Tuesday, January 10, 2017

Datuk Bekas CEO TEKUN Ini Pula Didakwa Rasuah.

 ABDUL RAHIM (gambar kecil) dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam untuk didakwa atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah.

SHAH ALAM – Bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM36,000 daripada sebuah syarikat pengutip hutang dua tahun lalu.
Bagaimanapun, tertuduh Datuk Abdul Rahim Hassan, 62, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Asmadi Hussin.
Tertuduh sebelum itu me­ngangguk faham atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Bagi pertuduhan pertama, Abdul Rahim didakwa melalui sistem pesanan ringkas me­minta suapan wang tunai seba­nyak RM36,000 iaitu 10 peratus daripada hasil kutipan hutang lapuk TEKUN Nasional bagi bulan November 2014 daripada pemilik syarikat Pasadana Sdn. Bhd., Abdul Muhsin Abdul Rahman, 46.
Wang itu sebagai dorongan mempercepatkan proses bayaran tuntutan syarikat Pasadana bagi invois bertarikh 7 Januari 2015 berjumlah RM360,009.08. Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 8.30 malam, 13 Januari 2015.(IH)

Fitnah Kubur, Mengacum Melaga-laga. Kuliah Jumaat Abd Hadi 13 Mei 2016.

Hasil carian imej untuk fitnah kubur
Video -18/37: Kuliah Jumaat 06 Syaaban 13 Mei 2016

Hasil carian imej untuk melaga-laga orang ramai


KULIAH JUMAAT 06 SYAABAN 1437/13 MEI 2016


Lihat sebelum ini..

Monday, January 09, 2017

Erdogan Terpilih Sebagai‘Person Of The Year’ Versi Aljazeera



Doha. Para penonton dan pengikut medsos akaun Channel Aljazeera melalui acara khas "Sibaqul Akhbar" Sabtu, (7/1/2017) kelmarin, menobatkan presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menjadi Person of the year mengatasi tokoh dunia lainnya. Seperti dikutip laman egyptwindow, Ahad, (8/1/2017).

Dalam acara itu Erodogan mendapat 40% suara, disusul oleh Omran, kanak-kanak kecil asal Syria dengan 34% suara.

Di kedudukan ketiga diduduki oleh Jurutera perakit pesawat tanpa awak Hamas dari Tunis, Muhammad al-Zuwary dengan 17% suara dan terakhir diduduki oleh PM. Maghribi Abdelilah Benkirane dengan 9% suara.

Proses pemilihan ini melewati tiga kali tahap, bermula seminggu yang lalu. Tahap pertama melaui polling di laman facebook Aljazeera, di mana bergiat facebook diberi peluang memberi cadangan nama siapa yang layak menjadi Person of the year. Dari peringkat awal ini tercatat ada beribu-ribu peserta yang mengambil bahagian.
Hasil carian imej untuk erdogen

Lalu dikumpulkan 10 nama terbanyak yang dicadangkan, kemudian kembali di polling untuk tahap kedua melalui facebook dan laman Aljazeera.

Kemudian masuk ke peringkat ketiga, dengan memilih 4 nama dengan suara tertinggi untuk kemudian kembali dipilih. Polling digelar di laman facebook, twitter dan laman Aljazeera.

Hingga akhirnya terpilih presiden Turki Recep Tayyip Erdogan sebagai tokoh dengan peroleh suara tertinggi dan ditetapkan sebagai Person of the year. (IH)

Sunday, January 08, 2017

FELDA, Menanti Shahrir? Tapi Sebenarnya Ini...

Hasil carian imej untuk shahrir abdul samad

Pelantikan Tan Sri Shahrir Abdul Samad menggantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Felda yang baharu mengesahkan ada kepincangan yang sangat besar melanda Felda. Kebiasaannya lantikan dibuat sebelum memasuki tahun baharu jika pengerusi yang lama tidak disambung perkhidmatannya yang tamat 31 Disember 2016. Bila pelantikan ini diumumkan melepasi minggu pertama awal tahun baharu, sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena.

Lagi pelik dan menghairankan apabila Tan Sri Isa Samad masih lagi dikekalkan menerajui FGV ketika desakan penyingkiran beliau sudah tidak dapat sembunyikan lagi. Tidak pernah peneroka Felda mendesak kerajaan singkirkan Pengerusi Felda sebelum ini. Sampai ada pegawai yang sanggup dipecat dan ada pula yang membuat ugutan terbuka akan meninggalkan Umno jika pimpinan tertinggi Felda tidak berubah sebelum 1 Januari 2017.  Kenapa Perdana Menteri tidak berani memberi tugasan menerajui FGV kepada Tan Sri Shahrir? Jika Shahrir mampu dilihat terbaik menerajui Felda, kenapa masih mengekalkan Isa?

Perkara ini hampir sama bila Isa menyingkirkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif sebelum ini, Datuk Emir Mawani Abdullah dan diganti dengan Datuk Zakaria Arshad , seorang anak peneroka Felda sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)  FGV. Isa dilihat masih tidak mahu melepaskan FGV. Perdana Menteri juga tidak berani singkirkan Isa. Datuk  Emir Mawani pernah mencetuskan perbalahan terbuka dengan Isa, Presiden FGV waktu itu membuat kenyataan, FGV  memutuskan cadangan pemilikan 37 peratus  saham PT Eagle dibatalkan kerana mendapat bantahan dari pemegang saham FGV.

Selang beberapa hari, Isa menyanggah kenyataan  Mawani, Isa mengatakan FGV tidak batalkan cadangan pemilikan saham PT EHP  tetapi ditangguhkan sementara urusan ini walaupun ada maklumat mengatakan FGV telah membayar ratusan juta sebagai komitmen untuk urusan pemilikan PT Eagle Hight Plantations (PT EHP) . Sebaliknya Isa memaksa Felda Investment Corporation (FIC ) meneruskan rundingan memiliki 37 peratus saham PT EHP anak syarikat Rajawali Group sebuah konglomerat perladangan terbesar Indonesia.

Seolah-olah ada sesuatu kepentingan yang tidak akan dilepaskan Isa sehingga agenda peribadi beliau berjaya disempurnakan. Sebab itu bila tersebar maklumat di kalangan warga Felda, Tan Sri Isa akan terus menerajui Felda untuk beberapa tahun lagi, tentangan terhadap Isa kian melebar dan desakan bertali arus dari pelbagai pihak. Tindakan terbaharu dari kerajaan ini semakin menampakkan kecelaruan yang parah sedang dialami Felda.

Sudah tentunya Tan Sri Shahrir Abdul Samad akan memberi perhatian kepada barisan kepimpinan pengurusan Felda sebagai langkah pertama. Semua perniagaan teras akan diteliti serta kewangan semasa sebenar Felda akan diberi penekanan sebagai langkah awal beliau memulihkan keyakinan 2 juta warga Felda dan rakyat Malaysia.

Felda yang menjadi pemegang saham terbesar FGV, sudah tentu akan menghadapi kesan besar daripada turun naik saham FGV. Tan Sri Shahrir  juga akan menghadapi jalan sukar untuk memastikan FGV mampu memberi pulangan dan kebaikan kepada Felda selagi Tan Sri Isa masih menduduki kerusi Pengerusi FGV. Langkah Shahrir akan terhalang, apa jua tindakan pengerusi Felda ini akan terencat merujuk perkembangan terkini. Apa yang Tan Shahrir boleh strukturkan hanya pada Felda, tetapi FGV tiada apa yang boleh dibuat, bahkan satu lagi pertembungan pengurusan akan terjadi.

Hampir semua anak syarikat dan aset Felda Holdings sebelum ini sudah diserahkan kepada FGV terutama tanah ladang sawit Felda seluas 360,000 hektar kini milik FGV. Aset ini merupakan 'angsa bertelur emas' bagi Felda kerana mampu memberi pendapatan tunai RM1.2 bilion hingga RM1.8 bilion setiap tahun. Felda banyak menyelesaikan masalah dan membuka pelaburan baru hasil dari kewangan yang kukuh serta urustadbir yang cemerlang sehinggalah Tan Sri Isa dilantik Pengerusi Felda pada 2011.

Koperasi Pemodalan Felda (KPF) yang memiliki 51 peratus saham dalam Felda Holdings telah disingkir oleh Isa Samad dan digantikan Felda Hodings dengan FGV. Sejak dari ini banyak dana Felda dan FGV mulai digunakan untuk membuat pelaburan besar ratusan juta bahkan berbilion ringgit dalam dan luar negara. 

Di sinilah terletaknya cabaran utama pengerusi Felda yang baharu untuk memulihkan Felda dan yang paling utama keyakinan pengundi warga Felda di 317 tanah rancangan di 54 daripada 222 parlimen perlu dikekalkan untuk menghadapi Pilihan raya Umum ke-14. Pada PRU13 yang lalu, 51 kawasan parlimen telah dimenangi Barisan Nasional dan menjadikan kawasan Felda sebagai aset simpanan tetap kerusi Barisan Nasional.

Dengan dilema hutang ratusan ribu ringgit direkodkan kepada akaun peneroka yang sudah bergelar warga emas, pengurusan tanam semula yang banyak masalah, penjagaan ladang oleh Felda Technoplant yang teruk  gagal disembunyikan lagi oleh pengurusan Isa sebelum ini menambahkan lagi tugasan, cabaran pengerusi yang baharu. 

Tempoh parlimen yang ada sekarang hanya berbaki sekitar 2 tahun sahaja, Tan Sri Shahrir Abdul Samad memerlukan satu 'keajiban' untuk  mengembalikan kecemerlangan Felda setelah hampir semua aset sebelum ini sudah menjadi milik FGV. Apakah pemberian durian runtuh RM15,000 setiap seorang peneroka sebelum penyenaraian FGV ke bursa saham sebelum ini akan akan diulangi pengerusi Felda yang baharu sebagai jalan mudah untuk meredakan kemarahan warga Felda?

Sama-sama kita nantikan.

Naraza Muda

Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat
8 Januari 2017 / 9 Rabiul Akhir 1438 - HARAKAHDAILY 8/1/2017


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kegagalan Felda seperti yang tersebut di atas sebenarnya adalah kegagalan BN pimpinan Najib, yang gagal meletakkan pimpinan pengurusan Felda kepada yang benar-benar bertanggung jawab. 

Tetapi kalau ditelusuri kesalahan sebenarnya, ialah kerana dasar BN dan kerajaan Malaysia sendiri yang berpegang kepada dasar sekularisme. Fahaman  pemisahan antara aktiviti seluruh kehidupan di dunia dengan negeri di akhirat. Jadi pemimpin-pemimpin yang dipilih, bukan pemimpin yang takut kepada hari akhirat, bahkan menganggap terpisah dengan pembalasan hari akhirat.

Oleh itu, solusi kepada pembersihan Felda bukan sahaja kepada tukar pemimpin tetapi kepada tukar parti yang memerintah. Tukar kepada parti yang berdasarkan agama dan hari akhirar. Kerajaan BN sekarng perlu ditukar atau di'islah'kan. 

Dr M: Buat Haji Guna Duit Curi, Tajaan 1MDB, Haram, Makan Juga.



Jemaah haji di masa depan tidak lagi boleh berpura-pura jahil mengenai wang haram daripada dana yang digunakan untuk menghantar mereka ke Makkah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Kalau kamu pergi dan buat haji dengan duit curi, itu macam dah tahu pinggan penuh dengan makanan haram, you makan juga. Tapi kalau tak tahu, okeylah. Tapi sekarang kamu tahu duit ini dicuri," katanya.

Bekas perdana menteri itu akhir bulan lalu berkata jemaah haji tajaan 1MDB tidak akan mendapat haji mabrur kerana menggunakan dana daripada sumber yang dicuri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau dikritik kerana mengeluarkan kenyataan itu termasuk daripada kalangan mufti.

Bagaimanapun Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) itu enggan memohon maaf atas kenyataannya.

"Mengapa saya perlu minta maaf? Semua orang yang mengatakan saya salah juga mesti berbuat demikian.
"Mereka kena 'ampu', mereka perlu 'bodek'. Mereka tidak bebas bersuara.
"Bila jadi mufti kerajaan, kena puji la kerajaan," katanya.

Kerajaan telah menaja ibadah haji untuk imam dan ketua kampung melalui Yayasan 1MDB sejak 2011.
Firma pelaburan negara itu menjadi subjek siasatan antarabangsa, termasuk Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika yang memfailkan saman sivil pelucuthakan dan mendakwa lebih AS$ 3.5 bilion disalahgunakan daripada 1MDB.

DOJ juga berkata seorang yang dinamakan Malaysian Offical 1 didakwa menerima AS$ 731 juta daripada wang yang diseleweng daripada 1MDB.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan menyalahgunakan dana berkenaan dan mendakwa ia sebahagian daripada plot menjatuhkannya. (IH)

PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat

Banjir Makin Buruk Di Thailand Ragut 12 nyawa Di Selatan.


REUTERS - ORANG ramai mengharungi air banjir di Daerah Muang dalam Wilayah Nakhon Si Thammarat, selatan Thailand semalam.

BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand mengeluarkan amaran banjir kilat di seluruh selatan negara itu semalam selepas hujan berterusan mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan orang maut, banyak penerbangan tergendala dan musim pelancongan terjejas.


Hujan yang turun hampir seminggu di sembilan wilayah selatan Thailand mengakibatkan beberapa pulau peranginan seperti Ko Samui dan Phanga digenangi air.
Beribu-ribu pelancong terkandas atau mengalami kelewatan akibat bencana itu.
Kementerian Dalam Negeri Thailand berkata, lapan orang terkorban dan sekurang-kurangnya 120,000 isi rumah di selatan Thailand terjejas dalam banjir kali ini.
Jabatan Meteorologi pula memberi amaran kepada penduduk dan pelancong di selatan Thai semalam bahawa hujan lebat dan banjir kilat diramal berterusan selama dua hari lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang pemilik rumah penginapan di Ko Samui, Tuula Fitzpatrick berkata, banjir kali ini adalah yang terburuk pernah melanda pulau itu dalam tempoh lebih 10 tahun.
“Kebanyakan pelancong di rumah penginapan kami terkandas selepas penerbangan mereka dibatalkan.
“Saya menetap di sini selama 12 tahun dan tidak pernah melihat banjir seteruk ini,” katanya.
Selain penerbangan, perkhidmatan kereta api di selatan Thai turut tergendala selepas beberapa landasan ditenggelami air banjir.
Lapangan terbang utama di wilayah Nakhon Si Thammarat pula terpaksa ditutup selepas landasannya digenangi banjir, mengakibatkan sekurang-kurangnya 26 penerbangan terjejas.
Hujan lebat berterusan yang berlaku pada tahun ini dikatakan luar biasa kerana turun ketika Thailand mengalami musim kering bermula November lalu.
 REUTERS - BEBERAPA kenderaan meredah banjir yang melanda daerah Muang di wilayah Nakhon Si Thammarat, selatan Thailand kelmarin.
Sementara itu hujan lebat menyebabkan keadaan banjir semakin teruk di selatan Thailand semalam de­ngan jumlah kematian meningkat kepada 12 orang dan ribuan kampung ditenggelami­ air, lapor pihak berkuasa.
Banjir yang setinggi bumbung rumah di beberapa kawasan telah menjejaskan lebih 700,000 orang sejak bermula seminggu lepas, ujar kenya­taan dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri.
Sekurang-kurangnya 12 orang mati, berdasarkan perkiraan oleh kementerian dan pihak berkuasa tempatan dengan air menenggelamkan jalan-jalan raya dan landasan kereta api. (IH melaporkan dari Thailand)


PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..

Dajjal, Dah Ada Atau Belum? Kuliah Jumaat Abd Hadi 6 Januari 2017

Imej yang berkaitan
Video 12/38: Kuliah Jumaat 07 RABIUL AKHIR 1438 / 06 JANUARI 2017

Hasil carian imej untuk dajjal
(Hadis Sahih Shawahid oleh Sheikh Mustafa al 'Adawi dlm Sahih al Musnad, Hadis al Fitan (Jilid: 1991, m/s: 496)  Anas bin Malik RA, Nabi Muhammad SAW bersabda: "Tiada suatu negeri pn melainkan akn diinjak oleh Dajjal, kecuali Makkah & Madinah yang tidak. Tiada suatu lorong pn dr lorong-lorong Makkah & Madinah itu, melainkan di situ ada para malaikat yang berbaris rapat utk melindunginya. Kemudian Dajjal itu turunlah di suatu tanah yang berpasir di luar Madinah, lalu kota Madinah bergoncanglah sebanyak tiga goncangan & dari goncangan-goncangan itu Allah SWT akan mengeluarkan akan setiap orang kafir & munafik". (Hadis Riwayat Muslim & Bukhari)

KULIAH JUMAAT 07 RABIUL AKHIR 1438 / 06 JANUARI 2017

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-112: Kuliah Jumaat Abd Hadi Presiden PAS.
Ikutilah kuliah selanjutnya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails