Sunday, April 25, 2021

Jika puak abang roket terus berkuasa...

 

Anonymous said...

Bayangkan jika wang untuk membina terowong roket digunakan untuk membina rumah rakyat miskin, sudah tentu ramai rakyat miskin akan memiliki rumah mampu milik.

Malangnya abang besar roket tidak peduli tentang rakyat miskin. Yang penting baginya ialah banglo terlajak diskaun dan jual aset kera jaan dan aset tabung umat Islam.

Jika puak abang roket terus berkuasa, negara boleh menjadi muflis dengan memperalatkan badutdan pelawak pandapig.

Wujud usaha terancang dalam UMNO untuk sokong Anwar -AP Arau

 

Shahidan pada sidang media selepas digugurkan daripada jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kasim hari ini, mendakwa wujud usaha terancang dalam UMNO untuk membentuk satu kerjasama dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu sidang media malam ini, bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis itu, berkata usaha berkenaan sudah dimulakan sejak beberapa bulan lalu membabitkan beberapa pemimpin UMNO sendiri.

"Gerakan untuk menyokong Anwar digerakkan di Parlimen. Saya menyimpan benda itu, tapi untuk menjaga aib di dalam parti saya tidak bersuara," katanya.

Ditanya sama ada ia menjurus kepada kerjasama untuk menukar kerajaan Perikatan Nasional (PN) sedia ada atau sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Shahidan berkata, akan menjelaskan mengenai perinciannya selepas Aidilfitri ini.

"Saya akan cakap lepas raya. Saya tahu banyak benda. Tapi saya jaga keharmonian parti. UMNO masih parti yang kuat.

"Kalau saya tak dedahkan, saya akan tulis dalam tesis saya, tiada siapa boleh pertikaikan. Apa pun, ini bulan puasa kita jumpa lepas raya dan saya akan buat satu lagi kenyataan," katanya.

Shahidan juga menggesa Lembaga Disiplin UMNO mengambil tindakan terhadap pemimpin berkenaan, termasuk mereka yang menulis surat menyatakan sokongan kepada Anwar dan mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.

"Kita kena ambil tindakan disiplin terhadap orang yang melanggar keputusan parti. Siapa yang tulis surat sokong Anwar kena siasat dan ambil tindakan," katanya sambil menjelaskan tindakan itu perlu kerana UMNO sudah mengambil pendirian 'No DAP, No Anwar dan No PKR'.

Beliau berkata, kenyataannya sebelum ini yang menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan kerajaan PN adalah selari dengan pendirian serta keputusan parti.

Katanya, beliau juga sedia menarik kerjasama dengan BERSATU apabila tibanya PRU akan datang.

"Sekarang ini PRU pun belum tahu bila. Jadi kita sokong kerajaan yang ada sampai PRU. Apa salahnya. Itu keputusan parti kita akan sokong sampai PRU.

"Masa PRU barulah kita akan tarik (sokongan). Saya ikut kalau itu keputusan parti," katanya.

Mengulas mengenai penggugurannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, beliau menyerahkan dan mengikut keputusan yang diambil oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Saya hormat keputusan parti. Itu hak presiden," katanya.(BH)

Patung Pertama Ataturk di AS, Apa rahsianya?

 

PADA 10 November 2013, ulang tahun ke-75 kematian Mustafa Kemal Atatürk, pembukaan patung Atatürk pertama yang dipamerkan di ruang awam AS diadakan di Sheridan Circle, salah satu dataran paling penting di Washington.


Setelah proses yang panjang dan sukar, Kedutaan Turki di AS dan Ataturk American Society menganjurkan pertandingan untuk merancang patung tersebut. Dalam pertandingan tersebut, pemahat JeffreyHall dipilih sebagai pemenang pertandingan. 


JeffreyHall, yang tidak tahu banyak tentang Atatürk, menjadi akrab dengan pendirian, penampilan dan pergerakan Atatürk yang luar biasa setelah menonton beratus-ratus gambar dan bahkan filem lama yang menunjukkan sikap dan pergerakan umum Atatürk.


Selesai hasil persiapan selama 6 bulan, patung itu menggambarkan gambar Atatürk, yang sedang memegang sebuah buku, pada akhir usia 40-an. Patung itu menekankan peranan utama Atatürk secara keseluruhan. "Ucapan" ditulis pada buku di tangannya.


Terletak di kawasan umum di hadapan kediaman Kedutaan Turki di kawasan EmbassyRow Washington D.C., Patung Atatürk adalah salah satu tarikan pelancongan yang paling menarik di antara sekitar 75 kedutaan, konsulat dan kediaman kedutaan.


Tentu kedua-dua negara tersebut ada maksud tersirat dalam memproklomir patung tersebut. (IH)

 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails