Monday, April 16, 2018

N/Pres. PPBM Mengaku Duit DAP 'Melimpah' Dari Taiwan, H/Kong &S'pura.



Parti komponen Pakatan Harapan, DAP, telah mendapat tajaan negara asing dalam usahanya untuk menggulingkan kerajaan persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Perkara ini didedahkan oleh Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff yang memetik kenyataan Naib Presiden PPBM, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dalam syarahannya di Auditorium Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS), UUM pada 18 November 2015.

Kata Dr Kamarul, syarahan disampaikan Abdul Rashid selaku dirinya sebagai bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Antara dakwaan Abdul Rashid terhadap DAP ketika menyampaikan syarahan adalah:

"Tetapi sudah tentulah sesetengah parti kuat seperti DAP, mereka mendapat bantuan asing dan sebagainya."
"Anda boleh tanya kepada DAP tu kenapa mereka tidak bersetuju dengan perkara ini (akta dana politik), kerana banyak limpahan dana yang meraka katakan datangnya dari negara asing. Lawaknya, (dana dari) Singapuralah, Hong Konglah masuk, Taiwan. Banyak duit masih, dia ada penghantar untuk membawanya masuk, bagi membiayai pilihan raya."
Ujar Dr Kamarul, Abdul Rashid juga menyebut beliau tidak kisah sekiranya pendedahan ini dilaporkan wartawan.

"Jika pendedahan ini dibuat oleh orang biasa maka sudah tentulah ini tidak akan mengejutkan tetapi bila yang mendedahkannya adalah bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya seperti Tan Sri Abdul Rashid maka sudah tentulah ia mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk dipercayai," katanya sambil turut menggesa pihak berkuasa menyiasat pengakuan orang kuat parti Dr Mahathir yang kini digantung selama 30 hari oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Dakwaan gerakan politik mendapat pembiayaan asing untuk menggulingkan kerajaan juga pernah didedahkan oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos.

Kata Jamal, pergerakan awam pro-pembangkang, Bersih 2.0, yang mendakwa mereka sebagai pertubuhan bebas juga pernah mendapat bantuan daripada penyangak mata wang Yahudi, George Soros.

Sebanyak RM3.2 bilion nilai tajaan Soros kepada pergerakan kelolaan S Ambiga dan Maria Chin Abdullah semenjak 2010 sehingga 2016 menerusi pertubuhan digelar Open Society Foundation (OSF), kata Jamal.

Kata Jamal, OSF memberikan dana kepada BERSIH dibawah nama Malaysian Program sebagai campurtangan Soros terhadap pilihan raya bersih dan adil di Malaysia.

"Dokumen itu juga menyatakan Soros mempunyai kepentingan peribadi di Malaysia yang mahukan pembangkang untuk menang (pilihan raya), jadi ianya juga mengaitkan OSF telah memulakan gerakan sejak 2010." (TKO)

UNDILAH PAS dalam PRU14 ini. 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan parti sekular, yang tiada kaitan dengan akhirat, politik suku agama suku. Bukan seperti DAP dan kuncu-kuncu sekularnya yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
 
Kini DAP memakai selimut PKR pula. Musang DAP berbulu ayam PKR, DAP Berlogo PKR..




Sistem Kasta Dalam Majlis Fund Raising PKR Pahang -Hanisya A/Hamid,


Majlis ‘Fund Raising’ anjuran PKR Pahang yang melibatkan tiga Parlimen; ndera Mahkota, Kuantan dan Paya Besar malam ini mengamalkan sistem kasta antara kaum.

Menurut Hanisya Abdul Hamid, sistem kasta itu berlaku apabila berlakunya pengasingan antara kaum yang diletakkan di dalam dan luar dewan.

“Majlis Fund Raising anjuran Parlimen Indera Mahkota, Kuantan dan Paya Besar PKR malam ini yang mengamalkan diskriminasi dan politik kasta.
“Bukan nak bersikap rasis tetapi ini adalah apa yang diamalkan oleh PKR.
“Kaum Tionghua diberikan tempat duduk dan meja yang istimewa didalam dewan sedangkan makanan halal untuk bangsa Melayu/Islam dihidangkan di luar dewan,”kata dalam Facebook.

Justeru itu Hanisya menuntut Pengerusi PKR Pahang, Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan bekas Ahli Parlimen Kuantan, Fauziah Salleh tampil memberi penjelasan berkaitan isu tersebut.

“Omak sering mendedahkan betapa PKR mengamalkan politik kasta ternyata ianya amat benar, tepat dan sahih sekali.
“PKR boleh nafi dan maki namun ini adalah realiti dan bukannya fake news cerita yang direka-reka.
“Betul atau Tidak????
“Apa komen Fuziah Salleh dan Dato’ Fauzi Abdulrahman???,”katanya lagi.

Sementara itu, Fauzi yang juga bekas Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata beliau tidak akan mempertahankan parlimen tersebut pada PRU 14 ini.
Pengumuman Fauzi itu dibuat selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiga hari lepas mengumumkan Nasruddin Hassan bakal bertanding di Parlimen tersebut.

Sebagai gantinya, Fauzi berkata Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah bakal bertanding melawan Nasruddin. 
Fauzi yang sebelum ini menang di kerusi Parlimen Indera Mahkota pada PRU-13 dan tahun 2008, pula berpindah ke kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lembing.

Penyandang kerusi Parlimen Kuantan, Fauziah Salleh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikekalkan bertanding di kawasan itu untuk penggal ketiga.
Mohd Yazid Mohd Yunus daripada PPBM, diumum sebagai calon Parlimen Paya Besar. Fauzi berkata penyandang kerusi DUN Semambu daripada PKR, Lee Chean Chung akan mempertahankan kerusi dimenangi sebelum ini, begitu juga bagi kerusi DUN Teruntum akan ditandingi penyandangnya dari PKR, Sim Chon Siang.

“Kerusi DUN Panching dalam Parlimen Paya Besar pula, pakatan pembangkang akan meletakkan penyelaras DUN itu daripada PKR, Kamarzaman Mohamed Yunus.
“Bagi kerusi DUN Inderapura pula, pembangkang akan meletakkan calon daripada PKR, Fakhrul Anuar Zulkawi,” katanya.

Sebelum DAP telah mengumumkan seorang ahli parti itu bakal bertanding di Parlimen dan 8 orang di DUN.

Mereka ialah Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang akan bertanding parlimen Raub dan lapan calon DUN iaitu – Abu Bakar Lebai Sudin (Pulau Manis), Young Syefura Othman (Ketari), Leong Yu Mun (Triang), Woo Chee Wan (Mentakab) DR Kamache (Sabai), Lee Chin Chen (Bilut), Chow Yu Hui (Tras) and Chong Yoke Kong (Tanah Rata). - AIDCNews
559686_505894539456840_1348145350_n
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini. 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan parti sekular, yang tiada kaitan dengan akhirat, politik suku agama suku. Bukan seperti DAP dan kuncu-kuncu sekularnya yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
 
Kini DAP memakai selimut PKR pula. Musang DAP berbulu ayam PKR, DAP Berlogo PKR..

12 Jawapan Kepada 12 Fitnah Keatas PAS



Fitnah 1 : PAS bergabung dengan Umno dimainkan sejak 2008.

Jawapan : Fitnah ini diulang-ulang bagi menghilangkan kepercayaan ahli dan penyokong PAS kepada pimpinan. Namun hingga ke hari ini sudah 10 tahun fitnah dimainkan, PAS dan Umno masih tidak bergabung. 

Fitnah 2 : PAS Tongkat Umno dimainkan sejak 2017.

Jawapan : Menjelang PRU14, PAS umumkan akan berlawan dengan Umno di 130 kerusi Parlimen. PAS telah berlawan dengan Umno sebelum sebelum DAP ditubuhkan pada  1966, sebelum PKR ditubuhkan pada 1999, PAN 2015 dan PPBM 2016. Jadi adalah normal jika PAS bertanding melawan Umno walaupun sudah tidak bersama Pakatan kerana itu memang tradisi PAS. Isu PAS tongkat Umno hanya propaganda politik Pakatan selepas PAS menolak untuk bersama mereka.

Fitnah 3 : PAS terima 90 juta dari Umno (versi Sarawak Report 2016)

Jawapan : Fitnah mula disebarkan oleh  editor Sarawak Report, Claire Rewcastle Brown  pada 2016. Pas beri amaran untuk saman. Sebelum disaman, Claire memadam semua artikel fitnah dan membuat kenyataan bahawa semua artikel itu hanya berdasarkan andaian. Pada 2017, PAS mengheret Claire ke Mahkamah di London dimana lokasi sebenar akhbar itu beroperasi. Mahkamah London kemudian arah Claire membayar RM84,000 sebagai kos prosiding pendakwaan kerana gagal menyerahkan bukti. Pada 2018, Claire meminta Mahkamah membatalkan saman PAS kerana beliau gagal menyediakan bukti atas fitnah yang disebarkan.

Fitnah 4 : PAS terima 90 juta dari Umno (versi Husam 2017)

Jawapan : Sehingga ke hari ini Husam masih enggan membuat laporan SPRM dan Polis ke atas PAS. Husam juga masih gagal menamakan individu yang menerima wang tersebut. Husam yang sebelum ini mengatakan wang tersebut masuk dalam akaun Affin Bank individu tertentu masih gagal tunjukkan bukti transaksi. Selepas di desak, Husam cabar PAS tunjuk bukti  salinan akaun bank yang menyatakan transaksi berkenaan. Anehnya orang yang dituduh pula yang perlu tunjuk bukti untuk mengesahkan fitnah yang dia buat. Sepatutnya Husam la yang tunjuk bukti itu. 

Fitnah 5 : PAS terima Dana 1MDB.

Jawapan : Pada 2017, Orang yang menyebarkan fitnah ini iaitu Rafizi Ramli (Naib Presiden PKR) akhirnya akui bahawa yang terima dana dari 1MDB bukannya PAS tetapi, Nasharuddin Mat Isa, mantan Timbalan Presiden PAS yang dipecat pada 2013. 

Fitnah 6 : Klip audio suara Nik Abduh berhubung PAS terima 90 juta dari Umno.

Jawapan : Husam pun tak pasti itu suara Nik Abduh atau tidak. April 2017, barulah Klip audio dihantar ke London untuk disemak oleh pakar selepas beberapa minggu ia disebarkan terlebih dahulu. Hingga kini tiada sebarang pengesahan dari mana-mana pakar audio bahawa klip video itu adalah suara Nik Abduh. Dan sangat lucu, sekali lagi Husam minta PAS sahkan yang suara itu adalah suara Nik Abduh. Sepatutnya Husam la yang tunjuk bukti itu untuk sahkan yang suara itu milik Nik Abduh.

Fitnah 7 : Anak Lelaki Sulung Almarhum TG Nik Aziz, Nik Omar sertai PAN dan bakal MB Kelantan.

Jawapan : 15 April 2018, Nik Omar Nik Abdul Aziz mengesahkan tidak menyertai PAN dan tidak akan bertanding dimana-mana kerusi. Wan Rahim akhirnya terdiam selepas bertahun memainkan fitnah yang Anak Lelaki Sulung TGNA itu bersama PAN.

Fitnah 8 : Ahli PAS Putrajaya ambil Pil Kuda ketika kempen PRU13.

Jawapan : Tengku Adnan Mansor hanya membuat andaian selepas membaca berita Anak Husam Musa ditangkap kerana disyaki menjual pil kuda pada Disember 2017. Husam Bertanding atas tiket PAS di Putrajaya pada 2013. Walaubagaimana pun beliau di pecat PAS pada 2016. Isu Pil Kuda hanya muncul pada 2017 dan hanya melibatkan anak Husam, bukannya petugas PAS seperti di dakwa oleh Setiausaha Agung Umno itu. Laporan polis telah dibuat dibawah Akta Berita Palsu 2018.

Fitnah 9 :  Presiden PAS Sokong GST.

Jawapan : Hanipa Maidin (PAN) menemplak Fitnah RTM dan TV3 yang memanipulasi Ucapan TG Abdul Hadi Awang di Parlimen sebagai menyokong GST. Beliau mengesahkan bahawa Presiden PAS tolak GST. Ini sekaligus mematikan fitnah Muhyiddin Yasin, Presiden PPBM yang turut mendakwa Presiden PAS Sokong GST kerana beliau juga salah tafsir kenyataan Presiden PAS. Dalam Manifesto PRU14 PAS jelas menetapkan akan menghapuskan GST dan SST jika diberi mandat oleh rakyat.

Fitnah 10 : PAS tidak serius bentang pindaan RUU 355 (Akta Mahkamah Syariah).

Jawapan : Pindaan RUU355 adalah usul persendirian ahli parlimen bukannya dari Kerajaan BN. Jadual mesyuarat dan Pengerusi mesyuarat adalah dari BN. Merekalah yang tetapkan bila usul persendirian dari PAS ini boleh dibentang atau tidak kerana PAS adalah parti pembangkang. BN tidak memberikan laluan mudah, manakala ahli Parlimen PH pula memperlekeh Presiden PAS sebagai gagal. Sepatutnya jika mereka jujur BN Dan PH beri kerjasama menyokong dan memaksa Speaker Parlimen beri laluan usul ini dibentangkan. 

Fitnah 11 : Undang-undang Hudud menindas hak asasi bukan Islam.

Jawapan : Undang-undang Hudud adalah untuk orang Islam sahaja, bukan Islam bebas mengunakan undang-undang sivil sedia ada. Tindakan DAP menakut-nakutkan bukan Islam dengan menolak hudud secara terbuka adalah menghina hak demokrasi umat Islam. Hudud adalah undang-undang jenayah yang sepatutnya menjadi sebahagian dari senarai undang-undang Syariah.

Fitnah 12 : PAS diresapi oleh kumpulan pengganas ISIS.

Jawapan : Dakwaan Mat Sabu ini dijawab oleh Ust Norazli Musa selepas gambar lawatan kemanusian beliau pada 2015 diviralkan dengan andaian kononnya PAS beri bantuan pada ISIS. Siasatan mengesahkan bahawa individu yang memegang senjata dalam gambar yang diviralkan adalah Pengawal Lapangan Terbang yang diarah mengawal keselamatan beliau sepanjang misi bantuan kemanusiaan ke Syria, bukannya pejuang ISIS.

Sesungguhnya musuh-musuh PAS tidak pernah berhenti menyebarkan fitnah bagi menghalang kebangkitan PAS sebagai parti yang terbaik dalam memperjuangkan hak rakyat berlandaskan Islam. 

Kepada pemimpin kaki fitnah, bertaubatlah dan akuilah kesilapan kamu. Hidup ini hanya sementara, jangan tunggu sudah mati baru nak bertaubat.

Kepada kaki penyebar fitnah ingat, Allah telah berfirman dalam Surah Al-Hujuraat ayat 6:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan"

Kepada pemimpin dan ahli PAS yang difitnah bersabarlah dan semoga Allah bongkarkan segala fitnah yang dilemparkan dengan kebenaran dan rahmatNya.

"Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan Ulil Amri). Kalau tidaklah karena kurniaan dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil saja (di antaramu)." - Surah An-Nisa' ayat 83.

Herman Samsudeen
Mid Valley City
16 April 2018 



UNDILAH PAS dalam PRU14 ini. 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan parti sekular, yang tiada kaitan dengan akhirat, politik suku agama suku. Bukan seperti DAP dan kuncu-kuncu sekularnya yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
 
Kini DAP memakai selimut PKR pula. Musang DAP berbulu ayam PKR, DAP Berlogo PKR..

Enggan Berdiri Menari, Penyanyi Hamil 6 Bulan Ditembak.. Mabuk!

 Samina Samoon, 24, didakwa dibunuh suspek bernama Tarique Ahmed Jatoi dalam satu majlis perkahwinan setelah mangsa menolak ajakan untuk menari bersama. -Facebook/@SameenaSindhu

HALAMAN HIBURAN

LARKANA: Seorang penyanyi di selatan Sindh, Pakistan ditembak mati hanya kerana enggan berdiri untuk melayan permintaan tetamu semasa persembahannya.

Samina Samoon, 24, didakwa dibunuh suspek bernama Tarique Ahmed Jatoi dalam satu majlis perkahwinan setelah mangsa menolak ajakan untuk menari bersama.

Menurut media tempatan, suspek yang dipercayai mabuk ketika kejadian berang apabila ajakannya ditolak.


Kejadian tersebut yang berjaya dirakam menyaksikan Tarique melempar wang kepada mangsa yang hamil enam bulan itu sebelum menembaknya.

Rakaman insiden tersebut dikongsi di platform Twitter milik seorang aktivis hak asasi manusia, Kapil Dev.


Hasil carian imej untuk Penyanyi hamil maut ditembak peminat

Samoon yang dikejarkan ke Hospital Chandka bagaimanapun gagal diselamatkan akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Laporan polis telah dibuat suami Samoon atas pembunuhan isteri dan anaknya yang masih dalam kandungan.

“Isteri saya yang sedang hamil enam bulan dan suspek perlu didakwa atas dua kesalahan membunuh.

“Samoon enggan menari kerana dia hamil tetapi suspek tetap membunuhnya kerana enggan menari,” kata suami mangsa, Ashiq Ali.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah antara bahaya arak, kerana itu Islam mengharamkannya. Yang degil tidak mahu ikut Islam ialah 'kerajaan umat Islam', seperti Malaysia dan sekutu sejenis dengannya. Anda mahu cara hidup Islam?

Pilihlah parti Islam dalam PRU14 ini.

UNDILAH PAS dalam PRU14 ini. 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan parti sekular, yang tiada kaitan dengan akhirat, politik suku agama suku. Bukan seperti DAP dan kuncu-kuncu sekularnya yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
 
Kini DAP memakai selimut PKR pula. Musang DAP berbulu ayam PKR, DAP Berlogo PKR..

Kisah Rindu &Cinta Jarak Jauh. Bangau Oo Bangau.


Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

KISAH dua ekor bangau di Kroasia (Croatia), bernama Klepetan dan Malena. Adalah sebuah kisah cinta, rindu dan kesetiaan yang melampaui segala halangan. Klepetan, bangau jantan yang rela terbang sejauh ribuan kilometer setiap tahun untuk bertemu kembali dengan bangau betinanya. 

Bangau betinanya Malena itu, adalah cacat dan tidak boleh terbang. Pada akhir Mac lalu, Klepetan kembali ke Desa Brodski Varos di timur Kroasia untuk ke-16 kalinya berturut-turut setelah meninggalkan rumah musim dinginnya di selatan Afrika. Di sanalah dia bertemu kembali dengan pasangannya, Malena, yang dalam bahasa Kroasia bererti “si kecil”.

Dia kembali untuk membuat anak, menambah 62 bayi bangau yang telah pasangan itu hasilkan sebelumnya. Kisah cinta jarak jauh pasangan bangau tersebut telah menjadikan mereka sebagai selebriti di Kroasia, kini.
Imej yang berkaitan
Hasil carian imej untuk bangau
Hasil carian imej untuk bangau
Diceritakan, Stjepan Vokic, seorang duda berusia 71 tahun merawat Malena pada 1993 ketika dia menemukan bangau itu di dekat sebuah kolam setelah terluka akibat tembakan pemburu. Malena menghabiskan musim dingin di sebuah gudang yang disebut Vokic sebagai “improvisasi Afrika” dengan sarang, pemanas dan akuarium.

Pada musim semi, Vokic membuat sebuah sarang besar untuk Malena di atap gudang. Klepetan, ayah mengajar bayi bangaunya untuk terbang sebelum bermigrasi bersama mereka pada awal Ogos ke Afrika  selatan. Sementara itu, Malena tetap dengan Vokic, yang memandikannya dan mengoleskan krim di kakinya agar tidak mengering, kerana dia jauh dari habitatnya lahan basahnya. 

"Saya juga membawanya memancing kerana saya tidak boleh membawanya ke Afrika. Bahkan kami menonton TV bersama," kata Vokic sebagaimana dilapor AFP, Sabtu (14/4/2018).
"Jika saya meninggalkannya di kolam, rubah jenis mamalia akan memangsanya. Tapi saya mengubah takdirnya, jadi sekarang saya bertanggung jawab atas hidupnya." 

Klepetan, bangau yang disebut seperti suara ketukan dengan paruh mereka, memakai cincin pelacak. Tujuan migrasi terakhirnya telah dilacak ke dekat Cape Town, sekitar 14,500 kilometer dari Malena. Dia memerlukan waktu lebih dari sebulan untuk mencapai lokasi itu. 

Kroasia adalah rumah bagi sekitar 1,500 pasang bangau putih. Desa Cigoc, di Kroasia tengah, diproklamasikan sebagai desa bangau pertama di Eropah pada 1994. Lebih dari 210 burung tinggal di sana, di sarang di atap dan tiang lampu. Jumlah mereka lebih dari dua kali populasi manusia desa.

Begitulah indahnya, jika diungkap rahsia yang Maha Agung, maka bertambah yakinlah kita akan kebesaranNya. Allahu Akabar!

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

482322_629223370428202_763549202_n

Majlis Dana PRU Anjuran PH Diiringi Arak, Kencing Syaitan.



BANGI, 28 Rejab 1439H, Ahad – Netizen mengutuk majlis kutipan dana Pilihan Raya Umum (PRU) anjuran Pakatan Harapan semalam, di Golden Empire Palace Restoran Tanjung Lumpur, Kuantan yang disifatkan sebagai tidak menghormati keberadaan umat Islam.
Ia susulan hidangan arak dan makanan tidak halal secara terbuka kepada orang bukan Islam, dipercayai bercampur dengan orang Islam juga dalam majlis itu. Rata-rata netizen mengkritik dan meluahkan rasa kecewa kerana berpendapat majlis seumpama itu tidak sepatutnya menghidangkan arak.
“Maaf, kalau betul orang DAP, mereka sepatutnya hormat kepada orang Islam, dan mereka tak patut minum arak pada majlis kutipan dana sebegitu.
“Kalau dalam majlis macam itu pun mereka tak boleh hormat, macam mana kalau dah berkuasa nanti? Cuba bayangkan dengan ikhlas…nasib agama kita selepas ini,” tulis Azrin Desa.
Nazrul Nazir pula mempersoal tempat kutipan dana yang dibuat di restoran yang menyediakan arak. Katanya, masih banyak kedai makan, mahupun restoran lain sekitar Kuantan boleh digunakan untuk pengumuman calon.
“Walaupun dipisahkan tempat non Muslim di luar dewan, dan Muslim di dalam dewan, pimpinan PH Melayu masih berada di dalam dewan yang menyediakan arak. Apakah mereka reda dengan arak yang dihidangkan dalam dewan yang mereka ada bersama?
“Duit yang didermakan, disumbang dan digunakan untuk jamuan, bagaimana statusnya? Adakah tidak termasuk duit orang Islam di meja yang ada arak? Apa hukumnya? Mana pergi suara PAN dan PKR sebagai parti Islam dalam PH?,” soalnya.
Sementara itu, Abidin Sharif berkata, tidak dinafikan majlis arak boleh melibatkan pimpinan parti dalam Pakatan Harapan.
“Memang inilah pengalaman saya dulu, bila menghadiri jamuan Pakatan Rakyat yang dianjurkan oleh DAP. Itulah kali pertama dan kali terakhir saya hadir dalam majlis mereka. Elok sangat PAS keluar PR,” katanya.
Man Kamis pula berkata, majlis Harapan ni tidak akan mendapat keberkatan, lebih-lebih adanya benda haram.
“Kalau majlis tu bercampur haram takkan adanya keberkatan. Lainlah kalau semua bukan Islam. Lantak lah nak buat apa. Ini baru nak umum calon. Rasanya kalau menang, dah tak boleh bayang apa mereka akan buat,” katanya.
Sebaliknya, Ahli Parlimen PKR, Fuziah Salleh dalam status di Facebooknya mempertahan majlis itu, kononnya ia memisahkan tempat duduk antara orang Islam dan bukan Islam. Katanya, penyediaan makanan kawasan tidak halal diletakkan di dalam dewan, manakala kawasan makanan halal berada di luar dewan.
Namun, netizen beranggapan ia tetap tidak sepatutnya berlaku.
“Fuziah, awak tak penah dengar hadis nabi ke? Walau pun awak tak minum tapi tolong bawak, tolong hidang, tolong sedia sama aje dosanya.
“Awak nak hormat non Muslim, tapi awak tak hormat larangan Allah dan orang Muslim yang ada dalam majlis tu. Ini bukan masalah iman kuat atau tak. Ini masalah cetek pengetahuan agama,” tulis AR Fazal Redza. (Ismaweb)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah bedanya antara parti Allah dengan parti syaitan. Parti syaitan memang wajar disirami arak air kencing syaitan. Adakah pengunjung semuanya terdiri dari syaitan-syaitan, walaupun berupa manusia?
Kerana itulah tiap orang Islam wajib mengundi parti Islam, dan menolak parti sekular. Sepatutnya pilih parti ini.. 
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini. 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan parti sekular, yang tiada kaitan dengan akhirat, politik suku agama suku. Bukan seperti DAP dan kuncu-kuncu sekularnya yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
 
Kini DAP memakai selimut PKR pula. Musang DAP berbulu ayam PKR, DAP Berlogo PKR..

Sunday, April 15, 2018

Anak Nik Aziz Nafi Sertai Amanah, Tanding DUN Chempaka.



PETALING JAYA: Selepas beberapa hari menjadi tumpuan selepas beliau dikatakan bakal menyertai Amanah dan bertanding DUN Chempaka, anak bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tampil menafikan “khabar angin” itu.
Nik Omar berkata beliau masih lagi ahli PAS dan tiada rancangan untuk bertanding di kerusi ayahnya atas tiket PKR.

“Setakat ini tidak akan menyertai Amanah dan bertanding,” katanya.

Nama Nik Omar disebut-sebut apabila Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata pihaknya sedang berunding dengan anak kedua Nik Aziz itu membawanya masuk parti.

Wan Rahim berkata Nik Omar mungkin akan dicalonkan di DUN Chempaka jika rundingan berhasil.
Semalam, Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata Nik Omar belum disahkan secara rasmi akan bertanding sebagai wakil Amanah.

Adiknya, Nik Abduh yang juga ahli Jawatankuasa Pusat PAS menafikan Nik Omar akan menyertai parti serpihan PAS itu.

“Tiada rundingan, keluarga kami menafikannya. Ini propaganda untuk pecah-belahkan rakyat Kelantan,” katanya.

Note: AMANAH kuat pembohong. Selepas apa pula di dibohongi oleh puak PAN?? Yang kena kencing pengikut HARAPAN. Dosa lagi boleh. Akhirat lagi nak jawab macam mana? 



PRESIDEN PAS mengutuskan surat buat seluruh rakyat Malaysia dengan harapan seluruhnya turun mengundi pada 9 Mei ini dan melakar perubahan dengan memilih PAS sebagai teraju Kerajaan Malaysia. PRU14 – Inilah harapan PAS buat rakyat Malaysia
Baca selanjutnya.... Dapatkan Harakah Edisi Isnin Bil 2340 di pasaran sekarang!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails