Thursday, January 22, 2015

PBB, Haramkan ‘penghinaan agama’! - Saran Al-Qaradawi.

Yusuf Al-Qaradawi 




DOHA, Qatar – Sebuah organisasi Islam meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengharamkan ‘penghinaan agama’ dan menggesa Barat supaya melindungi masyarakat Islam susulan serangan ke atas akhbar satira Perancis, Charlie Hebdo.

Persatuan Ulama Sedunia yang beribu pejabat di Qatar dan diketuai oleh ulama berpengaruh, Yusuf al-Qaradawi, 88, me­rayu supaya umat Islam supaya meneruskan protes aman bagi membantah penyiaran kartun Nabi Muhammad SAW.

Kartun terbaharu Nabi Muhammad SAW yang disiarkan dalam Charlie Hebdo baru-baru ini telah menimbulkan kemarahan umat Islam dan mencetuskan bantahan di Asia, Afrika dan Asia Barat.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan kelmarin, persatuan berkenaan menyebut bahawa perlu ada perlindungan untuk para nabi. Organisasi itu juga menggesa negara-negara Islam menyerahkan satu draf undang-undang kepada PBB supaya mengharamkan penghinaan agama.

“PBB perlu mengeluarkan undang-undang bagi mengharamkan penghinaan agama, para nabi dan semua tempat suci,” menurut persatuan itu dalam kenyataanya.

Kenyataan sama meminta Barat melin­dungi masyarakat Islam daripada sera­ngan sama ada mereka merupakan warga negara atau penduduk ataupun pelawat. Menurutnya, kartun Charlie Hebdo itu menyokong dakwaan bahawa Barat sebenarnya menentang Islam dan akan mencetuskan lebih banyak kebencian dalam kalangan orang Islam. – AFP

Lihat juga ini..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: C/Hebdo, Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
  

Pembunuh Altantuya Ditahan Di Brisbane, Australia.



KL: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Koperal Sirul Azhar Umar di Brisbane, Queensland, Australia selepas didakwa melarikan diri ke negara itu sejak Oktober lalu.

Beliau berkata, Sirul, 43, yang didapati bersalah membunuh model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, 28, ditahan oleh polis Australia pagi kelmarin.

“Saya sahkan bahawa Si­rul ditangkap di Queensland pagi Selasa lalu. Dia kini ditahan di pusat tahanan imigresen negara itu.
“Saya akan menghubungi rakan sejawatan di Australia untuk tindakan lanjut,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Pada 14 Januari lalu Sirul dan Cif Inspektor Azilah Hadri, 38, dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan dua anggota UTK itu sebelum ini. (IH)

Nik Abd Aziz Tambah Sihat, Mampu Solat Subuh. Sultan Lawat..

Nik Abdul Aziz Nik Mat  Nik Abdul Aziz Nik Mat
Sultan Kelantan berkenan melawat Nik Abdul Aziz di Wad 2 Delima, HUSM, Kubang Kerian malam kelmarin. 

SHAH ALAM - Kesihatan bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertambah baik sejak hari pertama beliau mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Jumaat lalu.

Memetik laporan sebuah portal, Mursyidul Am Pas itu berkata, beliau jatuh sakit mungkin kerana faktor usia dan juga salah makan. Namun jelasnya, beliau hanya menerima rawatan biasa di hospital berkenaan, tidak sepertimana yang heboh diperkatakan.

"Selepas berada di sini selama beberapa hari, Alhamdulillah, saya berasa lebih baik," beliau dipetik sebagai berkata.

Nik Aziz dimasukkan ke HUSM Jumaat lalu selepas mengadu kesihatannya terganggu. Pemimpin Pas itu dijangka dibenarkan keluar wad dalam masa terdekat dan meminta orang ramai mendoakan kesihatannya. Nik Aziz dalam pada itu turut terkilan dengan pihak yang menyebarkan gambar beliau yang sedang terlantar di hospital.

 "Tidak ada apa-apa yang luar biasa mengenai keadaan saya, ianya hanyalah satu rutin biasa bagi pemeriksaan kesihatan," katanya lagi.

Dalam pada itu, isteri Nik Aziz, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak berkata, gambar yang disebarkan melalui laman sosial tersebut merupakan gambar 10 tahun lalu di mana Nik Aziz disahkan berada dalam keadaan kritikal dan menerima rawatan di hospital.

Gambar itu tersebar sejak beberapa hari lalu di media sosial termasuk di blog. Dalam pada itu Tuan Sabariah turut mengucapkan terima kasih kepada semua pimpinan yang telah menziarahi Nik Aziz.

“Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kesejahteraan Tuan Guru,” ujarnya.

Sementara itu, Kosmo! melaporkan di Kota Bharu, keadaan kesihatan bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, bertambah baik apabila dilaporkan sudah sedar dan mampu menunaikan solat Subuh. Nik Abdul Aziz juga sempat mengambil sarapan dan minum pagi sendiri pagi semalam.

Anak beliau, Nik Mohammad Abduh berkata, beliau bersyukur kerana bapanya kini semakin stabil dan boleh bercakap.

“Alhamdulillah, beliau pagi ini (semalam) telah menunjukkan respons yang begitu baik. Beliau dapat minum air serta bercakap. Banyak juga air teh O yang diteguknya.
“Bapa juga sempat bertanyakan sejak bila dia tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui di luar pekarangan Wad 2 Delima, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini semalam.

Nik Mohammad Abduh memberitahu, pihak doktor turut meminta ahli keluarga menderma darah sebagai persediaan jika keadaan memerlukan. (IH)

Wednesday, January 21, 2015

DAP Angkuh Dan Sombong.. -PAS

KES rumahtangga pakatan pembangkang ini makin berat...selepas orang lama yang merupakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali membuat kenyataan terbuka mendakwa DAP parti yang angkuh dan sebahagian pemimpinnya sombong.

Lapor Wartawan Agendadaily.

Mustapa atau Cikgu Pha antara pemimpin PAS paling senior selepas Muryidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam saf kepimpinan parti tersebut, beliau bersama PAS sejak zaman Datuk Asri Muda jadi Presiden lagi iaitu era pertengahan 60-an.

Sebab itu, bila 'budak-budak' macam Setiausaha Pengelola DAP Anthony Loke, serang PAS dan mendesak parti itu tidak membandingkan pilihan raya kerajaan tempatan dan hudud... Mustapa  tidak tunggu lama untuk jawab balik.

"Dalam kes hudud yang tidak termasuk dalam polisi bersama, DAP mati-matian berkata, ia tidak boleh dilaksanakan tetapi dalam kes kerajaan tempatan yang juga tidak termasuk dalam polisi bersama ia diteruskan kerajaan Pulau Pinang. Ini yang menjadi persoalan.

"Pendirian pemimpin PR berkaitan isu kerajaan tempatan jelas, ia tidak mempunyai persetujuan bersama untuk dilaksanakan. Ini boleh dibuktikan daripada perkara sama dikemukakan Teresa Kok sewaktu menjadi pengerusi DAP Selangor yang mengemukakan isu pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan di Selangor," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Harakahdaily.

Mustafa berkata, cadangan menjalankan pilihan raya tempatan sewajarnya tidak diteruskan selagi masih belum mendapat persetujuan bersama dalam PR.

"Pendirian yang diambil pimpinan PR dalam mesyuaratnya berhubung isu ini jelas menolaknya sehingga ia dibincangkan bersama ketiga-tiga parti di peringkat negeri. Sehingga ini tiada sebarang keputusan dibuat PR di peringkat negeri.
"Jelas tiada persetujuan di kalangan pimpinan. Tetapi dalam kes Pulau Pinang kerajaan DAP tanpa merujuk kepada pimpinan pusat, ia terus dilaksanakan. Ini yang menjadi persoalannya. Apa sebabnya, adakah kerana mereka ada majoriti dalam DUN Pulau Pinang," katanya.

Mustafa turut membidas DAP kerana bersikap angkuh walaupun sebelum ini paling lantang bercakap mengenai demokrasi.

"Ini gambaran sikap angkuh yang ditunjukkan pemimpin DAP apabila mereka memperoleh kuasa majoriti. Hal ini juga dimanifestasikan pimpinan DAP Sarawak yang membuat kenyataan, tidak perlu kerjasama PAS dan PKR sekalipun hanya kerana DAP paling kuat di Sarawak.
"Sifat arrogant (sombong) sebagaimana yang ditunjukkan sebahagian pemimpin DAP ini satu amalan yang tidak baik dalam konteks kerjasama politik sekarang," katanya.

Perkembangan terkini ini rentetan daripada usaha PAS untuk terus melaksanakan hukum hudud di Kelantan pada tahun lepas, tetapi DAP mengkritik serius usaha tersebut. Loke pada Ahad berkata, perbandingan yang cuba dilakukan Mustafa tidak boleh menyamakan hudud dengan pilihan raya kerajaan tempatan kerana perbezaan itu terlalu jauh ibarat "epal dengan oren".

"Pilihan raya kerajaan tempatan memang tidak dinyatakan dalam Buku Jingga, namun secara dasarnya ia tidak bercanggah dengan proses pendemokrasian yang kami cadangkan di dalam PR," katanya.

Loke yang juga ahli Parlimen Seremban berkata, berbeza dengan hudud yang dicadangkan PAS untuk dilaksanakan di Kelantan, ia bercanggah dengan dasar bersama PR.

"Hudud bukan perkara dasar bersama PR, ia berbeza," katanya.

Katanya, tindakan kerajaan Pulau Pinang cuba memperkenalkan pilihan raya kerajaan tempatan ialah usaha memulihkan kerajaan tempatan berlandaskan lunas undang-undang.

PAS sebelum ini menyelar DAP "cakap tidak serupa bikin" dalam mempersoalkan hudud yang dikatakan tidak dipersetujui PR sedangkan mereka sendiri mendahului gabungan itu dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan.

Mustafa berkata, ketika DAP mempertikaikan Kelantan kerana mahu melaksanakan hukum Islam hudud, DAP cuba melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan di Pulau Pinang walaupun ia tidak pernah dipersetujui PR.

"Sedangkan PR sebelum ini pernah membincangkan isu hudud dalam mesyuarat dan dicapai kata sepakat untuk 'agree to disagree' dan mengakui hudud melampaui PR kerana ia diluluskan di Kelantan sebelum wujudnya PR di samping ia dilaksanakan untuk orang Islam dan di Kelantan saja," kata Mustafa.-21/1/2015

Harap-harap polemik ini merupkan gelombangkopi didalam cawan PAKATAN. (IH)

Selepas K'tan, Emiriyah Arab Bersatu Pula Dilanda 'salji'.


Lubenan, Israel, 2015 
Jutaan warga-warga di beberapa wilayah di Jordan, Turki, Lubnan, dan Syria terpaksa meninggalkan rumah mereka dan menumpang di kem-kem pelarian di Timur Tengah. Jumlah pelarian dari Syria akibat cuaca sejuk melampau adalah yang terbanyak di antara jumlah warga Turki, Lubnan dan beberapa wilayah lain di TImur Tengah. - Foto AP

KL:: Jika di Malaysia, keadaan suhu di beberapa kawasan di Pantai Timur yang lebih rendah dan dingin berbanding biasa mula menjadi bualan ramai, lain pula bagi penduduk di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) kerana mereka sudah mula keluar bermain ‘salji’ semalam.

Portal Emirates247.com melaporkan sebahagian besar penduduk di Tanah Arab mula membiasakan diri dengan suasana dingin akibat dilanda ribut hujan batu di banyak tempat. Selain itu, hujan juga dijangkakan terus turun di beberapa kawasan di negara berkenaan.

Ribut hujan batu telah melanda zon Asia Barat berkenaan hingga menyelimuti lanskap negara yang terkenal dengan padang pasir itu dengan pemandangan putih yang luar biasa. Pengguna media sosial di negara berkenaan juga memenuhkan susur masa dengan pelbagai gambar dan menganggap ketulan-ketulan ais tersebut sebagai ‘salji’.
asia barat
Gambar menunjukkan ketulan-ketulan ais berselerakan di Abu Dhabi yang berpunca daripada fenomena ribut hujan batu. - Foto dari laman web Emirates247.com/Dave Laureles

Pusat Meteorologi dan Seismologi Kebangsaan (UAE) juga telah mengesahkan ia sebagai ketulan-ketulan daripada hujan batu. Arus sejuk dan hujan dalam fenomena itu adalah disebabkan tekanan rendah dan pergerakan awan dari Arab Saudi ke UAE, kata pusat berkenaan.

Malam semalam menyaksikan petir dan kilat sabung-menyabung di beberapa tempat di UAE termasuk hujan sederhana dan lebat di bahagian Timur negara berkenaan. Cuaca mendung dan tiupan angin kuat yang menjejaskan jarak penglihatan juga dijangka kerap berlaku dalam masa beberapa hari ini.

Berikut adalah beberapa kemas kini menunjukkan gambar keadaan cuaca pelik di Tanah Arab.. (IH)
Emiriyah Arab Bersatu dilanda 'salji', penduduk terkejut dan teruja
Seorang budak lelaki teruja dengan perubahan lanskap yang kini diselimuti 'salji' putih di Bukit Golan. - Foto AP/Ariel Schalit

Innalillah, Taukeh Judi Jadi Penasihat Jokowi

Majlis mengangkat Taukeh judi jadi penasihat Presiden..
Jakarta: Siapa sangka taukeh atau bos judi boleh terpilih menjadi ahli Dewan Pertimbangan Presiden. Inilah yang berlaku di Indonesia, negara umat Islam teramai di dunia. Jokowi memilih Jan Darmadi, bos judi SDSB, sebagai penasihatnya.
Dasar aneh tersebut langsung kena "semprit" (sembor) dari Sosiolog Universiti Indonesia, Thamrin Amal Tomagola.

"Oh Jokowi, Kalla, Mega dan Palloh, bencana apa lagi yang ingin kalian timpakan atas bangsa ini? Bos judi Penasihat Presiden?" Katanya melalui akaun Twitter, tamrintomagola.

Ketika ditanya akaun @ Anjani202, siapa sosok yang dimaksudkan? Thamrin dengan lugas menjawab Jan Darmadi. "Jan Darmadi alias apiang," katanya. Jan Darmadi dikenali sebagai Bos SDSB, sumbangan sosial berhadiah menyamar judi.
  (IH)
Sebelum ini...

Erdogan (7): Dipecat Kerana Suruh Rakyat Usung Takut Kotor Kasut.

Pejabat Turki dicopot, blusukan digendong takut sepatu kotor
Pegawai Turki yang diusung rakyat tempatan kerana takut kasutnya yang mahal kotor, terus dipecat.

TURKI di bawah pimpinan  Recep Tayyip Erdogan telah memecat Ketua Jabatan Luar Bandar Wilayah Manisa, baru-baru ini. Dia dipecat dari kedudukannya lantaran melakonkan tindakan memalukan jabatan pada 3 Januari lalu.  

Nedim Zurnaci, sewaktu melawat ke kawasan pertanian di Akhisar, meminta rakyat tempatan mengusungnya, kerana jalan kampung ketika itu bersalji, dan dia takut kasutnya yang mahal itu kotor. Aksinya minta diusung para petani itu dimuatnaik oleh seorang warga dan fotonya tersebar ke rangkaian sosial

Hal ini mencetuskan kemarahan orang ramai, seperti yang dilaporkan oleh Hurriyet Daily News, Rabu (7/1). Tidak cuma masyarakat, pegawai tinggi di wilayah itu ikut marah. Kelakuan Nedim dianggap merosakkan imej pegawai negeri.

"Kami akan mengadakan siasatan khusus untuk insiden tersebut. Sebelum hasilnya tuntas, pegawai yang terlibat sudah dimatikan dari kedudukannya," kata Datuk Bandar Manisa Cengiz Ergun.

Nedim, bersama beberapa pasukan dari jabatannya, ditugaskan memantau kesan ribut salji pada beberapa kawasan pertanian. Akhir-akhirnya tindakan itu kurang memberi kesan, kerana warga tempatan lebih sibuk menjamu dan membodek kakitangan pejabat dari memberi maklumat mengenai kerosakan yang ditimbulkan salji.

Cengiz kecewa, kerana bawahannya itu meminta dilayani ketika bertemu dengan masyarakat. Kini, pihaknya sedang merancang sekatan bila Nedim terbukti melanggar peraturan.

"Yang jelas tindakannya tidak sesuai dengan prinsip kerajaan bagi melayani masyarakat," tuturnya. (IH)


Lihat sebelum ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails