GEORGE TOWN -- Parti Bersama Malaysia (MU), parti yang berteraskan kerja-kerja komuniti, hari ini mengumumkan akan bertanding 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lima kerusi Parlimen di negeri ini pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Presidennya Tan Gim Theam berkata MU membuat keputusan bertanding dalam PRU14 untuk memberi pilihan kepada penduduk negeri ini memilih wakil rakyat mereka.
"Calon-calon yang dipilih (untuk bertanding) adalah berdasarkan kerja-kerja komuniti yang mereka sertai sejak beberapa tahun lepas di mana mereka telah memahami isu-isu kawasan masing-masing," katanya dalam sidang akhbar pengumuman calon parti di sini, hari ini.
Beliau berkata parti itu tidak membuat sebarang manifesto, sebaliknya setiap calon akan membuat janji kepada masyarakat di kawasan mereka bertanding yang akan ditunaikan sekiranya menang pada PRU14.
Parti Bersama Malaysia atau lebih dikenali sebagai Malaysian United (MU) telah ditubuhkan pada 2015 dan mendaftar dengan rasminya pada 2016.
Tan yang juga pengasas MU berkata, meskipun hanya ditubuhkan lebih dua tahun lepas, namun MU yakin dapat diterima penduduk memandangkan sudah mendekati pelbagai lapisan masyarakat menerusi platform pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
-- BERNAMA
Kini DAP memakai selimut PKR pula. Musang DAP berbulu ayam PKR, DAP Berlogo PKR. Juga cuba menipu pengundi?
PETALING JAYA: Krisis bakal meletus dalam PKR berhubung calon pilihan raya untuk Selangor dengan nama-nama yang dicadangkan oleh timbalan presiden parti Datuk Seri Azmin Ali dikatakan dipotong daripada senarai itu.
Difahamkan sehingga lapan nama yang dikemukakan oleh Menteri Besar Selangor itu telah digugurkan atau ditolak oleh presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Satu delegasi yang diketuai Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin tiba di kediaman Dr Wan Azizah di Segambut, yang mana ahli PKR menggelar sebagai "Istana Segambut," pada 8 pagi Ahad (22 April) untuk membincangkan perkara itu.
Difahamkan Zuraidah sedang cuba untuk berbincang dengan Dr Wan Azizah supaya memikirkan semula senarai calon.
Penyandang yang digugurkan dikatakan termasuklah Ahli Parlimen Tian Chua (Batu) dan Datuk Dr Tan Kee Kwong (Wangsa Maju) manakala Ahli Dewan Undangan adalah Yaakob Sapari (Kota Anggerik), Hanizah Mohd Talha (Taman Medan) dan Gan Pei Nie (Rawang).
Tiga nama lain yang dicadangkan oleh Azmin juga dilaporkan ditolak.
Mereka termasuklah pembantu akhbarnya, Hilman Idham, yang dicadangkan untuk kerusi DUN Gombak Setia, dan pembantu Azmin, Khaled Jaafar, yang dicadangkan untuk kerusi Parlimen Hulu Selangor.
Seorang lagi sekutu Azmin, Mohd Razlan Jalaluddin, penyelaras untuk Kota Damansara, juga ditolak sebagai calon.
Delegasi yang diketuai oleh Zuraidah itu termasuklah Gan, Hanizah dan Ahli Parlimen PJ Selatan Hee Loy Sian, mereka yang mempunyai hubungan baik dengan Dr Wan Azizah.
Difahamkan bahawa Dr Wan Azizah telah bersetuju untuk berjumpa dengan Azmin untuk membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut.
Ketidaksefahaman dalam penamaan calon itu adalah kesinambungan perselisihan antara dua kumpulan dalam PKR, satu yang diketuai oleh Azmin dan satu lagi oleh naib presiden Rafizi Ramli, yang menyebelahi Dr Wan Azizah.
Pakatan Harapan dijadual mengumumkan calon mereka di perhimpunan di Sungai Besar pada malam Isnin (23 April).
Joceline Tan, The Star Online, 22 April 2018
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Krisis bakal meletus dalam PKR kerana senarai calon PRU14. Itu hanya ramalan dari desas-desus angin ribut yang bertiup. Merapi krisis sedang bergejolak akan meletus dan meletup. Kita lihat siapa yang akan berkecai?
Mereka di gelar pemakan dedak. Anak Kedah tidak semurah itu. Mukhriz jangan hina anak Kedah jika dia sendiri pun hanya guna rakyat Kedah sekadar untuk menjadi Menteri Besar. Jika Mukhriz hina anak Kedah yang tidak menyokongnya sebagai pemakan dedak, ANAK KEDAH JUGA BOLEH GELAR MUKHRIZ SEBAGAI MALAUN YANG CUBA MEMPERGUNAKAN ANAK KEDAH UNTUK MENJADIKAN DIA PERDANA MENTERI. Walaupun bapa Mukhriz adalah Ahli Parlimen Kubang Pasu selama 22 tahun, dia hanya bina bangunan di Kuala Lumpur untuk sakau duit Petronas. Dia tidak majukan kawasan yang undi dia selama 22 tahun pun.
Jika bapa Mukhriz bina hotel 5 bintang di Langkawi, dia hanya merampas tanah anak Langkawi dan menghalang anak Langkawi pijak di pantai tersebut.
Kini keluarga Mukhriz sudah miliki wang berbillion dan sudah berpuluh tahun merasa menjadi orang paling berkuasa di Malaysia. Tak cukup lagi kah?
Anina Saadudin EMPIRICAL MALAYSIA
Kini DAP memakai selimut PKR pula. Musang DAP berbulu ayam PKR, DAP Berlogo PKR. Juga cuba menipu pengundi?
TWICE terdiri daripada sembilan anggota iaitu Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Mina, Dahyun, Chaeyoung dan Tzuyu serta dibentuk menerusi program realiti survival, Sixteen pada 2015. HALAMAN HIBURAN KUALA LUMPUR: Once, adakah anda terima ‘Signal’ TWICE? Kumpulan K-pop terkenal, TWICE, bakal mengadakan persembahan di Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada konsert jelajah Asia, ‘TWICE LAND, Fantasy Park’. TWICE menguar-uarkan tentang konsert mereka, 'TWICE 2nd Tour - TWICELAND ZONE 2: Fantasy Park' menerusi satu kenyataan di akaun Twitter rasmi mereka baru-baru ini. Bertemakan fantasi, TWICE bakal membawa ‘taman fantasi’ mereka ke Malaysia pada 28 Julai ini. Dianjurkan oleh IME, konsert tersebut akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam bermula jam 8.30 malam.
Jualan tiket atas talian KSTAR (www.kstar.tv) dibuka pada 21 April bermula jam 3 petang sehingga 22 April (sehingga jam 3 petang) dengan harga tiket dijual serendah RM388. Peminat yang membeli tiket VIP akan mendapat ganjaran istimewa. TWICE terdiri daripada sembilan anggota iaitu Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Mina, Dahyun, Chaeyoung dan Tzuyu serta dibentuk menerusi program realiti survival, Sixteen pada 2015 di bawah syarikat pengurusan JYP Entertainment. Single pertama mereka, ‘Cheer Up’, menerima sambutan hangat dan lagu tersebut berjaya mengungguli carta-carta utama Korea seperti Naver, Melon, Mnet dan Soribada sekali gus merangkul gelaran 'Song Of The Year' pada Anugerah Muzik Mnet Asia dan Anugerah Muzik Melon 2016
Selepas 'Cheer Up', kumpulan ini terus memukau peminat mereka yang juga dikenali dengan nama fandom ‘Once’ dengan beberapa lagi lagu hit seperti ‘Knock Knock’, ‘TT’, ‘Signal’ dan yang terbaharu, ‘What Is Love’. Lagi persembahan telanjang? Kalau lu tak mahu persembahan begini di negara umat Islam ini berterusan, sila undi parti Islam se Malaysia (PAS) dalam PRU14..
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini.
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular &sekandang dengannya, politik suku agama suku, yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
Kini DAP memakai selimut PKR pula. Musang DAP berbulu ayam PKR, DAP Berlogo PKR. Juga cuba menipu pengundi?
AIDCNews -21/04/18 – Taikun yang banyak memberi sumber kewangan kepada DAP, Koon Yew Yin adalah penyokong Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), mendiang Chin Peng.
Menulis dalam laman peribadinya,koonyewyin.com, taikun itu berkata beliau pernah melawat Chin Peng di Hotel Novotel, Bangkok pada 2 Oktober 2011 selepas mendapat tahu aktivis PKM itu telah ditimpa sakit.
“Dia (Chin Peng) sangat berpengetahuan mengenai politik Malaysia yang terkini. Dalam perbualan kami, Chin Peng menekankan bahawa Malaysia adalah negara yang kaya dan orang Cina harus bekerjasama dan bekerjasama dengan orang Melayu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik,”tulis Yew Yin.
Selain memberi bantuan kewangan kepada DAP, taikun Cina itu merupakan antara penderma utama kepada parti-parti Pakatan Harapan (PH) terutamanya Amanah dan PPBM.
TATARSTAN – Seorang wanita di Rusia bertindak mengerat zakar bekas suaminya dengan pisau dapur selepas mangsa muncul di kediamannya dan meminta melakukan hubungan seks.
Lira Plaksina, 47, dari perkampungan Vasilyevo di wilayah Tatarstan, Rusia berkata, dia melakukan tindakan untuk mempertahankan diri itu selepas bekas suaminya datang dalam keadaan mabuk.
Plaksina memberitahu mahkamah, lelaki berusia 44 tahun itu menyerangnya dan meminta melakukan hubungan intim. Hakim bagaimanapun menyatakan wanita terbabit telah memotong zakar dan skrotum mangsa ketika dia sedang tidur di atas sofa di kediamannya.
Bekas suami Plaksina turut mengalami kecederaan pada pinggul kanan ketika kejadian pada Oktober tahun lalu. Susulan itu, dia telah dijatuhi hukuman penjara empat tahun.
Wanita terbabit yang diiringi polis keluar dari mahkamah bertindak melambai dan memberikan ‘flying kiss‘ kepada petugas media.
“Segalanya biasa. Saya dihukum penjara empat tahun,” katanya tanpa menunjukkan sebarang rasa kesal.
Difahamkan, bekas suaminya kini tinggal bersama-sama dengan wanita lain Menurut jiran mereka, pasangan terbabit sering bertengkar hingga membawa kepada perceraian. –Daily Mail/mStar Online Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi kerana mabuk tunggang kencing syaitan. Ingatlah wahai insan terutama balaci-balaci syaitan dan kuncu-kuncunya di Malaysia ini. Kini DAP memakai selimut PKR pula. Musang DAP berbulu ayam PKR, DAP Berlogo PKR. Juga cuba menipu pengundi?
SIASAT… Kerajaan mengesahkan seorang pensyarah universiti swasta warga Palestin yang mati ditembak di ibu negara pagi ini merupakan pakar kejuruteraan elektrik dalam penghasilan roket.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, hasil maklumat awal Polis Bukit Aman mendapati kematian Dr. Fadi M. R. Albatsh, berkemungkinan mempunyai kaitan dengan perisikan negara luar.
Pihak terbabit dipercayai mengesyaki mangsa yang juga imam itu memiliki ‘saham’ dari segi sumbangan latihan pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) atau menjadi liabiliti kepada negara yang bermusuhan dengan Palestin.
Menurut Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, allahyarham disahkan sebagai pemastautin tetap dan telah menetap lebih 10 tahun di negara ini serta bekas penuntut ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Malaya (UM).
Tambah beliau, Fadi yang aktif dalam badan bukan kerajaan (NGO) Islam, dipercayai ada kaitan dengan pergerakan Hamas di Palestin, sepatutnya berlepas ke Turki tengah hari ini untuk menghadiri satu persidangan antarabangsa.
“Saya turut berdukacita atas kematian Dr. Fadi ini, namun polis akan meneruskan siasatan terperinci dari semua sudut sehingga tertangkapnya dua lelaki Eropah yang dikesan menaiki motosikal berkuasa tinggi BMW 1100 CC.
DR. FADI M. R. ALBATSH KETIKA MENYAMPAIKAN CERAMAH AGAMA BARU-BARU INI. – GAMBAR HIASAN
“Mereka berdua disyaki melakukan perbuatan jenayah di negara ini. Kita sentiasa kerjasama dengan Interpol (Pertubuhan Polis Antarabangsa) dan Aseanapol (Pertubuhan Polis ASEAN) bagi jejaki penjenayah itu,” katanya.
Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menyatakan demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan bangunan baharu Pusat GiatMara Bagan Datuk di Jalan Besar, Hutan Melintang pada hari ini.
“Kita juga berharap agar penjenayah ini akan dapat dikesan dengan segera oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) polis dan kita akan maklumkan perkembangan mengenai kes ini dari masa ke semasa,” tegas Ahmad Zahid.
Insiden gempar itu seperti mengulangi kes pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam di Klia2, Sepang pada 13 Februari tahun lalu akibat ditekap racun saraf oleh dua wanita asing diupah ejen perisikan luar.
Awal hari ini, media melaporkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim mengesahkan mangsa yang berusia 35 tahun itu mati ditembak 10 das di laluan pejalan kaki Medan Idaman, Setapak kira-kira jam 6 pagi tadi.
Allahyarham yang juga imam di sebuah surau dekat rumahnya itu dalam perjalanan menunaikan solat fardu Subuh. Mangsa tinggal dengan isteri dan tiga anaknya di sebuah kondominium berhampiran. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Kini DAP memakai selimut PKR pula. Musang DAP berbulu ayam PKR, DAP Berlogo PKR. Juga cuba menipu pengundi?