Tuesday, March 08, 2016

Politik Mahathir: Lawan Semua PM (Kecuali T/Razak) Untuk Kuasa?


siemens-melayumaju – Hanya seorang sahaja Perdana Menteri yang tidak “diganggu” oleh Mahathir iaitu Tun Razak. Perdana Menteri Malaysia yang lain semuanya “diganggu” oleh Mahathir. Dulu Tun Mahathir bergaduh dengan dua orang bekas Perdana Menteri sekaligus pada 1987 (Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn).
Berbeza kini, bila ada seorang lagi bekas Perdana Menteri (Pak Lah) tidak bersetuju dan tidak bersepakat dengan Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri) untuk mengecam kepimpinan yang sedia ada.
Mahathir pilih Pak Lah gantikannya, kemudian Pak Lah juga kena ganggu. Kemudian cadang Najib ganti Pak Lah, tidak lama selepas itu, Mahathir kacau Najib pula. Dengan Tun Hussein Onn yang memberi laluan kepadanya sebagai Perdana Menteri pun, hubungan Mahathir dengan Hussein Onn tidak pernah harmoni dan aman.
Mahathir Dengan Tunku Abdul Rahman
Selepas kemerdekaan 1957, Mahathir pada mulanya terlibat sama aktif dalam politik, namun beliau tiba tiba menyepikan diri dari politik . Ada pihak menyatakan beliau merajuk pada waktu itu kerana membantah tindakan Tunku Abdul Rahman untuk mengadakan perjanjian pertahanan dengan British dan mengekalkan tentera British selepas merdeka.
Bila diteliti kembali rupanya, Mahathir bukanlah tidak berpuas hati dengan pangkalan tentera British tetapi kerana masalah dalamannya sendiri dengan Tunku Abdul Rahman.
Setelah dipecat oleh UMNO selama 21 bulan pada 1969, Mahathir berceramah mengecam UMNO di pentas PAS. Mahathir juga mempertikaikan pemimpin UMNO sebagai tidak membela orang Melayu di atas pentas ceramah PAS (Business Times, 19 Jun 1995).
Pada tahun 1982, ketika Tunku Abdul Rahman masih hidup, beliau terguris dengan Mahathir bila bangunan Carcosa Negara yang telah dihadiahkan oleh Tunku kepada British telah diambil balik oleh Mahathir. Dalam tulisannya di akhbar The Star, 26 Mei 1984, Tunku menggangap tuntutan itu sebagai satu usaha untuk melupakan jasa jasanya. Menurut Tunku suatu ketika dulu beliau dituduh menjual negara kepada orang Cina, pada waktu itu pula beliau dituduh seolah olah telah menjual negara kepada British.
Mahathir Dengan Tun Razak
Selepas Tunku Abdul Rahman tidak lagi menjadi Presiden UMNO, Datuk Harun Idris (Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia) adalah orang yang mula mula berjumpa sendiri dengan Mahathir dan memujuk beliau kembali ke dalam UMNO.
Sebenarya, Mahathir sendiri yang membuat permohonan untuk menjadi semula ahli UMNO pada 6 Februari 1972. Mahathir tulis surat pada Tun Razak (bapa Najib) dan menyatakan keinginan beliau untuk masuk semula UMNO (The News Staits Times, 7 Februari 1972). Mungkin sebab inilah Mahathir tidak mengganggu bapa Dato Seri Najib ketika itu.
Diterima semula masuk UMNO bukannya di Kedah, tetapi di UMNO Cawangan Rawang, Selangor.
Bermakna orang Kedah pun tidak terima Mahathir pada waktu itu.
Mahathir bernasib baik kerana diangkat terus oleh Tun Razak (bapa Najib) dan Tun Hussein ke kedudukan yang tinggi daripada seorang ahli biasa kepada Timbalan Perdana Menteri dalam masa 4 tahun sahaja.
Sepatutnya, Ghafar Baba yang lebih layak dipilih menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1976 di sisi Tun Hussein Onn kerana mengikut undian Naib Presiden, Ghafar Baba mendapat undi paling tinggi, kedudukan kedua adalah Tengku Razaleigh dan ketiga barulah Mahathir.
Mahathir Dengan Hussein Onn
Konflik dalaman pada zaman Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri tidak diketahui khalayak. Ramai tidak tahu sebenarnya Tun Hussein Onn bukan berundur kerana faktor kesihatan namun kerana tekanan yang kuat diberikan Mahathir.
Selain kemasukan Anwar, Mahathir juga dikecam hebat pada tahun 1984 kerana bercadang untuk membina rumah Perdana Menteri berharga RM10 juta. Mahathir juga menghadapi cabaran besar tentangan dari Tunku Abdul Rahman, Datuk Senu Abdul Rahman dan Datuk Harun bila mahu meminda Rang Undang Undang Perlembagaan (Pindaan) 1983.
Mahathir Dikata Mahu Letak Jawatan
Mahathir dikatakan membelakangi Majlis Tertinggi dalam membuat pindaan itu. Akibat tekanan yang kuat, Mahathir dikatakan akan meletak jawatan pada waktu tersebut.
“Memang saya nafikan yang saya akan meletakkan jawatan. Ada sebilangan ahli UMNO yang mencadangkan disebabkan kebuntuan (di dalam pindaan perlembagaa) itu saya harus meletakkan jawatan. Saya tidak menerima rumusan itu kerana saya tidak fikir perletakan jawatan itu akan menyelesaikan masalah” kata Mahathir Mohamad.
Isu yang timbul pada waktu itu lebih kritikal dan tidak pun dijawab kepada rakyat bawahan. Akhirnya diselesaikan secara kompromi antara Kerajaan dan Institusi Raja. Mahathir juga pernah menggunakan perkataan “rakyat yang memilih saya” sewaktu menjadi Perdana Menteri
“Saya tidak ada hak berhenti. Saya tidak ada hak untuk meletakkan jawatan kecuali rakyat mahu saya berbuat demikian. Saya tidak memilih diri saya untuk menjadi Perdana Menteri. Rakyat yang memilih saya” Mahathir, News Straits Times, 28 Mei 1984.
Jawapan yang diberikan oleh Mahathir pada waktu itu juga adalah secara umum dan tidak menyentuh secara spesifik tentang pindaan yang hendak dibuat. Sampai bila bila pun Tun Mahathir tidak mahu terima jawapan yang telah diberikan. Mungkin sejarah ini tidak diketahui oleh penyokong fanatik Tun Mahathir pada hari ini.
Mereka juga tidak tahu Mahathir juga pernah didesak letak jawatan pada 1984 lagi. Kalau tidak Tun Mahathir hanya jadi PM selama 5 tahun sahaja. 3 tahun selepas itu, beliau didesak lagi meletak jawatan kerana hilang kepercayaan daripada pemimpin pemimpin kanan UMNO bermula dari Timbalan Presiden dan bekas Menteri Kewangan pada tahun 1987, namun Mahathir tidak pun meletak jawatan.
Perpecahan & Krisis Mahathir Lebih Kritikal
Daripada isu perlembagaan, isu krisis dengan bekas Perdana Menteri (Tunku Abdul Rahman & Tun Hussein Onn), isu projek projek mega yang ditentang hebat kerana tiada impak yang dirasai oleh masyakat luar bandar pada 1983, isu krisis UMNO dan Semangat 46 serta zaman reformasi 1998. Isu isu di zaman Mahathir lebih kritikal dan panas.
Namun rakyat masih lagi taat setia bersama pemimpin dan kerajaan yang memerintah. Patuh pada ulil amri. Bila menjadi bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir pernah menggangu zaman Pak Lah dan kini zaman Dato Seri Najib.
Tidak adil hendak bandingkan Perdana Menteri yang baru 6 tahun menerajui Malaysia dengan Perdana Menteri yang memegang jawatan 22 tahun. Berilah peluang dan masa.
Rakyat juga memberi peluang dan masa kepada Tun Mahathir, sehingga beliau begitu disayangi selepas meletak jawatan pada 2003. Usahlah rasa sayang dan hormat itu dilunturkan dengan gangguan gangguan yang tidak sepatutnya. Ketika umat Islam dunia sedang berpecah dan berkonflik dengan peperangan di Yemen, Syria, Palestin, Iraq, suara dan teguran Tun Mahathir itu amatlah dirindui sekali.
Perpaduan parti dan matlamat 2020 itu lebih penting. Bukankah Wawasan 2020 itu juga impian murni Tun Mahathir? Dato Seri Najib sedang bertungkus lumus berusaha untuk realisasikan matlamat itu, oleh itu bersama samalah jayakan matlamat itu secara bersama. (IH/AIDCNEWS)

Mahathir Tak Kuat, Dia Yang Perlukan Bantuan Kita, Kata Wan Azizah

wan azizah-phAIDCNews: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak kuat, beliau yang memerlukan bantuan Pakatan Harapan dan bukan sebaliknya, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah hari ini.
“Dr Mahathir tidak kuat dan beliau perlukan bantuan kita,” katanya ketika mengadakan pertemuan dengan wakil rakyat Pakatan Harapan di bangunan Parlimen hari ini.
Wan Azizah berka ta demikian sebagai membetulkan persepsi bahawa pembangkang tidak cukup kuat untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sehingga memerlukan bantuan Tun Mahathir.
Turut hadir dalam sidang media Wan Azizah itu adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bersama pimpinan DAP, PKR dan PAN yang lain.
Wan Azizah yang juga Ketua Pakatan Harapan menjelaskan bahawa Deklarasi Rakyat yang diisytiharkan Jumaat lalu adalah bantuan sokongan daripada Pakatan Harapan kepada Tun Mahathir dan bukan sebaliknya.
Walau bagaimanapun, Wan Azizah yang juga Presiden PKR tidak hadir dalam sidang media bersama Tun Mahathir Jumaat lalu.

Deklarasi Mahathir: Sikap Tengku Razaleigh..


Jangan hairan jika ramai yang teropong majlis perasmian sidang Parlimen oleh Yang Dipertuan Agong pagi Isnin.Apa tidaknya majlis ini berselang tiga hari selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mempelopori deklarasi untuk singkir Perdana Menteri bersama puak pembangkang.
Di celah kemeriahan majlis di bangunan Parlimen tumpuan para jurugambar dan wartawan sudah tentu pada kelibat bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,Datuk Seri Shafie Apdal.
Muhyiddin hadir di majlis tandatangani deklarasi Jumaat lalu bersama bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Shafie tidak hadir tetapi nyatakan sokongan pada gerakan itu.
Seperti diduga Muhyiddin kelihatan lebih bersama Ahli Parlimen pembangkang semasa majlis perasmian sidang Parlimen.
Malah beliau berjalan bersama dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali semasa berjalan masuk ke Dewan rakyat selepas upacara perbarisan.
Shafie pula kelihatan mundar mandir dan bersembang dengan Muhyiddin semasa majlis itu.
Muhyiddin tidak dapat ditemui wartawan selepas habis majlis untuk mendapatkan sebarang komen dari beliau.
Sementara Shafie yang ditemui wartawan kata sekalipun beliau tidak hadir majlis tandatangan deklarasi namun menyokong gerakan itu.
Ditanya apakah beliau akan hadir majlis puak penentang Perdana Menteri yang akan dianjurkan oleh Datuk Zaid Ibrahim pada 27 Mac ini,beliau berkata, " You will see me there."
Sementara itu turut menjadi buruan wartawan ialah Ahli Parlimen Gua  Musang Tengku Razaleigh Hamzah.
Beliau tidak hadir majlis deklarasi itu.Namun namanya disebut oleh pengacara sebagai salah seorang yang akan tandatangan di situ.
Pemimpin veteran UMNO itu jelas tidak mahu dikaitkan dengan gerakan yang dipelopori Dr Mahathir itu.
"Saya tidak hadir.Saya tidak sokong.Saya tidak tahu pun," katanya sambil tertawa.
Katanya beliau seorang Ahli Parlimen dan akan terus sebagai Ahli Parlimen.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail juga tidak dapat ditemui wartawan selepas perasmian sidang Parlimen.
Beliau tidak hadir majlis deklarasi.Berbagai andaian timbul mengenainya.
Apa yang orang ingin tahu apakah beliau sokong tidak deklarasi itu.
Ada yang kata beliau dan anaknya Nurul Izzah tidak hadir kerana 'takut malu' kerana permusuhan politik yang sengit keluarga itu dengan Dr Mahathir kebelakangan ini.
Kemudian dalam sidang akhbar selepas mesyuarat pimpinan Pakatan di bangunan Parlimen,....seperti dijangka ...Wan Azizah sudah spin dakwa deklarasi itu sebagai satu pengakuan bekas Perdana Menteri UMNO/BN rosakan institusi-institusi kerajaan.
Dakwanya suaminya ,Datuk seri Anwar Ibrahim menjadi mangsa kepada sistem yang tidak betul itu.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu kata PAS tidak jelas denga n gerakan yang dipelopori oleh Dr Mahathir.
Katanya PAS hanya setuju jika desakan Perdana Menteri letak jawatan dibuat menerusi proses demokrasi yakni pilihanraya atau undi tidak percayai di Parlimen.
Beliau juga menjelaskan Pengarah Pilihanraya PAS Datuk Mustapha Ali dan Ahli Parlimen Pkok Sena Datuk Mahfuz Omar yang hadir tidak mewkili parti.
Katanya pendirian PAS adalah jelas tidak menyertai deklarasi Dr Mahathir.- 7/3/2016 - OLEH NOOR HASILAH ISMAIL DAN LUKMAN ABDULLAH

Esok Gerhana Matahari Di Indonesia

Gerhana matahari Mac 2016 timeanddate.com.
JAKARTA – Fenomena gerhana matahari penuh akan melintasi seluruh kepulauan Indonesia pada minggu ini dan bakal disaksikan oleh beribu-ribu peminat astronomi di samping penganjuran parti, upacara penduduk pribumi dan majlis keagamaan.
Bermula di pedalaman Suma­tera pada pukul 6.20 pagi (esok waktu tempatan), gerhana itu dijangka bergerak ke Kepulauan Maluku. Orang ramai bakal berhimpun untuk menyaksikan pergerakan gerhana itu satu lingkungan luas melintasi Indonesia.
Indonesia merupakan negara kepulauan terbesar di dunia.
Sekitar 10,000 pelancong asing dan 100,000 pelancong tempatan dijangka menyaksikan fenomena itu, manakala beberapa acara khas akan dianjurkan di seluruh negara seperti festival muzik dan perlumbaan bot naga.
Antara peminat fenomena alam semula jadi itu termasuk seorang puteri Thailand yang baru-baru ini mengundang perhatian media susulan sebuah tandas khas berharga AS$40,000 (RM163,000) yang dibina sempena lawatannya di Kemboja langsung tidak digunakan.
Beberapa buah hotel di Indonesia yang mempunyai sudut pemandangan terbaik juga sudah penuh ditempah sejak beberapa minggu lalu. Di sebuah bandar di negara itu pula, pihak berkuasa tempatan terpaksa menyediakan ruang tambahan di dalam bot pelancong asing dan tempatan.
“Ini adalah tahun istimewa kerana kami mempunyai fenomena ini. Gerhana ini merupakan tarikan pelancongan ciptaan Tuhan. Kami sangat bertuah,” kata ketua pengendalian pelancong asing, I Gde Pitana kepada agensi berita AFP.
Fenomena itu juga melibatkan sudut rohaniah dengan pemimpin-pemimpin Islam meminta umat Islam di Indonesia melakukan solat sunat gerhana.
Indonesia merupakan negara yang mempunyai penduduk Islam terbesar di dunia.
Namun, ada juga dalam kalangan 70 juta penduduk pribumi Indonesia yang takutkan fenomena itu. Kaum Dayak di pulau Borneo akan menjalankan upacara khas bagi memastikan gerhana itu tidak berterusan terlalu lama. Dilaporkan oleh AFP

Selamat Payudara Terdedah Pun Ada Saham Dalam Majukan Bisnes?



Pereka fesyen, Vivienne Westwood, telah menjadi penyelamat apabila dia berjaya menyelamatkan seorang model daripada terus mendapat malu apabila baju yang dipakainya ketika di atas peragaan mengalami masalah, hingga mendedahkan payudaranya.


Vivienne ketika itu berada di barisan depan apabila model terbabit membuat peragaan rekaannya dalam Minggu Fesyen Paris.
Selepas berlaku insiden yang memalukan dan mengejutkan itu, Vivienne, 74, tanpa berlengah lagi terus naik ke pentas dan membetulkan baju model terbabit.
model1
Ketika itu model terbabit memakai rekaan musim sejuk/luruh.
Selepas membetulkan baju model itu, Vivienne kelihatan ketawa kecil sebelum kembali ke tempat duduknya.
Tidak lama kemudian Vivienne sekali lagi naik ke atas pentas, kali ini bersama dengan suaminya, Andreas Kronthaler bersama fesyen rekaan mereka.
Fesyen rekaan Vivienne turut mendapat perhatian pemandu Formula One, Lewis Hamilton yang menulis di dalam Instagramnya yang memuji rekaan wanita itu.

Monday, March 07, 2016

Syeikh Hassan At Turabi, Takziah Atas Keluarganya. -IH


Weblog Ibnu Hasyim mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada keluarga Almarhum Syeikh Hassan At-Turabi yang telah pergi mengadap Ilahi pada hari Sabtu yang lalu.
Pemergian Almarhum adalah suatu kehilangan yang besar kepada dunia Islam terutamanya pejuang-pejuang Islam di Sudan.
Almarhum adalah tokoh yang memainkan peranan penting dalam politik di Sudan. Setiap langkah dan tindakan beliau mendapat perhatian dalam mahupun luar negara. Ini menjadikan Almarhum tokoh yang disegani baik kawan mahupun lawan.
Semoga Allah SWT meletakkan Almarhum dikalangan pejuang-pejuang Islam yang syahid dijalanNya. Semoga bumi Sudan terus subur dengan perjuangan menegakkan syariat Islam.

Dari editor Weblog Ibnu Hasyim
Dr HJ Mohd Hasyim.

Deklarasi Rakyat: Ini Yang Cuba Di'sorok' Oleh Semua Portal Dan Blog Propembangkang..

LAZIMNYA dalam sains politik, apa-apa perbuatan waima tidak sengaja atau mungkin dibuat secara jenaka akan ditafsir dengan maksud tersirat daripada tersurat hinggakan ada kala ia lebih digemari daripada kisah sebenarnya.
Begitulah juga dalam kes Deklarasi Rakyat yang cetus kejutan terbesar ramai penganalisis politik tanah air Jumaat lalu setelah ia dilihat dari sudut lawak kelakar apabila melibatkan negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri.
Ceritanya bukanlah kerana ia mula ditandatangani bekas perdana menteri itu sebaliknya ketidakhadiran wakil musuh ketat beliau – Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
Sehari sebelum Mahathir muncul di Rumah Kelab PAUM di ibu negara, anak Anwar itu beri amaran kerjasama dengan bekas presiden UMNO tersebut bukan untuk ‘hapus’ dosa-dosa lampau 22 tahun memerintah Malaysia.
Atau cakap mudah, pemimpin PKR itu masih berdendam dengan Mahathir yang bertanggungjawab ‘sumbat’ ayahnya ke dalam jel akibat kes liwat pertama pada 1999 dan berterusan kepada kes liwat kedua pula tahun lalu.
Rupa-rupanya dendam Anwar Ibrahim terhadap Mahathir belum lagi hilang walaupun mereka kongsi matlamat yang sama iaitu untuk gulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada menerajui negara dan parti pemerintah.
Maka ketiadaan Wan Azizah di sebalik kehadiran pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAN, Mohamad Sabu mengundang banyak persoalan yang cuba ‘disorok’ oleh semua portal berita dan blog propembangkang.
anwar-ibrahim_mahathir-mohamad
PKR sebaliknya diwakili timbalannya, Azmin Ali yang memang diketahui tidak ‘sekepala’ dengan Wan Azizah sejak sebelum Langkah Kajang pada 2013 selain seorang lagi Naib Presiden, Tian Chua yang dianggap oportunis situasi.
Bayangkan jika Wan Azizah dan Nurul Izzah muncul di situ malah bergambar dengan Mahathir, maka impaknya pasti lebih besar meskipun akan dilabel inilah contoh terbaik teori Machiavelli – matlamat menghalalkan cara!
Sekiranya berlaku, nampak sangatlah Mahathir, Wan Azizah dan Nurul Izzah betul-betul dianggap terdesak tahap kronik untuk misi menjatuhkan Najib sehingga terpaksa mengenepikan maruah diri ‘jilat balik ludah di langit’.
Malangnya dua anak-beranak itu tidak hadir dan menyelamatkan ‘air muka’ Mahathir, tetapi pada masa sama beri mesej jelas, Anwar masih berdendam dengan bekas bosnya itu yang disifatkan ‘firaun, diktator dan mahazalim’.
Jelaslah di sini keluarga Anwar masih punya prinsip harga diri tinggi iaitu tidak memaafkan dosa-dosa fitnah jahat Mahathir terhadap dirinya, sekali pun sanggup bersekongkol dalam konteks sebagai kumpulan siasah anti-Najib.
Lebih lucu, sehari sebelum majlis tandatangan Deklarasi Rakyat itu berlangsung, tersebar satu surat pekeliling Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli konon Mahathir akan buat sidang akhbar mengenai fitnah terhadap Anwar.
Dicanangnya ke seluruh alam bahawa Mahathir akan mohon maaf terhadap Anwar atas kesilapan lampau yang menjadi asas kenapa Nurul Izzah ‘berani’ keluarkan kenyataan dia sekeluarga tidak memaafkan dosa Mahathir.
anwar mahathir2
Penyebaran memo PKR itu yang kemudian dinafikan ibu pejabat PKR sendiri menunjukkan Anwar berjaya perguna Mahathir sebagai batu loncatan untuk capai cita-cita peribadi – tumbangkan Najib waima apa cara pun.
Malang sungguh Mahathir yang licik berpolitik akhirnya ‘dikencing’ Anwar apabila Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak hadir pada majlis deklarasi itu, malah Mahathir dikutuk pula sebagai ‘orang tua nyanyuk tidak sedar diri’.
Ironi, jentera maya propembangkang yang mungkin mahu ‘membersihkan’ imej Mahathir sampai tergamak pula menyenaraikan nama Nurul Izzah sebagai konon antara 58 individu yang menandatangani Deklarasi Rakyat itu.
Tidak ketinggalan beberapa nama profil tinggi yang ada dinyatakan dalam surat palsu Rafizi tersebut antaranya konon Tan Sri Zaman Khan, Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Shamsuri Arshad dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.
Di sini sahaja sudah membuktikan jentera siber propembangkang sudah sampai ke peringkat buat cerita epik bagi memastikan rakyat terpesona aura Mahathir selepas mendapati respons awal berita deklarasi itu sebagai negatif.
Tanpa sedar, mereka menyebabkan rakyat khasnya umat Melayu Islam menyedari ada sesuatu tidak kena dengan Deklarasi Rakyat konon bertemakan Selamatkan Malaysiatetapi berubah kepada Selamatkan Mahathir pula!
Lebih teruk, majlis tandatangan deklarasi itu menyerlahkan ‘gaya’ politik Anwar mengeksploitasi keadaan gawat dengan berjaya menjadikan Mahathir sebagai bahan kempen secara tidak langsung. – IH/Mynewshub.cc
pakatun

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails