Tuesday, August 18, 2015

Peluang Kerja, Sekarang, Datang Segera, Lumayan.. -Muaz Jabal, Darwin.

Explorers Highway


INI, sedikit catatan perjalanan saya dari Mildura, Victoria, ke Darwin, bandar di utara Australia, dengan kereta melalui highway. Hari ini baru sampai, setelah 3 hari 3 malam perjalanan. Group saya sengaja pilih jalan darat, kami pergi dengan sebuah kereta. 

Kerja-kerja di Mildura dan beberapa tempat sekitarnya sudah agak kurang, dan kami ke Darwin ingin kerja petik buah mangga, untuk cari upah dan gaji lebih. Asalnya kami akan berangkat 6 orang, semuanya asal dari Malaysia, bangsa Melayu dan Islam. Tetapi tiba-tiba terdampar di Midura 3 orang wanita juga dari Malaysia yang kata mereka 'ditipu' oleh sebuah syarikat pengambilan pekerja. 

Mereka dihantar untuk kerja di situ, tetapi kini kerja sudah kehabisan. Mereka merayu minta tolong, setelah group kami berbincang kami setuju membantu memberi pekerjaan kepada mereka. Dua Melayu dan seorang India, semuanya dari Selangor. Mereka ikut kami bersama-sama berangkat ke Darwin, maka jadi 9 orang semuanya.

Kaum Orang Aborigin

Ada suatu pengalaman yang menarik bagi saya dalam perjalanan tersebut. Hari kedua malam dalam perjalanan itu, ketika kereta kami berhenti di suatu kawasan rehat, aku sedang telefon ke Malaysia, sedang bercakap-cakap. Tiba-tiba seorang lelaki berbadan besar hitam tegap menerpa ke arahku. Membuat aku terkejut takut, berdebar-debar dadaku.

Rupa-rupanya dia datang minta rokok. Dia hanya minta sebatang sahaja. Memang rokok di sana amat mahal, hampir RM90 sebungkus. Dan kawasan itu adalah kawasan tempat tinggal mereka. Orang Aborigin adalah penduduk asli atau awal benua Australia dan kepulauan disekitarnya, termasuk juga mencakupi Tasmania dan kepulauan selat Torres. 


Bentuk fizik orang Aborigin serupa dengan orang Papua, kerana memang keturunan orang Papua yang menjelajah ke benua Australia, sekitar 40,000 tahun lalu. dalam perkembangannya, bentuk fizik mereka pada masa ini rata-ratanya lebih kecil dan lebih pendek daripaada orang Papua. Rambut mereka juga keriting, namun sebahagian warnanya kini kemerah-merahan atau coklat pucat, sedangkan warna kulit mereka gelap. 

Kata aborigin daripada bahasa Inggeris yang bermaksud "penduduk asli/penduduk bumiputera", dan mula digunakan sejak abad ke-17 untuk ditujukan kepada penduduk asli Australia pada masa itu. Sebutan ini diambil daripada bahasa latin ab origine, yang bermaksud "dari awal" dan diperuntukan bagi penduduk yang sejak semula tinggal di suatu daerah atau pulau.

Pada mulanya, mereka hidup dari berburu dan mencari ikan. Mereka berburu binatang liar seperti kangaru, dengan tombak, panah, dan bumerang (senjata khas orang Aborigin). Di daerah yang beriklim dingin, kulit kangaru ini digunakan sebagai bahan pakaian. Ilmu kemahiran bercocok tanam dan menternak belum dikenali, disebabkan kelompok anak suku aborigin tidak pernah berkelana jauh dari sumber-sumber air atau sungai.

Mereka juga tidak pernah tinggal lama di suatu daerah. Rumahnya amat sederhana, diperbuat daripada susunan ranting pohon dan dedaunan. dalam masyarakat kesukuannya, mereka dipimpin oleh ketua suku yang biasanya juga merangkap sebagai dukun suku itu. 

Ketua suku juga memimpin upacara keagamaan danperkahwinan. Agama orang aborigin masih tradisional, mereka percaya terhadap adanya Roh Agung yang menciptakan alam semesta dan isinya. Mereka percaya bahawa Roh Agung kadangkala memberi petunjuk dan bimbingan melalui mimpi.

Pada akhir abad ke-18, terdapat di mana-mana sahaja antara 350 dan 750 kelompok-kelompok yang berbeza dan jumlah yang sama daripada jenis bahasa dan dialek. Pada awal abad ke-21, kurang daripada 200 bahasa peribumi tetap dan semua namun sekitar 20 ini sangat diancam kepupusan.

Sebuah laporan dari sumber Australia baru-baru ini mencatat, semakin banyak orang Aborigin (penduduk asli benua Australia) yang meninggalkan Kristian dan menjadi Muslim. Seorang profesor sosiologi agama yang menetap di Australia, Prof.Adam Possamai menuturkan, jumlah penduduk Aborigin dan Kepualuan Selat Torres yang menjadi Muslim meningkat antara 600-1.000 sepanjang 2001-2006. 

Angka ini, kata dia, menunjukkan kenaikan 70-80 persen pada tingkat konversi orang Aborigin terhadap agama lain.
Orang Aborigin memeluk agama Islam telah mengubah cara hidup mereka kepada lebih tamaddun dan sempurna.

Okey, kini saya di Darwin, besok saya akan mula berkerja. Kami akan beri kerja mudah kepada 3 wanita yang bersama kami ini, yakni kerja di dalam bangunan packing buah mangga. Tidak panas, biar kami yang turun padang. 

Tempat ini tidak banyak bezanya dengan Malaysia. Kalau Malaysia merupakan negara panas dan lembap sepanjang tahun, tetapi Darwin terbahagi kepada dua season. Iaitu panas dan kering (July -Dec), dan panas dan lembap (Jan - June). Ia tetap kawasan yang beriklim panas..


Jadi apa yang saya nak jelaskan di sini, sesiapa yang berminat nak kerja di ladang Austerlia, inilah masanya. Peluang kerja masih ada, masa untuk buat duit.. Hubungi segera, untuk terus ke Darwin. Sekarang!

Dariku Yang Benar, 
Muaz Jabal.

17/8/2015, Darwin, Australia.
Tel di Malaysia, sila pakai no 014 2225865. (Ibnu Hasyim akan menjawab, buat masa ini.)
e-mil Ibnu Hasyim: ibnuhasyim@gmail.com


Lihat keseluruhan..
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.

Monday, August 17, 2015

Guling K'jaan: 26 MP BN 87 Pembangkang Terlibat, Tapi Tidak Muhyiddin.

SHAH ALAM – Seramai 26 Ahli Parlimen BN dikatakan terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan kerajaan yang didalangi pemimpin Umno.

Portal The Rakyat Post melaporkan pemimpin Umno berkenaan memainkan peranan menyediakan tujuh muka surat akuan bersumpah bagi mempengaruhi 87 ahli Parlimen pembangkang dan 26 ahli Parlimen BN.

“Kritik dalam parti tidak apa tetapi sebagai pembesar Umno apa yang dia buat itu sangat kurang ajar
“Individu  itu dikatakan telah menghubungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas Naib Presiden Umno itu mendedahkan konspirasi tersebut semalam,” kata sumber berkenaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ada usaha guling kerajaan guna ‘pintu belakang’]


Semalam Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Ampang mendedahkan terdapat gerakan untuk mengguling kerajaan oleh pembangkang dan turut didalangi pemimpin BN termasuk Umno.
 
Beliau berkata, rancangan itu dijalankan dengan cara untuk mendapatkan akuan bersumpah daripada ahli Parlimen pembangkang, serta cuba menarik ahli Parlimen BN menyokong mereka bagi menumbangkan kerajaan sedia ada melalui 'jalan belakang'.
 
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau mendapat maklumat itu daripada sumber yang sangat boleh dipercayai.

“Sebenarnya bukan Datuk Seri yang nak bawa jumpa, disebabkan pendedahan yang dilakukan sebelum ini mereka telah menghubungi TPM dan meminta untuk mengaturkan satu perjumpaan dengan PM.
“Mereka dikatakan menyesal dan ingin memohon maaf atas tindakan yang dilakukan sebelum ini,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Dedahkan siapa dalang gulingkan kerajaan]

Sementara itu di BUKIT KATIL, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyarankan identiti pemimpin Umno yang berhasrat bergabung dengan Ahli Parlimen pembangkang untuk menggulingkan kerajaan wajar didedahkan.
 
Menurutnya, tindakan itu bagi membolehkan setiap pemimpin dan ahli parti dapat mengetahui pergerakan individu berkenaan yang berhasrat menggulingkan kerajaan.
 
“Saya rasa elok sebenarnya kita diberitahu siapakah individu terlibat dan saya menghargai ketelusan Timbalan Perdana Menteri yang berkongsi dengan rakyat bahawa ada percubaan tersebut.
“Kita perlu tahu siapa individu tersebut sebab kita dah lama nak tahu siapakah bergerak dalam parti cuba gulingkan kerajaan dan apakah cara dikatakan nak guling kerajaan guna cara tidak sah.
“Kita pun tak tahu cara yang tak sah supaya kita dapat membantu membetulkan keadaan,” katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Tahunan Umno Bahagian Bukit Katil di Dewan Tun Ali, di sini hari ini.

Di Seri Mahjung pula Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi malam ini mengesahkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yasin tidak terlibat dalam komplot untuk mengulingkan kerajaan.
Menurut Ahmad Zahid, pendedahan itu dibuat  kerana beliau faham situasi yang sedang dialami oleh Timbalan Presiden Umno tersebut yang telah digugurkan dari Kabinet.           
"Saya juga pernah jatuh, jadi saya faham situasi orang jatuh. Kita tidak akan henyak orang yang jatuh. Jangan salahkan beliau (Muhyiddin) kerana ada orang lain yang bercita-cita untuk jatuhkan kerajaan,'' katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Umno Bahagian Lumut malam ini.
Katanya, individu berkenaan menyatakan komplot bukan untuk menjatuhkan kerajaan tetapi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.‎
"Kononnya komplot ini untuk jatuhkan PM. Kita anggap PM adalah satu institusi yang harus dihormati.
"Apabila saya dedahkan perkara ini kenapa individu berkenaan perlu takut,"katanya. (SH)


Lihat sebelum ini.
E-Buku IH-105: 'Saya tidak akan turun!' -PM Najib Tegas.
E-Buku IH-105: 'Saya tidak akan turun!' -PM Najib Tegas.

Resolusi Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah 2015 (NUNJI15)

11866204_941590282546472_6373036568373662043_n
Berikut adalah resolusi Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah 2015 (NUNJI15) yang bersidang di Shah Alam, Selangor pada Sabtu 15 Ogos 2015.

Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah 2015 (NUNJI15) yang bersidang hari ini, Sabtu 15 Ogos 2015, bersamaan 30 Syawal 1436H, di Shah Alam, Selangor, yang disertai oleh 500 perwakilan dan peserta, dan dikongsi kelilmuannya dari ilmuan dan ulamak Islam dalam dan luar negara memperakui bahawa keperluan memasakkan dan membumikan risalah Rahmatan Lil Alamin memerlukan usaha berterusan bersama dengan semua pihak dalam satu pendekatan inklusif.

Meyakini betapa besarnya amanah Islam dalam memenuhi kehendak perubahan politik semasa, dan kegagalan kerangka politik penindasan, dan kegagalan pentadbiran kerajaan yang telus dan bertanggungjawab, maka NUNJI’15 mengusulkan beberapa ketetapan resolusi untuk diambil ketetapan selanjutnya;

1. Meningkatkan tahap keberkesanan politik Islam melalui proses demokrasi dan pendemokrasian dalam kerangka kedaulatan undang-undang negara dan Perlembagaan Negara.

2. Memantapkan dan memperkukuhkan usaha secara berterusan dan gigih untuk menggali semula, dan memunggah semula khazanah Siyasah Syariyyah sebagai panduan berpolitik dan bernegara, dengan mengambil kira suasana / kondisi dan keperluan setempat bagi menelurkan FIQH SIYASAH ACUAN MALAYSIA.

3. Memperkukuhkan dan memperjuangkan konsep Muwathonah berpandukan kepada memenuhi HAK, dan membela sebarang pencabulan HAK, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Negara berpandukan kepada ketetapan Siayah Syariyyah.

4. Memperjuangkan bahawa Syariat Islam perlu dipersembahkan dalam mafhum menyeluruh mengikut kebijaksanaan pendekatan dan tidak terhad kepada menyamakan Syariat dengan hanya Hudud semata-mata.

5. Menetapkan dan memperjuangkan bahawa satu dasar Islam yang memantulkan penghayatan makna Rahmatan Lil Alamin diterjemahkan melalui wujudnya sebuah Negara Madani melalui dasar Keterangkuman dan kepimpinan yang Beramanah kepada rakyat yang berbagai kaum dan agama di Malaysia.

6. Meyakini dan menghayati bahawa kepelbagaian Jamaah tidak boleh dijadikan alasan untuk menimbulkan budaya permusuhan dan budaya takfiri tetapi hendaklah diurus melalui adab perbezaan yang ditetapkan.

7. Meyakini bahawa dasar Islam Rahmatan Lil Alamin hendaklah diterjemahkan dalam amalan politik pemuafakatan dengan semua pihak yang berkongsi cita-cita yang sama dan beriltizam dengan persetujuan yang dibuat bersama.

8. Bersetuju sebulat suara untuk mengasaskan sebuah parti politik baru berpandukan kepada maqasid dan siyasah syariyah sebagai salah satu cara bagi mencapai ketetapan-ketetapan di atas.

Bagi mencapai matlamat resolusi yang dipersetujui, NUNJI’15 menyeru semua pihak untuk meneruskan usaha Islah pemikiran dan Islah organisasi dan kemudian mengembelingkan tenaga bersama untuk menjayakan ketetapan-ketetapan yang dibuat. (Dr Mujahid.Com)

Kes Fitnah Saifuddin/Khalid Ibrahim Serlahkan Ketokohan Presiden PAS..



KENYATAAN MEDIA
16 OGOS 2015
LANGKAH KAJANG, LANGKAH KECUNDANG

Alhamdulillah, kes Saman Fitnah yang saya failkan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bekas Setiausaha Agung PKR Dato’ Saifuddin Nasution berakhir pada Jumaat lepas setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikannya secara baik.


Mahkamah Tinggi Shah Alam merekodkan Penghakiman Persetujuan dimana Dato’ Saifudin selaku Defendan Pertama dan PKR Defendan Kedua telah menyatakan rasa kesal mereka dan memohon maaf kerana mengeluarkan dan mengedarkan satu laporan 91-mukasurat yang mengandungi pelbagai tuduhan fitnah terhadap saya.

Mereka mengakui bahawa laporan tersebut telah dikeluarkan dan diedarkan bagi menjelaskan mengapa saya perlu dilucutkan dari jawatan Menteri Besar Selangor dan bukanlah satu bukti muktamad bahawa saya telah melakukan kesalahan seperti fitnah yang disebut.

Mereka turut menyatakan rasa kesal dan mengakui bahawa penyataan di dalam laporan tersebut tidak sepatutnya diperkatakan serta memberi akujanji tidak akan mengulangi tuduhan serta fitnah tersebut.

Sebagai seorang Islam, saya menerima penyataan maaf dan kesal PKR serta Dato' Saifuddin dan mengambil semangat bulan Syawal yang mulia ini untuk memohon maaf zahir dan batin jika saya ada menyinggung perasaan beliau serta mana-mana ahli PKR yang lain.

Sama seperti kes Saman Fitnah yang saya failkan sebelum ini, saya sentiasa mengambil pendekatan berlapang dada dengan tidak mahu memanjangkan persengketaan jika pihak yang membuat tuduhan mengakui kesilapan mereka. Pada saya penyataan maaf sudah mencukupi untuk menebus maruah saya yang tercalar dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan.

Saya akui, kes yang terakhir ini telah memberi tamparan yang amat hebat kepada saya dan pasukan saya di pejabat Menteri Besar yang sentiasa mementingkan amalan berteraskan ketelusan, pertanggungjawaban, dan kemahiran pengurusan selama saya menerajui pentadbiran kerajaan Negeri Selangor. 

Tidak dinafikan juga bahawa kami berasa amat kecewa kerana ditewaskan oleh fitnah meskipun setelah bekerja keras selama 6 tahun melakukan reformasi pentadbiran khusus untuk kesejahteraan rakyat.

Langkah Kajang telah berjaya mengaibkan saya yang akhirnya menyebabkan saya kehilangan jawatan. Namun, lebih malang lagi, strategi politik yang tidak bermoral ini telah turut menyebabkan keretakan dalam pemuafakatan antara parti komponen Pakatan Rakyat akibat sikap politik retorik dan hipokrit.

Akibatnya PAS – sebuah parti politik yang mempunyai kekuatan “grassroots” dan tenaga mereka kongsi sepenuhnya pada setiap pilihanraya – telah diketepikan dan dipecah-belahkan; bahkan pemimpin mereka turut terpalit dan diaibkan.

Permainan politik yang begitu dasyat ini hanya merugikan rakyat terutama di Selangor dimana isu-isu pokok telah diabaikan. Penstrukturan Air Selangor masih belum dapat dilakukan dengan lancr sebagaimana sepatutnya, tanah Selangor diserahkan kembali kepada golongan “rentier” yang hanya mengaut laba atas angin, masalah sampah masih berleluasa serta halatuju pentadbiran negeri yang masih kabur.

Sebagai seorang Ahli Parlimen dan ADUN yang dipilih secara sah oleh rakyat, saya mahu berusaha untuk mewujudkan satu suasana politik yang menguntungkan rakyat. Justeru setelah maruah saya ditebus dengan kenyataan maaf oleh PKR lantas terbukti bahawa segala tohmahan yang dilemparkan ke atas saya ternyata fitnah semata-mata maka saya kini boleh memberi tumpuan penuh untuk melakukan usaha ini.

Terima kasih saya ucapkan kepada barisan peguan saya Edmund Bon, Joshua Tay dan Lee Shee Pin dari BON Advocates atas khidmat guaman professional yang telah diberikan.

Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokong saya yang tidak jemu-jemu memberi sokongan dan kata semangat kepada saya dari bermulanya kemelut Langkah Kajang sehinggalah ke hari ini.

Saya sedar ramai yang agak kecewa apabila saya menyelesaikan kes ini dengan menerima pernyataan maaf dari para Defendan namun pada saya ini adalah tindakan terbaik yang perlu dilakukan apatah lagi kita masih berada di dalam bulan Syawal, bulan kemenangan bagi umat Islam.

Sekian Terima Kasih
TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
AHLI PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK &
ADUN PELABUHAN KLANG

Komen Tranung Kite OnlineKenyataan Media TSKI: Terserlah Sudah Hikmah Pendirian Tuan Guru Hj Hadi.

Komen Weblog Ibnu HasyimPada saya punca perpecahan PR bermula dengan Langkah Kajang yang dirancang PKR secara bersendirian. Rancangan bermula dengan penggulingan Khalid Ibrahim yang cuba diambil alih oleh Anwar atau isterinya.

Bila berlaku pertembungan dengan Sultan, Abdul Hadi tampil menyelamatkan suasana, hingga naiknya Azmin. Ini membuktikan Abdul Hadi berwibawa menjadi tokoh hebat antara pembangkan-pembangkang.


Ditakdirkan PRU akan datang menyebabkan UMNO/BN tersungkur, politik Malaysia mungkin jadi macam politik Selangor. Kalau terjadi begitu, Sosok Abdul Hadi amat penting sebagai penyelamat rakyat Malaysia. Bukan Anwar yang di dalam penjara, bukan juga Guan Eng atau Kit Siang yang bermodel PAP Singapura..

Jangan perkecilkan Presiden PAS itu. Kita patut berbangga, kerana beliau satu-satunya orang Asia yang dipilih sebagai pimpinan majlis ulama sedunia, selepas presidennya Dr Yusuf Qardawi. Puluhan tahun Anwar Ibrahim berkawan dengan Yusuf Qardawi, tetapi Abdul Hadi yang dipilih sebagai timbalannya.

Kerana apa? Kerana dunia iktiraf ilmu dan kepimpinannya. Allahu Akbar! Hentikan mengejek-ejek presiden satu-satunya, parti Islam se Malaysia.



Lihat sebelum ini..
Komen albangikuching.wordpress.com/:
IMG-20150815-WA0049

Sunday, August 16, 2015

Lagu Kolaborasi G-Dragon & Top, Lucah. Eksport Budaya Biadap..

G-Dragon dan Top berkolaborasi menerusi lagu Zutter

HALAMAN HIBURAN
SELEPAS lima hari single lagu kolaborasi G-Dragon dan Top berjudul Zutter dilancarkan, stesen penyiaran KBS (Korean Broadcasting System) menganggap lagu tersebut tidak layak disiarkan di stesen TV berkenaan kerana mengandungi lirik berunsur lucah.
Bagaimanapun, syarikat rakaman YG Entertainment yang dinaungi dua penyanyi itu berkata tidak akan mengubah lirik tersebut semata-mata mahu mengikut kehendak stesen TV berkenaan.
"Tiada sebarang pengubahsuaian yang akan dibuat. Lagu tersebut bergenre Hip Hop di mana video muziknya sudah diklasifikasikan sebagai 'Rated R' (terhad),"  kata wakil YG Entertainment kepada Star News.Sejak 4 Ogos llalu, klip video Zutter di Youtube telah mencecah sehingga 7 juta tontonan.

Zutter merupakan lagu kolaborasi G-Dragon dan Top, di mana mereka juga merupakan anggota kumpulan Big Bang.
Lagu tersebut turut dimuatkan dalam album keempat Big Bang berjudul Made yang baru dilancarkan pada bulan lepas.

Dalam perkembangan lain, Big Bang kini sedang sibuk menjayakan konsert  jelajah antarabangsa di beberapa negara Asia dan Eropah. (mStar)
Eksport budaya biadap kurang ajar..

1MDB 'selamat' Tapi TPM, Menteri Kena Pecat



Bekas timbalan perdana menteri berkata, beliau tidak berkongsi pendapat dengan Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa agensi tajaan penuh kerajaan, 1MDB tidak menggunakan wang rakyat.

Mendakwa beliau hanya memberi komen - dan bukan mengkritik Najib - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, wang bernilai berbilion ringgit yang dipinjamkan kepada syarikat itu dijamin kerajaan yang beroperasi menggunakan dana pembayar cukai.

"Perdana menteri juga sebutkan, mengapa kita perlu bising-bising tentang 1MDB ini? (Kata Najib), kita tak pakai duit rakyat.
"(Apa yang berlaku ialah) saya mengulas, bukan mengkritik (perdana menteri)," katanya di Semporna hari ini.
Muhyiddin hadir di Semporna untuk merasmikan mesyuarat tahunan perwakilan Umno bahagian itu.

Umno Bahagian Semporna diketuai Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga naib presiden parti berkenaan.

Muhyiddin dan Mohd Shafie sama-sama diketepikan oleh Najib dalam rombakan kabinet pada 28 Julai lalu.

Majlis hari ini menjadi program pertama Muhyiddin dan Mohd Shafie duduk sepentas sejak mereka dipecat.

Memberikan contoh, Muhyiddin berkata, jika beliau adalah pemilik sebuah syarikat yang mengalami kerugian, tindakan yang betul adalah memecat pegawai yang bertanggungjawab di agensi berkenaan.

"Kalau saya pemilik syarikat, bangun pagi, syarikat saya rugi berbillion ringgit. Apa yg saya buat? Pecat semua.
"Tetapi sampai sekarang tak ada seorang pun yang disingkir atau dipecat dari 1MDB, sebaliknya timbalan perdana menteri dan menteri yang dipecat," katanya.

Muhyiddin juga memberitahu, beliau diperingatkan supaya berhati-hati memberi kenyataan dan tidak bimbang dengan isu 1MDB kerana kerajaan tidak menggunakan wang rakyat.

"Benar.... Tapi wang berbilion ringgit itu dipinjam dari bank. Setiap sen pinjaman itu pula ditangung oleh?" kata beliau tanpa menghabiskan ayat berkenaan.

Kepada pertanyaan itu, hadirin kemudian menjawab: "Rakyat!"

Muhyiddin kemudian membalas: "Orang Semporna ni bijak..."  (MK)

Lihat sebelum ini.
E-Buku IH-105: 'Saya tidak akan turun!' -PM Najib Tegas
E-Buku IH-105: 'Saya tidak akan turun!' -PM Najib Tegas.

Lulus Usul Pemuda UMNO Tampin Minta PM Letak Jawatan

Sebahagian 201 Pemuda Umno Tampin yang hadir sempena Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Tampin, semalam.


TAMPIN - Pemuda Umno Bahagian Tampin sebulat suara menerima dan meluluskan usul meminta Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno sempena Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian Tampin, semalam.

Usul tergempar diketengahkan Ketua Pemuda Cawangan Kampung Ulu Ladang, Azman Abdullah, 42, itu mendapat sambutan positif daripada majoriti lebih 200 ahli yang hadir.

Usul berkenaan memutuskan: “Demi Melayu, Islam dan Malaysia, meminta Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno agar keyakinan, cinta dan kasih sayang, khasnya orang Melayu dan Bumiputera, terhadap Umno dapat dipulihkan untuk memastikan kita orang Melayu sebagai pemilik negara tercinta ini terus menjadi pemerintah sampai bila-bila.” 

Sebaik usul berkenaan dikemukakan, Pengerusi Tetap mesyuarat, Mohd Salleh Yahaya, bertanyakan kepada perwakilan berhubung perkara berkenaan dan perwakilan sebulat suara menyatakan sokongan kepada usul berkenaan.

Azman berkata, usul tergempar berkenaan diketengahkan selepas satu demi satu isu timbul membabitkan integriti Perdana Menteri seperti isu derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). (SH)

Lihat sebelum ini.
E-Buku IH-105: 'Saya tidak akan turun!' -PM Najib Tegas.
E-Buku IH-105: 'Saya tidak akan turun!' -PM Najib Tegas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails