Monday, September 02, 2019

Tudung Plastik.. Alhamdulillah, Kreatif Dalam Menjaga Aurat.


JOM KREATIF

“MUJURLAH ada plastik untuk saya tutup kepala, asalkan menutup aurat.”
Demikian jawapan Nur Fariza Mohd, 28, selepas sekeping gambarnya memakai plastik sebagai pengganti tudung menjadi tular di media sosial.
Dia tidak menyangka perkongsian dengan rakan baiknya menjadi tular, namun mengambil positif setiap komen dilontarkan netizen.

Menceritakan kisah berlaku pada 28 Ogos lalu, Nur Fariza berkata, dia yang menjual minyak enjin secara atas talian perlu menghantar barangan berkenaan kepada pelanggan di Puchong.
“Ketika itu hujan lebat, saya perlu singgah dulu di rumah di Putrajaya untuk mengambil barangan berkenaan berikutan stok dalam kereta sudah tiada.
“Ketika keluar dari kereta, tudung saya sudah basah kuyup dan setibanya di rumah, saya tarik satu tudung lain namun tercicir ketika mahu memasukkan dalam beg,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Katanya, dia tidak memeriksa beg dibawa dan keluar tergesa-gesa dari rumah kerana memikirkan pelanggannya sudah menunggu lama.
“Bagaimanapun, apabila tiba di lokasi, saya melihat tudung diambil tiada dalam beg dan segan untuk berjumpa dengan pelanggan dalam keadaan tudung dipakai basah kuyup.
“Saya mendapat idea sebaik melihat plastik besar yang sentiasa berada dalam kereta dan mula mengoyak plastik berkenaan untuk dijadikan tudung.
“Kebetulan, dalam kereta saya memang tersedia jarum peniti dan saya mula mereka serta melilit plastik berkenaan sebelum menjadi 'tudung plastik',” katanya.
Nur Fariza berkata, dia kemudian membentuk plastik berkenaan menjadi 'awning' dan kemudian keluar berjumpa pelanggan.
“Saya akui pelanggan berkenaan sedikit terkejut melihat 'tudung' saya dan tergelak, lantas bertanya adakah itu plastik.
“Namun, saya hanya tersenyum dan sebaik urusan perniagaan kami selesai, saya terus bergegas pulang,” katanya.
Menurutnya, dia kemudian mengirim gambar 'tudung' berkenaan kepada rakannya yang memuat naik di Twitter.
Katanya, dia terkejut berikutan ia menjadi tular, namun diharap perkongsian kreatif itu menjadi pengajaran dan idea kepada semua kerana ketika itu dia berada dalam keadaan darurat. (MyMetro)

Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 4
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik:  1 Hingga 3 E-Buku IH-10: Siri 1
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 3 E-Buku IH-53: Siri 2
Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik: 1 Hingga 3 E-Buku IH-68: Siri 3
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)  E-Buku IH-103: Siri 4

Sunday, September 01, 2019

Perjalanan Menjadi Muslim, Penyanyi Ummu Syaikhah Stacy Anam.


HALAMAN HIBURAN

MEMILIH memeluk Islam empat tahun lalu adalah penghijrahan terbesar penyanyi terkenal Ummu Syaikhah Stacy Anam.
Malah, Stacy menyifatkan ia hidayah daripada Allah sekali gus menjadikan dirinya lebih baik dalam setiap aspek kehidupan.
Mengakui perjalanan menjadi Muslim sejati bukan mudah, Stacy berkata setiap hari adalah proses pembelajaran untuknya mencari keredaan Allah SWT.
Hari-hari yang dilalui sepanjang tempoh itu juga dianggap lembaran baharu buat dirinya. Ibarat seperti kain putih bersih yang perlu dicorakkan dengan rona keindahan dan kebaikan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur menjadi pilihan Allah bagi menerima hidayah. Meski di awal penghijrahan banyak dugaan tetapi saya nekad untuk kuatkan hati.
“Setiap hari adalah sesuatu yang baharu buat saya. Ada saja pelajaran yang diterima sekali gus menjadikan saya lebih bersemangat. Malah, dorongan dan kata-kata orang sekeliling juga banyak membantu.
“Meski ia satu penghijrahan, tidak bermakna saya perlu berubah secara drastik. Saya belajar secara perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit saya serap dalam diri,” katanya.
Stacy turut menzahirkan rasa syukur kerana dianugerahkan suami yang banyak membantu penghijrahannya.
Penyanyi Akim Ahmad banyak memberi tunjuk ajar dan menjelaskan sesuatu perkara. Selebihnya, Stacy banyak bertanya kepada golongan bijak pandai.
“Keputusan memeluk Islam adalah atas pilihan saya sendiri dan bukan atas paksaan sesiapa. Malah, saya berbincang dengan keluarga mengenai perkara ini. Alhamdulillah, mereka sangat positif.
“Selepas berkahwin, saya bertuah kerana Akim tidak pernah lupa melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Dia banyak bantu saya sebagai saudara baharu.
“Dia tidak memaksa saya untuk terus ikut dan tidak lelah untuk memastikan saya faham setiap perkara. Daripada situ saya dapat belajar,” katanya.
Skil memasak
Dalam diam, siapa sangka Stacy mahir memasak. Kelebihan itu dikongsi Stacy di saluran YouTube, Stacy Anam.
Berbeza dengan kebanyakan selebriti lain, Stacy memaparkan masakan orang Sabah yang jarang sekali ditemui di Semenanjung Malaysia.
“Saya tidaklah hebat sangat memasak tetapi bolehlah. Setakat masak untuk sekeluarga, tak ada masalah. Juadah kesukaan saya adalah masakan Sabah. Hinggakan Akim pun semakin suka dan selalu buat permintaan.
"Disebabkan itu, saya ingin mencipta kelainan dengan menampilkan masakan Sabah sebagai kandungan dalam saluran YouTube saya.
“Alhamdulillah, sambutan sangat baik. Setiap kali selepas muat naik, saya dapat banyak mesej di Instagram. Ramai yang minta saya berkongsi lagi menu lain yang ada di Sabah,” katanya. 
Al-hamdulillah! (IH)

Sebelum ini..





Penganggur Didakwa Rogol Ibu Saudara. Kembalilah..

Seorang penganggur berusia 41 tahun didakwa  di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merogol ibu saudaran
Seorang penganggur berusia 41 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merogol ibu saudaranya, awal bulan ini.


SHAH ALAM - Perbuatan seorang pengangur yang sanggup yang merogol ibu saudaranya awal bulan ini mengundang padah selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. 
Tertuduh berusia 41 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Sabri Ismail.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan seorang mualaf itu didakwa  merogol wanita berusia 62 tahun di sebuah kediaman di Seksyen 18, di antara pukul 10.30 malam pada 8 Jun sehingga 3.30 pagi keesokan harinya.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara Sehingga 20 tahun serta sebatan jika disabitkan kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Aifaa Che Abdullah memohon agar tiada jaminan diberikan berikutan tertuduh adalah bersaudara dengan mangsa.
"Selain itu, tertuduh mengetahui tempat tinggal mangsa yang boleh menyebabkan gangguan terhadap mangsa yang merupakan saksi kes.
"Tertuduh juga ada tiga pertuduhan lain di Mahkamah Majistret ," katanya.
Tertuduh yang diwakili peguam tidak melakukan sebarang rayuan untuk jaminan.
Mahkamah kemudiannya membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan sebutan semula kes ditetapkan pada 24 Julai ini.
Kosmo! Online difahamkan pertuduhan lain dihadapi tertuduh adalah mengikut Seksyen 342, Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan. - K! ONLINE
zakir,hudud
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kembalilah kepada sistem perundangan Islam. 

Hudud paling praktikal cegah jenayah – Zakir Naik
NILAI: Hudud adalah undang-undang pencegahan jenayah yang paling praktikal di muka bumi ini, kata pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik.
Dr Zakir berkata, Arab Saudi yang melaksanakan hukum hudud terbukti lebih berjaya menangani jenayah berbanding Amerika Syarikat (AS) yang tidak melaksanakan undang-undang sedemikian.
Katanya, perkara itu dibuktikan menerusi statistik yang dikeluarkan pihak berkuasa AS sendiri, yang mana menunjukkan kadar rogol dan jenayah di negara kuasa besar itu adalah tertinggi di dunia.
“3,000 jenayah direkodkan berlaku setiap saat di AS ketika ini. Bayangkan jika sistem zakat dibuat dan disusuli undang-undang Islam (hudud) di AS. Adakah ia akan menambah atau mengurangkan jenayah?
“Sudah tentu ia mengurangkan jenayah. Undang-undang syariah adalah undang-undang paling praktikal untuk dilaksanakan di mana-mana tempat di muka bumi ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini.
Ceramah itu dihadiri Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad dan kira-kira 1,000 pelajar dan kakitangan universiti itu.
Agenda pelaksanaan hukum hudud sering dibangkit di negara ini dan menjadi wadah utama perjuangan PAS bagi memperoleh mandat daripada pengundi.
Terbaru, PAS cuba untuk meminda Akta Mahkamah Syariah 1965, bagi membolehkan hudud boleh dilaksanakan di Kelantan.
Agenda hudud menjadi punca kepada perbezaan pendapat antara PAS dan DAP sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat berkubur tahun lalu. (April 20 2016)
Iklan:
Rakyat miskin, ini peluang kerja di Australia..

Kerja Di Australia, Dibuka..

Kerja Di Australia, Dibuka..

Projek2 Ini, Kurnia, Bantu Kawan, Hadiah. Rakyat Dapat Apa?


Hasil carian imej untuk rakyat miskin















1,000 Ekar Balak, Boboi Bantu Kawan, Tender RM21.6 Bilion NFCP, Pak Bantu Boboi Yer...



Laman blog nie ada ditulis mengenai skandal 1,000 ekar balak yang 'dikurniakan' pada Boboi aka Mukhriz aka anak lelaki bongsu Dr. Mahathir (BACA DI SINI)...

Tapi Mukhriz kata, dia cuma tolong kengkawan, lagi pun tu cerita lama (BACA DI SINI)...

Kita bersangka baik pada Mukhriz lah, memang betul dia tolong kengkawan dan cerita lama jangan dikenang, kita 'move on' lah yer...

Dulu Tolong Kawan, Sekarang Tolong Abanglah Kut


Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengumumkan kabinet dah meluluskan peruntukan dan sebanyak RM21.6 bilion National Fiberisation and Connectivity Plan atau NFCP...

NFCP akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dari 2019 hingga 2023...

NFCP ialah projek untuk penambahbaikan atau 'upgrade' liputan internet dari 4G ke 5G...



Admin tak nafikan, projek nie bagus dan memberi kebaikan pada negara untuk jangkamasa panjang...

Tapi ada beberapa perkara yang jadi persoalan :

》Dalam keadaan ekonomi yang semakin gawat dan tenat, kenapa kerajaan masih lagi mahu berbelanja mewah...


RM21.6 bilion duit rakyat bukanlah satu jumlah yang kecil...

Rasanya banyak lagi keperluan pembangunan mesra rakyat yang lebih mendesak dari menaik taraf liputan internet dari 4G ke 5G...

Contohnya, pembangunan pengangkutan awam di seluruh negara terutamanya bandar-bandar besar...

Beberapa bandaraya di Malaysia, terutamanya Kuala Lumpur, adalah antara bandaraya yang mempunyai kesesakan trafik antara yang terburuk di dunia...

Kenapa dana yang begitu besar tak digunakan untuk membangunkan atau membuat kajian untuk menyelesaikan masaalah kesesakan trafik di Malaysia...

Ini bukan saja akan dapat memberi kebaikan pada negara malah dapat memberi munafaat secara terus kepada rakyat khususnya warga kota yang dah sekian lama tertekan dengan masaalah kesesakan trafik...

》Berapa banyak Telco di Malaysia sudah bersedia untuk beralih dari 4G ke 5G?

Liputan 4G ke seleuruh negara masih lagi ditahap yang tidak memuaskan hati pengguna...

Malah, kebanyakan Telco di Malaysia masih lagi gagal memberikan perkhidmatan liputan 4G ke beberapa daerah dan kawasan di Malaysia...

Sedangkan liputan 4G telah lama diperkenalkan di Malaysia...

Tidak keterlaluan kalau dikatakan, terdapat daerah dan kawasan yang masih lagi 'dipaksa'menggunakan liputan 3G walau pun pihak Telco mengiklankan tawaran liputan 4G pada pengguna...

Kalau liputan 4G pun pihak Telco masih belum mampu untuk memberikan perkhidmatan yang baik, maka menaik taraf liputan ke 5G adalah satu peracangan sia-sia dan membazir sebab pihak Telco sendiri belum bersedia...

》Berapa ramai rakyat yang akan mendapat faedah dari projek mewah nie?


Kebanyakan talipon pintar yang ada di pasaran belum lagi mempunyai keupayaan menerima liputan 5G...

Kebanyakannya masih lagi berada ditahap 4G...

Kalau pun ada talipon pintar yang mampu menerima liputan rangkaian 5G, seperti Samsung Galaxy Note 10+ yang berharga lebih RM4,800, ianya berada di luar kemampuan kebanyakan rakyat Malaysia yang semakin hari semakin dihimpit dengan tekanan kos sara hidup...

Apalah gunanya mempunyai prasarana liputan rangkaian 5G sekarang ini, tapi hanya boleh disediakan oleh Telco dan digunakan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia lagi 5 atau 10 tahun lagi?

》Dan paling mengejutkan, projek pembangunan NFCP hanya ditawarkan kepada syarikat OPCOM!!!


Wow, satu projek yang begitu besar ditawarkan kepada hanya satu syarikat!!!


Apakah sudah diadakan tender terbuka bagi projek kerajaan yang mega dan mewah nie atau ianya'dihadiahkan' secara runding terus?

Bukankah kerajaan PH berikrar, tiada lagi projek kerajaan akan diberikan secara runding terus kepada mana-mana syarikat?


Dan siapakah pemilik OPCOM?


Tidak lain dan tidak bukan ianya dimiliki oleh 2 lelaki bertuah di Malaysia, Mokhzani Mahathir danMukhriz Mahathir...

Jadi, kalau skandal 1,000 ekar balak Mukhriz katakan dia hanya tolong kawan, nampaknya dalam skandal NFPC RM26.1 bilion, Dr. Mahathir hanya tolong anak-anak lelaki dia...


Buktinya, saham OPCOM melonjak naik bila saja, Gobind mengumumkan projek mega NFPC'dihadiahkan' kepada OPCOM!!!

Belum lagi projek bermula, Mokhzani dan Mukhriz dah dapat laba, apa lagi bila projek berjalan nanti...

Rakyat dapat apa!!!

Iklan:
Rakyat miskin, ini peluang kerja di Australia..

Kerja Di Australia, Dibuka..

Kerja Di Australia, Dibuka..

Merdeka. 12 Pasangan Dicekup 'Bersekedudukan..

Antara wanita yang dicekup dalam Ops Ambang Merdeka sekitar bandar raya Johor Bahru awal pagi hari i
Antara wanita yang dicekup dalam Ops Ambang Merdeka sekitar bandar raya Johor Bahru awal pagi hari ini. Foto oleh MOHD. IZUAN ROSELI


Janda dicekup bersama kekasih Nepal
JOHOR BAHRU - Janda anak tiga bersama teman lelakinya warga nepal merupakan antara 12 pasangan yang ditahan dalam Ops Ambang Merdeka yang dijalankan Jabatan Agama Islam Johor (JAINJ) di sekitar hotel bajet di bandar raya ini pagi tadi.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Syariah, Halid Sono berkata, pasangan terbabit dicekup menerusi operasi yang dijalankan bermula pukul 10 malam dan berakhir pada 3 pagi di sebuah hotel bajet di Taman Daya di sini.
“Pasangan terbabit yang bekerja di sebuah kilang berhampiran mendakwa mereka mengenali antara satu sama lain selama setahun sebelum mengambil keputusan untuk memadu asmara di hotel bajet berdekatan.
“Wanita berusia 29 tahun yang mempunyai anak berusia lapan, enam dan dua tahun itu baru sahaja bercerai dengan bekas suaminya sejak Julai lalu,” katanya ketika ditemui semasa operasi di sini hari ini.
Operasi terbabit melibatkan 20 anggota dari Bahagian Penguatkuasaan JAIJ.
Halid berkata, selain itu, operasi terbabit turut menahan 11 pasangan lain termasuk 23 warga negara asing dan tiga warga tempatan berusia lingkungan 20 hingga 40-an.
“Mereka ditahan atas kerana bersekududukan sehingga mendatangkan syak wasangka yang boleh dihukum dibawah Seksyen 27 (1) A dan B, Enakmen Kesalahan Syariah Johor 1997 yang memperuntukkan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit dengan kesalahan,” katanya. - K! ONLINE
Lihat gambar ini..

Merdeka. Guru Anjur Parti Dadah. Lagi Dasar Didik Negara Gagal..

Antara individu yang ditahan dalam Ops Ambang Merdeka di sebuah apartmen di Jalan Klang Lama, Kuala
Antara individu yang ditahan dalam Ops Ambang Merdeka di sebuah apartmen di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur awal pagi tadi. 


Guru dicekup anjur parti dadah
KUALA LUMPUR - Seorang guru sekolah rendah antara yang ditahan dalam serbuan Ops Ampang Merdeka di sebuah apartment di Jalan Klang Lama di sini selepas terlibat dalam parti dadah awal pagi tadi.
Dalam serbuan  yang bermula pada pukul 3.30 pagi itu, pihak polis menahan 13 individu termasuk lapan wanita warganegara tempatan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Arifai Tarawe berkata, guru lelaki berusia 34 tahun itu merupakan penganjur bagi parti liar tersebut.
“Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati dirinya positif dadah jenis  amphetamin dan methamphetamine.
“Kesemua individu ditahan berusia antara lingkungan 20 hingga 40 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Arifai menambah, pihaknya turut merampas sebanyak 39 pil ekstasi, 10 pil erimin 5, ketamin seberat 3.62 gram dan dua kapsul MDMA dalam operasi itu.
“Hasil ujian saringan awal air kencing dilakukan mendapati 12 individu yang ditahan itu positif dadah jenis amphetamin, methaphetamine dan ketamin.
“Kesemuanya direman selama empat hari bermula hari ini mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama,” ujarnya. - K! ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sambut merdeka. Guru anjur parti dadah. Lagi bukti dasar pelajaran dan didik negara gagal. 

Lihat gambar ini..

Merdeka, Murid PASTI Berarak Keliling Kampung.



PERMATANG PAUH: PASTI Bahrul Ulum telah mengadakan aktiviti perarakan mengibar Jalur Gemilang sempena menyambut Hari Kemerdekaan Ke-62 dalam kalangan muridnya di Kampung Mengkuang Titi, di sini kelmarin.
Perarakan ini adalah sebagai merai dan menyemarakkan hari ulangtahun kemerdekaan disamping memupuk rasa cinta kepada negara, selain memperkenalkan pelajar PASTI kepada masyarakat sekitar.
Seramai 120 murid telah dibawa berjalan beramai-ramai bersama tujuh orang guru menuju ke Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) melalui sekitar kampung sambil mengibarkan Jalur Gemilang.
Ketibaan rombongan cilik ini di perkarangan SRIBU disambut mesra oleh Mudir SRIBU, Ir Ahmad Rafaie Dato’ A Rashid dan para kakitangan, guru serta warga pelajar SRIBU.
Ir Rafaie yang juga Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang amat berbesar hati dan mengalu-alukan kunjungan ini dan turut dipersembahkan dengan nyanyian lagu PASTI Cemerlang Islam  Gemilang.
Ketua Guru PASTI Bahrul Ulum, Siti Sarah Abdul Rahman berkata , aktiviti tahunan PASTI ini akan sentiasa ditambahbaik dalam  mewujudkan keceriaan, keseronokan serta menggalakkan aktiviti menghargai kemerdekaan. - HARAKAHDAILY 31/8/2019



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails