau, Palestin memberi syarat yang pertama agar Israel hentikan dulu serangan dan kedua tidak mengganggu Masjidil Aqsa, kawasan penempatan Syeikh Jarrah bandar Baitul Maqdis.

Katanya, Palestin menegaskan supaya kawasan orang Islam yang hendak dirampas Israel agar jangan dikacau serta ketiga tidak mengganggu dan bertindak agresif terhadap orang-orang Palestin.

“Kemudian Israel pula bagi syarat, supaya Palestin tak dibekalkan senjata, dianggap pengganas. Dan Amerika juga mendukung apa yang dibawa oleh Israel ini. (Tetapi Amerika membekalkan senjata). Dengan sebab itu, pada pandangan saya, Amerika tak layak jadi orang tengah,” bidasnya. – HARAKAHDAILY 23/5/2021
(IH)

Enemy at the Gate: Bawak Otak Bukan Pisau. Komen 3 dalam 1..

 


3 comments:

Anonymous said...

Enemy at the Gate: Bawak Otak Bukan Pisau

Jika aku pemerintah.. Ucapkan Selamat Tinggal pada Singapura seluas Lombok atau Langkawi itu.

Tingkatkan perdagangan dengan Indonesia terutama di Kalimantan dan Pulau Sumatera, Vietnam dan Laos Kemboja dan Thailand terbaru projek Segenting Kra. Tinggalkan Singapura..!!

1. Tidak lagi beri muka lagi berlebih lebihan pada kaum pendatang terutama Kaum Cina dalam sebarang urusan dan pelaburan dalam hal ehwal kerajaan. Jho Low contoh di mana betapa lemahnya pemimpin Melayu di perkotak katikkan oleh kaum pendatang Cina Jho Low. Cukuplah 22 tahun 22 bulan beri muka berlebih lebihan pada kaum ini.

2. Cerita berfakta di mahkamah betapa lemah nya pemimpin2 Melayu dipermainkan oleh Cina Jho Low. Kesannya kaum pendatang ini bertepok tangan melihat pemimpin bangang ini yang dulu ultra Melayu sekarang jadi kuda tua mereka iaitu Tun dan pemimpin kerajaan bercakaran londeh melondeh sesama sendiri.

Mantapkan jaringan dan rangkaian Kesatuan Peniaga Melayu Islam di Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura. Lupakan Sungapura.!! Mengurang kan pergantungan kegiatan ekonomi di negara ini dengan billionaire kaum Cina.

Mengujudkan peluang ekonomi baru dan melahirkan 'beratus ratus billionaire' Melayu Islam di Malaysia. Memantapkan kerjasama Pertubuhan Peniaga Melayu Islam antara negara Brunai, Indonesia, Malaysia dan Singapura.

3. Mendidik billionaire Islam di negara masing masing supaya membantu lebih ramai anak anak Melayu. Mewujudkan proksi billionaire2 warganegara Melayu Singapura dengan bantuan peniaga Melayu Brunai, Malaysia dan Indonesia untuk menguasai semua sektor perniagaan di Singapura.

Singapura melakukan cara ini melalui proksi proksinya kaum Cina di Malaysia dan Indonesia. Apalah sangat dengan saiz titik merah Singapura itu dalam peta dunia kalau Malaysia dan Indonesia dapat menfaatkan dasar meritokrasi Singapura secara positif. Mencipta proksi billionaire Melayu Singapura menguasai ekonomi Singapura dengan bantuan Malaysia, Brunei dan Indonesia. Membeli saham saham syarikat dan equiti equiti di Bursa Saham Singapura melalui proksi ini.

4. Mengujudkan billionaire Melayu Singapura dengan kerjasama billionaire Melayu di Malaysia dan Indonesia dan Brunei. Gunakan dasar 'meritokrasi' Singapura secara positif dan dimanfaatkan sebaik mungkin. Lambat laun syarikat berdaya maju Singapura boleh dikuasai.

Mantapkan Kesatuan Perniagaan Melayu Islam akan menguntungkan peniaga Melayu di Malaysia Brunai dan Indonesia dan menguasai ekonomi Singapura yang kaya.

sambung..

Anonymous said...

sambungan..

5. Menerokai dan menguasai kek ekonomi Singapura melalui proksi billionaire Melayu atas dasar 'meritokrasi' negara Singapura. Singapura menguasai ekonomi Malaysia dan Indonesia melalui usahasama proksi kaum Cina yang bertaraf warganegara Malaysia, Indonesia menguasai ekonomi negara tersebut.

6. Apalah sangat Singapura yang berkeluasan seperti Pulau Langkawi dan Pulau Lombok. Strategi dan alasan Lee Kwan Yew melalui idea 'meritokrasi' & menghalang peluang orang Melayu Singapura dari meraih dan menguasai ekonomi Singapura.!? Bangsat sangatkah orang Melayu Singapura. Menguasai dasar 'meritokrasi' Singapura secara positif melalui proksi Melayu boleh menguasai semula Singapura.

7. Malaysia Brunai dan Indonesia perlu mengwujudkan billionaire Melayu Islam melalui proksi di Singapura meraih ekonomi nya jauh lebih menguntungkan Malaysia dan Indonesia Brunai sebenarnya. Melayu Islam Singapura perlu manfaatkan dasar kerajaan Singapura 'meritokrasi' secara positif dengan mengujudkan proksi peniaga utk menguasai ekonomi negara itu.

8. Mewujudkan pasukan pemantauan berkenaan fitnah jijik, adu domba dan batu api dari melaga laga pemimpin Melayu dan Islam di negara ini. Media Singapura terkenal dengan penyambung lidah Yahudi Zionis dalam menabur persepsi cerita fitnah jijik terutama negara Malaysia dan Indonesia. Saya ulangg 'Lupakan Singapura'

9. Menghapuskan judi online, kegiatan along dan kartel kartel haram kaum ini yang sudah lama bertapak di Malaysia ini. Kalau laman web sugar book boleh di sekat kenapa judi online tidak boleh disekat..

10. Malaysia Indonesia Brunai perlu kuasai ekonomi Singapura bersaiz dng membeli saham2 di semua sektor dan equiti2 sebanyak mungkin melalui proksi peniaga Melayu Singapura.

Minggu ini solidariti Malaysia, Indonesia dan Brunai mengutuk sekeras keras nya keganasan regim Isreal Zionis terhadap Palestine. Singapura diam bisu

M. Nasir warga Singapura dalam lirik lagu Mentera Beradu ada sebut 'Bawak Otak Bukan Pisau'. Jangan bawa pisau ke Singapura bawa otak Melayu yang segar. Otak berkarat acah acah power dah expired tak boleh pakai lagi. Tinggalkan Singapura.

Anonymous said...

Mengapa puak RBA termasuk Sa ni dan Pua ka ternakan abang besar roket meroyan histeria menyalahkan dan menfitnah parti Islam sedangkan puak kafir harbi roket dan khadam liberal mereka yang telah kencing rakyat selama 22 bulan ??

Jika gunung berapi meletup di Filipina, tsunami melanda Jepun, kemarau berlaku di Afrika dll, puak RBA bodoh berlapis-lapis tetap menyalahkan parti Islam kerana puak RBA adalah penjaja fitnah yang tegar !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails