Wednesday, January 14, 2015

Ucap Selamat Kepada 2 Mujahidin Balas Hina Nabi SAW.

Mujahidin Imarah Kaukasus Wilayah Dagestan Berikan Pujian Kepada Pahlawan Islam dari Paris
Mujahidin Imarah Kaukasus Wilayah Dagestan Beri Pujian Kepada Pahlawan Islam dari Paris

Dagestan: Media resmi mujahidin wilayah Dagestan dari Imarah Islam Kaukasus memberikan ucapan selamat kepada dua mujahid yang telah membalas penghinaan kepada Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wasallam (SAW)

Pujian itu disampaikan terus melalui situs resmi mujahidin Imarah Kaukasus wilayah Dagestan, Vdagestan (10/1).

“Serangan itu merupakan pembelaan untuk Rosulullah SAW, dan kami bersyukur kepada Allah azza wa jalla yang telah membangkitkan diantara orang Islam yang berani membalas untuk nabi-Nya.” Ungkap media mujahidin Dagestan itu.

Mujahidin Kaukasus juga khusus memberi ucapan selamat kepada Kouchi bersaudara yang berani menggadaikan nyawanya demi membela kehormatan Nabi Muhammad yang telah dilecehkan Charlie Hebdo melalui karikaturnya.

Vdagestan juga menyatakan bahawa tindakan Kouchi bersaudara tersebut adalah mirip dengan yang dicontohkan Muhammad bin Maslamah radhiyallahu ‘anhu yang telah membela kehormatan Nabi dengan menghunuskan pedang kepada Ka’ab bin Al-Asyraf. (vd/lasdipo/IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: C/Hebdo, Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

C/Hebdo Terbit Gambar Hina Nabi Lagi, 10,000 Berkawal Hari Ini.

Tak kapok, Charlie Hebdo muat wajah nabi di sampul edisi terbaru
Karikatur Charlie Hebdo. ©twitter.com/Charlie Hebdo
Kembali pajang kartun nabi, Charlie Hebdo minta diserang lagi?
Karikatur Charlie Hebdo. ©twitter.com/Charlie Hebdo 

Paris: Tabloid satir Perancis Charlie Hebdo terbit lebih awal selepas tragedi pembunuhan di pejabat mereka yang mengorbankan 12 ahli redaksi termasuk kartunis. Penerbitan ini dijangka bakal menyinggung umat Islam lebih parah lagi. 

Sampul depannya dihiasi rupa Nabi Muhammad SAW tengah bersedih sambil membawa tulisan 'Je Suis Charlie'. 

Stesen televisyen Al Jazeera melaporkan, Selasa (13/1), edisi kali ini bakal dicetak tiga juta naskhah, lima kali lebih banyak dari biasanya. Nampaknya tabloid ini tidak belajar dari peristiwa yang membuat mereka perlu membayar mahal.  

Gara-gara menerbitkan siri kad nabi, Charlie Hebdo diserang peluru dengan jumlah korban 17 orang. Namun mereka tidak serik, bahkan bertambah biadap. Beberapa media nampak enggan menyiarkan wajah depan sampul terbaru Charlie Hebdo ini.  

Bahkan makluman Al Jazeera, beberapa sekolah Yahudi dijaga ketat oleh polis. Sekitar 10 ribu petugas terjun amankan ibukota Paris hari ini, demikian disampaikan Menteri Pertahanan Jean Yves Le Drian. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: C/Hebdo, Bermula Perang Hina Agama Di Eropah.. 

Tuesday, January 13, 2015

Wanita Paling Dicari Di P'cis, Menyeberang Ke Syria.

Hayat-Boumeddiene_pics_390  
Hayat-Boumeddiene. 

Istambul: Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu, mengatakan pada hari Isnin bahawa Hayat Boumeddiene, isteri Amedy Coulibaly yang membunuh 4 tebusan di sebuah pasar raya di Paris, tiba di Turki dari Madrid pada 2 Januari, tinggal di sebuah hotel di Istanbul dan pergi ke Syria pada 8 Januari.

"Ada rakaman dirinya ketika di lapangan terbang. Kemudian, dia tinggal di sebuah hotel dengan orang lain dan menyeberang ke Syria pada 8 Januari. Kita boleh mengatakan ini berdasarkan rekod telefon, "katanya.

Hayat-Boumeddiene 
Hayat Boumeddiene tertangkap kamera CCTV saat berada di lapangan terbang Istanbul Turki 

Tujuh belas orang, termasuk wartawan dan polis, terkorban dalam tiga hari kekerasan yang bermula dengan serangan tembakan di pejabat majalah Charlie Hebdo pada Rabu, 7 Januari, dan berakhir dengan tebusan di sebuah pasar raya halal pada hari Jumaat. Tiga orang bersenjata juga tewas.

Polis Perancis sedang mencari Boumeddiene, teman salah satu penyerang berusia 26 tahun, yang digambarkan
sebagai orang yang "bersenjata dan berbahaya". Cavusoglu berkata Turki akan terus mengenalpasti kewujudan Boumeddiene, melewati maklumat kepada pihak berkuasa Perancis. 

Hayat Boumeddiene, diumumkan sebagai wanita paling dicari Perancis, ada di Syria dan pergi ke sana sebelum serangan mematikan minggu lalu, media Perancis melaporkan.  Turki tidak menerima permintaan untuk menolak akses ke Boumeddiene, kata Menteri Dalam Negeri Efkan Ala kepada wartawan.

"Kemasukan individu ke Turki boleh disekat berdasarkan maklumat dari negara asal yang mengatakan kemasukan orang ini boleh menjadi masalah," kata Ala.

Mevlut Cavusoglu pula menonjolkan perlunya strategi tertentu untuk memerangi keganasan di seluruh dunia.
 

"Malangnya tidak ada penetapan di dunia untuk melawan keganasan," katanya.
"Seperti Turki, kami menentang setiap jenis insiden pengganas tidak peduli bangsa, agama, mazhab atau wilayah asalnya," tambahnya.

Menteri luar Turki itu mengatakan ada dua isu utama yang perlu ditangani di Eropah dan di rantau ini..


 "Salah satunya adalah memerangi keganasan, di mana ada jurang besar, masalah lain adalah rasisme, xenophobia dan Islamophobia di Eropah. "
"Kami melihat bahawa peningkatan xenophobia di Eropah mencetuskan keganasan, menggunakan diskriminasi sebagai alasan," kata Cavusoglu. 
 (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-99: C/Hebdo, Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: C/Hebdo, Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

Dalam Teks Sekolah: Harmoni Pasangan ‘Gay', ‘Melayu Liberal’?


keluarga harmoni gay
KL: Satu contoh mengenai keluarga harmoni di dalam buku teks di bawah segmen ‘Sejarah dan Kita’ mengelirukan bukan saja murid tetapi ibu bapa.

Keluarga Harmoni berkisar salasilah keluarga bermula daripada datuk dan nenek daripada dua keluarga yang dihubungkan oleh dua lelaki yang dipasangkan sebagai ibu bapa dan kemudian mendapat empat anak, iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

Mungkin tiada apa yang salah dalam salasilah di bahagian datuk dan nenek atau empat anak tetapi yang menjadi kemusykilan ibu bapa adalah mengapa dua lelaki yang dipasangkan?

Gambar keluarga harmoni itu menjadi viral di Facebook dan ada pengguna laman sosial yang secara berseloroh menyifatkan ia satu langkah menggalakkan ‘Melayu Liberal.’

Ada juga yang minta orang ramai tidak buruk sangka, bahawa empat anak itu adalah anak angkat pasangan ‘gay’.

Apapun, pihak yang bertanggungjawab perlu menarik balik buku teks ini dan membuat pembetulan di dalam segmen yang tertera sebegitu  untuk mengelakkan kekeliruan para murid dan menyusahkan guru yang pasti garu kepala untuk menjawab soalan: “Mana mak dia, cikgu?” – TRP/. Suara TV


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pihak bertanggung jawab, sila beri penjelasan.

Sirul Azhar Di Australia. Waran Tangkap, Gagal Hadir Mahkamah.

Sirul Azhar dipercayai berada di Australia, gagal hadir di mahkamah
Menurut sumber, Azhar tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk pulang ke Malaysia

KL: Tertuduh kedua kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, Koperal Sirul Azhar Umar tidak hadir ke Mahkamah Persekutuan hari ini kerana berada di luar negara, dipercayai di Australia.

Menurut sumber beliau telah mengetahui tarikh penghakiman mahkamah ditetapkan hari ini namun tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk pulang ke Malaysia. Beliau telah berada di luar negara kira-kira dua bulan lepas dan ketika ditanya Bernama adakah Sirul Azhar tidak pulang kerana telah menjangka keputusan yang tidak berpihak kepadanya, sumber tersebut berkata: 
"Ia (keputusan) tidak boleh dijangka namun Sirul masih perlu berada di luar negara."

Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul Azhar dan tertuduh pertama Cif Inspektor Azilah Hadri selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lalu. Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu selepas membenarkan rayuan mereka.

Mahkamah Persekutuan mendapati Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam keputusannya. Turut bersidang Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Dalam penghakiman yang dibacakan Suriyadi, mahkamah berpuas hati bahawa kedua-dua responden gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan. Berikutan ketidakhadiran Sirul Azhar, mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya dan Azilah dibawa ke penjara.

Pada 9 April 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua responden selepas mendapati mereka bersalah melakukan pembunuhan itu. Kedua-dua responden didakwa membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara pukul 10 malam pada 19 Oktober dan pukul 1 pagi pada 20 Oktober 2006.

Demikian Bernama.

Sementara itu, kegagalan Koperal Sirul Azhar Umar menghadiri mahkamah untuk menerima penghakiman keputusan rayuan membawa padah apabila waran tangkap dikeluarkan terhadap anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu. Peguam Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin berkata, kali terakhir dia berhubung dengan anak guamnya itu kira-kira seminggu selepas selesai pendengaran kes pada Jun lalu.  (IH)

Kedegilan C/Hebdo, Bermulanya Perang Hina Agama Di Eropah...

Edisi terbaharu Charlie Hebdo terus siarkan karikatur Nabi Muhammad
Edisi terbaharu majalah mingguan Charlie Hebdo akan terus menyiarkan karikatur hina Nabi Muhammad SAW

PARIS: Edisi terbaharu majalah mingguan Charlie Hebdo, yang pejabatnya telah diserang pengganas pada minggu lalu, akan terus menyiarkan karikatur Nabi Muhammad, kata peguamnya semalam.

Edisi khas tersebut yang bakal dikeluarkan Rabu ini, juga akan diterbitkan dalam 16 bahasa untuk pembaca sedunia, ujar salah seorang kolumnisnya, Patrick Pelloux.

Peguam Charlie Hebdo, Richard Malka, memberitahu kepada sebuah stesen radio tempatan bahawa edisi itu akan secara 'terang-terangan' mempersenda Nabi Muhammad semata-mata untuk membuktikan bahawa para pekerja penerbitan itu tidak akan tunduk pada tekanan kumpulan ekstremis.

Dua penyerang yang telah mengorbankan 12 orang dalam keganasan pada Rabu lalu, termasuk lima kartunis dan tiga lagi pekerja lain, mendakwa mereka telah 'membalas dendam atas nama Nabi Muhammad' sewaktu meninggalkan  pejabat Charlie Hebdo. Tindakan itu dikatakan mewakili kemarahan di beberapa negara Islam atas siaran kartun yang menghina Nabi Muhammad dalam majalah tersebut.

Dua lelaki bertopeng melepaskan tembakan ke arah bangunan pejabat akhbar mingguan satira Perancis, Charlie Hebdo.

Sementara itu di Berlin, dilaporkan, insiden darah di Perancis boleh menjadi titik tolak bermulanya gelombang serangan di Eropah, menurut komunikasi pemimpin kumpulan militan Negara Islam (IS) yang berjaya dipintas oleh perisik Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar Jerman, Bild pada Ahad

Sejurus selepas serangan di Paris, Agensi Keselamatan Kebangsaan AS berjaya memintas komunikasi yang mendedahkan pemimpin kumpulan militan itu mengumumkan untuk melancarkan serangan kedua, lapor akhbar tabloid itu yang memetik sumber agensi risikan AS.

Menurut akhbar tersebut, Paris disifatkan sebagai titik permulaan untuk beberapa siri serangan susulan di negara Eropah yang lain termasuk Rome. Bagaimanapun, rancangan kukuh mengenai serangan itu masih belum diketahui. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-99: C/Hebdo, Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: C/Hebdo, Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

Tak Pakai Seluar Naik LRT? Kerja Gile...

Kelakuan warga Amerika Serikat yang merayakan No Pants Subway Ride ini menjadi pusat perhatian penumpang kereta lainnya.
Mereka mengambil bahagian dalam perayaan No Pants Subway Ride di sebuah keretapi atau LRT yang melintasi kawasan Manhattan, New York, AS, Minggu (11/1).
Kelakuan bodoh warga AS tak pakai seluar saat naik keretapi.. Gile..
Kelakuan warga Amerika Serikat yang merayakan No Pants Subway Ride ini menjadi pusat perhatian penumpang kereta lainnya.
Kelakuan warga Amerika Serikat yang merayakan No Pants Subway Ride ini menjadi pusat perhatian penumpang kereta lainnya.
Kelakuan warga Amerika Serikat yang merayakan No Pants Subway Ride ini menjadi pusat perhatian penumpang kereta lainnya.
Kelakuan warga Amerika Serikat yang merayakan No Pants Subway Ride ini menjadi pusat perhatian penumpang kereta lainnya.
Moga-moga budaya seperti ini tidak akan berlaku di Malaysia. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails