Monday, April 03, 2017

Siti Kasim Akan Dipanggil Berkaitan 'kewujudan Tuhan yang terpesong...'


Hasil carian imej untuk siti kasim



PASIR PUTEH: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil peguam Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim untuk diambil keterangan berhubung kenyataannya berkaitan kewujudan Tuhan yang dianggap terpesong daripada akidah.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata sekiranya terdapat kesalahan maka Jabatan Agama Islam Negeri boleh mengambil tindakan.
"Jakim tiada kuasa untuk mengambil tindakan hanya Jabatan Agama Islam Negeri sahaja yang ada kuasa mengambil tindakan mengikut apa jua kuasa mengikut enakmen berkaitan jenayah, akidah serta penyebaran perkara yang boleh merosakkan agama Islam," katanya.
Asyraf Wajdi berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan dan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan di Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh di sini, Ahad.
Beliau berkata buat masa sekarang, Jakim mengambil pendekatan memanggil Siti Kasim untuk berbincang mengenai kenyataannya itu.
"Kita bukannya mahu menjatuhkan maruahnya, adakah benar apa yang dikatakan.Kita mahu dengar dahulu daripada mulut dia sendiri tetapi apabila dipanggil jangan pula tidak hadir," katanya.
Asyraf Wajdi mengulas kenyataan Siti Kasim dalam rancangan temu bual dalam talian dengan media berbahasa Cina beberapa tahun lepas berkaitan kewujudan Tuhan yang dianggap terpesong daripada akidah.
Dalam perkembangan lain, Asyraf Wajdi yang dilantik sebagai Ikon Integriti JBPM Kelantan berkata pelantikannya itu adalah satu amanah yang besar dan juga dianggap sebagai satu penghormatan tinggi.
Katanya semua pihak perlu menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan penuh integriti.
Beliau juga memuji inisiatif yang diambil oleh JBPM dan Jabatan Kesihatan untuk bekerjasama memastikan tugas yang melibatkan keselamatan rakyat dapat dijalankan dengan lebih efektif dan efisien.
Pada majlis menandatangani MoU itu, JBPM Kelantan diwakili pengarahnya Azmi Osman manakala Jabatan Kesihatan Kelantan diwakili oleh Pengarahnya Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir. - BERNAMA

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

Gempar! Restoran Hooters Pelayan Seksi Supercantik Dibuka Di Indonesia..


Restoran seksi. © Therichest.com

BEBERAPA hari ini, Indonesia diheboh dan digemparkan dengan dibukanya Hooters, sebuah restoran yang memiliki pelayan atau waiters super cantik (kononnya) dan juga seksi. 

Pelayan di Hooters mengenakan seragam kaos ketat dengan celana hot pants berwarna oranye. Wajah dan penampilan para pelayannya tak kalah dengan para model yang biasa tampil di majalah dewasa. 

Jadi tak hairan, Hooters akan selalu jadi tempat 'nongkrong favorit' lelaki hidung belang di Indonesia. Beginikah bentuk tarbiah dari sebuah negara umat Islam terbesar di dunia? 

Memalukan... (IH)

INFO

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

Sunday, April 02, 2017

Ye Ke Gegar Vaganza Bawa Hiburan Islamik? Tunggu..


Peserta Gegar Vaganza Bawa Hiburan Islamik?
HALAMAN HIBURAN
BERDAKWAH sememangnya mempunyai pelbagai medium. Salah satunya termasuklah menerusi muzik. Atas dasar itu jugalah, buat julung-julung kalinya, sebuah program realiti nyanyian, Gema Gegar Vaganza bakal bertemu penonton.
Mengangkat tema Gema Irama Terindah, program realiti yang diinspirasikan daripada Gegar Vaganza itu akan menjadi medium dalam menyuntik nafas baharu dalam persada hiburan Islamik tanah air. Seramai 10 peserta bakal menggegarkan pentas tersebut yang akan bersiaran secara langsung bermula 8 April ini di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur.
Bagi penganjuran pertama ini, pentas Gema Gegar Vaganza menampilkan barisan penyanyi yang sudah mempunyai portfolionya tersendiri dalam industri muzik.
Mereka terdiri daripada peserta individu dan berkumpulan.
Empat kumpulan yang bertanding ialah Hijjaz, Saujana, Mirwana dan UNIC, manakala bagi peserta solo pula termasuklah Hafiz Hamidun, Ana Rafali, Bienda, Azmi Caliph Buskers, Izam EYE dan penyanyi muda, Wani.
Pengurus Saluran Astro Oasis, Ahmad Fuad Mat Ali berkata, biarpun program tersebut merupakan satu bentuk pertandingan nyanyian, seleksi lagu yang bakal dipersembahkan adalah daripada lagu-lagu berunsurkan ketuhanan dan mengandungi mesej-mesej positif.
Katanya, pihaknya mendapati, persembahan nyanyian merupakan salah satu kaedah penyampaian mesej dakwah yang berkesan pada masa kini.
“Kami menyahut cabaran dengan memperkenalkan satu program pertandingan nyanyian yang berkonsepkan realiti dan berbentuk kerohanian. Pada masa sama, ia bersifat lebih terbuka dan kontemporari bersesuaian dengan kehendak masa kini.
“Secara tidak langsung, ia terus memperkukuhkan matlamat kami dalam merevolusikan cara penyampaian mesej kebaikan berunsur Islamik kepada masyarakat di luar sana. Kami mahu mengadaptasi setiap perubahan yang berlaku agar corak pendekatan kami ambil dalam mencapai sesuatu matlamat itu kekal relevan dan menepati cita rasa penonton,” katanya.
Menurutnya lagi, konsep dan format program juga tidak jauh beza dengan Gegar Vaganza. Justeru, sepanjang bersiaran, elemen-elemen seperti persembahan hos dan unsur kejutan yang cukup sinonim dengan program itu akan turut diguna pakai dalam Gema Gegar Vaganza.
“Meskipun begitu, pendekatan kandungan program yang kita bawakan lebih bersifat Islamik. Sebagai contoh, lirik lagu haruslah mengandungi unsur nasihat, tidak semestinya lagu nasyid sahaja. Pada masa sama, kita akan menitikberatkan aspek pemakaian dalam kalangan peserta dan hos yang selari dengan ajaran Islam,” katanya.
Katanya, program selama lapan minggu itu mengetengahkan komposer dan penerbit, Farihin Abdul Fattah dan pelakon Indonesia, Oki Setiana Dewi selaku juri tetap, manakala seorang lagi juri jemputan akan diundang pada setiap minggu.
Menariknya, program yang bersiaran di saluran Astro Oasis itu akan dikendalikan oleh penyanyi Siti Nordiana, pelawak Achey dan Fikri selaku pengacara.
Juara Gema Gegar Vaganza bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.
Lapor Kosmo! Online.
Ye ke gema Gegar Vagansa bawa hiburan Islamik? Sila tunggu dan lihat. (IH)

PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.


klik di sini....

Jangan Perbesar Isu 'Pengganas' Siti Noor Aishah - Nur Jazlan





JOHOR BAHRU: Kementerian Dalam Negeri meminta semua pihak tidak memperbesarkan isu penahanan Siti Noor Aishah Atam dan menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan.
Timbalan Menterinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata jika Siti Noor Aishah yang ditahan semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) didapati tidak bersalah, bekas pelajar Universiti Malaya itu akan dibebaskan.
"Polis tidak akan menahan mana-mana orang sekiranya mereka langsung tidak terlibat dengan aktiviti yang didapati cenderung kepada kegiatan keganasan.
"Dalam kes Siti Noor Aishah ini, dia akan dinilai sama ada betul-betul terlibat dengan keganasan atau tidak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Mini #KitaPulai di Permatang Kempas, di sini, Sabtu.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai penahanan semula Siti Noor Aishah, 29, di bawah Sosma pada 27 Mac lepas dan kini ditempatkan di Penjara Kajang.
Penahanan yang dilakukan ketika Siti Noor Aishah hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu adalah susulan rayuan oleh Timbalan Pendakwa Raya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan wanita tersebut pada September lepas.
Pada Mac tahun lepas, Siti Noor Aishah ditahan buat pertama kali di bawah Seksyen 130JB Kanun Keseksaan dan Sosma kerana memiliki 12 buku yang didakwa berkaitan kumpulan pengganas.
Nur Jazlan yang juga Anggota Parlimen Pulai, turut menyelar tindakan pembangkang yang mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dengan tampil cuba memperjuangkan kes itu.
"Tidak perlu adanya pembangkang yang konon-kononnya mahu membela Siti Noor Aishah sedangkan mereka ini (pembangkang) membelanya dengan cara tidak jujur.
Inilah cara pembangkang yang mahu meraih undi rakyat," katanya.
Sementara itu, Nur Jazlan turut menasihati rakyat di negara ini agar tidak terlibat dengan penyebaran mesej berunsurkan aktiviti pengganas melalui laman sosial seperti Facebook atau aplikasi WhatsApp.
"Polis sentiasa pantau setiap perhubungan yang berlaku. Orang asal yang hantar, dia pandai 'tutup diri' (untuk elak dikesan polis) dan yang ditahan pula orang kedua atau ketiga yang didapati terlibat memanjangkan mesej itu," katanya. -- Bernama

Perhatian:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

Kesian Kepada Penyembah Sarawak Report, Ini Bukti..



Kesian kepada penyembah-penyembah berita daripada Sarawak Report. Hari ini terbukti bahawa Sarawak Report adalah portal yang memuatkan berita palsu dan edit semata-mata bagi tujuan mendapat habuan tertentu.

Lebai bukanlah nak sokong Najib atau Rosmah. Tak pulak nak UG dengan UMNO tetapi hanya lebai nak menerangkan di sini perbuatan fitnah itu adalah DOSA YANG SANGAT BESAR. Kerana perbuatan fitnah ini dosa tak kira kita buat kepada UMNO, PAS, PKR atau mana-mana orang.

Kita marah orang fitnah kepada Anwar atas isu liwat tetapi jangan pula kita buat fitnah kepada Najib. Tugas kita bongkarkan kesilapan dan kesalahan Najib dan jangan sekali-kali kita buat perkara JAHAT macam mereka. 



Lihat bagaimana Sarawak Report manipulasi gambar untuk membuat FITNAH.

Kalau orang ada akal.Sudah pasti dia boleh fikir tuduhan kepada PAS berkenaan duit RM90 juta tanpa sebarang maklumat yang jelas hanya sekadar sangkaan awam adalah tidak benar.

Sarawak Report bukan boleh dipercayai. Kredibiliti Sarawak Report dalam isu FITNAH kepada PAS RM90 juta juga boleh dipertikaikan.

Adakah dengan "public suspicion" (syak wasangka awam) mereka menuduh PAS terima RM90 yang kini puak-puak PAKATAN hilang dan membelakangi nasihat agama sama-sama dalam menyebar luas fitnah jahat ini tanpa menghirau dosa dan pahala.

Pelik puak-puak mereka isu liwat walaupun mahkamah kata ya mereka tak percaya kerana mereka tahu itu fitnah tetapi dalam isu RM90 sangkkan dipercayai malah ada pimpinan PAN kata PAS terima wang melalui Affinbank sedangkan PAS mana ada akaun di situ.


Bak kata perpatah yang benar pasti akan terbuti, yang dusta dan palsu akan terbongkar. Semakin hari, semakin terbongkar kerja-kerja jahat membuat fitnah kepada PAS. Semoga Allah selamatkan kita daripada terbabit kerja bodoh dan jahat ini.

Azmin, Bersiaplah! Turun Kerusi MB Lepas PRU14. -Kajian ZIL




BANGI, 1 Rejab 1438H, Rabu – Azmin Ali bakal kehilangan jawatan Menteri Besar Selangor selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Demikian hasil kajian yang dijalankan Zaaba Institute for Leadership (ZIL) terhadap 3,000 pengundi di lima kawasan di negeri itu baru-baru ini.


Lima kawasan tersebut meliputi Gombak, Shah Alam, Selayang, Ampang dan Hulu Langat.

Ketua Pegawai Eksekutif ZIL, Dr Ali Boerhanudin berkata, kaji selidik itu bertujuan mengenalpasti kecenderungan pengundi Melayu terhadap parti yang akan dipilih pada PRU14 serta mengetahui isu yang memberi kesan terhadap pengundian tersebut.

Beliau memberitahu bahawa kaji selidik itu dibuat bermula Oktober sehingga Disember 2016.

“Hasil soal selidik, apabila ditanya jika esok adalah pilihan raya, parti manakah yang anda akan undi, sebanyak 24.4 peratus responden berkata akan mengundi PAS, 9.3 peratus akan mengundi UMNO, 5.4 peratus akan mengundi BERSATU dan hanya 5.6 peratus akan mengundi pakatan harapan. Manakala bakinya “masih atas pagar”.

“5.6 peratus adalah undi kepada pakatan harapan, yakni bercampur antara DAP, PKR dan PAN. Jika diasingkan PKR sahaja, mungkin peratus itu akan semakin berkurangan. Kami asingkan antara pakatan harapan dan BERSATU kerana senario pada waktu itu mereka belum bergabung,” katanya.

Mengulas mengenai respon pengundi Melayu di kawasan kerusi Azmin Ali sekarang, iaitu Parlimen Gombak, Dr Ali berkata, hasil tinjauan menunjukkan 26 peratus akan mengundi untuk PAS, 9 peratus untuk UMNO, 9 peratus untuk pakatan harapan, 4 peratus untuk BERSATU manakala bakinya “di atas pagar”.

Dr Ali berkata, hasil dapatan kajian itu berkemungkinan berkait rapat dengan pengundi Melayu yang mahukan parti yang lebih berperanan dalam memartabatkan Islam.

“Antara 16 isu yang ditanya pada pengundi, yang manakah paling perlu diberikan perhatian oleh parti yang memerintah, isu ‘memartabatkan Islam dan memelihara kesuciannya’ menduduki tangga ke-3 selepas ‘turunkan kos sara hidup’ dan ‘basmi rasuah dengan berkesan’.

“Ini menunjukkan agama masih menjadi soal utama pada pengundi Melayu dan parti-parti yang bertanding harus memberi perhatian yang serius ke arah itu,” jelasnya.

Konsert Ditaja Syarikat Judi. Shila Amzah Kalah Saman, Bayar RM20,000


HALAMAN HIBURAN


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Jumaat menolak saman penyanyi Shila Amzah terhadap seorang wartawan hiburan dan dua pihak lain berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah yang disiarkan dalam akhbar Kosmo! pada 17 September 2014.

Hakim Datuk Rosnaini Saub membuat keputusan itu selepas menerima pembelaan defendan bahawa artikel yang diterbitkan itu mengandungi ulasan saksama dan tidak berniat jahat.

Dalam penghakiman Rosnaini yang dibacakan Timbalan Pendaftar Erry Shariman Noor Arifin, mahkamah itu juga mendapati bahawa artikel yang diterbitkan Kosmo! adalah dibuat di bawah perlindungan bersyarat.

Dalam penghakiman setebal 33 muka surat mahkamah itu juga memutuskan bahawa Shila atau sebenarnya Nurshahila Amir Amzah sebagai selebriti perlu terbuka dalam menerima kritikan.

Mahkamah juga memerintahkan Shila membayar kos sebanyak RM20,000 kepada ketiga-tiga defendan iaitu wartawan hiburan akhbar Kosmo! Maliah Surip,36, pengarang akhbar itu dan penerbit akhbar berkenaan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.

Shila yang diwakili peguam Mahendra Kumar dan syarikatnya, Shila Amzah Entertainment Berhad selaku plaintif memfailkan saman pada 16 Januari 2015.

Dalam pernyataan tuntutan, dia mendakwa Maliah telah menulis beberapa artikel yang diterbitkan dalam akhbar Kosmo! antara lain mengaitkan konsert 'Shila Amzah-Love Live in Malaysia' di Mega Star Arena di sini pada 13 September 2014 ditaja oleh syarikat judi terbesar di negara ini dan beliau juga dikatakan memperlekehkan media Melayu.

Dakwanya, artikel itu ditulis berikutan terdapat satu status yang dimuat naik dalam laman web Instagram menggunakan nama akaun 'Shilaamzah_photography' pada 15 September 2014, yang secara amnya memuji pihak media khususnya media berbahasa Cina kerana membuat liputan meluas berkenaan konsert itu.

Penyanyi itu mendakwa dia tidak mengetahui pemilik akaun Instagram itu dan pemilik akaun Instagram berkenaan tiada kaitan syarikatnya, Shila Amzah Entertainment.

Dia berkata konsert itu dianjurkan bersama pihak Mega Ultimate Sdn Bhd dan tidak pernah wujud apa-apa tajaan wang daripada "syarikat perjudian nombor satu Malaysia" seperti yang dinyatakan dalam aktikel berkenaan.

Plaintif mendakwa artikel itu yang ditulis wartawan berkenaan membawa maksud bahawa dia seorang yang tidak bermoral kerana sanggup mengetepikan kepercayaan agama serta budaya untuk mendapat tajaan wang yang tidak halal untuk menjayakan konsertnya, bersifat rasis dan tidak sensitif kepada bangsa sendiri iaitu bangsa Melayu.

Kedua-dua plaintif juga memohon ganti rugi am, tambahan, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. -Bernama

PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails