Wednesday, August 07, 2019

Pementasan Misha Omar, Khayalan Yang Syok Sendiri..

Apabila tiga 'ratu' turut larut dalam emosi Misha
Misha Omar sukar untuk sembunyikan rasa terharunya apabila diberi peluang mengadakan konsert di Dewan Filharmonik Petronas.
HALAMAN HIBURAN

Begini bunyi berita:
Apabila tiga 'ratu' turut larut dalam emosi Misha

BUKAN sehari dua, bukan juga setahun dua, tetapi 17 tahun masa diambil oleh Misha Omar untuk berkongsi rasa dalam sebuah pementasan di venue berprestij, Dewan Filharmonik Petronas (DFP), KLCC pada Isnin malam.

Penantian hampir dua dekad dibayar Misha dengan sebuah pementasan elegan sebagaimana anggunnya imej dan reputasi yang dibinanya selama ini.

Terima kasih pada perjalanan seni 17 tahun yang mengajarnya bukan mudah menjadi artis.

Dari hari pertama melangkah kaki memilih untuk menjadi penyanyi sepenuh masa, Misha atau nama sebenarnya Samiha Omar tidak menoleh ke belakang lagi.

Menyedari persaingan diterima sangat sengit, namun iltizam untuk memahat nama sebagai seorang penghibur menjadi azimat buat dia.

"Lama saya tunggu saat ini, 17 tahun. Anda semua yang hadir di sini (DFP) memberikan saya semangat dan keyakinan yang luar biasa," kata Misha merumuskan kehadiran 900 peminatnya di DFP sebagai satu vitamin untuk dia lebih ghairah melakar pencapaian baharu dalam bidang nyanyian.

Pementasan This Is Misha juga merumuskan keberuntungan  penyanyi itu mendapat sokongan peminat-peminat setianya.

Sekalipun durasi konsert sekadar 80 minit, namun ruang dan kesempatan itu digunakan sebaik mungkin oleh Misha untuk menghargai kelompok peminat yang menjadi tulang belakang kejayaannya dalam gelanggang seni.

Menonton pementasan This Is Misha juga memberi tafsiran kepada penonton bahawa penghibur berusia 37 tahun itu harus diberi peluang yang lebih besar pada masa depan.

Keinginan itu turut disuarakan penyanyi Bunga-Bunga Cinta itu ketika berkomunikasi dengan penonton.

"Apakah mungkin saya adakan konsert dalam skala yang besar?" tanya Misha memancing minat penonton yang menyahutnya dengan jeritan sokongan.

Pada malam istimewa itu juga, Misha mengajak pencinta-pencintanya untuk bersama-sama meraikan kerjaya seninya. Dan Seterusnya..
Misha Omar bersama Ramli MS dan pemuzik-pemuzik iringannya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Terima kasih kepada pementasan Misha Omar yang mungkin dianggap sebagai suatu sumbangan kepada kesenian tanah air.

Tetapi cara fikir seorang Islam sepatutnya berfikir ke arah memberi sumbangan kepada diri dan masyarakat untuk kebahagiaan di dunia hingga ke akhirat. Tiap tindak-tanduk di dunia memberi kesan kebahagian di hari akhirat.

Adakah amalan kita di dunia seperti pementasan di atas boleh memberi saham kebajikan kepada kita dan rakan-rakan se masyarakat, di akhirat? Beroleh pahala berterusan sebagai sedekah jariah hingga di akhirat? 

Kita, yang disebut orang beriman, mesti yakin dengan kebangkitan dan pembalasan di akhirat. Kembalilah kita kepada kenyataan di luar khayalan, apalagi kalau hanya syok sendiri di dunia ini sahaja! Dunia yang seolah tiada kaitan di akhirat.


Lihat lagi..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

Begitu Pemikiran DAP, Sentiasa Sumbang Dan Jahat..

Hasil carian imej untuk Otak DAP

Langkah sumbang Lip Eng tuduh Harakah berniat jahat
KL: Tindakan Ahli Parlimen DAP Kepong, Lim Lip Eng menyelar laporan Harakahdaily bertajuk “Khat Jawi disamakan MP DAP dengan tahi lembu” yang dituduhnya berniat jahat, adalah tindakan sumbang diri sendiri.
Beliau memuat naik petikan tulisan dalam Facebook miliknya berbunyi, “While education ministers in our neighbouring countries are planning to introduce computer programming language (coding) to their young students, let us not rub cow manure on our faces by introducing khat. Please”.
Iaitu membawa terjemahan, “Sedang Menteri Pendidikan di negara-negara jiran merancang memperkenalkan bahasa program komputer kepada pelajar-pelajar, jangan pula kita menyapu tahi lembu di wajah kita dengan memperkenalkan khat. Tolonglah”.
Bagaimanapun, setelah teruk dikecam oleh netizen, lima jam selepas itu beliau telah bertindak mengubah suai kenyataan dimuat naiknya itu dengan membuang frasa "let us not rub cow manure on our faces by introducing khat".
Bagaimanapun, Lip Eng membuang hantarannya itu di akaun Facebook, tetapi cuba berlagak dan menarik simpati dengan menyelar artikel tulisan Roslan SMS itu yang disiarkan Harakahdaily dan mahu dilaporkan kepada polis.
Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, tindakan Lip Eng itu mengambarkan watak dan wajah sebenar pemimpin DAP yang sentiasa membuat provokasi.
Mantan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu memberi amaran kepada DAP supaya tidak mengeruhkan keharmonian yang selama ini dipertahankan dalam masyarakat majmuk di negara ini.

"Beliau (Lip Eng) yang 'post' kenyataan itu, seolah-olah dia bersetuju dengan apa yang dia 'post' dan perlu bertanggungjawab terhadap tindakan beliau itu.

"Selepas PRU14 umpama mereka (DAP) ini 'kaduk naik junjung' berani menyentuh isu sensitif masyarakat Melayu Islam," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Beliau turut mengingatkan mana-mana Ahli Parlimen sama ada kerajaan mahupun pembangkang tidak sewenangnya berkongsi pandangan pihak liberal yang sentiasa berbeza pandangan dengan kerajaan.
Sementara itu katanya, dalam PAS sendiri menggalakkan ahlinya belajar semua bahasa termasuk Mandarin dan Tamil sebagai pendekatan parti itu ke arah perpaduan nasional.
Ustaz Idris menyatakan demikian sebagai mengulas hantaran terbaru Lip Eng yang menerangkan ayat kontroversinya itu sebagai tulisan daripada penulis kolumnis MalaysiaKini, Fa Abdul.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun telah mengatakan bahawa penggunaan tulisan khat Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat akan diteruskan. - HARAKAHDAILY 5/8/2019

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Mengapa 26 Bakal Haji M'sia Ditahan, Terkandas Di Jeddah?

TIMBALAN Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh bergambar
TIMBALAN Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh bergambar bersama jemaah ketika melawat Maktab 78, salah satu penginapan jemaah haji Malaysia di Mekah, semalam. - UTUSAN ONLINE  
MEKAH 6 Ogos - Seramai 26 rakyat Malaysia terpaksa menangguhkan hasrat untuk menunaikan haji tahun ini selepas terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah kerana memiliki visa haji yang tidak sah.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, visa haji yang diperoleh oleh kumpulan itu tidak dapat disahkan oleh pihak Imigresen Arab Saudi dan difahamkan mereka akan diterbangkan pulang ke Malaysia malam ini.
“Kumpulan yang diuruskan oleh sebuah syarikat pelancongan itu tiba pada pukul 7 petang semalam tanpa wakil dari syarikat tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat jemaah di Maktab 78 di sini, hari ini.
Beliau berkata, perkara tersebut di luar bidang kuasa Tabung Haji kerana mereka bukan pemegang visa rasmi yang diperoleh kerajaan Malaysia dan segala urusan dilakukan melalui syarikat persendirian.
Katanya, memandangkan tidak termasuk dalam visa haji diuruskan Tabung Haji, mereka dipercayai mempunyai masalah dengan visa Furada, iaitu visa haji yang diperoleh dengan berurusan secara terus dengan Kedutaan Arab Saudi.
“Bagaimanapun, saya ingin memaklumkan kepada keluarga mereka di tanah air, Tabung Haji berusaha memastikan mereka dalam keadaan selesa dengan mendapat makanan, minuman dan tempat tinggal,” tambahnya.
Fuziah berkata, jemaah rasmi jemaah Malaysia adalah mengikut kuota biasa iaitu seramai 30,200 orang, di samping beberapa ribu yang memperoleh kuota tambahan.
Sementara itu, portal Saudi Gazette melaporkan lebih 329,000 orang dilarang memasuki Tanah Suci kerana tidak mempunyai permit atau visa haji yang sah untuk menunaikan haji musim ini.
Dalam laporan itu, Emir Mekah Putera Khaled Al-Faisal berkata, lebih 144,000 kenderaan tanpa permit juga dilarang daripada memasuki bandar raya ini, 15 pemandu ditahan kerana membawa jemaah secara haram dan 181 pejabat haji palsu ditutup.
Putera Khaled yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Haji berkata, kerajaan Arab Saudi akan menggerakkan 350,000 kakitangan dari pelbagai sektor untuk menyantuni jemaah haji tahun ini - UTUSAN ONLINE


Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Gadis Ireland Itu Hilang Dengan Pakaian Dalam..

Nora Anne dipercayai keluar dengan hanya berpakaian dalam - Polis
Remaja itu disedari hilang jam 8 pagi selepas didapati tiada di biliknya oleh keluarganya. - Foto Twitter@AislingAgnew

Nora Anne dipercayai keluar dengan hanya berpakaian dalam - Polis

NILAI: Remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 tahun yang hilang sejak pagi Ahad lalu di sebuah pusat peranginan di pantai, Nilai, Negeri Sembilan dipercayai meninggalkan bilik penginapan dengan hanya memakai pakaian dalam.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop, ia berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh keluarga mangsa sendiri.

“Itu berdasarkan pada statement yang dibuat oleh keluarga dia. Masa dia tidur tu mungkin dia tak pakai baju.

“Itulah kenyataan berdasarkan pengesahan berdasarkan ibu bapa sahaja, kita tak tahu dia tak pakai baju atau tidak sebab yang kali terakhir melihatnya pun keluarga dia sahaha,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.


Mengulas lanjut, Mohamad turut mengalu-alukan sebarang bentuk maklumat daripada orang awam berhubung gadis hilang ini termasuk pelbagai dakwaan mistik.

Jelasnya, pihak polis amat memerlukan bantuan orang awam terutamanya masyarakat Orang Asli kerana kawasan sekitar merupakan kawasan sepermainan mereka.

Terdahulu, polis telah melipat gandakan usaha dengan menambah anggota dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) gadis berkenaan yang dilaporkan hilang dari rumah penginapan ketika bercuti dengan ahli keluarganya di resort The Dusun Pantai Hill di sini, pagi Ahad lalu.

Remaja itu disedari hilang jam 8 pagi selepas didapati tiada di biliknya oleh keluarganya.

Polis sebelum ini juga menafikan kehilangan gadis itu berkait dengan unsur jenayah dan kes itu masih dibawah klasifikasi sebagai orang hilang, memandangkan tiada sebarang elemen unsur jenayah. (AA)



Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

Tuesday, August 06, 2019

Halau Melayu Keluar Dari M'sia? -DAP


Kenapa Masyarakat Melayu Mesti Tolak Bangsa DAP 



Lebih memualkan lagi bila ada pihak-pihak berkepentingan menuduh ada parti politik yang cuba mempolitikkan isu ini...

Apa maksud tuduhan liar itu?

Apakah ia bermaksud, gerakan mempertahankan dan memartabatkan tulisan khat jawi adalah bersifat rasis dan boleh menimbulkan ketegangan antara kaum di Malaysia?

Gerakan mempertahankan keputusan memartabatkan tulisan khat jawi tidak langsung mempunyai apa-apa kepentingan politik...

Tetapi ianya lebih kepada mempertahankan hak warisan dan kesenian bangsa Melayu yang semakin terhakis pada hari ini...

Bangsa Melayu adalah bangsa dominan dan pribumi di bumi Malaysia...

Hak dan keistimewaan bangsa Melayu secara keseluruhannya termasuk pertuturan dan penulisan mempunyai tempat yang istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan dan ianya sah dari sudut undang-undang negara...
Apakah usaha mempertahankan hak bangsa Melayu yang sah di sisi undang-undang afalah di anggap rasis?
Apakah hasutan-hasutan dalam bentuk tulisan begini adalah sah di sisi undang-undang dan tidak boleh dianggap rasis?

Apakah Mujahid tidak merasakan kenyataan MP DAP, Lim Lip Eng itu tidak kurang ajar dan menghina seni kebudayaan bangsa Melayu...

Tidakkah Mujahid merasa terhina bila ada kafir harbi menyamakan tulisan khat jawi dengan najis?

Apakah Mujahid tidak nampak kenyataan Lim Lip Eng itu melambangkan kebencian Lim Lip Eng yang meluap-luap terhadap bangsa Melayu?

Bukankah itu sudah terang lagi bersuluh bahawa Lim Lip Eng adalah seorang ultra kiasu!!!

Bangkitlah umat Melayu Islam...
Saat untuk berubah sudah bermula...
Jika terus lalai, maka alu-alukanlah kemunculan 'Singapura ke 2'...

Kredit ;


Peluang Kerja Di Australia Dibuka Lagi..
Kerja Di Australia, Dibuka..




Judi Badminton Isu Serius -Thomas Lund (BWF)


SUKAN

KUALA LUMPUR - Persekutuan Badminton Dunia (BWF) memandang serius laporan mengenai pemain terbabit dengan aktiviti judi dan mengatur perlawanan.


Setiausaha Kehormat BWF, Thomas Lund berkata, badan itu memandang isu berkenaan sama serius seperti kes doping, dan menggesa pemain badminton di seluruh dunia supaya menjauhinya.
"Kita ada program menyeluruh anti-doping, dan perkara yang sama kita lakukan dengan kes-kes manipulasi perlawanan, yakni menggunakan pendekatan yang berbeza.
".. kita bersemuka dengan pemain, jurulatih, tapi itu tidak bermakna mereka telah berbuat sesuatu yang salah, cuma kita nak tahu apa yang sedang berlaku atau dengar cerita sepenuhnya.
"Kita cuma mahu pastikan para atlet tahu kita sedang memerhati dan sedar ada sesuatu yang 'tidak kena' sedang berlaku," katanya kepada pemberita ketika ditemui di ibu pejabat BWF hari ini
Sebuah portal sukan baru-baru ini melaporkan dua pemain badminton kebangsaan dibebani dengan masalah hutang selepas meminjam wang daripada Ah Long untuk berjudi.
Menurut laporan itu dua pemain badminton dipercayai gagal melunaskan hutang-hutang mereka dengan Ah Long yang didakwa menjangkau sehingga ratusan ribu selepas terbabit dengan judi bola sepak.
Susulan laporan itu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah memanggil kedua-dua pemain yang nama mereka dirahsiakan itu, untuk disoal siasat.
BAM menafikan dakwaan laporan berkenaan, namun mengakui memberikan kerjasama kepada BWF dalam siasatan mereka.
Lund bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenainya memandangkan kes itu masih dalam siasatan BWF. - BERNAMA


Peluang Kerja Di Australia Dibuka Lagi..
Kerja Di Australia, Dibuka..

Ini, Penyanyi Rock Ditahan Positif Dadah..

Hasil carian imej untuk Penyanyi rock ditahan positif dadah
HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR - Seorang penyanyi kumpulan rock era 90-an ditahan selepas polis menemui satu peket plastik lut sinar yang mengandungi dadah disyaki methamphetamine seberat 0.6 gram di sebuah kabin di Taman Tenaga, Cheras, Kuala Lumpur di sini semalam.
Hasil carian imej untuk Penyanyi rock ditahan positif dadah
Dalam tangkapan pada pukul 9.30 malam itu telah dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, suspek yang berusia 43 tahun telah ditahan bersama dadah disyaki Meth bernilai RM100 di dalam sebuah kabin  bersebelahan tempat cuci kenderaan.
“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine, amphetamin dan tetra hydrocannabinol (THC). Hasil semakan mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.
“Suspek kini di tahan di Lokap Balai Polis Cheras dan direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Difahamkan, kumpulan rock terbabit ditubuhkan pada 1994 dengan dianggotai empat orang dan kali terakhir mengeluarkan album pada tahun 2014 - K! ONLINE


Peluang Kerja Di Australia Dibuka Lagi..
Kerja Di Australia, Dibuka..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails