Tuesday, August 06, 2019

M'sia Jauh Ketinggalan, Kata Daim Tempelak M/Kewangan?

DAIM ZAINUDDIN


Daim: Kita ketinggalan serba-serbi
KUALA LUMPUR 5 Ogos - Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin menegaskan Malaysia kini berada jauh ketinggalan berbanding negara-negara lain.
Kata bekas Menteri Kewangan itu, ketika Malaysia sedang mengejar Revolusi Industri Ke-4 (RI-4), negara lain telah pun bersedia menyambut kedatangan RI-5.
“Janganlah kita terus hidup dalam ilusi. Kita masih jauh untuk keluar dari hutan (menuju kemajuan). Kita jauh dari bersedia menerima perubahan di sekeliling kita. Kita jauh dari menjadi bangsa yang bersatu.
“Kita jauh dari mampu untuk bersaing di peringkat sejagat. Kita jauh dari mampu menerima perbezaan dan perubahan. Dan punca ketidaksediaan ini adalah pendidikan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan bertajuk Polisi Ekonomi Baharu untuk Malaysia Baharu dalam International Conference on Emerging Issues in Public Policy: Global Trends and Projections (IPP) 2019 di Institut Dasar Awam dan Pengurusan, Universiti Malaya (UM) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Malaysia jauh ketinggalan, kata Daim, Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan dan bekas Menteri Kewangan. Apa komen menteri Kewngan sekarang atas tempelakan ini?
Peluang Kerja Di Australia Dibuka Lagi..
Kerja Di Australia, Dibuka..

32 Polis Meninggal Tiap Bulan Ketika Bertugas. Apa Patut Buat?

32 anggota polis meninggal dunia setiap bulan, PDRM digesa tubuh unit KKP
LAM THYE: Pelbagai insiden kemalangan dan peningkatan kes penyakit pekerjaan melibatkan anggota polis menunjukkan keperluan untuk mengatasi masalah tersebut secara berkesan. - Gambar fail/BERNAMA  

32 anggota polis meninggal dunia setiap bulan, PDRM digesa tubuh unit KKP

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menubuhkan unit khas yang bertanggungjawab meningkatkan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) anggota polis terutamanya mereka yang berada di lapangan.

Menurut Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye, berdasarkan statistik polis, secara purata sekurang-kurangnya 32 pegawai dan anggota polis meninggal dunia setiap bulan ketika masih bertugas.

"Pelbagai insiden kemalangan dan peningkatan kes penyakit pekerjaan melibatkan anggota polis menunjukkan keperluan untuk mengatasi masalah tersebut secara berkesan.

"Insiden terbaru melibatkan lapan anggota polis yang mengadu tidak sihat selepas terhidu bahan kimia ketika memeriksa 15 tong dipercayai mengandungi sodium sianida di sebuah ladang kelapa sawit di Karak, Khamis lepas (1 Ogos).

"Berdasarkan data antara tahun 2010 dan 2014, seramai 1,324 pegawai dan anggota polis maut, manakala 359 yang lain cedera dan terlantar akibat hilang upaya kekal ketika melaksanakan tugasan menjaga keamanan negara," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Lam Thye berkata kewujudan Unit KKP dalam PDRM boleh membantu agensi penguatkuasa tersebut mengurus sistem keselamatan dan kesihatan berkaitan pekerjaan dengan baik agar dapat mengurangkan kadar kematian dan kemalangan dalam kalangan pegawai dan anggota polis setiap tahun.

Kebanyakan kematian berlaku membabitkan kes kemalangan bencana ketika bertugas dan kemalangan ketika dalam perjalanan pergi dan pulang ke lokasi tugasan, ujar beliau.

"Merujuk kepada Seksyen 3 (3) dan Seksyen 20 Akta Polis 1967,  iaitu berkaitan kewajipan asasi dan perincian tugas anggota PDRM, ia menunjukkan tugasan mereka akan terdedah kepada pelbagai risiko.

"Antara risiko yang dihadapi termasuk pendedahan terhadap bahan kimia jika pegawai dan anggota terlibat terlibat di dalam penyiasatan kes pencemaran bahan toksik sepertimana kes yang berlaku di Karak baru-baru ini," jelasnya.

Lam Thye turut menyatakan anggota polis juga terdedah dengan pelbagai bahan pencemaran lain serta penyakit kerana sering dilihat tidak memakai peralatan perlindungan diri (PPE) yang sesuai ketika berada di lapangan.

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 turut meletakkan institusi PDRM sebahagian dari sektor yang perlu mematuhi keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

"Oleh itu, jika kita ingin melihat sektor ini berkembang baik dari sudut pengurusan KKP maka penubuhan Unit KKP menjadi satu keperluan sepertimana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah pun mewujudkan unit ini

"Sehubungan itu, NIOSH sebagai sebuah agensi yang diberikan tanggungjawab untuk meningkatkan tahap KKP dalam negara, bersedia untuk membantu PDRM menubuhkan Unit KKP tersebut dengan menyediakan tenaga pakar dan modul latihan bersesuaian," katanya lagi.

Antara lain, Lam Thye berkata PDRM perlu diberikan kesedaran mengenai KKP selain mengguna pakai konsep pengenalan bahaya, penilaian risiko dan kawalan risiko (HIRARC).

Ini akan membantu mereka untuk mengenal pasti bahaya dan risiko dan mencari cara untuk mengelak atau mengurangkan kesannya termasuk penggunaan PPE yang sesuai, ujar beliau. (AA)

Peluang Kerja Di Australia Dibuka Lagi..
Kerja Di Australia, Dibuka..

Anda Di Hati Kami, Santuni Masyarakat India.

 

PAS Bangi terus santuni hal ehwal masyarakat India
BANGI: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Bangi telah mengadakan program Ziarah Mahabbah "Anda Di Hati Kami" (ADHK) menyantuni masyarakat India di Pekan Bangi, kelmarin.
Lawatan kali ini dipimpin sendiri Yang DiPertua PAS Bangi, Ustaz Mohd Shafie Ngah bersama Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan, Dewan Muslimat, Dewan Himpunan Penyokong PAS dan PAS Cawangan.
Pada ziarah itu, delegasi PAS Bangi telah menyampaikan sumbangan, selain turut memberi perhatian kepada masalah kebajikan ibu tunggal melibatkan masalah infrastruktur rumah didiami.
Di kesempatan itu, Ustaz Shafie juga telah dipelawa penduduk asal Ladang Bangi melihat kediaman mereka yang merupakan hasil 'perjuangan' selama 20 tahun di Impian Putra, Bandar Seri Putra, Kajang, di sini.
Ladang Bangi merupakan estet yang telah dibuka sejak awal merdeka di mana para penduduknya telah terdiri dari warga emas dan generasi kedua anak-anak pekerja, tetapi diarah keluar dari penempatan itu.
Perkembangan itu ekoran tanah tersebut telah diambil alih setelah tiada lagi perusahaan pertanian dijalankan dan pihak pemaju pula mahu membangunkan kawasan itu menjadi frasarana moden.
Bagaimanapun menurut Ustaz Shafie, pengarahan keluar tersebut sejak 20 tahun lalu terpaksa ditangguhkan kerana desakan penduduk untuk mendapatkan rumah, bukan pampasan dari pihak pemaju.
"Mereka perlu rumah kerana dalam usia emas, tambahan pula tidak mempunyai pendapatan. Tidak mungkin mereka mampu membeli rumah, lebih-lebih lagi di sekitar Bangi dan Kajang yang harganya sangat mahal," jelas beliau.
Pelbagai pihak terdiri dari NGO dan parti politik, termasuk PAS telah memberi pertolongan, sokongan, nasihat dan bantuan kepada penduduk hingga terealisasi tuntutan mendapat rumah sesuai untuk didiami itu dan menggembirakan mereka. - HARAKAHDAILY 5/8/2019

Peluang Kerja Di Australia Dibuka Lagi..
Kerja Di Australia, Dibuka..

PAS Jemput Kit Siang Temui Dr Zakir Naik. LKS Mana Berani, Penakut Pahit. Hee.


Mohd Ariff Abdullah menghantar surat jemputan untuk Lim Kit Siang. 
KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan menghantar jemputan rasmi kepada DAP bagi menghadiri program Dr Zakir Naik di Stadium Sultan Muhammad IV pada Jumaat ini.
Ketuanya Mohd Ariff Abdullah berkata, pihaknya mengundang pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan pimpinan lain hadir pada program tersebut.
"Kehadiran pimpinan DAP akan membuktikan mereka tidak anti-Islam selain sesuai dengan prinsip parti itu iaitu demokratik, bebas bersuara serta boleh menerima kritikan orang lain.
"Kami mengambil amanah menghantar surat jemputan sebagai menyatakan sokongan terhadap program kerajaan negeri serta solidariti kami bersama Dr Zakir Naik," katanya selepas menghantar surat jemputan kepada Kit Siang melalui DAP Kelantan di sini hari ini.
Bagaimanapaun pejabat berkenaan tidak berpenghuni. Turut hadir Timbalan Ketua Pemuda Negeri Ustaz Hushaimi Husian, Naib Ketua Pemuda, Ustaz Abdul Malik Abdul Karim Exco Pemuda PAS Kelantan.
Baru-baru ini Kit Siang bersetuju saranan penulis Anas Zubedy supaya Dr Zakir meninggalkan Malaysia secara sukarela.
Malah hujah itu dipertahankan seorang lagi pemimpin DAP, Ramkarpal Singh yang turut menggesa Dr Zakir diekstradisi ke India.
Dr Zakir akan berada di Kelantan pada Rabu ini bermula dengan program ceramah intelek bersama pelajar dan pensyarah institusi pengajian tinggi di Kelantan Trade Centre bermula jam 8 malam.
Pada Khamis pula ceramah eksklusif bersama penjawat awam di Kota Darulnaim bermula jam 9 pagi.
Dan acara kemuncak pada Jumaat bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke IV bermula kuliah bersama Ustaz Azhar Idrus jam 6.30 petang. – HARAKAHDAILY 5/8/2019

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Umum tahu, Kit Siang mana berani berhujah, apa lagi dalam agama, penakut. Lebih kurang kacang merah busuknya, juga.

Peluang Kerja Di Australia Dibuka Lagi..
Kerja Di Australia, Dibuka..

Monday, August 05, 2019

Rusuhan Bersenjata Di Kuil Malam Tadi, 28 Direman 5 Hari

SERANG POLIS
Sebahagian daripada 28 lelaki yang telah ditangkap sekitar Kuala Selangor dan polis turut merampas lima bilah senjata tajam bersama mereka.  


SHAH ALAM - Seramai 28 individu kini direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan rusuhan bersenjata di Kuil Kaliamma, Bestari Jaya, Kuala Selangor malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, perintah reman terhadap kesemua suspek berusia 18 hingga 50-an itu dikeluarkan oleh Majistret Assayidatun Najwa Muhammad Nasution di Mahkamah Majistret Kuala Selangor. 
Katanya, mereka kini ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor untuk siasatan lanjut. 
"Kesemua 28 individu itu dibenarkan reman selama lima hari mulai hari ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 
Terdahulu, dalam kejadian pukul 9.15 malam tadi seorang anggota polis lelaki berpangkat Koperal berusia 34 tahun dari Balai Polis Bestari Jaya cedera di belakang tapak tangan kiri dan menerima enam jahitan. 
Turut cedera adalah seorang pelajar lelaki sebuah kolej berusia 25 tahun yang putus tapak tangan kiri dan dirawat di Hospital Sungai Buloh. 
Fadzil menjelaskan rusuhan dikatakan berpunca daripada pemasangan khemah antara dua kumpulan tersebut secara berhadapan antara satu sama lain semasa perarakan Chariot (perarakan pedati) di kuil tersebut.
"Pada mulanya hanya berlaku pertengkaran sebelum menjadi pergaduhan menggunakan parang. 
"Susulan itu, seramai 28 suspek telah ditahan sejak malam tadi selain turut merampas lima bilah senjata tajam," katanya. - K! ONLINE
Peluang Kerja Di Australia Dibuka Lagi..
Kerja Di Australia, Dibuka..

Huni Pondok Usang, Syukur Ada Madrasah D/Sunnah, Sandakan.




IBU tunggal lima anak yang hidup serba daif di sebuah pondok usang di Kampung TB Ward, di sini, berharap ada pihak tampil membantu membina rumah untuk keluarganya.
Rosinah Hussin, 35, berkata hingga kini dia dan anaknya tinggal di pondok yang didirikan sekumpulan remaja dari Madrasah Darus Sunnah sebelum ini.
Katanya, keadaan rumah yang terlalu usang dan serba kekurangan itu membuatkannya buntu serta mengharapkan ihsan orang ramai untuk membantu.
“Selama ini, kami tinggal di sini dalam keadaan serba kekurangan. Kami tiada elektrik dan sumber air yang tetap.
“Rumah kami juga tidak mempunyai tandas selepas roboh satu ketika dulu. Saya tidak mampu beli peralatan dan upah tukang untuk membaikinya,” katanya ketika ditemui di pondoknya, semalam.
Rosinah berkata, dia berharap ada pihak sudi membantu untuk keselesaan dan keselamatan anaknya.
 KEADAAN tandas yang sudah roboh. FOTO Hazsyah Abdul Rahman
“Kami tidak mahu rumah yang cantik dan besar. Tetapi, cukup sekadar ada bekalan air dan elektrik serta berdekatan sekolah.
“Kami tidak kisah ia rumah kayu atau lama. Apa yang penting, kami boleh menetap dengan lebih selesa di situ kelak.
“Selama ini, setiap kali hujan lebat pondok kami dimasuki air dan terpaksa berjaga-jaga,” katanya.
Wanita itu berkata, dia juga tidak tahu sama ada layak diberikan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) atau tidak.
“Mungkin kami tidak layak tinggal di rumah PPRT. Tambahan pula saya tidak mempunyai pendapatan tetap untuk sewa bulanan dan hanya mengharapkan elaun bulanan kebajikan,” katanya.
Katanya, dia berharap ada pihak sudi menghulurkan bantuan kewangan kepadanya dan boleh disalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) miliknya bernombor 1212941000125376. (MyMetro)
ROSINAH mengharapkan belas ihsan daripada orang ramai membina rumah lebih selesa untuk keluarganya. FOTO Hazsyah Abdul Rahman

Peluang Kerja Di Australia Dibuka Lagi..
Kerja Di Australia, Dibuka..

Dong Jiau Zong Musuh Identiti Negara


Saya tidak pernah merasa hairan jika Dong Jiau Zong dan DAP begitu bersungguh menentang cadangan untuk dimasukkan silibus khat jawi dalam sistem pendidikan.
Kerana umum mengetahui, bahawasanya Dong Zong dan DAP amat memusuhi segala agenda pemerkasaan terhadap identiti sebuah negara berdaulat bernama Malaysia.
Bukan ceritera baharu Dong Zong yang didokong hebat parti-parti cina seperti DAP, Gerakan dan MCA (kini) ini menentang dan bersikap prejudis terhadap identiti negara ini.
Izinkan saya mengingatkan kalian tentang objektif awal penubuhan Dong Jiau Zong ini.
Dong Jiau Zong ini ditubuhkan oleh generasi pertama orang Cina yang berhijrah dari Tanah Besar China ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Kebanyakkan mereka adalah ahli-ahli perniagaan dan golongan pendidik yang tegar memperjuangkan bahasa ibunda dan juga kebudayaan dari negara Tembok Besar itu.
Sejak sebelum merdeka lagi, pertubuhan inilah yang menjadi penghalang kepada sebuah dasar pendidikan yang menekankan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa di Tanah Melayu ketika itu.
Desakan daripada mereka inilah antara penyebab wujudnya dua sistem pendidikan iaitu Sekolah Kebangsaan yang menggunapakai bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, manakala sekolah jenis kebangsaan masing-masing dengan bahasa pengantar Cina dan Tamil melalui Laporan Razak 1956.
Tidak cukup dengan itu, mereka tidak bersetuju pula untuk berada dibawah dasar pendidikan negara. Lantaran itu, mereka memperjuangkan Sekolah Menengah Persendirian Cina sebuah sekolah swasta dan tidak terikat dengan kementerian serta dasar-dasarnya.
Walaupun tegar mahu bersendiri, namun desakan untuk mereka terima bantuan duit kerajaan amat lantang kedengaran. Jika dihitung hingga kini, sudah ratusan juta kerajaan habiskan pada SMPC ini hasil desakan mereka walaupun pada hakikatnya, ianya amat bertentangan dengan semangat Perlembagaan.
UEC. Satu lagi perjuangan yang tidak pernah padam. Sukatan pelajaran dan peperiksaan yang dicedok dari pecahan tembok besar China, iaitu Taiwan, kini akhirnya diterima juga hasil desakan dari pertubuhan rasis dan cauvanis ini.
Ya. Satu demi satu. Sedikit demi sedikit. Orang Melayu, masih lagi bersabar. Kini, sekali lagi, Dong Jiau Zong menunjukkan ‘taring’ nya, apabila kerajaan berhasrat untuk memperkasa identiti pertiwi melalui tulisan bahasanya yang telah lama dibunuh, pertubuhan ini bersuara menentang. 

Jika difikir-fikirkan, apa kena mengena Dong Jiau Zong dengan agenda Kementerian Pendidikan ini? Bukan mereka memang tidak ada kena mengena? 
Saya ingin memberitahu anda semua, bahawasanya Dong Zong ini bukan sekadar mahu menjaga identiti asal mereka sahaja, tetapi juga turut mahu memastikan sebarang usaha untuk mengembalikan identiti tanah air yang sebenar, GAGAL!
Mereka adalah musuh identiti negara. 

Hazwan Mohamad,
Ahli Jawatankuasa Pusat BERJASA


Peluang Kerja Di Australia Dibuka Lagi..
Kerja Di Australia, Dibuka..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails